Friday, October 30, 2015

CAMBVIET – DAY 7: MEKONG RIVER TOUR (PT I)

Bangun pagi ni rasa bisa2 dah badan. Idung dah berair dan dah mula batuk2. Memang sah petanda awal demam. Ayomaa.. tak pernah lagi demam time travel. Kak Kiah rasa maybe udara kat HCM ni memang tak bagus kot. Compared to SR dan PP, kat sini rasa macam sesak nak bernafas. Tambah lagi dah berapa hari ni memang betul2 lenjan badan merayap sana sini. Dengan cuaca panas berdenting, kepala serabut dengan bunyi bising hon2 kereta dan motor. Memang cukup rencah untuk Kak Kiah demam.

Anywayzz.. jangan biarkan demam mengganggu mood perjalanan kita. Ada lagi sehari ni. Esok nak balik dah. Ayuh cargaskan badan!! *telan panadol 2 bijik pastu lompat bintang 10x

Tapi Kak Kiah tengok Koh pun macam takde mood je pagi ni. Still risau pasal banjir kat Kelantan tu rasanya. Kejap2 dia check FB. Awal2 pagi tadi pun dia dah call mak dia kat Kelantan. So far air masih belum naik ke rumah tapi orang keliling semua dah pakat2 evacuate. Kesian dia. Mesti tak aman jiwa nak berjimba2 pada hari2 terakhir kami kat HCM ni.

Hari ni kami ada full day acara Mekong River Tour. Jadi kami kena tunggu kat lobby hotel kul 8.30am. Untuk tour ni kami dibawak naik bas dari An Travel dengan pelancong2 dari hotel2 lain. Dari Lele Hotel ni cuma kami berdua je. Dalam bas tu ada pelancong2 dari pelbagai negara. Ada jugak satu Chinese family dari Msia.

Our bus
KK & Koh dok depan skali
Sepanjang tour kami ni, ada sorang guide yang akan beri penerangan tentang sejarah dan kisah setiap tempat yang kami lalui atau singgah. Kelakar mamat ni. “Handsome Slim” katanya nama dia. Tak de lah handsome mana.. ala2 cina Bukit Siput je tengok haha. Tapi memang peramah and banyak bagi info tentang Vietnam kat kami.

"Handsome Slim" tengah tunjuk muscle yang tak brape nak ada
Kami menuju ke My Tho yang terletak ~2 jam perjalanan dari HCM. Agak lama jugak perjalanan rasa macam nak tertido2. Tapi rugi kalau tido sebab pemandangan kiri-kanan memang cantik sebab lalu sawah padi.

Highway

Pasar. Kat sini ramai betul pakai topi Pak Mustar Pendekar Bujang Lapok tu.
Memasuki pekan

Sebagai orang Johor, KK memang jakun dengan sawah padi hehe

Sawah padi. Vietnam merupakan pengeksport beras terbanyak dunia.

Dah nak musim menuai kot
Sebelum ke jeti di My Tho, singgah dulu kat Mekong Rest Stop dalam setengah jam. Kira tempat ni tempat wajib singgah kot seblom Mekong River Tour sebab memang banyak bas2 pelancong benti sini.


Pekena kopi dulu. Kopi Vietnam ni memang lain. Pekat tapi wangi.

Boleh membeli jajan

Semua ni memang nak ke Mekong River
Dalam kul 11 kami sampai kat jeti My Tho dan naik bot untuk menikmati keindahan Mekong River ni. Oh well, tak la indah mana. Keruh je airnya. Tapi Mekong River ni adalah salah satu sungai terpanjang di Asia dan merentasi sebanyak 6 buah negara iaitu China, Myanmar, Laos, Cambodia, Thailand dan Vietnam. Jadi sungai ni agak significant sebab jadi nadi kepada hubungan perdagangan antara negara2 ni. Mekong River ni jugak merupakan sumber pendapatan bagi penduduk2 di sekitar sebab banyak hidupan air tawar dan tumbuhan akuatik pelbagai spesis selain jadi sumber air untuk sawah padi.

Jeti My Tho

Bot2 untuk cruise Mekong River

Muka orang nak demam tapi eksaited

Dalam bot. Ok la selesa.

KK & Koh dalam bot. Yang belakang tu tourist dari Msia gak anak beranak.

Meninggalkan jeti
Slim tengah bagi penerangan tentang Mekong River

Nampak berkabus kan? Sebenarnya udara memang teruk even kat sini.

Air Mekong River yang keruh
First sekali singgah kat satu pulau ni untuk melawat kilang coconut candy. Kat sini diorang tunjuk cara2 untuk kopek kelapa sampai dapatkan santan dan buat coconut candy.

Jeti

Bersama tourist2 lain menuju ke kilang

Slim mendemo cara mengopek kelapa

Proses perah santan

Santan dimasak dan dikacau ala2 masak dodol
Macam bubur kacang la pulak
Proses memotong candy
Mempacking
Taraaa!! Ni lah rupa paras candy yang dah siap dipack
Sebab proses2 kat sini lebih kurang cam kampung kita kat Msia jadi takde la jakunista sangat menengoknya. Omputih je la yang ooohh aaahhh bagai. Kami pakat dok usha baju tradisional Vietnam yang pekerja2 sini pakai. Kak Kiah memang berkenan betul baju diorang ni dari dulu lagi sebab nampak cam elegant sangat. Pastu seksi jugak sebab tepinya ada belah sampai ke pinggang. Tapi kalo perut buncit memang hauk la. Babat2 terkeluar di sebalik belahan tu.

Akak berpakaian tradisi. Nampak tak babat di situ?
Slim mendemo buah koko. Kat belakang tu local delicacies yang dimanufacture di sini dan boleh dibeli.
Kat sini boleh gak kalo nak beli souvenirs berasaskan tempurung kelapa. Agak cantik2 jugak la.

Ruang jualan peralatan berasaskan tempurung

Banyak yang menarik

Comel kan?
Setengah jam pas tu kami dibawa ke arah belakang factory tadi untuk menaiki kereta kuda dan usha2 kampung. Tak lama pun cuma 15 minit. Not much untuk disnap picca sebab pemandangan lebih kurang cam kampung kita kat Msia je.

Koh dan kereta kuda. Cantik kuda siap pakai bunga.
Suka ye kak dapat naik keta kuda?

Melalui kawasan kampung
Kami di atas kereta kuda

Ramai mat saleh dalam grup kami
Then kami kembali ke jeti untuk ke destinasi seterusnya iaitu Phoenix Island. Kat Phoenix Island ni kami diberi masa selama sejam setengah untuk lunch di Con Phung Restaurant dan melawat2 kawasan sekitar.

Ke Phoenix Island pulak
Koh sedang kelaparan

Menu kat sini. Kau mampu makan buaya? Nak Buaya Goreng? Buaya Stim Halia? Atau Kari Buaya?
FYI, dalam pakej kami ni ada diprovide lunch skali. And kami awal2 dah request vegetarian food.

Our vege lunch. Nasi, telur, sayur dan spring roll.
Tapi kan.. Koh memang tak lalu nak makan hehe kembang tekak katanya. Kak Kiah pulak bedal je sebab lapar. Tapi tawakkal dan selawat la seblom makan mudah2an tak de yang meragukan. Kak Kiah ni kalo dah kata vegetarian food memang pegang konsep vegetarian food. Ada certain orang banyak pikir. Minyak pakai minyak apa la, pinggan tak samak la, kuali tak asing la.. jadi tu yang menimbulkan was2. Kalo dah pikir sampai macam tu, better bawak bekal sendiri.

Untuk isu makan guna pinggan dan peralatan memasak ni, Kak Kiah cuma refer pada hadis yang dilaporkan oleh Abu Sa'labah yang bertanya kepada Rasulullah SAW, "Kami berjiran dengan ahli kitab. Mereka memasak daging babi dalam periuk mereka dan mereka minum arak dalam cawan mereka. Maka apa hukum menggunakan periuk dan cawan itu?" Jawab Rasulullah saw, "Jika kamu mempunyai periuk dan bekas lain, maka makan dan minumlah dengan bekas lain itu. Tetapi jika kamu tiada bekas lain, maka basuhlah bekas yang digunakan untuk najis itu dengan air, kemudian kamu makan dan minumlah menggunakannya." Hadis sahih direkodkan oleh Imam Abu Daud.  So bab ni terpulang la pada pendapat masing2 ya. Dalam Islam takde yang menyusahkan pun. Ummah melayu kita je yang suka haramkan yang makruh, wajibkan yang sunat. Pastu fefeeling setaz setazah jadian bagai.

*Kinder Bueno dan Ferroro Rocher yang sah2 takde cop HALAL JAKIM tu pun ramai je ummah melayu telan kan.. oopss..

Untuk aktiviti seterusnya kita sambung next entry ok. Panjang sangat lah pulok!

7 comments:

  1. KK kat Sawah Ring Bukit Gambir Muar ada bendang sawah padi ya. Dan kalau cuaca cantik boleh nampak Gunung Ledang dibelakang bendang tersebut. Teko warna-warni tu diperbuat dari kelapa ke. Cutenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ye ke? KK tatau pun Johor ada sawah padi. Kalo padi bukit tu KK tau ada. Hehe kena pegi la camni.. KK mmg suka view sawah padi berlatarbelakangkan gunung ni. Duduk ngadap berjam2 pun xpe.
      Ya teko tu sume buat pakai tempurung kelapa. Kalo utk hias umah mmg cantik.

      Delete
  2. Biasanye session untuk buat coconut candy tu biasanya org2 Malaysia buat tak tau aje. Baik diorang survey pakaian dan souvenier lain. Yes, I like hadith sahih yang KK mention pasal bab makan. Betul tu...Islam itu mudah, kalau kita cerewet dan ada sifat was2 memang kebuloq la jika travel ke negara2 bukan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Msia kalo jakun masa diorang mesin kukur kelapa tu memang nak kena cepuk la kan haha.. Bab makan ni KK sebenarnya malas nak bising. Tapi ada la yang tembak untuk entry2 masa KK gi Seoul tu, tu yang rasa terpanggil jugak la nak explain dengan setazah2 jadian ni. The point is kalo rasa tak yakin, bawak bekal kan.. apa la susah beno..

      Delete
  3. masa kat vietnam SA xde masalah bab makanan....agak x selera..makan buah je...balik hotel masak megi..tp pi tgok diorang buat candy ni mmg satu pengalaman la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huntong la bole makan buah je. KK ni pulak jenis tak suka makan buah.
      Ada beli ke candy tu? Rasa macam apa ek.. dodol ke?

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.