Lepas setel makan, kami menuju ke Wat Phnom pulak. Wat Phnom ni lokasi dia
kat atas bukit betul2 tengah bandar Phnom Penh. Dari kedai makan tadi, kami
jalan kaki lebih kurang 15 minit menghala ke utara. Pastu nanti dari entrance
kena naik tangga ke atas. Kalo nak masuk ke dalam area temple ni kne bayar
USD1.
Memula ingat tanak masuk sebab tengok ramai orang datang nak semayang,
takut pulak ganggu. Tapi tengok Koh macam interested nak masuk so Kak Kiah pun
ok masuk la jugak (masa ni baru teringat yang dia ni agama Buddha so tak kan
dia tanak masuk kan).
Wat Phnom ni merupakan temple Buddha yang paling tua kat Phnom Penh ni. Usia dah beratus2 tahun la. Orang2 sini kalo nak pass exam ke nak majukan bisnes ke datang la ke sini pasang hajat. Pastu kalo hajat tercapai diorang akan datang balik and bayar dalam bentuk kalungan bunga jasmin, lotus atau pisang.
Kami masuk jugak ke dalam ruang tempat penganut2 agama Buddha ni semayang.
Huhu first time ni tau masuk tempat camni. Seumur hidup memang tak pernah jejak
kaki ke tokong atau kuil. Pening memula sebab bau lidi semayang tu memang kuat
giler. Patung Buddha pun kemain banyak so agak berdebar2 di situ. Tapi pasang
niat je la.. kita datang cuma nak tau pasal sejarah, budaya dan agama diorang
je kan, takde niat lain.
Kat keliling temple ni ada jugak gerai2 jual cenderamata. Koh sempat beli
poskad kat sini. Kak Kiah cuma cuci2 mata je.
Dah setel lawatan kat sini, kami gerak ke Central Market pulak atau
dikenali dengan nama Psah Thmei. Tak jauh gak, dalam 15 minit jalan kaki. Gigih
kan kami hari ni langsung tak naik tuk2? Haha jangan tatau masa ni betis dah
menangis meraung mintak simpati kekeke..
Central Market ni lokasi kedai2 dalam dia agak teratur la so senang nak
cari barang. Ada jual permata, souvenirs, barang2 keperluan harian, bunga2,
baju-bajan, buku, kasut, ikan, sayur dan macam2 lagi. pastu harga barangan pun
agak murah dan boleh tawar-menawar. So tempat ni dikira tempat wajib la bagi
tourist yang nak cari souvenirs. Cuma jangan lupa Central Market ni tutup kul
5pm.
Sebab dah penat sangat membetis seharian, kami pekena air kelapa kat sini yang dikatakan sungguh sedap itu. Fuhh.. memang sedap uols.. Harga cuma 4000 riel.
Kat sini sempat sambar la beli cambodian purse, fridge magnet dan cambodian
scarf. Tak beli banyak sebab aritu masa kat Siem Reap dah beli souvenirs kan.
Nanti nak ke HCM lagi so kne jimat.
Balik dari Central Market ingatkan nak singgah Night Market untuk beli
dinner. Skali tu aiseh tutup la pulak. Baru la tau rupanya Night Market ni cuma
bukak Jumaat sampai Ahad je. Maka kempunan la kami nak merasa Pad Thai kat
gerai semalam.
Dah kuciwa tu kami menyusur pulak Sungai Tonle Sap on the way ke Angkor Mithona Guesthouse. Konon nak amek angin petang la. Oh well tak petang mana, dah nak masuk senja dah pun masa tu hehe.. Tapi tetap la nak melepak2 cuci mata.
Layan jugak tengok view situ sambil borak2 berdua. Lama jugak kami melepak
situ. Bila dah gelap kami menyusur pulak Sisowath Quay sampai depan Royal
Palace. Orang bole tahan ramai walopun hari ni Isnin.
Sebelum balik guesthouse, singgah 7E sebab nak beli megi dan biskut. Gila
lapar tak makan malam lagi. Kat 7E ada air panas so kami bancuh megi siap2
situ. Kat Cambodia ni jangan risau kalo nak beli megi n biskut sebab banyak je
yang halal, ada yang diimport dari Msia lagi.
Malam ni Kak Kiah tido awal sebab esok pagi2 kami kena bangun awal. Pukul 4am nanti ada tuk2 akan pickup kami untuk ke syarikat 15SH sebab bas kami akan bertolak ke Ho Chi Minh kul 5am. Nasib baik dapat tido lena sebab penat sangat berjalan seharian tadi. So terselamat daku dari mendengar bunyi2an seram.
Nite2 Phnom Penh!
*bersambung
Menuju ke Wat Phnom |
Berposing sebentar di kaki bukit |
Wat Phnom ni merupakan temple Buddha yang paling tua kat Phnom Penh ni. Usia dah beratus2 tahun la. Orang2 sini kalo nak pass exam ke nak majukan bisnes ke datang la ke sini pasang hajat. Pastu kalo hajat tercapai diorang akan datang balik and bayar dalam bentuk kalungan bunga jasmin, lotus atau pisang.
Wat Phnom |
Dah dibina sejak abad-14 |
Stupa. Katanya raja2 Khmer dulu2 punya abu mayat ada simpan sini. |
Upacara semayang kat belah luar |
Dalam Wat Phnom |
Patung2 Buddha pelbagai gaya dan rupa |
Lagi patung Buddha |
Lukisan di dinding |
Setiap lukisan ni ada cerita tersendiri, macam kisah2 legenda berkaitan agama Buddha la |
Koh sedang memilih poskad untuk dibeli |
Souvenirs yang boleh didapati di sini |
Lukisan pun ada |
Tengok je.. tak beli pun |
View dari atas bukit |
Tangga menuju ke Wat Phnom. Yang kiri kanan tu adalah ular kepala 7 atau gelarannya NAGA. |
Entrance Central Market |
Sebab dah penat sangat membetis seharian, kami pekena air kelapa kat sini yang dikatakan sungguh sedap itu. Fuhh.. memang sedap uols.. Harga cuma 4000 riel.
Air kelapa yang sungguh marbeles |
Rajin sungguh depa sagat kulit kelapa ni |
Bahagian tengah2 Central Market ada jual jewellery, emas dan permata |
Ya kak.. pilih2 |
Souvenirs Cambodia. Tshirts sini agak sedeh sket designnya. |
Koh tengah bz pilih fridge magnet. Harga seketui 2000 riel. |
Gubahan bunga cantek2 |
Ikan2 di pasar basah.. ngeri tengok kemain besau.. |
Ni lagi ngeri |
Katak yang sudah disiang. Nak sekilo kak? Masak rendang sedap ni.. huhu.. iyeks.. |
Dah kuciwa tu kami menyusur pulak Sungai Tonle Sap on the way ke Angkor Mithona Guesthouse. Konon nak amek angin petang la. Oh well tak petang mana, dah nak masuk senja dah pun masa tu hehe.. Tapi tetap la nak melepak2 cuci mata.
Feri ni bawak tourist yang nak menyusuri Tonle Sap River |
Senja pun berlabuh di Phnom Penh |
Semakin gelap |
Melayan angin malam di Sisowath Quay (nampak tak bendera Msia?) |
Pavillion bergemerlapan di waktu malam |
King Norodom Sihamoni sempena bday yang ke 58 |
Malam ni Kak Kiah tido awal sebab esok pagi2 kami kena bangun awal. Pukul 4am nanti ada tuk2 akan pickup kami untuk ke syarikat 15SH sebab bas kami akan bertolak ke Ho Chi Minh kul 5am. Nasib baik dapat tido lena sebab penat sangat berjalan seharian tadi. So terselamat daku dari mendengar bunyi2an seram.
Nite2 Phnom Penh!
*bersambung
Abis togel katak tu..boleh pulak kk amik gmbr. tak geli ke kak?
ReplyDeletememula geli jugak. tapi pikirkan ni la makanan yang diorang makan masa zaman pol pot memerintah dan perang Cambodia-Vietnam, jadi tak sampai ati nak kondem. diorang dulu memang susah nak dapat nasik jadi dapat makan ular, katak, cengkerik, belalang tu dah kira syukur la tu.
Deletealamak..tetiba sy pon insaf gak.kalau dh darurat..kite ni pon x tau lah nak mkn ape..kot2 bedal semua gak.
DeleteGelinya katak itu kak uiii mau melompat2 kalau di sua depan mata. eeee
ReplyDeletemuahaha.. first time kan tengok katak lepas disiang kulit? kita nak tengok pun tak tergamak, apetah lagi nak suap masuk dalam mulut..
Delete