Monday, June 22, 2015

CAMBVIET – DAY 1: KILLING FIELD WAT THMEI

Sebenarnya kalo ikut plan asal, kami takde la nak ke sini sebab nak ke Killing Field yang kat Phnom Penh nanti. Tapi sebab petang ni kami nak beli Angkor Pass untuk esok and kaunter cuma bukak kul 5pm, so kami singgah ler Wat Thmei ni sebab lokasinya dekat je dengan pintu masuk Angkor Complex.

Wat Thmei dekat jer ngan Main Entrance Angkor Complex
Killing Field Wat Thmei ni merupakan salah satu dari beberapa Killing Field di Cambodia sebagai memorial kepada generasi sekarang tentang mereka yang terkorban sewaktu berada di bawah pemerintahan kejam Khmer Rouge.

Pada those yang tak tau sejarah Cambodia meh sini Kak Kiah nak story. Alkisahnya pada tahun 1975 dulu, Khmer Rouge di bawah pimpinan Pol Pot telah merampas kuasa dari kerajaan Cambodia. Lepas rampasan kuasa berlaku, ribuan penduduk di Phnom Penh telah dihalau keluar dan terpaksa berjalan beribu batu untuk selamatkan diri. Ada yang dipaksa jadik buruh kasar, ada yang mati kebuluran atau jatuh sakit. Sebab si Pol Pot ni bengkek giler dengan golongan2 bijak pandai (dia ni fail exam dua kali masa kat universiti dulu), jadi ramai la orang2 pandai di Cambodia dibunuh secara beramai2 termasuk la keluarga mereka. Selain golongan bijak pandai, aristokrat, orang2 beragama sama ada Buddha atau Muslim, karyawan, ahli2 muzik serta kaum2 minoriti pun dibunuh jugak. So, lepas Pol Pot hilang kuasa pada tahun 1979, di seluruh negara Cambodia ni banyak la mass grave dijumpai yang penuh dengan tengkorak2 mangsa yang dibunuh. Tengkorak2 dan tulang2 yang ditemui akan dikumpulkan di satu tempat dan dinamakan Killing Field. Sampai sekarang proses menggali kubur ni masih berterusan and tengkorak2 yang dijumpai akan dihantar ke Killing Field yang berdekatan.

Pintu masuk ke Wat Thmei
Untuk masuk Killing Field Wat Thmei ni free jer. Takde guide diperlukan sebab ada banyak notice board yang boleh dibaca untuk kita faham sejarah pahit Cambodia satu masa dulu.

Killing Field Wat Thmei
Antara yang dipaparkan di papan pameran
Tengkorak2 mangsa yang dijumpai sekitar Siem Reap
Serpihan tulang dan cebisan tengkorak
Inilah syaiton2 durjana yang menerajui Khmer Rouge dan melakukan kezaliman kepada rakyat Cambodia
Taburan mass graves yang dijumpai
Antara papan pameran yang ada
Agak gruesome gak la perasaan Kak Kiah masa kat sini. Nampak pulak tengkorak bersusun2 camtu rasa macam tegak bulu ketiak dibuatnya. Tapi bila datang sini sikit-sebanyak tu rasa insaf dalam hati. Sebab seblom ni memang Kak Kiah tak amek pot hal kekejaman yang berlaku kat Cambodia ni. Memang la masa kecik2 dulu bila aruah Tok bukak Dunia Jam 10 selalu la dengar pasal Khmer Rouge, pasal Pol Pot.. tapi serious memang Kak Kiah tak faham and tak amek peduli sampai la hari pertama ni bila dah jejak kaki di bumi Cambodia and tengok depan mata kesan dan akibatnya kepada rakyat Cambodia. Sedih sangat tengok depa. No wonder diorang ni ketinggalan jauh. Bertahun amek masa nak pulihkan ekonomi.

Killing Field Wat Thmei ni takde la besar mana. So setengah jam je dah habis ronda. Lepas layan perasaan gundah-gulana, tengok jam pun dah kul 5pm. So Maliki pun terus la bawak kami menuju ke pintu entrance Angkor Complex untuk membeli Angkor Pass untuk tour esok.

10 comments:

  1. Hahaha tergelak baca part bulu keti tu hahahaha.

    Pergh membunuh sbb jeles dgn org lain yg lebih pandai? Sejenis kebodohan apa kah itu huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo baca pasal sejarah Pol Pot tu memang sakit hati. Dia tu dah la bodo and paranoid, tapi ada jugak yang angkat dia jadik leader. Kalo tak sebab kakak dia gundik pada King masa tu memang tak ke mana la dia sebenarnya..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. kalau Killing Field di PP feel nya lgi seram bila kita dgr sound audio kekejaman Pol Pot dan tgk Video kekejaman dia tu..ya Allah...Pol OPot ni punya lah kejam lebih dari *&%$^#@...geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu JM. Killing Field yang kat PP tu lagik feel. KK siap menitis air mata masa kat sana. Maklum la kita lahir 75 kan. Banyak babies of 75 yang terbunuh masa tu.. cilaker betol..

      Delete
  4. Heii...memang kejam betul Pot Pet nie...sepatutnya direjam sampai mati !
    Syaiton nirojim.. Eee...geram aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eee part dia mati tu memang tak puas hati betul. dah la cuma kena hukuman home detention je. ada yang kata dia commit suicide, ada yang kata dia diracun. patut kena kepit telo ngan beribu2 penyepit baju dulu.

      Delete
  5. Menarik benar gambar-gambar Kak Kiah !
    Berinfomatif !

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambo2 trip kali ni tak brape lawa sangat sebenarnya sebab KK tak reti nak setting. pastu betri asek buat hal.. so ada yang snap pakai ipad.
      but thx anyway! ;)

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.