Wednesday, February 18, 2015

SEOUL V3 – DAY 8: MYEONGDONG

Sedar tak sedar dah masuk hari ke 8 kami kat Seoul ni. Esok dah nak balik Msia. So untuk hari ni, plan kami ialah bebas dan shopping sampai lebam.

Anyway, oleh kerana masing2 dah terer naik subway, maka untuk pagi ni kami akan separate ikut mana masing2 nak pegi. Lai nak soping kat Lotte Mall. Anim & Kin nak ke Gwanghamun Square and pastu baru soping kat Namdaemun Market. Kak Kiah pulak nak ke National Museum kat Gyeongbok Palace. Petang nanti baru kami akan ke Myeongdong togeder2.

Tapi pagi ni Kak Kiah sakit perut lak. Tatau la agaknya salah makan kot sebab Kak Kiah ada makan satu lauk ni dari dalam tin and tak reheat. Dah la malam tadi tido lambat. So dari lepas Subuh Kak Kiah dok melepek atas katil pastu dok berulang-alik ke jamban. Haru betul.. Last2 Kak Kiah tak le jadi keluar. Kang nak cari jamban tengah2 jalan kang lagi masalah.

So tinggal la Kak Kiah sorang2 kat bilik... sobs..

Dalam tengahari camtu Kak Kiah terjaga and terdengar la riuh-rendah bunyi suara pompuan2 Melayu kat bilik sebelah. Baru check in kot. Kepala bengong2 tu terus keluar gi buat kopi. Pastu ada sorang girl ni keluar dari bilik and gi dapo jugak. Kami berbual la kejap tanya dari mana apa sume tu kan. Ok la orangnya peramah. Muka nampak cam happy je sebab dah sampai Seoul kot.

Pastu cer teka dia tanya apa. Hehe. Pandai. 

"Akak ni tulis blog kan? Nama Kak Kiah?” 

Ok akhirnya kali ni Kak Kiah surrender la. Kak Kiah mengaku memang agak femes juga Kak Kiah kat Seoul ni ahahaha (sila jangan muntah berjemaah).

To jiran bilik sebelah (I know u’re reading this), thanks sebab tegur and sori kalau keadaan Kak Kiah masa tu macam mak lampir serabai semacam and nampak cam kurang mesra. Serious masa tu Kak Kiah memang tengah menderita sakit perut. Kalo tak sakit tu silap2 harus I menempel kat bilik uols pau makanan huhuhu..

Dalam pukul 2-3pm Kin, Lai & Anim semua dah balik semula ke guesthouse. Riuh masing2 bercerita tadi pergi mana semua. Walaupun ada yang tersesat, tersalah naik subway – rasa macam bangga pulak sebab diorang dah boleh pergi sendiri mana tempat yang diorang nak pergi. Senang jalan dengan orang camni sebab takde la semua nak bergantung 100% pada Kak Kiah. Wah lepas ni agaknya diorang mesti dah boleh datang Seoul sendiri2 dah huhu..

Lepas masing2 dah siap semayang, kami pun gerak ke Myeongdong. Kami plan nak pakai baju hanbok free kat M Plaza. Ye lah.. datang Korea mesti ada acara berpakaian hanbok ni. Free kan bukan kena bayar pun.

Tapi Kak Kiah lupa nak google lak kat mana lokasi M Plaza ni kat Myeongdong. So awal2 tu menggagau jugak la kami mencari. Dah la Myeongdong tu macam biasa la sesak dengan manusia. Nasib baik ternampak guide2 KTO yang berpakaian serba merah tu. Diorang la yang tunjuk kat mana building M Plaza. So untuk uols yang ke Seoul ni kalo ada masalah sesat or tak sure direction, boleh la mintak bantuan guide2 KTO ni sebab diorang memang sangat helpful. Senang je nak spot sebab theyols ni pakai serba merah. Mostly diorang ni akan berada kat tempat2 yang selalu dikunjungi tourists.

Untuk pakai hanbok free ni kena naik ke Level 5 di M Plaza. Cari Seoul Global Cultural Centre. Tempat ni bukak dari kul 10.30pm and tutup kul 6pm . Anyway, hanbok2 kat sini tak berapa banyak choice sangat berbanding masa Kak Kiah try hanbok kat Namsangeol Village dulu. Tapi ye lah kan.. yang tu berbayar so harus la bajunya lebih banyak dan cantik2.


Seoul Glbal Cultural Center di M Plaza

Ruang untuk photoshoot
Tempat pilih hanbok

Ni macam crown versi Korea kot.. Letak atas kepala
Lai takmo cuba hanbok sebab tak minat katanya. So kami bertiga la yang beriye2 pose sakan dengan hanbok memasing. Lai jadik tukang amek gambo.


Kak Kiah feeling2 princess kpop

Bersama2 pengawal diraja

Pose suchi tanak kalah

Aksi kiut-miut khas buat pembaca blog KK

Pilih yang mana satu calon sesuai dibuat bini haha
Dah sakan posing, perut pun dah start lapar. Cadangnya nak makan kat kedai sotong kat Myeongdong ni tapi tak jumpa pulak. Direction dah ada tapi sampai berpusing2 pun tak nampak jugak kedainya. Last2 kami decide makan kat Yukaney instead. Tak kisah la janji makan.

Nasi Goreng Seafood macam biasa

Proses menggoreng nasik
Dah setel makan, ayuh la kita bersoping!!Yeayy!!

Tapi serious jalan dengan diorang bertiga tu Kak Kiah angkat bendera putih laa.. Gila tak larat kau semua cosmetic stores kalo boleh diorang nak masuk. Etude, Nature Republic, Misha, Faceshop, Holica Holica, Innisfree, Tony Moly, Skinfood, Saem ha semua la kami singgah. Kalo setakat tengok2 je bole tahan lagi, ni setiap kedai tu ada yang membeli. Ada orang tu soping sampai sendat2 bag pack hahaha.. Tapi seriously memang murah2 la sebab tengah Xmas sale kan. Menjejes air liur dibuatnya.

Nasib baik la Kak Kiah datang dengan bajet limited. Pastu ramai pulak yang kirim barang dengan air liur. So tak boleh la nak membeli-belah sangat. Esok pun nak ke Namdaemun Market lagi. Jadi just pick apa yang orang kirim and for myself beli face mask, bb cream n handcream saja. Boleh la kan..

Tapi beli barang yang orang kirim ni memang boleh bikin stress betul. Ada sorang amoi kat opis Kak Kiah tu dah la cerewet. Nak barang specific yang sekian sekian. Harga nak yang murah. Kalau tak jumpa, kena la cari kat kedai lain. Tak beli kang bising lak nanti. Ini pun sepanjang seminggu kat Seoul ni dia asek la PM tanya Kak Kiah dah beli ke belom barang dia. Ish memang menyesal betul Kak Kiah setuju nak tolong belikan. Duit dah la tak bagi, banyak cekadak pulak. Lain kali memang takde nye lah nak tolong belikan barang yang orang kirim. 

Eh tapi ada ke lain kali ni? Kata ni last trip ke Seoul kan? Ahahaha...

Lama jugak kami dok tawaf Myeongdong tu. Sampai sakit giler kaki. Dah kul 9+ baru kami balik ke Guesthouse. Jom tengok apa yang dibeli..

Hasil tangkapan
Malam ni Kak Kiah tido lewat lagi. Final nite in Seoul kan.. so hati ada sikit syahdu. Sedih rasanya nak packing. Ntah bila dapat datang lagi sini kan.. Lama Kak Kiah lepak kat rooftop melayan jiwa.

Lom balik Msia lagi tapi hati dah mula merindu Seoul. Acaner nak buat ni nanti?
Sobsss... 

To be continued...

34 comments:

  1. Dah pakai baju hanbook tu dah ilang ek sakit perut kak kiah? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe petang tu dh ok sket.. lepas ulang alik ke jamban katanyeee haha..

      Delete
  2. Chomel chomel puteri Korean hehehehehhee ...

    ReplyDelete
  3. Pastu ramai pulak yang kirim barang dengan air liur, maka habuan pun air liur jugaklah kak kiahh oiii. ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh kalo dapat bagi puiiii skali sembur air liur kat diorang tu best gak.. Tapi terpaksa telan air liur tu. Putus sohabat pulak nanti huhu..

      Delete
  4. Cantik eh national costume dia. Terbaik! Hahaha. amboi famous akak dekat seoul ya. Dah taraf shila amzah dah ni famous dekat negara orang. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha shila amzah sangat.. Prasan je lebih KK ni hehee.. Tp national costume tu mmg comel kan. Jgn lupa try kalo pi sana. Ni consider acara wajib gak la... Kalo tak, tak sah kata KK hehe

      Delete
  5. kasihan kak kiah x leh pegi National Museum dan Gyeongbok Palace tu e...tapi x pe ada hikmah gak...klau x mesti x jumpa dgn org yg tegur kak kiah...ni kak Kiah penulis blog tu kan...ahakss..kiranya blog KK ni jadi rujukan dorang tuk datang sini lah tu

    pst : maybe kat kiah salah taip ni "Cari Seoul Global Cultural Centre. Tempat ni bukak dari kul 10.30pm and tutup kul 6pm ' or maybe start 10.30 am - pm kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh TQ JM.. KK pun bru notice. Nnt KK edit. Hehe.. TQ sudi jenguk blog ni. KK dah lama tak masuk tengok nah melmbak komen tak reply huhu.. Ampunnnnn..

      Delete
  6. belum balik Msia dah rindu Seoul ? ahaksss....mmg dah jatuh hati sama Seoul eh...kalau boleh buat acara tahunan kan...taip2 tahun mesti balik Seoul :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun ni kne skip.. Tak balik kampung rasanya.. Fuh ni pun dah menggebu2 rindu kat Seoul :(

      Delete
  7. kak kiahhhh.....aiols suka sangat produk faceshop depaa..murah gila compare kat sini..

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Watieeeee... Hehe uols pakai faceshop ka? KK ni tak pandai kosmetik bagai ni. Pakai bedak sejok jahhh..

      Delete
  8. Replies
    1. Rambang mata kannnn.. Won terbang melayang2..

      Delete
  9. Ni hagak2nya ada episod ke empat ke seoul ni kk sbb x dpt g museum tu.. hehehe.jeng3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh keempat ke. Ke lima dah kot hehehe

      Delete
    2. Haha harapnya takde la. Tp tatau la 2016 ke 2017 kot tableh tahan rindu. Boleh buat alasan tak sempat g National Museum tu kan kikiki..

      Delete
  10. Replies
    1. Kalo soping kosmetik mmg best sbb murah. Kalo baju bajan kureng best sket sbb mahal n fashion dia ikut musim. Kalo dtg masa ujung2 autumn camni, baju banyak untuk winter la.. Tebal kemain..

      Delete
  11. Replies
    1. Kena cuba Kak Mah.. Seoul mmg best. Anda pasti tertawan. Hihi.

      Delete
  12. Kak Kiah dah tulis untuk day 8. saya baru day 6. hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha KK ni dah berzaman bru jenguk blog ni balik. Ntah2 uols dah khatam semua dulu hehhe.. Nnt KK free KK jenjalan kat blog kengkawan sume k..

      Delete
  13. hi k.kiah.. ini jiran sebelelah tu!. Tak pe, masa tu pun kami baru sampai. Kepala pun pening2 lagi. Yg bising2 kami lah tu, sbb dah lama tak jumpa. Bila nk pergi jalan2 jer jumpa. hehehe. Anyway cantik sungguh k.kiah hanbok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo inilah jiran sebelahnyer..heeheee...selamat berkenalan :-)

      zinziemeewah

      Delete
    2. Hi Lalaaa.. Hehe.. Jumpa kat sini ek. Amacam trip Korea aritu best ke? Kalo ada blog KK nk baca. Rindulah sama Seoul..

      Zinziemeewah : huhu sila2 berkenalan .. Nnt mana tau leh jd geng travel

      Delete
  14. alalal...sedih nk balik mesia yer..uhukuhuk...sama la prasaan kita. tp at least kak kiah dh berkali2 ke sana, saya ni baru sekali..huhu..cewah..gediks kan..hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang skali tu la memori paling kuat skali kan. Jgn jd mcm KK dulu. Asek sebut takmo balik last2 tertinggal flight terus ahaha..

      Delete
  15. Kak kiah.. mane kak kiah ni.. ari2 bukak blog rindu kak kiah T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Nnt ya.. KK bru ada mood nak masuk blog ni.. Harap2 ada smangat sikit nak update citer..

      Delete
  16. KK..mmg femes..lol...mana gambar naik T Express tu?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.