Saturday, October 31, 2015

CAMBVIET – DAY 7: HO CHI MINH CITY

Sampai je kat HCM, kami stop dekat2 dengan Ben Tanh Market area. Malas nak balik hotel sebab nanti leceh pulak nak kena keluar semula.

Kami punya plan malam ni ialah selain mengusha souvenir, kami nak mencari bagpack. Koh pulak nak cari windbreaker. Almaklumlah nak mendaki Mt Halla katanya bulan 3 nanti. Menurut kata satu blog yang dibaca Koh, ada satu kedai ni jual bagpack murah2 di Saigon Square. So ayuh kita ke sana!

Malam Krismas di HCM dilimpahi cahaya

Hiasan New Year Celebration di mana2

Hard Rock pun ada. Teringat Meng..
Meriah dengan lampu di sana sini
Kami berdua ni sebenarnya takde map HCM yang complete. Just berpandukan pada map Ipad yang blur tu je. Konon2 macam konfiden la tau jalan. Lepas tu ntah ke mana2 kami sesat. Kata kat Nam Ky Khoi dan Le Loy tapi kami tak jumpa pun Saigon Square ni. Tanya orang pun tak jugak jumpa, dah la sume bagi direction lain2. Orang ni kata belah sana. Kang tanya orang lain jawab belah sini.

Rasanya dekat sejam jugak kami berpusing2 dan berlegar2 dekat area Nam Ky Khoi dan Le Loy tu. Dah la jalan2 kat sini mengompiuskan. Lepas tu terlajak2 sampai ke District 4. Tau2 je sampai tepi sungai padehal kalo tengok peta Saigon Square bukan dekat sungai pun. Dah la orang kemain ramai sebab malam Christmas Eve kan. Jalan pulak penuh dengan motor yang bingit dok hon tu. Pergh rasa macam nak pecah kepala masa tu. Hidung dah berair2, batuk menjadi2, kaki pulak rasa macam nak tercabut berjalan lelama. Masa ni memang dah give up sangat dah nak cari.

Namun Koh tak putus asa. Dia la yang gigih tanya orang tu orang ni. Kak Kiah pulak masa tu basically macam mengheret je kaki melangkah ikut dia. Dah tak berdaya benau rasanya.

Akhirnya kami berjaya sampai di Saigon Square. Fuh legaaa..

Inilah Saigon Square nya..
Tapi malangnya masa tu dah nak 7pm dan banyak kedai2 dah nak tutup. Nak ronda dalam tu pun tak senang sebab peniaga rata2 tengah berkemas2. Last2 kami tak jumpa pun kedai yang jual bagpack tu. Memang frust.betul. Apa nak buat kan. Dah takde rezeki. Takpe lah.. cari kat Ben Tanh Market je nanti. 

Walopun Kak Kiah tak berkesempatan untuk mengambik gambo, di sini tanpa segan silunya Kak Kiah sharekan beberapa picca dalam Saigon Square yang dicilok dari Asia Web Direct.

Orang kata baju sini murah2

Beg2 pun banyak dan murah katanya.. tatau la ye ke tak..

Deretan kedai dalam Saigon Square

Tapi jangan datang lewat sangat nanti tutup!
Anyway, lepas dah balik Msia baru Kak Kiah tau rupanya Saigon Square ni ada 3 bijik kat HCM ni. And yang kami pegi tu adalah yang berdekatan dengan sungai iaitu di jalan Ton Duc Thang. No wonder lah orang tunjuk kat kami arah lain2. Cipet betol..

Dari Saigon Square kami menapak lagi. Sebab lapar sangat kami decide untuk beli megi kat 7E dan makan depan soping complex apa tah namanya. Orang memang berduyun2 la even nak cari tempat duduk pun payah.

Lepas isi perut kami menapak ke belah utara sikit sebab konon2 nak tengok la building Post Office, Opera House & Reunification Palace di waktu malam. Tapi orang punyalah ramai dah macam laut. Kak Kiah sampai dah terhoyong-hayang dah berjalan, nak elak orang lagi, nak selit celah orang lagi.. dengan batuk non stop lagi. Rasa betul2 macam nak pensan.

Sebab orang terlalu ramai, kami cuma dapat usha Central Post Office & Saigon Notre Dame Cathedral je. Tak larat dah nak pegi tempat lain.

Notre Dame Cathedral

View dari sisi

Sesak dengan manusia. Tengah jalan pun siap bentang tikar berpiknik.

Penuh dengan motor

Central Post Office tengah renovate

Lautan manusia
Lepas snap picca lebih kurang, kami menapak ke Ben Tanh Market. Kak Kiah ingat nak cari bagpack kat sini je sebab semalam nampak ada yang jual bagpack deuter cap hayam tu depan Kg Melayu. Takpe lah cap hayam pun. Kak Kiah ni bukan pakai selalu pun bagpack ni. Nak dapat travel setahun sekali pun belum tentu.

Walopun dah agak lewat malam, nasib baik la masih ada lagi penjual bagpack tu. Lepas sesi tawar-menawar lebih kurang dapat la harga RM30 untuk 60 liter bagpack. Boleh la kan.. dari takde.. Koh pun sambar satu jugak.

Kat area tu ada jugak yang jual souvenirs dan t-shirt. Sebab malas dah nak tengok kat tempat lain, kami decide untuk beli yang kat situ je senang sekali jalan. Lagipun banyak pilihan tshirt dan fridge magnet yang ok berbanding tempat lain yang kami usha semalam. Tambah pulak penjual2 kat situ kemain pandai memujuk rayu. Kita jadi tersaiko pulak untuk membeli bookmark, tshirts dan fridge magnet diorang.

Tengah2 ghalit memilih magnet, tetiba penjual tu menjerit tengok Kak Kiah pastu tunjuk kat hidung. Erk apakah?! Rupa-rupanya hidung Kak Kiah berdarah uols! Fuh first time ni.. seumur idup memang tak pernah berdarah hidung. Agaknya masa tu badan dah panas sangat pastu dok sok sek sok sek sepanjang hari. Panik jugak masa tu sebab tisu pun takde. Koh bergegas pergi lari ke hotel An Tam cari tisu.

Nasib la lepas letak tisu bleeding pun stop. Koh terus ajak balik. Risau agaknya dia tengok Kak Kiah dengan batuknya, dengan bersin, dengan selsema bagai. Kak Kiah serious cakap la kalo Koh takde tatau la cemana. Bila sakit time travel ni memang seksa la.. takleh nak think straight, tengok map pun haru-biru, jadi moody, jadi serabut.. tak jumpa jalan marah, nampak orang ramai marah, nampak keta motor banyak pun marah..Jangan kata nak amek gambo, ke laut terus..

Balik bilik terus makan obat. Koh pulak terus check FB. Nampaknya keadaan banjir kat Kelantan makin teruk. Bekalan elektrik pun dah dipotong. Pastu mak dia dah tak dapat dihubungi lagi maybe betri hp dah kong kot. Tak tentu arah Koh dibuatnya. Bila tengok dia camtu Kak Kiah pulak rasa guilty sebab kami kat sini kemain sonok jenjalan padahal keluarga Koh kat kampung tengah dilanda musibah.

Malam ni kami berdua tido dengan hati yang tak senang. Mujur esok nak balik dah. Rasa macam dah tak kuasa nak stay di HCM lelama.. Hati dah takde kat sini..

9 comments:

  1. motip buat aku teringat kisah lesu kat hrc tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalo nampak HRC kat obersee memang selalu teringat kat ko

      Delete
  2. ooohhh 2 of my favorite writers are here! Kak Kiah.. your writing really makes my day! everyday i will check your blogspot to see any updates.. and when i see there's one, I am one very happy person!
    Meng - boring la pasal US trip (poscards tu).. bila nak sambung ceta Taiwan and Goa?? Lama sungguh tunggu... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh ada peminat Meng sini.
      hai liza, ni lepas abis trip Cambviet dah takde update lagi tau sbb KK mmg takde jalan gi mana tahun ni. so jangan kuciwa kalo takde story yek.. hehee.. apapun thx sudi singgah sini. dan doa2kan pasni KK kembali travel.

      Delete
    2. KK.. kalo tak de ceta travel, tulis je ceta apa apa pun tak pe.. i tetap sudi dan suka membaca tulisan KK.. interesting dan menghiburkan.. :)

      Delete
  3. Meriah HCM waktu malam2. HCM dan motor2 tak dapat dipisahkan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. tapi KK bila tengok motor banyak2 tu rasa macam nak baling batu je. hehe over sangat.

      Delete
  4. Kejadian mencari Saigon Square sama terjadi pada saya. Minta teksi hantar ke Saigon Square 1 tapi dia hantar ke Saigon Square 3...hisshh. Tapi rasanya lebih kurang sama aje diorang jual. KK...kenapa diorang berkumpul ramai2 depan Notre Dame tu? Ada pertunjukan bunga api ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke noks? tapi uols untung gak la naik teksi. KK & Koh siap membetis memang nak cramp kaki dibuatnya..

      kat depan cathedral tu ada count down menjelang Xmas. heran jugak sbb theyols ni buddha kan? beriye2 sangat menyambut Xmas macam mat saleh.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.