Wednesday, November 4, 2015

CAMBVIET – SUMMARY & BUDGET

Taraaaa!! Dah sampai last entry huhuhu.. Akhirnyaaaa... penat tak tunggu?

Jom kita summarize trip Cambviet ni.


Sila klik untuk tumbesaran
Overall, alhamdulillah la sebab berjaya cover 3 tempat ni iaitu Siem Reap (Cambodia), Phnom Penh (Cambodia) dan Ho Chi Minh (Vietnam) dalam masa 8 hari. Walaupun takde perancangan teratur macam trip2 seblom ni, especially masa kat Phnom Penh & HCM, kira oklah kan takde la banyak sangat hiccups atau adegan sesat barat yang melampau.

Siem Reap 

Antara tiga2 tempat ni, Kak Kiah paling suka dan kalau boleh nak pegi lagi ialah Siem Reap. Maybe sebab bandar kecik, tak serabut and banyak benda2 art kat sini kot. Rasa lebih kena dengan jiwa. Kunjungan ke Angkor Wat, Tonle Sap Lake & Cultural Village for me memang sangat berbaloi and shud not be missed untuk sesapa yang nak ke sini. 3 hari 2 malam kat Siem Reap ni just nice untuk cover tempat2 ni. And kalau uols sukakan art boleh jugak tengok proses penghasilan kain sutera di Artisan Silk Farm dan kerja2 seni anak2 muda Cambodia di Artisans Angkor. Memang menarik lah. Selain tu, walaupun Siem Reap ni agak sedih la tak berapa nak membangun, orang2nya lebih mesra dan jujur so kita jadi lebih selesa.

KK di Angkor Wat

Sunset di Tonle Sap Lake
Banyak jugak list of ‘must do’ and ‘must see’ things yang berjaya dicapai oleh kami di Siem Reap ni. Dapat makan ‘lembu naik bukit’, dapat makan amocfish dari tasik Tonle Sap, dapat tengok Apsara dance, dapat kenal budaya orang2 Khmer dan Cham, dapat tengok sunset di Floating Village and dapat amek banyak gambar cantik2 di sekitar Angkor Complex. Cuma frustlah sikit sebab tak dapat tengok view sunset yang cantik di Phnom Bakheng dan sunrise di Angkor Wat. Tapi takpelah.. dah takdir cuaca gitu nak buat gimana kan.

So kalo uols nak ke Siem Reap, kat sini Kak Kiah ringkaskan serba sedikit tips untuk panduan yek.

1. If nak layan sunrise di Angkor Wat, beli tiket Angkor Pass sehari sebelum hari lawatan so takde rushing pagi2 esoknya. Kaunter bukak kul 5pm and lepas beli pass boleh la naik Phnom Bakheng untuk layan view sunset. Esoknya datang pagi2 (keluar seawal jam 4.30am) untuk cop tempat supaya dapat view sunrise yang terbaik.
2. Untuk Angkor Complex tour, tiga yang berbaloi dan wajib pegi ialah Angkor Wat, Angkor Thom & Ta Phrom. Yang lain boleh jugak pegi if ada masa seharian untuk tour ni.
3. Baca buku guide Angkor seblom pegi tour untuk tau sikit sebanyak sejarah dan tips apa yang perlu ditengok di setiap lokasi.
4. Bawak bekal makan sebab kat Angkor Complex tu takde jual makanan halal kecuali buah. And kena cuba rasa air kelapa kat sini. Memang best!
5. Kalo yang suka amek gambo, sila pakai baju kaler striking untuk Angkor Complex tour. Standby bateri kamera or powerbank sebab komfem banyak amek gambo punya.
6. Kalo nak ke Tonle Sap Lake, make sure pegi petang2 dalam sejam sebelum sunset. And make sure pegi Floating Village. Harga sedikit mahal (USD15) tapi view dia memang ohsem. Kalau rasa takut kena tipu, mintak tuk2 driver je yang belikan tiket atau paksa dia ikut sekali.
7. Cambodian Cultural Village better pergi time petang. Pukul 2pm tu just nice la. And make sure stay sampai abis last show. So sebab lama kat sini sampai malam, make sure ada bawak bekal makanan supaya tak kebuluran.
8. Kalau nak tengok Apsara Dance boleh pegi Temple Club di Pub St tingkat atas. Syaratnya kena beli air atau food. And datang awal sebab show start kul 7.30pm.
9. Kat Cambodia ni banyak berurusan dalam USD so jangan tukar riel banyak sangat sebab currency riel ni tak laku kat Msia. Convert USD10-15 cukup kot.
10. Kalau ada yang murah hati, boleh bawak pakaian terpakai, makanan atau peralatan sekolah untuk didermakan pada kanak2 kat sini. Bagi yang muslim, boleh bagi donation kat Masjid an Nikmah (dekat Muslim Family Kitchen).

Kalau tanya Kak Kiah nak pegi lagi tak Siem Reap? Of chos!!
Kak Kiah memang nak je pegi Angkor Complex tu skali lagi tapi next time nak buat full tour full day, and pastinya nak cuba skali lagi dapatkan view sunrise di Angkor Wat. Tapi kalo datang sini rasanya kena bawak mak Kak Kiah la kot sebab sheols memang suka benda2 gini. Maklumlah cikgu seni pencen. Harap2nya ada la kesempatan satu hari nanti untuk repeat insyaAllah..

Phnom Penh 

Phnom Penh ni agak depressing bagi Kak Kiah. Walaupun status sebagai ibu negara, keadaan bandar agak kotor, ramai pengemis dan ramai tuk2 driver yang suka menipu pelancong. Tapi kunjungan ke Killing Fields Cheoung Ek dan Tuol Sleng Museum tu antara yang bagi kesan mendalam pada Kak Kiah sepanjang trip ni. Who knows dari sumone yang tak pernah amek tau langsung pasal negara Cambodia ni, Kak Kiah jadi interested untuk research and baca banyak lagi pasal politik Cambodia, sejarah raja2 dari zaman Khmer, peperangan dengan Vietnam dan Thailand, dan pasal kezaliman Khmer Rouge lepas balik dari trip ni. And kalau uols memang kaki sejarah atau nerd macam Kak Kiah, Phnom Penh ni memang berbaloi untuk dilawati. Takyah banyak2 hari pun. 2 hari je dah cukup.

Koh & KK berposing di Royal Palace Park

Muka penat berjalan kaki pusing Phnom Penh
Selain tu, kalau nak membeli souvenirs di Central Market dan Russian Market pun ok sebab murah. Keychains, fridge magnet, Cambodian silk shawl, tshirt Cambodia banyak murah2. Cuma tshirt2 kat sini agak kureng sikit tak lawa designnya. Kalau yang suka dengan batu2 sapphire, ruby etc, kat sini pun ada and uols boleh bargain 50-70% dari harga yang dipamerkan.

More tips untuk those yang nak ke Phnom Penh:

1. Kos tuk2 untuk ke Killing Field & Tuol Sleng ~USD15. Make sure jangan sampai kena tipu dan deal harga seblom setuju naik sebab tuk2 driver kat PP ni ramai suka klentong pelancong.
2. Kalau nak ke Royal Palace, Royal Park,  National Museum & Independence Monument tak perlu pakai tuk2 sebab walking distance je. So better cari accommodation around this area.
3. Refer banyak blog untuk research kedai2 halal di PP. Jangan jadi macam kami ntah ke mana2 je pegi and ada kedai yang dah pindah/tutup.
4. Kalau datang time weekend, make sure pegi Night Market sebab situ ada stall jual makanan halal yang sedap pastu boleh layan makan sambil bersila atas tikar. Jangan lupa try air tebu jugak kat sini sebab marbeles giler.
5. Malam2 kalo boring boleh layan view tepi sungai atau strolling di Sisowath Quay.

So nak repeat tak Phnom Penh? For me rasanya tak lah kot. Cukup la sebab dah dapat cover almost everything yang nak dicover di Phnom Penh. Kalo nak suh repeat tour ke Killing Fields & Tuol Sleng pun rasa tak sanggup dah.. depressing sangat.. cukuplah sekali..

Ho Chi Minh

Ho Chi Minh ni pada Kak Kiah memang overrated sangat. Kak Kiah tatau la macamana orang bole datang sini berkali2. Dua hari Kak Kiah kat sini je dah rasa sesak sangat dada sampai batuk dan demam dibuatnya. Serabut dengan orang ramai, kenderaan yang bising dengan hon, lautan motor di sana-sini dan udara yang berdebu2. Kena pulak kami datang time Xmas.. memang semak kepala. Pastu jalan kat sini memang mengkompiuskan sangat. Nama jalan dah la lain dari yang kat peta, berselirat tatau mana barat mana timur, ada yang tetiba jalannya menyenget, lokasi tourist attractions pulak agak jauh antara satu sama lain. So in the end kami asek la sesat barat sebab salah masuk jalan. Kuciwa la sebab banyak historical buildings tak dapat tengok up close macam War Remnants Museum, Independence Palace, Opera House dan City Hall.

Tapi pegi Chu Chi Tunnel tu best jugak. Cuma tu lah masa kejap sangat.. kalau dapat spend lama sikit kat situ sure lagi best sebab dapat tengok ketereran tentera2 Viet Cong membina defense diorang sampai US pun susah nak tawan. Mekong River tour tu pulak nak kata best ke tak tengok orang jugak. Ada certain orang kata tak best sebab biasa2 je kat Msia pun ada. For me, ok la sebab dapat pegang ular dan naik sampan huhu.. Cuma kalo nak pegi lagi skali tu idok le teman. Once is enuff. Untuk Ben Tanh Market pulak, ntah ler.. tatau apa yang best situ. Maybe sebab Kak Kiah bukan jenis soping kain kot so macam takde perasaan je la masuk market tu.

Koh & KK bersampan di Mekong River
Lagi satu yang tak best kat HCM ni makanan halal kemain melampau mahal. Too bad Kak Kiah tak sempat nak study langsung pasal tempat2 halal lain yang murah kat sini. Kalo study awal2 rasanya tak la sakit ati kot. So if uols nak ke HCM, try usha kedai2 lain yang murah kat sini. And plis la boikot Salima & Kg Melayu tu.. macam haram jadah mahal nak mampos..

Untuk tips ke HCM:

1. Cuba dapatkan map yang complete if nak berjalan kaki di HCM.
2. Pakai face mask sebab udara kat sini memang berdebu dan berhabuk.
3. Kat HCM, boleh berurusniaga dalam RM tapi bila barang ask for 3 currency (RM, USD & dong) so senang nak buat perbandingan harga.
4. Kalau datang sini memang nak bersoping2, boleh la dok area Ben Tanh Market je. Kalau dok jauh macam kami agak leceh sikit sebab susah nak lintas jalan yang crowded dengan motor dan kereta.
5. Kalau boleh amek tour yang diuruskan oleh hotel sebab lebih reliable dan takde penipuan.
6. Buildings macam Notre Dame Cathedral, Central Post Office, Opera House, City Hall tu antara yang cantik untuk amek gambo waktu malam. 
7. Kalau nak feeling2 Vietnam masa Mekong River tour, bole beli topi saji Pendekar Mustar kat jeti MyTho sebab kat situ je jual.  

So nak ke HCM lagi tak? 
Hell noooo...
Pangkah awal2 dari list. Seriously bukan citarasa Kak Kiah. Belanja tiket flight pun takmo. Cukup la pegi sana sekali.. memang serik dan tak sanggup tahan telinga dengar bunyi hon bertalu2 24 jam. Boley gile meroyan dibuatnya. Tempat untuk dilawati pun tak banyak sangat. Other than ChuChi Tunnel & Mekong River, nothin' much sebenarnya kat HCM ni..


Dari segi bajet alhamdulillah. Ok la ~RM1000 untuk kos accommodation, makan, transport dan entrance fees tempat2 yang dilawati (excluding flight). Masih dalam bajet walaupun rate USD agak tinggi masa ni.

Transportation              = USD68
Accommodation           = USD75
Food                            = USD66
Entrance fee/tix etc       = USD79
TOTAL                        = USD289 ~ RM1,015

Souvenirs lak ok la tak banyak sangat dibeli.. boleh la untuk bagi kengkawan dan family. Ni adalah barangan yang dibeli sepanjang trip ni. Total semua sekali ~USD100. Ok lah kan..

Cambodian shawl, purse dan FM yang dibeli di Central Market, PP

Silver keychains & FM yang dibeli di Angkor Wat

Alat muzik tradisional Cambodia - Tro-U
T-shirt Cambodia

FM HCM
Purse Vietnam

Keychain Silver Vietnam dan mainan untuk anak sedara

Kain jubah manik dibeli di Ben Thanh Market

Telekung kaler purple juga dibeli di Ben Thanh Market

T-shirt Vietnam

Bookmark Vietnam
Kenangan2 pahit-manis sepanjang trip ni pun cukup banyak. Kenangan almost tertinggal flight, terserempak ular di waktu senja di Phnom Bakheng, bergambar dengan penari2 di Cambodian Cultural Village, dapat jumpa Salim yang hensem dan baik (eh), seksa mencari kedai makan halal di Phnom Penh, membetis seharian di Phnom Penh sebab nak jimat duit tuk2, tak dapat tido malam sebab diganggu bunyi2an di Angkor Mithona, salah masuk toilet lelaki, salah naik bas ke Chuchi Tunnel, sesat barat mencari Saigon Square, meredah selautan manusia pada Xmas Eve di HCM, berjaya pegang ular pertama kali dalam hidup, hidung berdarah ketika bersoping di Ben Thanh Market, demam di hari2 terakhir di HCM, resah tentang kisah banjir di Kelantan dan tertinggal beg dalam train KLIA Express – semua ni antara yang takkan Kak Kiah lupakan seumo idup.

Sepanjang trip ni jugak Kak Kiah dapat kenal lebih lagi pasal Koh. Masa kat Lombok dulu dia cover2 lagi maybe sebab baru kenal. Skang dah tau apa preference dia dalam bab makan, bab hotel, apa yang dia tak suka, apa yang buat dia tak puas hati time travel etc. Masa trip ni la baru dapat tengok dia marah, sedih, risau dan tak puas hati hehe.. Tapi apapun hands down la.. dia tetap lebih banyak cool dalam banyak situasi dari Kak Kiah. And so far she’s still one of the best partners yang Kak Kiah pernah travel bersama.. THANK YOU KOH! *salute

Secara keseluruhannya, Kak Kiah bagi 8.5/10 untuk trip Cambviet ni. Happy dan puas hati. Bukan senang tu nak merentas negara sekali jalan. Kalau takde kekuatan fizikal dan mental, memang boleh collapse dibuatnya. Serik untuk backpack camni lagi? Oh tidak sama sekali. Kalau ada peluang dan rezeki satu hari nanti, insyaAllah Kak Kiah akan buat lagi untuk ke negara2 lain pulak. Tapi of coz dengan preparation yang cukup la, and tak susahkan orang lain.

Ok rasanya cukup lah kot apa yang nak diluahkan tentang trip Cambviet ni. Bukan senang ni nak recall benda yang dah berlaku almost setahun. Tapi harapnya dapat la sebanyak sedikit membantu uols yang nak ke Siem Reap, Phnom Penh dan Ho Chi Minh nanti. Terima kasih pada yang sudi membaca. Kalau ada salah silap, merepek merempan, carutan dan umpatan harap dimaafkan.. maklumlah memblog macam konsep tulis diari.. gitulah adanya.

Till then uols, byeeeee!!

Tuesday, November 3, 2015

CAMBVIET – DAY 8: BACK TO MSIA

Lepas bersiap2 packing dan mandi-manda, kami pun turun untuk check out. Drebar teksi dah sedia menunggu kami untuk ke Tan Son Nhat International Airport.

Pulang marilah pulang bersama-samaaaa..
Perjalanan nak ke airport amek masa lebih kurang 30 minit sebab jalan jam.

View yang hanya boleh dilihat di HCM

Building ape tah ni.. tapi lawo

Babai abang2 motor

To the airport
Tan Son Nhat International Airport

Airport kecik je tak besar sangat
Sampai airport terus check in. Masa nak drop luggage baru tau rupanya alat muzik (Tro-u) yang Kak Kiah beli masa kat Siem Reap aritu takleh handcarry sebab diconsider sebagai sharp object. Jadi terpaksa la masuk luggage. Ish.. bende tu dah la fragile. Dengan takde proper seal dan takde kotaknya, memang rasa tak konpiden je masuk luggage.

Anyway, nampak ramai jugak orang Msia kat sini. Kemain banyak rombongan berbas-bas. Ada satu grup makcik2 ni bising gila macam kat pasar je diorang buat. Setakat nak seal kotak pun sampai cakap terjerit2 gelak kuat2. Attention seeker sangat. Macam la orang heran dengan barang2 diorang yang berbondong2 tu. Setakat dapat soping kat HCM pun macam batak perangai. Bikin malu Malaysia je.

Lepas setel urusan check in, kami lepak je pekena kopi sebab masih ada masa lagi sebelum masuk ke Departure Hall. Sempat jugak Koh check status banjir kat Msia. Buat masa ni dia masih lom dapat contact mak dia. Harap-harapnya mak dan keluarga dia berjaya la dievacuate dengan selamat. Kita yang kat sini pun tak senang duduk dibuatnya. Rasa macam tak sabar nak balik dah.

Sampai masa kami pun masuk ke Departure Hall.

Nak balik dah hoyeah!

Koh dah tak toleh kiri kanan dah

View luar airport
Tepat 1.30pm flight pun take off untuk balik ke Msia. Alhamdulillah cuaca ok and takde apa masalah sepanjang 2 jam flight kami.

Goodbye HCM! I dun think I'll be coming back again hihi
Flight kejap je so kami takde la order2 makan ke apa. Just melayan mata dengan membaca je.

10 reasons to go on vacation.. i likeee..
Sampai KLIA2 dah kul 4.20pm waktu Msia.

Masa nak pickup luggage tengok2 alat muzik yang Kak Kiah punya tu tak la keluar2. Lama jugak kami tunggu sampai dah takde orang. Bila tanya staff kat situ katanya bende tu akan keluar sekali dengan barang2 fragile macam payung, stroller dll kat conveyor lain. Bila pegi kat tempat tu pun masih tak keluar lagi. Tengok ada la beberapa orang lain yang still menunggu barang2 fragile dari flight kami sampai.

Ada dekat sejam kami kat situ baru la akhirnya bende tu sampai. Tapi bengang gila sebab ada satu part ni patah. Geram betul. Seal plastik kat luar tu sampai terkoyak. Memang menyesal betul tak pack properly. Kalau lah tau dari awal takleh handcarry, memang Kak Kiah bungkus betul2. Dah la mahal bende alah tu. Bila dah patah sikit sebanyak affect function dia.

Selesai urusan kami pun naik ERL untuk ke Putrajaya sebab Koh parking keta kat sana and Kak Kiah akan tumpang keta dia sampai Tangkak. Masa tu ada masalah ape tah diorang kata suh naik KLIA Express sebab ERL takde. Jadi memang penuh la manusia dalam train tu. Kami terpaksa berdiri dalam kesesakan manusia.

Sampai je Putrajaya terus menonong turun. Koh singgah jap satu kedai ni nak beli air. Masa nak bayar tu rasa macam tak siap je rasa. Macam ada benda tak cukup. Tengok tangan alat muzik Tro-u tu ada. Bag pack ada. Wallet ada. Ipad ada. Lepas kira punya kira beg yang ada, baru perasan alamak ada satu beg missing! Beg ni macam beg balik kampung la and semua souvenirs, tshirts dan barang2 yang dibeli memang Kak Kiah letak dalam tu. And Kak Kiah sure ada bawak masuk masa dalam KLIA Express tadi.

Menggelabah masa tu tatau nak habaq la. Pucat tak berdarah muka. Terus lari ke kaunter info untuk mintak bantuan dan isi borang report barang hilang. Masa tu jam dah kul 5.30pm so kami kena tunggu train tadi tu sampai ke KL Sentral untuk kerja2 pembersihan. Pegawai bertugas tu cakap nanti bila cleaner bersihkan diorang akan bagitau samada jumpa atau tak beg tu.

Mikirkan ini adalah Malaysia rasa macam tipis gila harapan supaya beg tu selamat tak dicuri orang. Tapi Kak Kiah berdoa jugak semoga yang jumpa beg tu adalah mereka yang berhati mulia dan jujur.. sebab barang2 tu sume nak bagi orang. Dah la kita bukan senang nak cari duit. Kalau lesap gitu je memang menangis tak berlagu lah Kak Kiah.

Sepanjang menunggu tu menyumpah kat diri sendiri dalam hati. Hai macamana lah boleh cuai sangat ni. Menyusahkan orang je. Kak Kiah ni kan kalo ada benda yang kena pegang kat tangan, mesti ada lah yang cicir. Dulu masa kat Seoul tertinggal Ipad. Ni beg pulak. Huru-hara betol.

Yang kesiannya si Koh la. Dah la Kak Kiah tumpang keta dia so nak tak nak dia kena tunggu jugak Kak Kiah baru dapat balik. Memula tu ingat nak suh dia balik je terus sebab kesian kalau kena tunggu sampai ke malam. Kak Kiah boleh je balik sendiri ke Segamat naik bas esok or tumpang rumah kakak kat KL malam ni sebab esok Kak Kiah cuti lagi. Tapi Koh kata takpe dia leh tunggu. Kesian betul. Dah la orang tu susah hati dengan keluarga dia lom dapat dikesan, tambah pulak dengan masalah Kak Kiah yang bodo sengal ni.

Setelah lama kami menunggu dan berkali2 ke kaunter info tadi, akhirnya dah dekat kul 7pm baru la pegawai tu cakap beg Kak Kiah diorang dah jumpa dan satu pegawai ni akan bawak beg tu ke stesen Putrajaya. Ya Allah.. alhamdulillah... rasa nak nangis masa tu. Tatau nak cakap la betapa rasa bersyukurnya Kak Kiah. Rasa macam nak ciom2 je adik jaga kaunter tu.. eh..

Setengah jam jugak kami kena tunggu pegawai tu sampai sebab dia naik train dari KL Sentral. Alhamdulillah tak lama lepas tu berjaya Kak Kiah dapatkan balik beg yang tertinggal tu. Fuh lega sangat macam jumpa emas yang hilang. Rasa terima kasih sangat kat kakitangan kat sini sebab tolong Kak Kiah. Dan juga pada cleaner yang jumpa beg tu dan jujur untuk report pada pengurusan. Mudah2an mereka semua ni dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.

Kan? Tetap lah nak berdrama time travel walopun dah sampai Msia.. hehe

Setel je urusan kami pun gerak balik. Takde singgah memana sebab kami memang dah keletihan sangat. Koh akan balik ke BP sebab lusa dia ada meeting, budak dah nak naik skolah kan. Sampai Tangkak, Koh dropkan Kak Kiah sebab dari situ adik Kak Kiah pikap untuk balik ke Segamat.

Rasa thankful sangat kat Koh sebab kali ni nye trip memang banyak gile Kak Kiah susahkan dia, in fact lagi teruk dari apa yang Kak Kiah susahkan masa trip kami ke Lombok dulu. Walopun amoi ni memang sporting dan tak banyak kesah, still rasa dunno la bila Kak Kiah ada muka nak join dia travel lagi pasni. Rasa malu teramat dengan diri sendiri.

Anyway, Kak Kiah bersyukur jugak sebab akhirnya berjaya tamatkan trip Cambviet selama 8 hari ni. And Alhamdulillah berjaya pergi ke Siem Reap, Phnom Penh dan Ho Chi Minh dan balik in one piece even tho dalam keadaan demam Memang adventurous sangat walaupun penat, banyak kenangan, banyak tempat yang kami pegi, banyak bende yang dapat kami buat sepanjang trip ni. Memang takkan Kak Kiah lupakan trip ni sepanjang hidup..

So untuk last entry, summary and budget! To be continued..

Monday, November 2, 2015

CAMBVIET – DAY 8: BEN TANH MARKET

Iklan jap


Hahaha.. JDT menang chuols!!!
Best kan game final aritu? Berdebar2 tengok. Tak sesia support JDT dan turun naik Stadium Larkin tiap kali game AFC. Sepanjang penglibatan biz Kak Kiah collaborate dengan Southern Tigers, Kak Kiah memang kagum dengan kerja keras, semangat dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh pengurusan dari peringkat atasan PBNJ dan Southern Tigers hingga la peringkat supporters Boys of Straits. Memang tak sia2 usaha diorang untuk naikkan nama JDT ke peringkat antarabangsa. Harap lepas ni ramai lagi bagi sokongan kat JDT.. tak kira lah uols anak jati Johor ke tak. Ala kalo sokong Man Utd boley, takkan takleh sokong JDT kan?

Anyway, sempena JDT menang AFC ni Kak Kiah nak bagi offer barangan JDT dengan diskaun penuh kasih sayang untuk semua penyokong dan fans JDT.


Kalo chuols interested untuk cari merchandise JDT, sila jangan segan silu untuk like sini. Offer valid selagi stok masih ada. AYUH LUASKAN KUASAMU!

Ok back to blog..

*****

Pejam celik pejam celik akhirnya dah sampai ke hari terakhir trip Cambodia-Vietnam kami. Walaupun hari ni Christmas Day, pagi ni kami berdua agak gloomy. Kak Kiah rasa dah kurang sikit panas badan tapi batuk dan selsema masih ada. Koh pulak masih risau pasal keluarga kat kampung. Selama Kak Kiah kenal dia dari trip Lombok aritu, ni la first time Kak Kiah tengok dia sampai senyum pun kelat2 je. Senyap tak banyak cakap. Pastu macam mengelamun terawang2 pikiran kat tempat lain.

Flight balik kami adalah pukul 1.30pm and kami dah mintak receptionist untuk arrangekan cab kul 11.00am untuk pikap kami ke airport nanti. Untuk teksi kami bayar dulu siap2 USD12 kat Lele Hotel. Jadi pagi ni kami agak free and so kami decide nak ronda2 jap Ho Chi Minh city nak tengok rupa parasnya di waktu siang dan last kopek soping di Ben Tanh Market.

Tapi apa2 hal kita sarap dulu.

Restoran Lele Hotel di tingkat atas sekali

Bekfes kat sini tak halal so kami cuma makan roti, telur dan buah je
FYI, Lele Hotel ni memang ada sediakan bekfes tapi semalam kami tak amek pun sebab tatau. Rupanya staff yang check in kan kami aritu lupa bagi kupon (ha baru Kak Kiah ingat pasal ni la yang Koh bengang dengan mamat staff tu haha).

Lepas sarap kami pun merayap. Tak la pegi jauh pun, just sekitar jalan Nguyen Thi Minh Khai dan Nguyen Du je.

Tak banyak motor maybe sebab ramai lom bangun pagi lagi

Museum of Ho Chi Minh. Tak masuk cuma snap pic dari luar je.

Helikopter dan kapal pejuang tentera yang digunakan sewaktu Vietnam War

Display di luar muzium. Ni apa ni nama tah rupa macam meriam howitzer.

Notre Dame Cathedral
Central Post Office di balik pokok

Semalam penuh sesak dengan manusia sini

Harus la nak enterprame
Koh ajak Kak Kiah cari ada satu statue kuda yang femes gak sebagai landmark HCM tapi jalan punya jalan kami tak jumpa pun kat mana. Sebenarnya kami tak tau statue ni kat bangunan apa. Bila dah balik Msia baru tau rupanya statue tu ada kat roundabout depan Ben Tanh Market tu (yang menghadap stesen bas yang kami salah naik bas aritu). So kalo uols mai sini jangan lupa snap picca kat sana ok.

Pameran tentang tentera Vietnam sepanjang jalan

Hiasan krismas
Sebab tengok masa pun dah suntuk, kami gerak ke Ben Tanh Market pulak. Kat sini Kak Kiah split dengan Koh sebab nak jimat masa and setelkan urusan soping secepat mungkin.

Ben Tanh Market (sumber: Google)
Ben Tanh Market ni memang popular la di kalangan pelancong2 dari Msia. Tapi dalam Ben Tanh Market ni rasanya sama je macam market2 lain, ada deretan kedai jual kain, pakaian, souvenirs, makanan dsb.

Kedai2 dalam Ben Tanh Market

Beg, scarf dan kain2

Makanan2 tempatan

Kudap-kudapan
Orang2 Msia memang ramai la dalam tu, berbondong2 menyoping sampai tersinggung bahu pun buat tak nampak je. Tapi Kak Kiah tatau la apa yang bestnya untuk dibeli kat sini. Rasa macam takde napsu tengok barang2nya. Kalo tengok fesen bajunya macam kat pasar malam. Kain pun macam biasa2 je. Kalo yang lain sikit cuma kain Vietnam silk tu je lah. Tu pun mahal jugak USD6/m. Tapi Kak Kiah beli jugak la sehelai kain jubah manik (RM30) & telekung (RM45) untuk bagi mak. Selain tu beli jugak fridge magnet, purse Vietnam dan kopi Vietnam untuk souvenirs kengkawan.

Anyway, kalo uols nak estimate harga barang2 kat Ben Tanh Market ni, boleh refer bawah ni. Kak Kiah copy je dari orang lain punya blog.

Cotton – USD9-USD12
Baju kurung manik – USD20-USD30
Jubah Manik – USD10-USD15
Telekung Vietnam – USD13
Vietnam Silk – USD6/m lereng kecik
Chiffon Silk – USD7/m
Satin Silk – USD6/m
Vietnam T-shirt – USD2
Polo T-shirt – USD5
Trung Nguyen Coffee – USD4 for ½ kg

Kak Kiah memang tak faham kenapa orang Msia dok gegila datang soping kat HCM. Rasa macam overrated sangat Ben Tanh Market ni. Ada yang sampai berulang2 kali datang. Kalo meniaga kain tu takpe la paham jugak, tapi yang tak meniaga ni.. datang semata bersoping.. memang pelik kenapa. Nak kata murah tak jugak. Nak kata banyak choice lagi la tak banyak. Kualiti ala2 made in China jah. Baju nak cari saiz XXL pun payah. Kalo barang tiruan tu banyak lah. Pada pendapat Kak Kiah la, untuk kaki soping baik la pegi Bandung je. FO pun banyak. Kualiti pakaian pun ok. Kat Pasar Baru pun lagi banyak pilihan dan harga murah.

Setel urusan soping kami pun balik ke hotel.sebab tengok jam pun dah pukul 9am. Kami tak packing apa2 pun lagi. Maklum lah dari Siem Reap ke Phnom Penh sampai ke Ho Chi Minh. Tatau la beranak banyak mana luggage Kak Kiah nanti.

Untuk cerita flight balik, kita bukak lain entry ok.