Ok sambung
stori..
Untuk ke
Waterfront City, Docklands – KK naik tram Route 70 dari stop 5-Swanston
St/Flinders St sampai last stop D11, depan Harbour Town. Cadang nak cuci2 mata
la kat Harbour Town and then layan view kat dock.
Turun je tram, nampak satu family Melayu ni tengah tunggu
tram. Siap berbondong2 barang soping huhu. So Kak Kiah tego la dari mana nak ke
mana etc. Kak Kiah bagitau la datang sini nak gi Harbour Town tu. Sekali tu
diorang bagitau dah tutup daaa.. rupanya Harbour Town ni close at 6pm. Kak Kiah
tengok jam 6.15pm. Chaitttt… geram betul terlewat lagi. Walopun bukan nak
soping sangat pun, rasa macam frust gak la.
|
Harbour Town Shopping Centre |
Anyway kalo sesapa yang ke Melbourne and nak soping kat sini,
make sure take note ye opening hours ni. Hanya Jumaat je dia bukak sampai 9pm.
Ahad sampai 5pm. Dalam ni ada banyak brand direct outlets and harga agak murah
(esp Xmas sale), tapi some of the brands tak brape femes la kat negara lain.
And lagi satu soping center ni beso bangat, so biasa orang spend hours dalam
ni.
So next melepak kat Docklands menikmati harbourside views
instead.
|
Melbourne City Marina |
|
View of the city from the dock |
|
Berlatar-belakangkan Etihad Stadium |
|
Love the birds! |
|
New Quay Promenade |
|
Ada juga yang berkayak di sini |
|
The Bolte Bridge |
|
The blue boats |
|
Terkasima melihat kapal yang cantik (alwiz berangan to have one huhu) |
|
Bye uols! I nak pi belayar hehe.. |
|
Seronok cuci mata kat sini |
Rasanya kalo datang malam sini, harus cantik tempat ni kan.
Waterfront City ni kira cam tempat entertainment gak la, with
all sorts of statues and mozaic of local entertainers. Kalo perati betul2,
Melbourne ni memang the city of art. Memang banyak gile bersepah2 street arts,
mostly unik plak tu. Kak Kiah suke. My taste.
|
Statues of some famous local entertainers |
|
Star Walk - sorang pun ambo tak kenal |
|
Wang Shugang (Meeting) - tp tak paham kenapa nak squat camni huhu |
|
Mozaic Tribute of The Variety Club |
About 7pm, Kak Kiah pun naik tram untuk ke Flinders St semula
sebab nak naik Eureka Skydeck plak lepas ni. Told ya.. takde nak rushing. Today
punye concept free n rilek2 jah.. hehe..
Dari Flinders Station tu ikut belakang cross Yarra River melalui satu jambatan kecik. Kira cepat sikit la nak cross ke Southbank.
|
Kalo amek river cruise naik kat sini |
|
Lepaking tepi sungai.. nyaman doe.. |
|
Ada juga mangga2 chenta kat sini |
This is where I'm heading next - the Eureka!!
wah apasal meeting mencangkung tu? Ada ke lagu tu nak meeting. Cam meeting nak yak je. hahahaha. wah cantik lah kapal nak pergi belayar tu.... kalaule dapat sebijik huhu memang dok belayar je lah ye.
ReplyDeletechinese katanye.. maybe ni kot caranya chinese meeting zaman dulu kala huhu. kalo kaya sure best beli sebijik kapal layar tu kan.. tapi kampung KK takde laut, sungai ada la ahaha buat hal bawak kapal gini kat sungai segamat
DeleteKalau ikut sejarah lama Segamat, kapal boleh belayar sampai kat tepi jambatan tu hah dekat perhentian bas baru tu. Malahan perkuburan yang dekat kampung Batu Badak tu kan ada perkuburan pahlawan melayu yang meninggal semasa singgah di Segamat. Masa tu bawa rombongan kerajaan melaka melarikan diri dari serangan orang portugis. Kalau tak silap lah kena cari buku sejarah lama bandar Segamat ni. Saya dulu dok kat Segamat kerja kat Hospital Segamat nun hah. Rindu bandar Segamat.
Deleteoooo keje sepital ke dulu. hik2x. pandai notie tepat skali sejarah tu. takmo mai sini ke? kalo mai roger2 lah KK. kita gi ngeteh hehe..
Deletegambar2 cantik sangat....mengembara sungguh ye.
ReplyDeletehuhu rasa amek gambo trip kali ni cam fail je but anyway TQ. mengembara cuci mata katanya kali ni..
Deletebersih betul melbourne ni..
ReplyDeleteya noks.. orang2 dia walopun ramai pendatang tapi takde la buat kotor. lagi satu KK notice, theyols ni sangat suka bersenam2 kan. kalo petang tu ramai sungguh la joging n cycling sume tu..
Deletewah selamat baca blog kak kiah..ingat nak p habor town dlm kul 6..rupanya dah tutup ek..tq for info =)
ReplyDelete