Tuesday, October 20, 2015

CAMBVIET – DAY 3: SIEM REAP TO PHNOM PENH

Pagi tadi actually kami dah check out. Tapi barang2 memang kami ada simpan kat guest area kat Tareach.

Tengok jam baru kul 9+pm. Lama lagi ni nak tunggu pick up sampai. So sementara menunggu tu, kami mintak izin receptionist untuk tumpang mandi dulu. Membuang la apa yang patut siap2 sebab karang lama dok dalam bas memang masak kalo nak terkucil jebat.

Sempat jugak Kak Kiah tumpang solat kat celah meja staff kat guest area tu huhu. Nasib baik ada sorang staff Tareach ni Muslim, so dia bagi la solat kat situ. Lepas solat sempat borak2 dengan dia. Almaklum la hensem.. takkan nak lepaskan peluang beramah-tamah kan kekeke.. Tapi takde citer personal pun. Citer pasal game bola je sebab malam ni sepatutnya Kak Kiah nak tengok bola Msia vs Vietnam. Dia la yang inform siang tadi kata ada game malam ni. Tapi sebab kami balik Tareach lambat tak la dapat nonton bola bersama2. Hik2x.. gedik kan Kak Kiah..

Dalam kul 11+pm akhirnya ada la pick up datang untuk bawak kami ke stesen bas ke Phnom Penh. Well, actually bukan stesen bas pun. More like tempat simpan bas.

Tiket bas dari SR ke PP
Ramai jugak penumpang yang nak ke Phnom Penh malam ni. Nasib baik la bas pun selesa, bersih and ada aircond sume.

Rupa paras dalam bas
Bila duduk je dalam bas tu memang tak tunggu lama la. Terus fensan tak sedar diri. Penat giler siot sehari suntuk berjalan kan..

Dalam kul 4 pagi tu sedar kejap bila bas benti. Turun la kejap ingat ada port toilet ke apa. Tapi hapah gelap semak belaka. Rupanya sume pakat membuang dalam semak. Adoiyai... terpaksa la naik bas balik huhu.. Sambung balik tido dalam keadaan menahan hazab nak terkucil..

Sedar2 je dah pun sampai Phnom Penh. Tengok jam dah kul 6.15am. Fuh 6 jam dalam bas... patut la sakit2 pinggang dibuatnya..

Dah sampai Phnom Penh hoyeahh!!
Tempat yang bas turunkan kami ni pun bukan stesen bas tapi cawangan syarikat bas Olympic kat Phnom Penh.

Apa2 kita qadha hajat dulu. Naik migrain kepala sebab dok menahan kencing..

Setel je urusan tandas kami berdua dok bincang2 cemana nak ke Angkor Mithona Guesthouse. Macam Kak Kiah story aritu, segala urusan penginapan untuk trip ni Koh yang buat. So memang Kak Kiah tak sempat study langsung pasal map di Phnom Penh.

Memula kami terpinga2 gak cemana nak gi ke guesthouse. Tengok alamat guesthouse tu and compare dengan map orang2 kat situ tak jumpa pulak. Last2 diorang suh amek tuk2. So tahan la tuk2.

Naik tuk2 untuk ke guesthouse
Kami ni pulak sebab tengah mamai campur blur campur pening mikirkan lokasi guesthouse, terus je campak beg and masuk dalam tuk2. Takde pun nak tanya harga.

Menyusuri Tonle Sap River
Skali sampai je depan guesthouse USD6 kne caj. Dah la bukan jauh mana pun guesthouse ni dengan tempat bas tadi. Cinabeng tol. Tapi tu lah nak buat cemana. Tak nego harga siap2 sapa suruh. So ni peringatan untuk uols yang nak gunakan perkhidmatan tuk2 Phnom Penh. Make sure tanya harga dulu ok. Diorang ni kalo bole sembelih memang akan sembelih gegile punya.

Takpelah janji dah sampai ke Angkor Mithona Guesthouse. And dapat check in awal.

Bangunan Angkor Mithona. 5 level tapi takdak lift.
 

Angkor Mithona ni kalo tengok dari luar memang ok. Tapi bila masuk dalam memang agak scary sebab building ni macam dah lama gila. Macam suram je. Dah la kami dok tingkat atas ujung sekali. Dari kaunter receptionist nak naik ke atas tu kena ikut tangga yang curam. Pastu banyak gambar pompuan pose2 bogel kat frame dinding. Bau memang kepam la kan sebab karpet dia pun dah lusuh. Wallpaper dah berlumut dan tertanggal2.

Restaurant

Kalo dari luar nampak cam restaurant, masuk dalam macam kat pub

Snuker area. Malam ramai jejanz kat sini.
Tangga curam dan busuk kepam
Bilik dia memang sedih. Taraf 1 bintang je kot.  Kettle takde, gobok pun takde. Pastu pintu bilik pulak ada tanda kena umpil. Nak bukak and tutup pintu kena tolak kuat2. Pintu bilik air tak boleh lock. Kena sendal pakai tong sampah. Sedih!!!

Katil dabel. Nasib baik bedsheet & towel bersih.

Toilet. Tetiba ada lak palang beso tu. Belakang tu ada cermin. Kalo malam2 tengok muka kat cermin tu memang scary sebab cahaya terlindung.

Ada TV, tepon & A/c. Dan 2 botol air mineral.
Kak Kiah bayangkan ntah2 bilik ni ada orang bunuh diri agaknya, tu pasal pintu bilik kena umpil. Huhu. Bilik ni kan dok kat ujung and takde bilik berdekatan so agaknya la port yang sesuai untuk membunuh diri.

Takpe lah kan.. nasib baik Kak Kiah ni takde la cerewet sangat. Asal bole tido ok je. Tawakkal ‘alallah. Lagi pun sesuai la kot guesthouse ni dengan harga USD17/nite. Ada wifi bole tahan laju walopun kami kat level atas skali. Kat Phnom Penh ni susah sikit nak dapat hotel/guesthouse dengan harga murah and lokasi best. FYI, Angkor Mithona ni walking distance dengan banyak tourist attraction macam National Museum, Royal Palace, Central Market, Sisowath Quay and Night Market. So memang lokasi dia strategik sebab boleh jimat duit tuk2.

Map Phnom Penh dan Angkor Mithona Guesthouse

View dari bilik kami
Anyway, kalo uols jenis picky and bukan hati kering macam kami better don’t stay here lah kot. Bab usang tu boleh tahan lagi, cuma bab scary je yang tableh blah. Dekat receptionist tu dah la ada port jantan mabuk main snuker memalam, kat bilik pulak spooky macam berantu. Kalo masuk toilet tu rasa macam meremang2 bulu roma.

Sebab masa ni masih pagi lagi, kami lepak2 je kat bilik dok plan mana nak pegi dalam masa 2 hari kat Phnom Penh. Almaklum la kami berdua ni kan tak sempat nak study langsung pasal Phnom Penh. Nasib la ada wifi. Bole gak gugel2 kejap.

Selepas berbincang kami pun bersiap2 untuk keluar. Kalo lepak lama2 kang ada melarat sampai tertido. Penat kan tido dalam bas semalam bukan selesa pun. Tapi dah kat tempat orang ni jangan asek nak bermalas2an. Rugi namanya bayar tiket flight memahal tapi dok membadak dalam bilik. Ayuh bersiap!

*bersambung

2 comments:

  1. imaginasi kak boleh tulis novel seram lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK kan kalo berimejinasi kan selalu ada unsur2 drama queen sikit hehehe.. tapi memang seram noks. KK time gosok gigi tengok cermin terbayang2 muka sendiri jadi lain huhu.. nasib baik dia tak bertukar jadi menyeringai ke apa..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.