Friday, February 6, 2015

SEOUL V3 – DAY 6: ITAEWON

Kami ke Itaewon adalah untuk lunch di Murree Restaurant dan solat di Masjid Itaewon. Ini adalah kali kedua Kak Kiah ke sini so direction just follow sama macam dulu. Naik subway Line 6 keluar Exit 3 di Itaewon Stn. Lepas exit tu jalan sikit sampai jumpa fire engine building and then belok kanan. Jalan lagi sampai jumpa Salam Bakery belah kanan. Jalan lagi uphill sampai end of building tu masuk kiri. Jalan lagi sampai nampak Muree Restaurant belah kanan depan islamic center shop. Untuk ke masjid, jalan je terus sampai hujung jalan nanti akan nampak pintu gerbang masjid belah kiri.. *mati laa copy paste entry lama

Sampai2 je kat Murree tengok wahhh ramainya melayu dalam tu! Almost semua table adalah diconquer oleh orang melayu kita. Haha untung laa... agaknya mesti kaya habis tokey Murree sekarang ni kan. Tapi takpe Kak Kiah sokong kalau dia kaya, sebab food dia memang best. Yang penting cop halal terpampang. Jadi usah ragu2 lagi. Bedal saja.

Inside Murree Restaurant

Ramai orang Malaysia

Ok dalam ramai2 melayu dalam tu, Kak Kiah ternampak sorang follower blog ni yang juga dah jadi friend dalam FB. Kak Kiah pun baru semalam dapat tau dia ada kat Seoul ngan hubby dia. Namanya Ina. Ada rezeki pulak kami berjumpa dalam Murree huhu.. So lambai2 senyum2 la dari jauh. Takde la nak pi meja dia tegur sebab dia tengah makan. Lagipun tanak la kengkawan Kak Kiah ingat Kak Kiah ni poyo jumpa fans kekeke..  

Kali ni Kak Kiah order Bibimbap je sebab ada orang cakap sedap. Diorang yang lain order Kimchi Chigae & Bulgogi. Dah lama teringin nak try Bibimbap ni selepas asek meleleh air liur tengok dalam tibi je.

Bibimbap. Nak makan kena gaul2kan semua ni.Dalam ni ada nasik, telo, daging, sengkuang, toge, lobak, cendawan, seaweed & sos bibimbap.

Kimchi Chigae. Ni macam stew la. Lebih kurang cam tomyam tapi rasa macam asam pedas.

Bulgogi. Ni macam daging masak kicap tapi ada letak minyak bijan. Kalau nak rasa best tak best Korean beef kena la try bende ni. Lembut dagingnya uolss!
Kalau sesapa yang teringin nak merasa Korean food yang halal boleh la mai sini sebab tempat lain memang tak dapat la. Harga agak mahal sikit - bajet sorang dalam 8-10,000won la max sekali makan. Tapi komfem puas hati. 

Sampai je food Kak Kiah laju melantak. Lapar hokeh. Memang sedap Bibimbap tu. Bila dah gaul rupa ala2 nasik goreng tapi nyum myumm.. Kak Kiah conquer sorang tak pelawa pun diorang merasa. Tau2 je dah licin hehe.

Sambil2 tu online kejap sebab ada wifi free kan. Alhamdulillah lega rasa di hati bila tengok ada duit masuk dari customer. Fuh baru la rasa bernyawa dan bertenaga. Kalau tak memang 2-3 hari ni Kak Kiah sampai tak boleh tido malam risaukan hal duit. So lepas ni boleh la bercuti dengan hati senang dan girang.

Lepas makan, Ina n hubbynya nak gerak balik dah. So Kak Kiah pun keluar la kejap borak2 dengan diorang. Ye la dah dalam friend list kot takkan takmo tegur. Sebelum ni dia ada komen kat FB tapi kami tak pernah jumpa. So memang happy la sebab dapat jumpa in person.

Me & Ina - dari blog ke Fb dan akhirnya bertemu di Itaewon
Setel isi tangki, kami pun gerak ke Masjid. Nothing much yang berubah di Masjid ni. Sama je macam dulu.

Lepas solat Kak Kiah dah turun dulu and tunggu diorang kat depan sebab nak snap piccas.

Seoul Central Mosque di Itaewon
Tak ramai orang sebab dah lewat petang
Islamic School di tepi masjid
Allah Maha Besar
View dari depan masjid
Masa kat depan masjid tu ada la sorang pompuan melayu ni dengan anak kecik dia. Kak Kiah tegur la tanya dari mana dengan sapa semua. Dia tengah tunggu hubby katanya. So borak2 la kami kejap.

Tak lama lepas tu Kin, Lai & Anim pun turun. So kami pun gerak la balik tapi on the way tu singgah kat satu kedai runcit ni sebab nak beli roti. Esok kan nak ke Everland so ingat nak bawak bekal la.

Masa kat depan kedai tu, pompuan melayu yang Kak Kiah tegur tadi lalu dengan hubby dia and terus panggil Kak Kiah. 

"Akak.. Nak tanya ni, akak ada tulis blog kan?" 

Wahhh.. biar betul. Another blog reader? Huhu.
Dia kata tadi masa borak depan masjid tu dia rasa macam pernah tengok rupa Kak Kiah. Pastu baru teringat dia ada refer blog ni before ke sini. Terharu Kak Kiah sebab dia beriye2 cakap thanks. Malu pun ada sebab dah berapa orang yang tegur ni kan. Kengkawan Kak Kiah pun sampai heran2 apesal ramai yang kenal Kak Kiah kat Seoul ni.

So.. Kira Kak Kiah boleh dikategorikan sebagai blogger femes ke belom ni? Hiks.

Setel beli roti kami diskas balik plan kami untuk destinasi lepas ni. Sepatutnya nak ke KBS, SBS, Yeouido Park, 63 building semua tu lepas tu malam pergi Namsan Tower. Tapi sebab dah lewat jadi rasa macam tak sempat nak pergi semua. Memandangkan Lai & Anim first timer and Namsan Tower adalah destinasi wajib, so kami cadang nak split je sebab Kak Kiah & Kin takmo la repeat gi Namsan Tower tu. Instead kami berdua nak ke 63 Building. 

Untuk direction ke Namsan Tower, Kak Kiah suh Lai refer pada entry lama dalam blog ni sebab henpon dia leh access internet. And by this time, Kak Kiah rasa diorang semua pun dah tau cemana nak naik subway jadi tak risau sangat bila split ni. Lagipun ada Whatsapp kan. Apa2 hal jadi masih boleh keep in touch.

So berpisahlah kami lepas tu untuk ke destinasi pilihan. 

To be continued..

24 comments:

  1. yea yeayy..... KK lagi.. lagi... update...hikhikk~~~~~ femes KK kat sane kan~~~ semoga sukses KK~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe arini KK blanje entry byk sket.. Enjoiceee..

      Delete
  2. Dah 2 kali ke Korea, dua2 kali pun pegi makan kat Muree. Bestkan Bulgogi dia !!!. Makan licin habis.
    Tp dua dua kali pegi masa tu tak ada org .Kitaorg 2 beranak je... Lepas tu baru ada 1 famili n 1 solo traveller lelaki melayu masuk.. Puas hati makan kat situ...>>> K. Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori, correction bukan bulgogi tp bibimbap.... Bulgogi kat situ belum rasa lagi....K. Liza

      Delete
    2. Sedap kan bibimbap tu? Mmg puas hati sbb dapat merasa one of Korean most fampus dish kat sini sbb tmpt lain tak halal. Harga mahal sikit takpe janji puas hati..

      Delete
  3. glemer sungguh kak kiah skang ^_^
    bulgogi tu mmg sedap yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha padah letak muka sendiri dalam blog la ni.. Tak memasal..

      And yes, bulgogi kat Murree tu memang a must-try kan. Daging dia memang lain dpd daging lembu kita.

      Delete
  4. Kak Kiah memang famous.. sebelum kami ke Korea dulu.. blog kak kiah lah dijadikan panduan dan tauladan..setiap kali kami gerak.. mesti sebut nama kak kiah.. siap cakap.. kak kiah makan di yoganae... hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha adoi.. Malu beta.. Apapun TQ la ingat sama KK masa kat sana. No wonder hati asek teringat Seoul je sepanjang 2 tahun ni huhu..

      Delete
  5. Saya usulkan kak kiah jadi duta seoul bahagian malaysia, sediakan talian hotline, so nak apa apa maklumat boleh gali sama kak kiah. kelas tak Jah idea ni? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohoii ahahaha.. Over sangat tu dik. KK ni pun dpt info dr blogger2 lain mcm Azra & Chimei - diorang tu lagiiiii otai n terer dr KK kalo bab2 Korea ni.

      Delete
  6. Replies
    1. Huhu takde lah femes mcm ko Meng. Kalo letak picca ko kat blog harus hari2 ada fans datang mintak sain hahaha..

      Oh btw, last wk KK sampai termimpi2 ko letak picca ko n family kat blog. My reaction was "eh tak hensem rupanya.. patut la tak letak gambo" kikiki.. Sori ye Meng. Mimpiku tak dapat dikontrol.

      Delete
    2. hahahhaa.. siol jer.. x per. memang x hensem pung.....

      Delete
    3. Untung kak kiah nampak meng dlm mimpi

      Delete
  7. Saya vote K.Kiah as one of blogger femes...(sila cover kembang montot anda tu....hehehe..)

    Betul tu...saya setuju, kat Muree tu, dishnye memang delicious...sehingga menjilat jari. Portionnya pun besar...Side dish yang kami tambah 2x ialah sambal kering ikan bilis...nyum..nyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboii ada award kah? Huhu jgn laaa.. KK sbnrnya takut gak kalo ramai sgt baca blog ni sbb byk mengata orang kan hahaha.. Ntah bila kantoi ngan Nanny ni..

      Sambal kering ikan bilis tu pun KK suka. Takde lauk lain mkn camtu ngan nasik pun sodapp..

      Delete
  8. Wah, kak kiah dh glamer..
    Mintak utk review IG please!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha review IG? KK ni IG pun tak dakkk... hihihi

      Delete
  9. Nampak Murree hari tuh tp sajer x singgah...sbb dr Malaysia dah plan nak makan kat Eid Halal Korean Restaurant...dari masjid Seoul tuh jalan sket ke depan beberapa minit...food dia x banyak tp bila dah dpt merasa Samgyetang ngan Bulgogi halal rasa syukur sgt2...kat sini specialty drink dia teh herba dibuat sendiri oleh tokey resto Mr Yusof (muallaf korea)..."omija tea"...sedap gak teh nie!

    ReplyDelete
  10. Kak kiah! Ini baru blogger betul2 femes jumpa fans d korea heeee

    Bila kita nk jumpa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ececehhh.. Padahal JM tu laaaaagi femes dari KK. Dasat followers ramai. KK ni dh la update blog malas hihihi..

      Kita ni kalo jumpa kat luar ntah cemana gayanya. Mesti eksaited borak kan.

      Delete
  11. Replies
    1. Haha rasa mcm nak blur je muka dlm gambo pasni..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.