Sebenarnya
kalo ikut Kak Kiah, macam tanak tengok pun penguin parade ni sebab tau takleh
amek gambo. So ingat nak skip la sebab malas nak bayo mahal untuk tix. Tapi
guide tu kata rupanya harga pakej tour ni dah include sekali admission tix
Penguin Parade ni. So rugi la kalo tak tengok kan.
Anyway, kami
sampai kat Penguin Centre tu awal gak la dalam kul 6+. Pastu Penguin Parade nye
start dalam kul 8.20pm camtu. Eee geram tol.. awat la tadi macam nak cepat
sangat gerak dari The Nobbies tu kan? Kat sini sampai awal pun bukan leh buat
apa pun.
|
Lamanya nak countdown.. sigh.. |
Eh bukan la
takleh buat apa. Diorang suh dinner kat sini. Since tak halal kan, Kak Kiah
cuma makan beskut je lah and minum flat white coffee. Nak tunggu kul 8pm pun
lambat. So apalagi.. Candy Crush la hehee.. Nak pegi kedai2 souvenir kat situ
pun macam malas sebab tengok dari luar pun tau dah harga mahal. Kat sini boleh gak amek gambo tipu ngan penguin. Mahal gak. Takmo la..
|
Boleh makan di sini, akan tapi nggak halal ya.. |
|
Souvenir shop. Geram kan tengok penguin tu? Tapi mahal kemain.. leh beli beras banyak kampit.. |
|
Kat sini ada cam display tunjuk facts pasal penguin. And leh tengok penguin real kat dalam ni (ikut nasib la kalo dia lalu bawah teropong tu masa kita tengah usha). |
|
Tau tak fakta ni? Ha tatau kan? |
Dalam kul
7.30pm kami pun gerak la menuju ke tempat nak tengok parade tu. Agak jauh gak
la. And kat sini takleh amek gambo. Tapi Kak Kiah ada gak curi2 amek gambo
teeheehee...
|
Bercanda menuju ke pantai lalalalaaa... |
|
Dapat snap close up wallaby ni.. ingat! wallaby ye bukan kangaroo hehee.. |
Sampai je kat
situ tengok dah ramai orang. Kak Kiah terus pegi ke depan, dok depan sekali.
Lama lagi ni nak tunggu kul 8pm.
|
Pengunjung2 sabar menunggu |
Rupa2nya yang
dok sebelah Kak Kiah family melayu dari KL. Sambil menunggu tu kami borak2 la
nak hilangkan boring. Ada hubby, wife n anak laki dia sorang. Diorang ni datang
sini drive sendiri je. The husband ada seminar kat Melbourne, so semalam
theyols stay kat Ballarat. Hmm untung nye nak jenjalan ikut hubby je.. Takde la cam Kak Kiah ni. Setahun menabung!
Anyway sejok
giler ok masa menunggu ni. Tepi laut kan katanya.. harus la angin kuat. Nasib
baik Kak Kiah ada bawak glove. So kalo ada sesapa nak datang sini, make sure
bawak blanket, mafla, pakai jaket tebal segala. Seriously memang sejuk sangat.
Kak Kiah sampai tak tahan nak terkucil terus sepanjang menunggu tu.
|
Cantik betul pemandangan kat sini |
|
Anak omputih bermain pasir |
Start 8.20pm
tu staf2 dah mula bagi reminder kat semua orang takleh amek gambo. Katanya flash kamera tu bahaya untuk penguin. Tapi kamera takde flash pun takleh gak. So no picca
lah ye.
Kami
sebenarnya kena naik bas kul 9pm. So bila matahari dah terbenam 8.20pm tu
mulalah teruja kan nak tengok penguin. Tapi tunggu punya tunggu penguin tak
muncul2. 10 minit tunggu takde. 10 minit lagi tunggu yilek. Akhirnya ~8.45pm
baru la terkedek2 penguin tu muncul dari laut. Tu pun memalu je naik ke darat.
Sekali naik ada la 5-6 ekor je. Huh parade apa camni.. Kata ribu2an. Mana mana
manaaaaaa??
Wah emo terus
kau. Sebenarnya masa ni dah tak tahan sangat nak terkucil hehe..
Last2 tableh
jadi Kak Kiah terus blah. Takpe lah tak dapat tengok penguin kat sini. Dah la
jauh tak nampak apa. Time2 maghrib ni mata Kak Kiah memang out sket. Lepas
salam2 ngan kakak Malaysia tadi, terus dengan lajunya memecut cari toilet
huhuhu...
Lepas dah lega
baru la jalan selow2 untuk keluar. Masa ni baru la nampak penguin yang
terkedek2 berjalan celah semak. Amboi comel betul. Tapi of coz takleh amek
gambo kan. Penguin2 ni berjalan sampai ke Penguin Centre pun ada. Tu pasal la
ada peringatan kat car park suh driver check bawah keta before gerak, takut
terlenyek lak menatang comel ni..
Dalam ghalit2 tengok penguin terkedek2 tu terus teringat kena naik bas kul 9pm. Terus memecut berlari ke car park. Naik bas je
tengok semua dah ada. Again the last one. Nasib baik tak kena marah hehe. Kalo
kat Korea ni harus la dah kena tinggal.
Then kami pun
bergerak balik ke Melbourne. Apa lagi nak buat kan.. tido je lah. Untuk tour
arini ok la kot, Kak Kiah bagi B+. Takde masalah ngan guide yang cakap cina or
tourists lain, cuma tak brape best masa limited kat The Nobbies tu and masa
tengok penguin parade pun kejap je. Mana taknya berlama2 kat Penguin Centre tu
tapi tengok penguin tak sampai 15 min pun. So kalo sapa nak ke Philip Island
and nak ke Penguin Parade tu rasanya better pegi time autumn kot sebab just
nice la sunset around 7pm camtu. So dapat la lama sket sesi mengusha penguin
kan.
Sampai je
Melbourne around 11pm. Bengong2 je rasa kepala. Perut lak lapo. Kat hotel leh
masak megi tapi rasa cam nak makan nasik pulak.
So Kak Kiah
pun jalan punye jalan punye jalan sampai la nampak Es Teller (satu street ngan
Space Hotel). Tengok2 bukak lagi. Alhamdulillah. Rupanya Jumaat & Sabtu
diorang bukak sampai 5 pagi. Es Teler ni indon restaurant gak la cam Nelayan.
Tapi harga dia lebih mahal dari Nelayan.
|
Es Teller di Russell St. |
Tak tunggu apa
lagi. Terus order Nasik Uduk. Orang kata sedap cam nasik lemak so nak try la.
Harga 10AUD.
|
Muka orang lapar haha.. |
|
Ada bar kat atas. Tengok ramai je bebudak Indon student naik ke atas. Siap ada partner mat saleh tua lagi.. #shakehead |
Hari ni baru
Kak Kiah tau dalam botol kaca ni air masak rupanya. Dari semalam dok tengok
banyak ada botol2 kaca ni kat mana2 meja makan. Gue ingatkan cuka huhu..
|
Air masak ku sangka cuka |
|
My dinner - Nasi Uduk |
Tengok rupa
cam menarik. Bau dah memang cam nasik lemak. Tapi rasanya.. ermm.. ada rempah
pelaga cam tu la. Sup pun berempah. Pastu portion dia besau sangat cam untuk 2
orang makan. Ada ayam, pastu ada telur dadar lagi. Memang senak perut nak
habiskan.
Lepas perut
kenyang suka hati, terus balik ke hotel. Tengok as usual my dormates semua dah
berdengkur. Senyap2 salin baju, mandi n semayang. Malam ni tido lewat sikit
sebab layan Running Man hihi..
Good nite Melbourne!!
Sompat lagi tu layan running man jangan nanti terkekek ketawa satu dorm terjaga. Hayoooo
ReplyDeletehaha memang terkekek2 pun dalam gebor masa tu.. mesti member katil atas tu tensen je katil dok gegar2 KK dok gelak hehe
Deleteamboi...jalan je...tahniah.
ReplyDeleteamboi takde le.. skali skala je.. huhu TQ
DeleteKak Kiah ni kelakarla. Saya baru pergi Melbourne last year dan rasa rugi byk lagi tempat tak sempat pergi. Uhuks
ReplyDelete