Nak ke St
Kilda ni boleh naik tram route 96 and stop kat #136 The Esplanade (St Kilda).
Perjalanan about 30mins gak la dari city tu. So dalam perjalanan tu Kak Kiah
dok tersengguk2 menahan ngantuk hehe...
|
Stop #136 |
Sampai je kat
stop #136 tu cam blur2 gak sebab tak tau mana nak dituju sebab macam lain apa
yang Kak Kiah gambarkan seblom ni. Dalam tenet tengok cam ada market tapi takde
pun? Bangunan yang ada pintu gerbang mulut orang tu (Luna Park) pun takde.
Sepanjang pantai tu cuma ada cam bath house je and ada la few restaurants.
|
Dari stop kena menapak sikit untuk ke St Kilda Beach |
|
St Kilda Beach |
So Kak Kiah
dok mundar mandir je la sepanjang pantai tu. Dok cari public phone satu hal.
Dok cari toilet pun satu hal. Tak tahan beno dah nak weewee time tu. Kena lak
angin tiup punya lah kuat rasa cam nak melayang2.
Anyway, view
kat sini memang best! Pantai kan.. sebut je mana pantai yang Kak Kiah tak suka.
Semua suka! Huhu..
|
Mat2 & minah2 saleh teruja mahu berenang |
|
Boardwalk for the cyclists |
|
St Kilda Pier - kat ujung pier tu tempat tengok penguin |
|
Muka stress Kak Kiah tak jumpa toilet haha.. |
Lepas dah
brape kali jalan dari hujung sampai ke hujung akhirnya nampak la public phone.
Terus call Chef. Punye lah marah dia sebab Kak Kiah tak singgah Msia Hall amek
beskal. Hehee.. Dia kata satgi dia sampai (dekat je Msia Hall ngan St Kilda ni,
5-10 mins drive kot). So janji nak jumpa dia kat cafe hujung berdekatan pier.
Pastu jalan
lagi sebab nak cari toilet. Hazab ok masa ni jalan pun dah terkepit2 sambil
terloncat2. Sekali tu sampai kat Luna Park ni, jauh gak la kira jalan ke atas
sikit dari beach. Ooo kat sini rupanya tempat ni. Tapi market takde la, just
Sunday morning je ada market.
|
Luna Park - dalam ni ada ride segala |
|
View dari tepi. Nak masuk 10AUD per adult kalo tak silap.. |
Usha punye
usha tak jumpa gak toilet. Last2 patah balik ke beach. Ingat nak tumpang la
toilet kat memana cafe ni kang. Skali tu jalan punye jalan tengok ada rupanya
toilet nun ha terceruk je duduknya.
Public Conveniences rupanya nama kau. Patut tak nampak tadi. Anyway seram
gak dalam ni. Dinding cam lumut2. Pintu takleh lock lagi. Macam berhantu je huhu.. Dah lega setel
semua, terus la balik semula ke beach.
|
Ada orang kawin |
|
Kak Kiah tiba2 jadi pengiring pengantin huhu |
Kat St Kilda ni rupanya selalu orang datang buat wedding. Orang kaya2 je la kot sebab agak mahal nak sewa venue.
Then Kak Kiah terus tuju ke cafe hujung yang dekat ngan pier namanya Beachcomber. Order flat white coffee and cheesecake. Layan tepi pantai sambil tunggu Chef..
|
Minum petang sambil melayan keindahan pantai |
|
Beauty! |
|
Memang ramai cyclist2 kat sini.. syok je tengok depa |
|
The pier - close up |
Tak lama pastu
Chef pun sampai. Gebang2 la pasal macam2.. dia citer tadi buat lepat pisang
lagi you. Amboi dasat Chef. Banyak gak la sembang. Pasal plan dia n the gang
nak buat cycling trip kat GOR nanti, pasal life kat Melbourne, pasal cina bela
patin yang makan isi perut cik bab, pasal students sini yang dok anti-kerajaan
tapi ujung bulan tetap amek duit PTPTN n
macam2 lagi.. Chef ni kalo uols nak tau, mulut laser nyah tapi hati baik.. ala2
cam Aznil Hj Nawawi kot. Kak Kiah bet dia lagi feminine dari Kak Kiah ni huhu..
|
Chef sedang bz update FB |
About 8+,
matahari pun dah start nak terbenam. Kami pun apalagi... snap2 la picca. Ok
seriously cantik sangat Subhanallah view sunset kat sini. Ni first time dalam
idup Kak Kiah tengok matahari sebijik bulat besau tu terbenam ok. Jakun sangat.
So kalau datang Melbourne jangan lepaskan peluang layan sunset kat St Kilda’s
beach ni k. Sangat2 berbaloi. And of coz pakai tebal2 sikit sebab angin kat
sini tersangat lah sejoknye.
|
The sunset view at St Kilda Beach |
|
Matahari bulat sebijik2 besau |
|
Amazing.. |
|
Dah tenggelam |
After that
kami pun terus menuju ke pier. Kat ujung ni leh tengok penguin secara dekat and
leh amek gambo (no flash of coz). Free jah takyah bayo.
|
Menuju ke hujung pier. Yang baju merah tu Chef tengah cycling. |
|
Sangat indah view masa ni |
|
Terer mamat ni masa sejuk2 ni boleh main bende alah ni (apa ek nama? waterskating?) |
|
Ombak agak kuat |
|
Boleh mancing gak. Uncle ni lom dapat hasil tangkapan lagi. |
|
Kat ujung pier ni ada restaurant. Nampak tak ramai2 tu.. ha acara wedding yg tadi tu kat sini la.. |
|
Moh tengok penguin! |
|
Muka excited ku hihihi.. |
|
Belakang restoran tempat tengok penguin |
|
Penguin2 melepak chillaxing di batu2 |
Since kat sini
Isyak kul 9.40+, kami pun tableh la berlama2 sebab takut Chef terbabas lak
Maghrib. Kak Kiah boleh la jamak kan. So kami pun gerak balik. Chef naik
beskal, Kak Kiah naik tram sampai St Kilda/High St sebab nak singgah Msia Hall.
Nak tolong Chef prepare untuk masak nasik lemak esok hihi..
Sampai kat
Msia Hall, sementara tunggu Chef semayang, Kak Kiah lepak2 je kat hall. Ada
satu family ni baru sampai. Yang anak menantu dok KL, yang orang2 tua dari BP.
Borak punye borak rupanya bekas pegawai PPD n kenal la sama makcik Kak Kiah.
Then turun lak satu kapel ni laki bini keje UTM Skudai. Sembang punya sembang
rupanya senior masa A Level. Huhu memang riuh la kejap kami dok borak2 tu. Yang
family tu pegi kuar makan, tinggalkan si bapak yang tua ni sorang2. Dia kata
tak larat jalan. So kami lepak la pulak kat kitchen. Tapi kesian la kat pakcik
ni.. dah tua kan. Tengok anak menantu cam buat tak layan je ngan dia. Lepas
family ni balik terus je naik bilik. Pakcik ni bagitau menantu dia nak mintak
buatkan kopi, tapi selamba je menantu dia buat tak dengar.. muka mengkelat je.
Kak Kiah la melayan buatkan dia kopi, ajarkan dia cemana nak amek air panas
sume. Ye lah Kak Kiah kan rindu sangat kat arwah ayah. Bila jumpa pakcik ni
macam sayu je rasa. Anyway, lepas ni Kak Kiah leh apply jadik warden sini tak?
Muahaha..
Chef kata tak
jadik nak prepare bahan untuk nasik lemak sebab esok pagi sempat kot katanya.
Kak Kiah ok je tapi kesian kat dia la sebab pagi2 kena bangun lagi. Kak Kiah
pun free malam ni takde mende nak buat, so sebenarnya tak kisah nak tolong..
apa susah sangat, potong2 bawang, kopek ikan bilis je kan.. Lagipun Chef dah
banyak tolong Kak Kiah.
Anyway, since
tak jadik nak memasak, Kak Kiah n Chef pun gerak kuar. Malam ni malam minggu
kan aka malam bersuka-ria. So kami nak cuci2 mata la tengok gelagat orang (Chef
ajak, Kak Kiah folo je huhu). Kami amek tram and stop kat Flinders.
|
Singgah Lord of Fries beli sumthing untuk mengunyah |
Fuh memang
ramai umat ok. Ramai yang mabok2. Kami pun dok huha-huha gak.. esp Chef tu..
semua orang dia tego. Omputih2 kat sini lak peramah2 belaka. Tak kenal pun dok
hugs2 luv2. Haha. Memula tu cam takut gak Kak Kiah ngan mat saleh mabok2 ni. But
it was fun tengok Chef selamba je ngan theyols. Local abis.. Lepak kat Princess Bridge lagi amek gambo Yarra River at night.
|
Southbank, Yarra River dari Princess Bridge |
|
The Arts Centre |
|
Yarra River at night. Cantik kan? |
|
Flinders St Station at night. Yang kanan tu mamat mabok mana tah enterprame huhu.. |
|
Kalo kaya sket, leh naik keta kuda ni serrrround serrrround city of Melbourne haha |
Pastu kami
menapak sepanjang Swanston. Chef ajar beli kopi murah kat 7E. Baru Kak Kiah tau boleh beli kopi sini ngan harga 1AUD je, murah sebab bancuh sendiri. Selama ni dok la beli kopi harga 3.50-4.00AUD. Kalo beli mineral water tu pun mahal gak (3AUD). Kat Melbourne ni kena tau kat mana nak dapat air murah. Kadang2 ada drinking fountain kat tepi2 jalan. So kena bukak mata luas2 sket.
Then lepak kat Brooke St sambil layan kopi n cuci
mata. Chef ada tanya nak masuk Strip Club tak. Hahahaha gelak besau Kak Kiah.
Sebenarnya kalo Chef ni pompuan, mau jugak. Tapi since dia lelaki, takmo la.
Kang lain lak cerita. Even tho Kak Kiah ni walopun open minded, tapi bab2 camni
kena pikir dua tiga kali gak. Bertudung lagi lak tu. Kang jatuh stended
muslimah2 di luar sana dibuatkan curiosity berlebihan Kak Kiah ni hehe..
Lama gak kami
melepak. Tengok jam dah dekat kul 12am. Kesian kat Chef esok nak bangun pagi
lagi. So kami pun separate lah. Dia naik tram untuk balik, Kak Kiah menapak
lagi untuk balik hotel. Promise to meet again untuk naik Eureka nanti.
Balik bilik as
usual, mandi manda, semayang n ngadap Ipad. Lambat gak tido. Padahal esok
pepagi nak pegi GOR huhuhu...
wah comelnya penguin. Sakan sungguh dating dengan Chef ek. Orang rumah dia tak ikut sama ke? Baik chef tu kan. Yarra river tu cantiknya. Lepak sampai 12 pagi. Fuyoooo tabik spring2 lah tak penat ke dah sehari suntuk jenjalan? Wah caya lah
ReplyDeletehaha wife dia ada kat msia. he's nice tp lembutttt lah haha.. sebenarnya penat gak tapi sebab seronok kot tu yang tak rasa sangat penat tu..
Deletedekat st kilda beach ni ada tempat makanan halal tak
ReplyDelete