Wednesday, January 1, 2014

MELBOURNE – DAY 2 – WARROOK CATTLE FARM

Hari ni punye plan ialah trip to Philip Island. If semalam tengok building, street arts n pokok2 di sekitar Melbourne, hari ni kita tengok binatang2 pulak.

Kalau ikut pesan Chef semalam, trip bermula kul 11.30am. But since Kak Kiah lom reserve lagi, dia suh Kak Kiah pegi travel agency seawal 10.30am. Bos kat agency ni kira cam kawan Chef la. Sepatutnya Chef boleh reservekan tapi dia tak buat dulu takut Kak Kiah kensel lak kan. Ye la.. semalam kan Kak Kiah tak jumpa dia masa siang tu and then masa komfemkan pun dah lewat.

Anyway, 10.30am tu takde awal mana pun. Kak Kiah lepas bangun tu dok lepak2 lagi dalam bilik. Ye la.. siang kan cepat. Kul 6 dah terang kau. Sambil2 tu borak2 ngan duorang dormates from US but different states. Sorang tu muda lagi, late 20s kot. Sorang tu pangkat makcik la, around 50+. Giler terer makcik tu travel sorang je. Dia kata husband dah meninggal, anak pun dah kawin. So dia boring dok umah tu pasal dia nak travel je. Tengok barang2 dia mak ai punye lah banyaknye. Rupanya dah sebulan dia kat Australia ni. Kira Melbourne ni dia nye last stop la before balik ke US balik. Wow impress betul Kak Kiah... cayalah makcik!

About 10.30am Kak Kiah pun menapak ke travel agency tu. Dekat je tak sampai 10min jalan, kat Swanston St gak n depan Nelayan Restaurant. Nama agensi ni Extra Green Holiday. 


Untuk tour Philips Island ni kosnye 72AUD je. Kalau biasa yang lain 109AUD. Murah kan? Tapi tour ni chinese tour la, means guide dia cakap cina hehee.. Kak Kiah peduli apa. Janji sampai tempat yang dituju. Kalo setakat background story pasal tempat2 tu boleh google je kan huhu. Tempat yang akan dituju ialah Warrook Cattle Farm, Koala Conservation Centre, The Noobies & Penguin Parade (include admission tix). So if nak ke Philips Island, check la dalam pakej tu ada pegi mana eh. Kekadang kalo yang mahal sikit tu dia cover Brighton Beach, GP Circuit, Choc Factory, Amaze World n Woolamai. And kekadang ada yang tak cover pun harga tix untuk Penguin Parade tu. So choose wisely and ikut apa tempat yang kita nak pegi. And if pegi dalam 4-5 orang tu better sewa keta n drive sendiri je. Lagi puas hati kot.

Lepas dah setel hal pembayaran and book skali untuk Great Ocean Road trip, Kak Kiah pun melepak2 je around the area sementara nak tunggu kul 11.30am. Sempat ler beli cover Ipad jap huhu (pantang lepa kan)..

11.30am terus berkumpul. Tengok rombongan cik kiah amboi hai penuh cong ceng cong ceng.. Semua amoi, nyonya, apek belaka. Ah belasah je la.. pandai2 la Kak Kiah communicate ni kang..


So this is our bus. Best! Sebab ada wifi hoho...


First sekali tuju ke Warrook Cattle Farm. Location dia bukan kat Philip Island tapi midway la antara Melbourne nak ke Philip Island tu. Perjalanan amek masa dalam sejam lebih. Dalam perjalanan tu guide dok bercerita la itu ini (in chinese of coz) tapi Kak Kiah layan Candy Crush je hehe..


View sepanjang perjalanan
Akhirnya sampai kat Warrook Farm ni. Actually tempat ni kira memang betul2 farm la. Kat sini kita leh tengok memacam jenis binatang – lembu, sheep, kangaroo, kuda, wombat, kambing, llama, ayam and banyak lagi.


Warrook Cattle Farm
First, kami ke bangsal untuk tengok acara memotong/mencukur bulu kambing biri-biri atau Sheep Shearing. Nak ke sana kena naik trak ni hehe best..







Pastu pakcik ni pun bagi la penerangan pasal shearing ni. Setahun sekali je sebenarnya kambing boleh dicukur. Pastu ikut musim dan cuaca. If winter or cold weather tak cukur la sebab kalo kambing yang kecik2 tu tak tahan sejok boleh membawak maut. Kalo tak cukur bulu2 theyols tu pun dikira penderaan tau.. kesian nanti kambing tu berat nak bawak badan dia huhu pastu stress esp masa musim panas..

Bulu kambing ni ada gred2 and jenis dia. Ada yang kasar and panjang yang orang buat carpet. Yang sederhana untuk wool socks, sweaters atau blankets. Sekor kambing leh produce around 4kg wool kat sini. Banyak kan?




Kalau nak tengok video sheep shearing leh tengok sini.


Ni hasilnya. Hehe togel abis. Kiut lak tu..



Lepas tu kami ke ke kandang wombats lak. Wombats ni takde kat Mesia tau. Bentuk ada cam guinea pig tapi sebenarnya wombats ni sejenis marsupials – mamalia yg satu family ngan koala, kangaroo, possums sume tu.


Next bagi kangaroo makan. Yippeee!!!!






Tapi yang tak best, terpisah lak ngan pagar. Ingatkan dapat la gomol2. Tapi okey lah tu.. janji dapat pegang. Best sangat.

Ok lah jom tengok sekitar apa lagi yang ada kat farm ni..

Burung Unta
Ada kolam dengan view yang mendamaikan
Ini kat kampung aye pun ade..
Reban untuk ayam/burung
Burung merak yang kerek
Tatau la burung ke merak ni.. Kenit je tapi kaler meletop!!
Sepasang ibu dan anak Llama
Me and another pair of llama
Jakun KIah kat Mesia tak penah tengok kambing?
Lembu sedang membuang air besar haha
Sekumpulan kambing biri-biri
Kuda pun ada
Llama
Trak yang memudahkan pergerakan farmer untuk ke bangsal dan kandang2
Lama jugak kami kat sini. Lunch terus. Nasib baik ada bawak nasik lauk sambal udang yang Chef bekalkan semalam. Jimat kos makan huhu. Ada sorang amoi ni datang sorang gak cam Kak Kiah. So Kak Kiah kongsi biskut & chocolate ngan dia.. sian dia tak bawak bekal.. Ada kawan gak nak borak last2. Kalo tak macam lost in translation je Kak Kiah ni hehee...

Cafe di Warrook Farm
Bunga2 dilupa jangan..
Acik ni dari mainland China. Blajo mandarin ngan dia. Abis semua wo ai ni keluar hehe..
Inside the cafe
Pendiang api.. bakar kayu real tu bukan tipu punye..
History Warrook Farm
Lepas lunch n solat, Kak Kiah terus naik bas. Then around 2.30pm kami terus bergerak ke next destination – Koala Conservation Centre!

4 comments:

  1. Cong ceng cong katanya...hahahaha...belasah je lah kan..janji sampai..

    ReplyDelete
  2. Tenguk kanggaru nun hahaha teringat dolu2 syiok nak bagi kangaru makan atas tangan tup2 ternampak lak adegan depa buat projek berdua... huhuhu tak tahu malu sungguh dengan ramai orang dok keroyok sempat lagi tu buat projek. mengatai sungguh. hahahaha. Koala tu memang madang je tidur... sempat lah dok peluk sambil ambil gbr. Tapi kena bayor tu.... takpe janji dapat kelek koala tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kangaroo berprojek? Oh mai.. bestnye dapat tengok huhu. Wahh dapat pelok koala? Ok jeles ni jeles ni... Kat mana tu? KK geram sbb tak dapat pegang pun koala sobss...

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.