Wednesday, June 10, 2015

SEOUL V3 – SUMMARY & BUDGET

Let’s summarize the trip.

Untuk trip kali ni, Alhamdulillah dapat cover tempat2 penting yang memang Kak Kiah nak jejak macam Sokcho, Mt Seorak and Suwon. Since masa yang diallocatekan agak lama iaitu 9 hari, jadi kami pun takde la rush2 sangat nak cover banyak tempat dalam masa satu hari. Tapi itu pun tengok stamina theyols agak sedeh gak la huhu.. 

Hari pertama sampai hari ketiga tu memang nampak sangat muka masing2 pancit. Tido malam sume pakat berdengkur ahahaha...Tu yang lepas tu Kak Kiah slow down sket. Just relax2 saja jalan. Jadi tempat2 macam Petite France, Garden of Morning Calm, Dongdaemun Market, Insadong, KBS terpaksa diskip. Plan nak try masuk jimjilbang terpaksa dilupakan sebab theyols ni asal dah gelap je suma ajak pakat balik guesthouse. Cuma kalo bab soping kat Myeongdong tu memasing semua terus cargas walaupun dah kul 10 malam hehe..

So memandangkan masih ada tempat yang cover, nak repeat lagi ke tak ni?

Ermm buat masa ni tak lah kot. Tunggulah nanti bila2 kalau rasa dah tak tahan rindu sangat baru plan trip Seoul lagi (huhu leh caya ke ni?)..


Dari segi bajet, alhamdulillah tak spend lebih dari sepatutnya. Kali ni punya trip Kak Kiah memang kalut betul bab financial disebabkan gaji lambat masuk and orang hutang tak bayar2. Tambah pulak ada malaon2 kirim barang pakai air liur je. Nasib baik la hari ke 7 tu duit ada masuk jadi bernafas legalah jua akhirnya untuk bersoping-sopingan. Itu pun ada banyak barang yang Kak Kiah idam nak beli tapi tak dapat beli sebab nak dulukan duit untuk beli barang orang lain.

Kesimpulannya di sini.. toksahlah agree kalo orang nak mengirim2 barang ni. Memang sangat menyusahkan. Dapat yang cerewet nak yang saiz sekian2, kaler sekian2, bentuk sekian2, harga sekian2 memang menyakitkan hati. Rasa macam nak carut je sepanjang cari barang tu. Lagi pulak lepas dah balik Msia aritu, dah bagi barang cakap timekasih pun tak. Lagi nak bising pasal harga. Katanya kawan dia dulu kira rate 1000won=RM2.90. Eh bodoh sangat kan namanya.

Apapun overall, Kak Kiah happy je dengan trip ni sebab jalan dengan geng tak banyak kerenah and pandai bawak diri. Kak Kiah percaya je kalo lepas ni diorang ada yang travel solo je ke sini huhu. Pengalaman celebrate besday di Nami, bawak bantal pegi YG Entertainment, jumpa Sunwoo & Chang Woo, kne ngorat ngan ahjussi miang di Sokcho, menikmati autumn view di Changdeokgung Palace, jumpa followers blog yang sudi tegur - antara yang memorable gak bagi Kak Kiah. Memang banyak kenangan pahit manis dan kelakar yang pasti takkan Kak Kiah lupakan.

So that’s it for Seoul punya entries. Pada those yang belum ke Seoul, harap blog ni dapat membantu sikit sebanyak yek. Kak Kiah ni kalo nak tolong orang2 yang PM kat FB atau tanya soklan thru email belum tentu ada masa. Just refer sini je lah senang sebab whatever yang Kak Kiah tau pasal Seoul memang sume ada kat sini. Tapi bab makan sori lah, Kak Kiah takmo bagi apa2 cadangan. Kalo nak info makanan halal sume, sila google blog lain. Kuasa aku nak jadik JAKIM bagai.

Ok kamsahamnida pada semua yang sudi membaca. Lepas ni kita sambung citer baru – trip ke Cambodia & Vietnam pulak. Stay tune!!!

6 comments:

  1. sangat suka cara KK bercerita,,macam dengar citer sambil dok minum2 kopi sambil ngunyah karipap ..maklum ler... gaya oghang segamat becerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe orang segamat kalo berciter beriye sket.. siap nak ada sound efek kalo boleh

      Delete
  2. nice sharing kak kiah... best betul pengalaman g gunung kinabalu sendirian... tak de plan nak p lagi ker? nnt ada masalah d kaunter, kite tanya akak ekkk

    tkleh nak guna alamat sendiri bila nak mengomen... http://jauharzs.wordpress.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2 kalo nak tanya. kinabalu tu mmg ada pasang niat nak try ferrata. tp dah ada kes earthquake tu kne tunggu la 2-3 tahun lg kot kalo ada rejeki n kesihatan yg baik.

      Delete
  3. Kak Kiah rajin layan orang kirim2 barang ni, dah la kirim air liur.. respek saya dibuatnya.
    Saya ni kalau orang nak kirim barang memang kim salam je ah.. Memang tak kuasa hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak la rajin mana. tapi KK tak sampai hati bila berdepan dengan orang yang kuat pujuk rayu ni.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.