Tuesday, October 20, 2015

CAMBVIET – DAY 3: CAMBODIAN CULTURAL VILLAGE (Pt II)

Millionaire House ni lokasinya di Floating & Fishing Village and agak jauh dari Mini Theatre. Memandangkan lokasinya jauh dan orang pulak ramai, laju jugak kami berjalan. Itu pun bila sampai2 tengok penuh dah orang dalam Millionaire House tu.

Menuju ke Millionaire House di Floating Village

Cepat cepat nanti kena dok belakang!
Tapi apa pun nasib kami agak baik sebab tetiba je ada seat kosong depan stage. Maka dapat lah kami enjoy show ni dengan rasa gumbira. So takyah zoom2 untuk snap picca haha..

Untuk entri ni Kak Kiah share cerita dengan picca je ok.

Pemain muzik traditional

Abang pengacara majlis
Pengantin pompuan ketika acara merisik. Diorang pakai sesikat pisang je.

Lawa giler kan pengantin pompuan ni? Paaaaaling lawa dalam banyak2 pompuan yang KK jumpa di SR ni.

Pengantin laki. Dasat kau sambar omputih.
Bawak pengantin pompuan ke pengantin laki

Mak bapak pengantin lelaki. Theyols ni actually penonton. Kelakar tengok pakcik ni bersimpuh..

Ececehh.. comel je tengok diorang berdua ni..
Tok bomoh sedang menjampi supaya majlis lancar. Rupa macam Hazama kan? hehee..

Mintak restu mak bapak dan keluarga

Bagi apa tah ni pada mak bapak pengantin pompuan. Simbol time kasih kot.

Upacara akad nikah dimulakan. Diorang berdua ni kena tunduk.
Selamat nikah yey!! Kena pusing2 dalam bulatan macam yang agama Hindu selalu buat tu.

Barisan pelakon
Khmer Wedding Celebration ni lebih kurang cam adat perkahwinan orang Melayu gak. And ada campur Hindu sikit2. Memang interesting la tengok persamaan dan perbezaan budaya kita dengan diorang. Bole gak tengok deco dalam rumah ni sebab sama macam rumah kat Msia. So kalo sesapa mai sini jangan miss show ni ok. Memang best n worth it.

Depan Millionaire House. Beso giler umah ni. Tapi kalo kat Msia takde la jutawan sangat kot. Taraf2 Ketua Kampung pun rumah dah boleh macam ni.. gituhh akak up kan orang Msia..
Lepas show kawin ni ada Chinese Traditional Show di Chinese Village. Tapi sebab Kak Kiah tak solat lagi, Kak Kiah pi solat dulu kat Cham Village, iaitu perkampungan etnik Cham yang beragama Islam dalam Cultural Village ni.

Actually kat Cham Village ni takde pun tempat solat. Tapi ada replika masjid so Kak Kiah buat macam masjid sendiri solat dalam tu hehee.. Check2 dengan kompas kiblat betul arah kiblatnya. Dalam tu pun bersih. Cuma masa tengah solat tu ada jugak la orang lalu-lalang and jenguk2. Sure diorang ingat Kak Kiah pelakon untuk demo cara muslimah solat kan? Haha. Takpe la janji solat and tak kena halau.

Masjid Kampung Cham

Rupa paras dari luar. Actually masjid ni replika so saiz dia skala kecik dari saiz asal. But still saiz macam surau la..
Lepas solat baru ke Chinese Village. Dekat je pun sebelah je ngan Cham Village. Tengok Koh sedang khuyuk mengamek gambo.

Ayuh layan!

Tarian singa mesti kena ada

Fuh rasa sakit pinggang sendiri tengok diorang buat camni

Ha kau.. mampooo??!

Aksi badut sarkas

Antara pelakon fevret KK. Klakar gila mamat ni..
Acara summersault merentas gelung (nampak tak Hazama?)

Iyaaaakhhhhh!!

Tarian suku kaum China yang mana tah.. tapi comel2
Mari berkungfu! Melanting2 dan berpusing2 memasing..

Brader2 penari yang hensem merembes
Yang Kak Kiah perasan most penari2 ni memang muka yang sama dalam Traditional Khmer dance show and Charming of Phahun tadi. Hazama pun ada gak kat sini haha. Kira diorang ni memang all rounder la sebab semua show ada muka yang sama. Gila banyak step dance, act and stunt nak kena ingat dalam sehari kan. Terer giler.. Kak Kiah bayangkan team theyols ni mesti rapat macam adik-beradik sebab hari2 buat benda yang sama togeder2.

Lepas Chinese Traditional Show ni ada Choosing Fiance di Kroeung Village dan Peacock Dance di Kola Village. Tapi kami skip show ni sebab dah tengok masa kat Pub Street aritu. Kami cadang nak ke Big Theater awal untuk cop tempat so dapat view best masa show King Jayavarman nanti.

So kami pi usha2 Floating & Fishing Village dulu.

Floating Village aka Perkampungan Terapung

Lawa pulak tengok umah ni

Feeling2 dulu kot la dapat buat umah camni satu hari nanti huhu..

Matahari dah semakin jatuh
Floating Village ni kengkonon macam yang Kak Kiah tengok semalam kat Tonle Sap Lake. Tapi rumah2 sini lebih posh la. Padahal rumah2 yang betul kat Tonle Sap sana macam nak roboh lagi ada.

Masa ni kami memang lapar gila tapi takde apa makanan halal yang boleh dibeli. Ada gerai jualan kat sini jual telur rebus tapi dalam tu macam ada sumbat apetah. As usual Kak Kiah kan fail bab bawak bekal ni. Nasib baik la Koh ada bawak beskut. Boleh jugak dipaw haha. So uols kalo nak stay sampai ke malam jangan lupa bawak bekal makan ok. Kalo tak memang kebulor la jawabnya.

Kat Big Theatre tu memang kami berdua je yang ada masa sampai tu. Haha gigih kan. Janji dapat dok depan.

Pose depan stage
Dalam kul 7pm show The Greatest King Jayavarman VII pun bermula. Yeeehaaa!!

Tukang cerita
King JV7 diangkat menjadi raja selepas ayahandanya mangkat dibunuh sewaktu Angkor diserang oleh Cham

Tarian sedih menangisi kemusnahan Angkor dan rakyat Khmer yang dibunuh oleh Cham
Pemuda2 Khmer siap sedia untuk menawan kembali Angkor

King JV7 mengetuai serangan. Dasat siap ada gajah atas stage.

Ayuhhh!! Begitulah agaknya kata mereka..
Masa ni King Cham dan tenteranya sedang enjoy2 dan mabuk2
Tahanan2 Khmer dirantai oleh King Cham

Akhirnya King JV7 berjaya merampas kembali Angkor dari King Cham

Tarian Apsara sempena meraikan kemenangan
King JV7 memerintahkan rakyatnya untuk membina lebih banyak temple
Rakyat semua gigih bertukang untuk membina kembali kerajaan Khmer
Akhirnya Bayon Temple pun siap dibina
Diakhiri dengan summersault berputar di udara!!

King JV7 meraikan kemenangan
Apsara dancer pun join menari2

Queen diarak dalam tandu
Barisan pelakon
FYI, untuk show ni je sebanyak 100+ pelakon terlibat so memang grand gile. Memang ghalit layan sebab melalui show ni banyak kita boleh blajar tentang sejarah Khmer and macamana satu masa dulu kerajaan Khmer ni hebat gila.

Melalui show ni ada jugak yang Kak Kiah agak kompius terutamanya pasal bangsa Cham sebab Cham dalam pementasan ni digambarkan sebagai Islam. Pompuan2 nye pakai tudung kan. Padahal masa pemerintahan Jayavarman VII ni Islam pun belum sampai lagi ke Cambodia. Pastu diorang portray King Cham ni sebagai raja yang suka mabuk dan suka budak lelaki. So memang meragukan sket bab ni sebab as if nak portray Islam ni macam teruk. So far Kak Kiah tak sempat lagi nak kaji semula bab bangsa Cham masa zaman ni. Kalo ada sesapa nak ke sana bole la research dulu skit pasal ni. And share with me apa pandangan uols.

Apapun show ni memang best tahap 5 bintang. Sangat2 berbaloi untuk ditonton.

Before balik sempat amek gambar kenangan dengan pelakon2 Cultural Village ni. Hahaha gigih kan akak?

Berjaya amek gambo dengan pelakon fevret (kiri KK) yang klako tu

KK dan barisan pelakon utama. Yang jadi King JV7 tu la brader suar biru yang tasty siang tadi kikiki..
Selesai show kami pun berjalan kaki keluar dari Cultural Village. Tengok Maliki dah tunggu kat tuk2. Jam baru kul 8+ so kami gi makan dulu kat satu restoran Muslim bernama Tobayana. Lokasi tak sure kat mana tapi macam jauh sikit dari area Muslim Family Kitchen.

Maliki depan Tobayana Restaurant. Muka ala2 samseng Kg Dusun.

Tempat makan dia bertutup dan aircond
Dasat setting macam makan kat hotel

Ruang ni actually ruang tamu yang telah diconvert jadik restoran

Menu

Our dinner
Tempat ni ok tapi agak kelas la. So makanannya agak pricey, USD12.50 untuk 2 orang nye makan. Tapi still sedap gak memandangkan Kak Kiah memang kebulo giler tak makan nasik siang tadi.

Lepas perut dah kenyang, kami pun balik semula ke Tareach. Nanti akan ada orang dari syarikat bas yang akan pickup kami kat guesthouse untuk ke Phnom Penh so kena la bersiap-sedia dulu.

*bersambung

6 comments:

  1. tak sempat nak tgk show yg last skali tu sebab perut dah lapar dan penat. tp overall most of the performances mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la KK ada baca jugak kat blog John n travellers yang lain. most yang datang sini tak stay sampai habis sebab lama nak tunggu ke malam. takpe.. show yang before2 tu pun ok jugak layan habis..

      Delete
  2. Gigih akak tengok semua show hehe lawak plak part hazama di mana2 tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang macam Hazama kan? versi kurus la.. haha.. kalo tgk show sini sampai ke malam, by the end of the day siap dah boleh cam penari2 dia - sapa paling lawa, paling hensem, paling terer menari, paling kelakar etc.

      Delete
  3. Banyak juga show kat sini. Tgk gamabr yang KK tangkap satu..persatu. kira dah boleh faham jalan cite. Pergghh...bergambar dengan abg2 sado Kemboja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sado tak sado sangat.. sedap2 je hahaha. KK tak minat sado ketul2 tu. geli..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.