Thursday, May 15, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – ILCHUL LAND

Antara salah satu tarikan di Jeju ni ialah gua2 yang terbentuk dari aliran lava Mt Halla. Of coz yang paling femes – Manjanggul Cave – the longest lava tunnel (13km) yang juga listed as UNESCO world heritage. But since kedudukannya terletak di belah2 north-east and agak jauh dari Seogwipo, Kak Kiah decide untuk pegi Ilchul Land saja yang bukan saja ada cave (Micheongul Cave) tapi taman2 yang cantik. Oh lagi satu sebab ialah Ilchul Land ni tempat shooting Running Man (episod ada BoA) huhu..

Locationnya tak la jauh dari Seongjeup Folk Village. About 15 mins drive i think. Untuk masuk sini harga tix ialah 9,000won tapi kalo untuk locals dapat harga 8,000won. So Mr Yang telah menggunakan kuasa hikmatnya untuk mendapatkan diskaun 1,000won untuk kami haha.. siap suh kami dok diam2 jangan bersuara lagi. Hai sabo je la.. macam la orang jaga kaunter tu tatau yang kami ni tourists, terang2 muka melayu jawa habis semua.. Anyway, dapat gak la harga murah thanks to Mr Yang.. Gumapsumida Yang Si!

Mr Yang tak ikut masuk dalam. Nak tido kat keta katanya huhu. Kami plan spend masa kat sini 1 jam, so kul 4.30pm janji nak jumpa dia balik kat depan entrance. Mr Yang punya reaction masa tu macam caya tak caya je kami dapat cover Ilchul Land dalam masa 1 jam. Haha. Kak Kiah belasah je cakap 1 jam sebab tak sure dalam tu camana. Rupanya dalam Ilchul Land ni kne ikut arah arrow yang ada yang laluan dalam tu. Means u have to pusing satu area tu baru jumpa balik entrance. So cukup ke 1 jam je ni? Ok we’ll see ya hehee..

Luas okeh!
Anyway, bila sampai tempat camni yang ada banyak pokok n bunga cantik2, serta-merta Kak Kiah terasa hati berbunga2 dan lupa terus kekacauan jiwa dan stress yang melanda dari tadi. Tersangatlah cantiknya tempat ni sampai teruja dan tersengih2 Kak Kiah dibuatnya. So apalagi, keluarkan kamera anda Kiah!

Kami disambut oleh si gemok ni - katanya Santa Claus versi Korea - suka menderma n bagi hadiah kat org
MasyaAllah cantik nyeeee...

Harus la profile pic! Muahaha
Tersangat2 suka dengan bunga2 merah ni
Ikan berenang2 dengan gumbiranya
Pregnancy stone katanya
Pose Kiah jangan tak pose (nampak sangat muka tengah hepi kan haha)
Banyak jenis rupanya pakcik dol ni
Adoi kakak ni jakun benar nampak bunga. Cantik sangat uols!!

Ini lah rupanya jika daku mempunyai bumper yang lebau ahaha..
Wah sakan pose kan. Masa ni Kak Kiah jalan ngan Kin je. Adik2 berdua tu laju je dah ke depan.

Pastu saat2 yang paling dinantikan – masuk cave yeay!! Hehe nak tau tak kenapa Kak Kiah excited beno? Sebenarnya Kak Kiah tak pernah masuk cave uolss!!! Hahah. Dari dulu teringin nak masuk cave tapi tak pernah ada kesempatan. So bila dapat chance ni memang teruja sangat, sampai terbayang2 la stalagtit stalagmit depan mata.

Micheongul Cave

Inside the cave
Micheon Cave ni sangat sejok uols. Kalo datang time winter ni harus la boleh beku dok dalam ni. Pastu lantai dia basah sebab ada air menitis2 dari bumbung gua (so pls wear covered shoes ye kalo ke sini).. Pastu memang agak susah nak amek gambo guna kamera cikai cap ayam Kak Kiah. So most gambo yang ada blurry lah ye huhu..

Dalam ni ada la beberapa tempat macam Archipelago, kolam untuk berhajat, dragon, seoksimsu, wish tower n byk lagi. Yang paling Kak Kiah nak tengok ialah tempat Kwang Soo dapat jin masa dalam Running Man iaitu kat lukisan dragon tu. Hahaha. Memang dok gelak jer bila ingat balik scene tu.

Berapa kali take ni nak amek gambo cik Kin

Tatau la empat orang ni buat hape dalam ni

Lukisan dragon yang ada scene Kwang Soo eksaited dapat jin haha
Panjang jugak gua ni. Dah le masa tu dah 4+pm so orang tak ramai dalam tu. Agak serem sebenarnya, kena pulak ada bende2 sembahan diorang dalam tu. Dok pikir kalo ada yang ngikut balik ni naya je gue malam2 bole kesurupan momok korea hehee.. Tapi sampai hujung kami berjalan huh tak nampak pun stalagtit stalagmit nye. So cam tak feeling cave sangat lah. Maybe kalo sapa yang betul2 into cave, leh terus pegi Manjangul Cave kot rasanya akan lebih puas hati.

Boleh main Kai-Bai-Bo kat sini
Kuar je dari cave tengok jam dah 4.15pm. Hehe macam ada harapan terlebih masa je ni. Tapi tatau la apesal masa tu Kak Kiah macam teros malas nak rushing2. Just enjoy je strolling dalam taman tu.  Siap beli sotong bakar lagi. Jalan ngan Kin meleweh2 terhegeh2 snap pic sana snap pic sini.. 

Antara yang menarik di rumah contoh untuk Tok Penghulu bagi kampung2 di Jeju
Mesti best aman damai je kalo dok sini
Inner & Outer Quarters
Maybe sebab nak masuk sini harga tix mahal sket kot tu yang rasa cam rugi jalan cepat2 n tak menikmati view di sini. Cuma kesian kat adik berdua tu lah, sebab kami dah terpisah kan and they went ahead of us. Silap2 diorang pun rushing kat depan tu nak make sure sampai kat entrance before 4.30pm.

Bila tengok jam dah 4.30pm baru la Kak Kiah & Kin speed up. Tu pun ada gak terbenti2 lagi kekeke... Banyak sangat tempat cantik uols! Anyway Kak Kiah rasa Ilchul Land ni sesuai datang time spring & summer je kot – based on jenis pokok2 yang ada kat sini la. So if uols datang time autumn & winter rasa toksah mai sini la.. silap2 togel belaka sume pokok2 ni..

Parodi sculpture haha lawak
Taman yang cantik dan unik.. tapi sayang cuma mampu dipandang tak dapat lepak lelama
Serigala kan? Tetibe lak ada.. tatau ngape..
Cactus House
Subtropical Promenade
Dah 4.45pm baru sampai kat entrance. Mr Yang tak tunggu apa terus sindir “ You say you can finish in 1 hour yah?” Muahaha rilek la Mr Yang. Kami terikut jam melayu lak tetibe. Sebenarnya kalo nak diikutkan rasanya perlu 2 jam kot kalo nak cover Ilchul Land ni puas2, terutamanya if orang tu jenis suka tengok pokok2 n bunga2. Satu jam tu memang komfem tak cukup.

Tengok adik2 berdua tu ok la nampak theyols happy. I guess sebab tempat Running Man kot. So of coz if they are happy, then Kiah sure is happy one.. Thank God!

Actually kami plan untuk solat kat sini. Tapi malangnya sampai je kat entrance tu Ilchul Land dah almost tutup and so sangat risky nak solat kat dalam tu. Toilet pun memang kat dalam taman. So kami decide untuk cepat2 supaya dapat balik before kul 7pm (Maghrib around 7.15pm). Anyway, part ni memang tak dinafikan memang silap Kak Kiah sendiri sebab terlupa ada masuk lak sesi membeli-belah ceklat pasni..

Ok citer kat next entry lah huhu..

4 comments:

  1. Mr Yang baik hati...leh dpt discount tu...betul tu kak..kalau tempat luas camni..1 hour mmg tak cukup...terus tulis dlm itie hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr Yang memang baik huhu.. JM kalo suka bunga n pokok mmg heaven la tempat ni. cantik n aman je mata memandang. 2hrs tu paling sesuai la utk spend masa kat sini sbb banyak sgt yang menarik noks..

      Delete
  2. Ye bener kak kiah..dlm manjanggul cave mmg leh nampak stalagtit stalagmit semua.. jln sampai ke ujung gua dlm 1 km so total jln dlm tu 2 km hehehe what to do. Seret je kaki. (Oh sbnrnya gua tu panjang lg..tp only 1 km permitted to visitors)

    Saya rasa ilchul land ni ala2 Hallim park la. Dlm tu pun ada cave.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. i've seen pics inside manjanggul cave. cantik giler!! micheon cave ni biasa je..tak nampak cam cave pun. mmg frust lah.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.