Saturday, February 7, 2015

SEOUL V3 – DAY 7: EVERLAND PT I

Plan hari ni ialah nak pegi berjimba-ria di Everland yippeeyayey!!

So hari ni pagi2 lagi kami dah bersiap2, sarap and pack bekal. Takmo ler lambat2 nanti sampai lewat rugi la. Maklum la perjalanan je amek masa ~2jam, nak kena tukar2 subway tu semua kan. Jadi pukul 8.30am kami dah keluar.

Cara nak ke Everland sama je macam dulu. Naik subway sampai Gangnam (Line 2), kuar Exit 10. Lepas tu jalan sikit sampai jumpa bus stop. Naik bas #5002. Tambang 2,100won, perjalanan dalam 50 mins. Nanti bila dah sampai, naik free bus shuttle pulak untuk ke Everland.

Bus stop di Gangnam
Naik shuttle bus untuk ke Everland
Kin & Anim inside the shuttle bus. Berdiri je sebab cuma 10min perjalanan.
Alhamdulillah cuaca cun sangat hari ni. Harapnya sampai ke malam la tak hujan. Tak boleh lupa dulu masa first time Kak Kiah mai sini dengan Mel & Ain tu. Memang tableh nak enjoy sebab hujan.

Horrayy suda sampeii!
Sampai2 je beli tix. Sekarang ni harga one-day tix Everland dah makin mahal. Kalau dulu cuma 32,000won lepas dapat discount, sekarang ni 37,000won. Oh ya kalau nak discount jangan luipa print coupon kat website Everland k. Kalo takde coupon ni kena la bayar penuh 46,000won.

Tadaaaa!! Welkam to Everland!!
Entrance
Kalo mai Everland jangan lupa pose di sini. Ini adalah tempat wajib.
FYI, Everland ni terbahagi kepada beberapa zone. So untuk senang ronda Everland ni make sure uols amek map kat entrance tadi. Take few minutes go thru map tu untuk plan nak ke mana dalam setiap zone. And kena tengok jugak jadual2 parade atau show yang ada. So insyaAllah boleh la cover semua tempat dalam sehari ni.

Ok kalau uols ingat story Kak Kiah dulu masa first datang sini, banyak ride Kak Kiah tak naik sebab Mel & Ain memang jenis tak minat naik ride kan? So kali ni Kak Kiah dah plan awal2. Since Lai & Kin tak berminat naik ride, jadi Kak Kiah & Anim akan split dengan diorang. Kira diorang pergi la jalan memana yang diorang nak pergi sebab kami nak naik T-Express. Nak naik T-Express ni amek masa jugak nak beratur sume bergantung pada berapa ramai orang masa tu. Jadi kalau diorang pi tempat lain dulu, diorang takde la buang masa menunggu kami. Janji nanti nak jumpa masa nak solat zuhur.

So bila dah Kak Kiah berdua je dengan Anim terus bertukar watak jadi kekanak terlebih gula. Haha. Mau tak, Everland memang cantik masa ni dengan xmas deco bagai. Jadi mood pun bertukar ceria.

Xmas in the air!
Cantik di semua sudut

Yang paling tak boleh blah tu kami berdua siap beli scarf yang ada bentuk telinga binatang tu kekeke...

Lihatlah! Cantik tak telinga akak?
Pastu sakan pose sana sini.

Another tempat wajib pose kalo mai sini
Bling bling atas pokok

Depan Pororo 3D. Dulu dah pernah mai sini so kali ni takyah masuk.
Di pintu gerbang bunga-bungaan
Konsepnya mudah je. Kau beli tiket mahal kan? So make full use of it. Buat pe nak malu2 act macho. Ni kan theme park. Enjoy je la ye dok? Bukan selalu boleh mai tempat2 camni. Kalo malu, dok dalam kelambu hahaha..

Kalo uols nak tau petua Kak Kiah untuk tak takut bila naik ride kat memana theme park ialah once kita sampai je kita kena naik ride yang paling giler and scary dulu. Kira masa mula2 sampai tu jangan tengok pun ride2 lain tau sebab kalau tengok ride lain, perasaan takut and cuak boleh build up sepanjang2 tu. And silap2 bole kensel niat naik ride yang giler tu. Pastu bila dah balik baru nak rasa menyesal. And kalau dah berjaya mengatasi ketakutan lepas naik ride yang giler tu, lepas tu naik apa2 ride yang lain pun dah kacang je la.

Dalam Everland ni T-Express la ride yang paling mencabar tahap scary tujuh petala langit. Ia merupakan wooden roller coaster dengan kelajuan 104km/h dan paling steep di dunia dengan degree menjunam pada angle 77 darjah. Kalo masuk Everland, T-Express ni kira wajib la. Kalau tak cuba ride ni maka sesungguhnya anda berada dalam kerugian huhuhu..

So kami berdua tuju T-Express dulu yang ada kat zone European Adventure. Untuk ke sana, kami naik cable car turun ke bawah.

Naik Sky Cruise untuk turun ke European Adventure Zone
Kak Kiah enjoying the view
Memang betul2 dah nak masuk winter ni. Botak dah almost semua pokoks..
Ini lah T-Express dari kejauhan
With Lenny & Lara - mascot Xmas di Everland
Menuju ke T-Express

Tu diaaa... T-Express dari bawah. Rail disokong oleh kayu2.
Dah sampai kat T-Express kami terus beratur. Orang boleh tahan ramai. Haa masa beratur ni la baru datang kecut2 perut semua. Mau tak, sepanjang beratur tu dengar la diorang terpekik terlolong kat atas ride tu. Dengan bunyi gedegang-gedegung kayu tu rasa macam jantung dah jatuh ke lantai. Pastu cepat jugak la turn kami sampai ke depan. Muka kami berdua makin lama makin pucat tak berdarah. Tangan toksah cakap la.. sejuk terus haha..

Kak Kiah panik!!!
Terjerit2 diorang kat atas tu bikin tambah cuak je
Rupa paras T-Express dari dalam
Depan kami ada la dalam 20 orang bebudak sekolah, maybe semua tu in group kot. Sekali tu ada staff tu suruh kami ke depan sebab kami berdua je jadi dia nak cukupkan group yang depan sekali. So kira potong queue lah. Gulppp!! Menggeletar terus. Awat cepat sangat ni? Gila mental tak ready masa tu. Memang tak sempat pikir apa sebab diorang suruh simpan bag, specs semua siap2 dalam locker.

Dalam berapa second je lepas tu kami dah ada dalam ride. And…. 

Zuppppppppp!!!! Makkkkkkkkkk!!!! 

Ha begitulah kami terlolong2 lepas tu. Macam setan sangat ride ni ok. Kita punya tahap nak melambung2 tercampak keluar tu memang dasat la. First 10 secs tu tutup mata pastu bila bukak mata je rasa macam tengah terlambung2. Masa menjunam tu toksah cakap la.. jantung memang rasa terkeluar dari badan. Anim kat sebelah pun sama terpekik2 lepas tu gelak, lepas tu terpekik2 balik and lepas tu bunyi macam nak meraung pun ada hahaha..

Tak lama sebenarnya ride ni. Tak sampai 2 minit pun kat atas tu. Tapi dia punya scary rasa macam lama. Turun je ride badan terus lembik. Otak terus weng. Terbahak2 kami berdua gelak lepas tu.

Macam tak percaya akhirnya berjaya jugak naik ride yang Kak Kiah rasa paling menakutkan and paling gila tahap mintak nyawa dalam seumur hidup Kak Kiah. I tell u memang setan lah ride ni.. Ada 2 orang mamat Msia depan kami masa kami turun tu. Diorang pun cakap dalam banyak2 ride yang diorang pernah naik, T-Express ni yang paling scary sampai nak bukak mata pun takut haha..

So uols kalau ke Everland jangan lupa try T-Express ni ok. Rugi kalau tak naik. Memang scary tapi pengalaman tu memang pasti takkan boleh dilupakan.

Muka happy sebab dapat naik T-Express
Untuk kenang2an, Kak Kiah siap beli gambo print kami atas T-Express tu haha.. (nanti Kak Kiah post gambar ye, tak ingat mata letak)

Lepas dah lega sikit perasaan dan kepala yang weng tadi, kami pun gerak ke Safari World pulak yang terletak dalam zone Zootopia. Yang tu kita story dalam next entry ok. 

To be continued…

32 comments:

  1. Wah 1st ker?? Hehehe. Cayalah kak kiah. Saya memang surrender la roller coaster ni. Kalau indoor ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe rugi tau tak coba naik roller coaster outdoor. thrill rasa macam nak tercampak tu yang best! tapi lepas tu weng sendiri haha..

      Delete
  2. Huwaa belum ada keberanian nak naik T-Express ni. Insha Allah, next next next trip. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti cuba tau! rugi masuk Everland tak try bende ni. once in a lifetime experience tu.

      Delete
  3. waahhhh berani kak kiah. nampak mcm ayu2 je.

    sy dh tak berminat dh nk naik rides camni. ntah la takut gak actually wlpn hati nk je. maybe sbb dh tua kot? huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho brutal camni ko kata ayu John?

      rides mmg suka. sementara lom kena sakit2 jantung, tekanan darah tinggi ke apa ni kan.. lenjan je selagi boleh hahaha..

      Delete
  4. Replies
    1. sebab scarf telinga tu kan? sila jawab dengan jujur hehee..

      Delete
  5. Adoi...sy baca psl T express tu pun rasa excited,seram,ngeri..hahhahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nak describe in detail perasaan tu panjang lagi perenggan tu.. tapi carut la banyak ahaha

      Delete
  6. amboi mmg dah mcm kanak2 ribena kak kiah ni..steady lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam overdose steroid pun ada sebenarnya. nasib baik jalan dengan Anim. kalo jalan dengan Kin & Lai silap2 kena lempang sebab terkinja sangat hahaha..

      Delete
  7. pembuka tahun k kiah dah travelling....besttttnya....k kiah...lepas ni kalau ada trip nak join boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ni bukan tahun ni. tahun lepas nye trip ni baru update. tahun ni takmo travel lagi dulu sebab nak kasik penuh tabung balik. i miskin dah youuu...

      Delete
  8. Samalah lah dgn anak i KK... Dia mmg target dr msia nak naik T-Express n mmg hobi dia naik segala mcm roller coaster or apa2 rides yg mencabar...I mmg tak beranilah...Respectlah kat uolls yg berani ni...Tp waiting time 100 min....jenuh beratur....>>. K.Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. waiting time 100min? amboi lamanyaa.. agaknya masa tu ramai org kot. time KK nasib baik tak lama sgt - stgh jam je beratur. tapi kalo dah kaki naik ride, beratur berjam2 pun sanggup je huhu..

      Delete
  9. Huwaa..eeeiiii....jelousnya saya ngan cita KK naik ride T express sebab saya tak dapat naik aritu...Tak taulah pulak rupanya ianya ditutup masa winter season. Memang geram dan kecewa sgt x dpt naik sbb tu impian sy utk naik roller coster yg ada title in the world...huhuhu.

    Takkan nak kena repeat lg nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tutup ek masa winter season? KK pun bru tau ni. tp kalo time winter leh pegi tempat main ski & sleigh tu kan? yg tu syiok jugak rasanya.

      tp kalo berhajat nak naik T-express, kena ripit lah nampaknya hihi..

      Delete
  10. Terbaek kan T-Express ni!
    Lepas je turun, rasa macam seluruh alam terbaliK!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee best kan? seluruh alam terbalik, kita punya organ2 dalaman pun tonggang terbalik hahaha..

      Delete
  11. Salam kak kiah..

    Enjoy baca setiap entri dlm blog ni.n paling perasan bila KK hepi mesti ada stail dua2 tangan tu yer...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam yani,
      TQ sudi singgah baca. haha ramai rupanya notice pose wassup wassup KK tu.. lepas ni nak tukar gaya pose la huhu

      Delete
    2. x payah tukar kak kiah..trademark mahal tu!=)

      Delete
  12. X dpt nak bayangkan muka kite kat gambar kak kiah beli tu..buruk beno...kikiki..tp best gile naik t ekspress ni walaupun rase mcm xde jantung...lao pegi lagi pasti akanku naik lagi...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. takpe anim, tu semua kenangan tu.. bukan senang kita nak harungi ketakutan naik t-express ni huhu

      Delete
  13. Sib baik x gi Everland bulan Jan. lps sbb tau time winter mmg dorang x bukak ride yg outdoor punye...time winter biase org ramai gi snow festival samada nak main ski atau snow sledding...x pun gi ice fishing atau tgk ice sculpture mcm kat Hwacheon/Mount Taebaek (tmpt wajib kena gi time winter)

    ReplyDelete
  14. Salam.kak kiah, nak ride T-Express ni kena bayar fees lain tak? Kalau ada, berapa?
    Or dah include sekali dengan entry fees yang 37000 won tu? Sebab saya baca kat website Everland, macam kena bayar asing2 untuk ride. So confius sikit. Betul ke kak kiah?
    Komawo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde.. Harga include skali. Rasanya mcm xde je tmpt yg kne bayar asing2. Sume included dlm harga tiket tu.

      Delete
  15. T Express....tgk dlm google mmg gempak...Salute to KK jiwa kental. Saya tak berani kecut..teXXX..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut petua KK. Tuju itu dulu. Jangan pikir byk sgt. Sure boleh punya. Rugi tau tak cuba. Bila lagi nak ada chance tepekik telolong mcm org gila ahaha..

      Delete
  16. KK..sgt excited kot baca pasal t-e ni...kalau p dec 2~5 tutup jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa mcm tutup je time winter. Cer check kat web dia.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.