Wednesday, June 10, 2015

CAMBVIET – PREPARATION

Trip ni sebenarnya adalah idea dari Koh. Ingat tak Koh? Ala amoi yang pi Lombok sama Kak Kiah aritu. Kalo diikutkan, Kak Kiah ni langsung tak tahu menahu apa yang menarik ada kat Cambodia sana. Kalau Vietnam tu biasa la dengar orang pi sana soping2 kain. Jadi bila Koh tanya Kak Kiah nak join dia tak untuk trip Cambviet ni, Kak Kiah pun terus la google apa yang patut. Sekali bila tengok je gambar Angkor Wat, serta-merta naik bulu roma terujaku and terus la setuju untuk join trip ni.

Koh cadang amek flight pergi ke Siem Reap, Cambodia. Balik nanti dari Ho Chi Minh, Vietnam. In between tu akan ada singgah ke Phnom Penh, Cambodia. Kira kami akan pergi tiga tempat la (dalam negara Cambodia & Vietnam) iaitu Phnom Penh, Siem Reap and Ho Chi Minh dalam masa 7 hari.

Tiket Air Asia KUL-REP RM167 and HCM-KUL USD72 excluding luggage. Kami tak beli masa promo so harga sikit mahal la.

Urusan tix & book accommodation semua Koh yang handle. Itinerary pun rangka lebih kurang je sebab masing2 bz. Kak Kiah dapat study Siem Reap tu pun sehari before fly. Memang trip ni dari segi mental, physical, emotional and financial preparation pun ke laut la. Banyak betul perkara yang Kak Kiah harap kat Koh. Even map pun Kak Kiah cuma sempat study masa dah ada kat sana.

Apapun moh tengok draft itinerary kami.

 

3 hari Siem Reap, 2 hari Phnom Penh, 2 hari Ho Chi Minh. Amacam? Dasat tak perancangan? Kalau bole semua tempat nak pegi. Tenaga ada ke tak belakang citer hahaha..

Untuk bajet lak,
Transportation = USD60
Accommodation = USD75
Makan = USD70
Entrance Fee/Tiket etc = USD80
TOTAL = USD285 ~RM1000

Sebab rate agak tinggi, duit pun tak la bawak banyak (1USD=RM3.51). Tu pun Kak Kiah tukar masa hari nak pergi. Bawak USD je. Riel and Dong nanti tukar kat sana.

Also please take note ya tak perlu ada visa untuk ke Cambodia atau Vietnam.

So rasa2nya tu je lah untuk preparation trip Cambviet ni. Macam Kak Kiah story tadi, semua Koh yang buat, I lenggang kangkung bawak beg je hehee..

Ok dah ready semua?
Yuk terbang ke Cambodia!

11 comments:

  1. ok ..tak sabar nak baca citer seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak hanem.. hihi KK cuba habiskan cepat ya citer trip ni alang2 tengah ada mood nak menulis.

      Delete
  2. Memang ingat sangat Koh ni...he..he.. wah dah jadik teman seperjalanan ya.. seronok kalau sekepala... DI siem reap, saya x pakai langsung duit dong, mereka x nak duit mereka..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koh mmg best. FYI, skrg ni dia tengah mendaki Mt Fansipan di Vietnam dgn kengkawan yg sama2 daki Rinjani, Lombok aritu. Jeles sangaaaaattt KK tak dapat join huk2x...

      Delete
  3. As salam KK. Lama x dengar cerita...tup...tup dah fly sana sini. Tak sabar nak dengar drama seterusnya. Harap2 dapat boleh habis....hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu takde fly mana pun.. in fact ni story last year. tahun ni tak ke mana pun lagi.
      KK pun harap dapat habiskan entry Cambviet ni segera. risau takut lupa je jalan cerita hihi..

      Delete
  4. jika di HCM mereka lebih suka terima RM dari Dong...rate USD semakin mahal sekarang huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kan.. rasa semalam dah RM3.80. giler bapak mahal. kat HCM mmg pakai RM jer.. senang giler nak soping hehee..

      Delete
  5. Kak Kiah nak tanya, macam mana kak kiah deal dengan Salim/Maliki untuk jadi tour guide ke sini sana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang deal ngan tuk2 driver ni Koh so info sume ada kat dia. tp kalo uols nak urgent leh check out kat blog Jari Manis sebab kalo KK tak silap JM memang ada letak contact no Salim dlm entry blog dia..

      Delete
  6. tq kak kiah. iols tak urgent pun. pegi bulan 1 next year. tapi biasa lah iols ni mmg kiasu suka buat semua awal. hahaha. tq kak! anyway, iols ni mmg silent reader kk, jm semua. kebanyakkan tempat iols pegi mmg refer to uols punya story :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.