Saturday, June 27, 2015

CAMBVIET – DAY 2: TA PROHM

Destinasi seterusnya yang jadi pilihan untuk kami lawati di Angkor Complex ni ialah Ta Prohm.

Ta Prohm adalah salah satu temple yang dibina sewaktu pemerintahan Jayavarman VII. Ia menjadi temple yang sering dilawati sebab temple ni adalah satu2nya yang masih kekal dalam state asalnya (takde modify2) dan dalam temple ni banyak akar2 pokok yang besar2 di antara batu2 temple. Oh ya, temple ni jugak femes sebab citer Tomb Raider. Kak Kiah tak pernah tengok cite ni so tatau la cemana Angelina Jolie beraksi di akar2 tu semua.

Untuk tour Ta Prohm ni, kami akan masuk dari East Gate and then nanti keluar kat West Gate. Maliki akan tunggu kami kat sana masa tu.

Entrance di Gopura IV. Batu2 di tower terpaksa diikat supaya tak collapse.

Menuju ke Central Sanctuary

Gopura III

Pose dari Koh untuk pembaca2 KKST hehe..
Ta Prohm ni agak kecik berbanding dengan Bayon. Bas reliefnya pun tak banyak di dinding. Tapi layout dia tetap sama, cuma Ta Prohm ni adalah flat dan takde tingkat2. Yang obvious dalam ni batu2 dia memang condition teruk la.. dah ribu2 tahun kan. Banyak yang dah roboh and berlumut.

Salah satu tower

Ukiran dah banyak tak nampak sebab dimamah usia
Pokok sini memang besar2

Akar pokok menyelaputi batu

Kak Kiah dan akar pokok

Macam ada pintu kat belakang tu

Me and Koh - feeling2 Angelina Jolie

Katanya nama pokok ni ialah Silk-cotton Tree

Tengok cemana akar pokok ni mencengkam batu

And it's really huge!
Kalo akak jadik batu tu dah lama kot meraung sakit.. dah la pokok ni bagak2
Anyway, masa kami sampai sini jam pun dah kul 12+pm. Masa tu orang pun ramai giler. Jadi memang crowded dan renyah gila nak amek gambo. Pulak masa tu kamera Kak Kiah dah abis bateri. Terpaksa rely on Ipad and kamera Koh. Jadi untuk entry ni takde la banyak sangat gambo.

Paling tensi bila tengok tourist2 yang takde kesopanan dan kesusilaan. Bila nak amek gambo tu macam sakai giler. Kadang kita tengah amek gambo, selamba dek je nyelit kat tepi. Lahabau tol. Surprisingly, mereka di dari Korea. Ni based on dengar diorang cakap la. Geram pulak acik nengokkan. Dah la bising. Serious ni first time Kak Kiah jumpa Koreans yang annoying. Seblom ni ingat diorang ni bangsa2 sopan kan, cakap lembut2 je. Rupanya bila kat obersee terus keluar perangai PPRT memasing.

Antara yang masih elok

Ukiran Apsara - tak banyak boleh jumpa kat sini

Banyak batu2 ni dah berlumut

Sebab agak lost dalam ni maka tak dapat dikenal pasti ini adalah apa
West gallery
Bila dah serabut dengan manusia, campor ngan perut lapar lagi, penyudahnya tak lama pun kami kat sini. Nak menghayati tour ni pun dah takde stim. So kami decide untuk balik je. Makan lagi best.

Overall, ok la kalo just cover tiga tempat ni - Angkor Wat, Angkor Thom (Bayon) and Ta Prohm ni kalo nak ke Angkor Complex. Ada banyak lagi temple2 yang boleh dilawati macam Bantey Kdei, Elephant Terrace, Bantey Srei, Terrace of Leper Kings, Preah Khan, Neak Pean, Ta Som, Pre Rup dsb. If kalau ada masa boleh je pegi semua ni. Rasanya boleh kot cover dalam masa sehari. Tu pun kalau rasa tak muntah2 darah la tengok batu hahaha..

Apepun Kak Kiah happy sebab dapat jejak sini. Banyak yang Kak Kiah belajar sepanjang lawatan ni – kehebatan dan kekreatifan Khmer satu masa dulu, pemerintahan sebuah kerajaan yang sistematik, kepercayaan dan agama mereka yang berubah mengikut masa, dan bagaimana sebuah kerajaan yang hebat boleh jatuh teruk sehingga hampir luput dari sejarah. Kalau ada sesapa yang nak ke Siem Reap make sure uols datang tau sini. Rugi kalo tak tengok depan mata sisa2 tamadun yang sangat hebat satu masa dulu.

Dari Ta Prohm kami pun balik ke Siem Reap untuk lunch. Mana lagi kalo bukan kat Muslim Family Kitchen hehee.. 

Our lunch - tak ingat apa nama tapi ada daging lembu dan nenas
Lepas lunch kami balik kejap ke Tareach untuk merehat2kan badan dan mengecaj bateri kamera. Petang karang Maliki akan pikap kami untuk ke Tasik Tonle Sap melayan sunset pulak. Can't wait!

To be continued..

7 comments:

  1. Agak-agak macamana lah pokok tu boleh hidup atas batu macam tu ye. Besar pulak tu akar-akar dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. KK pun wonder gak. macamana dia makan and dapat nutrisi dari batu2 tu sume and hidup sampai beribu2 tahun. masa memula dulu temple diexplore tah cemana la rupanya kan.. sure lagi tebal utan kat sekeliling.

      Delete
  2. Sekarang asyik ulang cerita Tomb Raider je kat Astro, KK.
    Kot ada peluang sila lah tonton. Tapi scene kat pokok besar ni kejap je pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe KK ni kureng sket cite2 yang fantasi yang tak jejak di bumi nyata ni so mmg susah nak layan. takpe nnt KK cuba layan kalo ada tunjuk kat astro.

      Delete
  3. Kalau takde orang...mmg scary jalan sorang2 tempat nie. Apa tu PPRT?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalo nak puas hati, datang late evening. masa tu tak ramai orang. silap2 bole buat wedding photoshoot kalo mau huhu.. time tengahari tu memang penuh dgn manusia. kat semua akar tu kena beratur semata nak amek picca.

      PPRT=program perumahan rakyat termiskin. perangai PPRT=perangai yg menunjukkan mentaliti di kelas terendah.

      Delete
  4. aik jarang Korean wat perangai cm tu.....biasa yg wat perangai cm tu asoh2 Dari tanah besar je.....interframe sokmo huhu....ape2 pun PIC kk mmg trbaik

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.