Sunday, May 11, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – LUNCH HALMANG TTUKBAEGI

Dari Jusangjeolli tadi nak ke sini about ½ jam jugak le drive, walopun kat peta nampak cam dekat kan. Ni kira ok la.. Last year about 1 jam kami drive. Thank u ahjussi Mr Yang!

Anyway bila dah sampai area Seogwipo port ni, again Kak Kiah dok sengih sorang2. Haha teringat2 episod drama Eti-Nanny last year masa nak cari kedai makan ni and last2 Eti mengaruk takmo drive balik. Adoiyai memang takleh lupa betol... (seriously kat Jeju ni Kak Kiah asek dok terkenang2 kat Nanny je, apa khabar la dia agaknya ye?)

Untuk sapa2 yang nak mai kedai ni, alamatnya Kak Kiah takde salin but kedai ni memang mengadap port and dekat je ngan Cheonjiyeon Falls. So kalo drive n pakai GPS leh key in no tepon Jeju Halmang Ttukbaegi 733-9934, nnt jumpa le directionnya.



Menu sama cam last year hihi senang je.. Seafood Stew. Tu sume Mr Yang yang orderkan. Memula tu macam nak try gak Galchi Jorim (Hairtail Fish) yang orang kata sedap tu kan. Tapi harganya mak ai 45,000 won! Selain tu ada juga menu2 lain seperti di bawah ni:



Our banchan
Seafood stew - nampak tak udang tu? Keras okeh kulit dia!
Masa makan tu terus senyap mengadap food haha. Fuh ngidam habis makanan korea ni. Tengok Mr Yang sampai berpeluh2. Zuree plak dok excited sebab first time dapat makan ala2 cam korean drama katanya (oh she’s a big fan of all Korean stuff – tanya je apa pasal rancangan TV korea, sume tau minah nih!).

Semua sedap!
Tapi memang kenyang giler lepas makan. Rasa cam nak baring tido je huhu..

Anyway masa ni Kak Kiah dah nampak Zai ni cam pancit je. Then baru dia citer pasal kaki dia and dia tak brape fit nak naik turun tangga. Aiyaa.. Kak Kiah dok worry gak ler sebab actually Jeju ni not so much la kne berjalan, yang hazab masa kat Busan nanti. I wonder dia bole tahan tak bab menapak sampai lenguh2 kaki tu.. coz memang dalam trip merempit 3 hari ni memang takde maaf punya bab bejalan ni. Lagipun Kak Kiah dah remind dah before pegi hari tu make sure kaki kuat. Bukan la Kak Kiah concern sangat pasal kesihatan kaki masing2 (hehe jahat kan), tapi Kak Kiah takmo nanti bila dah selow jalan orang lain pun akan selow juga, lepas tu akan affect la schedule. Sebab masing2 ni bila plan kalau boleh semua tempat nak dipergi and Kak Kiah pun for sure la tanak ubah schedule sebab dah lama plan kan. Kak Wish wish dia stori awal2 before fly aritu, at least boleh Kak Kiah consider condition kaki dia seblom taram letak banyak tempat nak cover dalam 3 hari ni.. Hmm.. takpe.. we’ll see lah. Hope dia tak pensan la huhu.

Untuk meal ni kami bayar 12,000won per head.  Mahal? Oh actually yang ni memang dah plan awal2 nak makan sedap sekali kat Jeju & sekali kat Busan. Kira yang lain2 tu je yang sendiri2 bajet. So memang seharusnya dah allocate duit siap2 untuk makan ni..

Anyway, ada sikit masalah masa nak bayar ni sebab setahu Kak Kiah, Mr Yang punya bahagian tak include dalam harga 130,000won so kita kena cover meal dia. Ni yang apa Kak Kiah baca from blog and assume memang camtu la peraturannya. Sekali tu Kin bagitau dalam Whatsapp dia Mr Yang cakap 130,000won tu include meal n parking (ni Kak Kiah baru found out). Bila Kak Kiah tanya Mr Yang lepas tu (masa ni kami kat luar) dia cakap lunch dia memang guests yang bayar. So caner nak buat? Diorang tu dok push2 Kak Kiah suh tanya lagi Mr Yang and komfemkan balik. The thing is Kak Kiah tak faham kenapa diorang takleh tanya sendiri dah orang tu depan mata. Bukan nye Mr Yang tak reti cakap english pun. Kak Kiah dah tanya skali tadi and tu la jawapannya “lunch dia guests yang bayar kan”, takkan nak tanya banyak kali kot?

Hmm tatau la kan.. yang pertamanya Kak Kiah malas nak tanya lagi sebab ntah la, tak suka kot nak kira2 bab makan ni. Keduanya tatau nak explain macamana kat Mr Yang without tunjukkan yang kami ni cheapskate sangat bab makan pun catu2. Ketiganya masa ni Kak Kiah dah mula sakit kepala berdenyut2 and tak kuasaaaaa sangat nak mikir. So masa tu Kak Kiah decide, takpe lah, bab ni biar Kak Kiah la blanje je bahagian Mr Yang. Serabut sangat lah nak dengar orang dok bising - “Apa kata cuba tanya dia...” “Apa kata akak suruh dia..” . Makanan pun dah masuk perut.

*Apepun lepas kami dah balik malam tu, theyols decide to add 2,000won sorang untuk cover meal Mr Yang. Alhamdulillah walaupun Kak Kiah actually tak kisah pun nak bayarkan since Kak Kiah  sendiri yang malas nak tanya lagi sekali kan and lagipun memang my mistake la sebab tak dabel check ngan Mr Won dalam email. So if sesapa ada amek driver, please check ye bab makan ni include atau tak. Jangan jadik cam kami, masa dah dah abis makan baru nak tanya.. Hai serba salah jadinya. Tapi untuk hal ni, Kak Kiah wajar menerima cercaan kerana telah menyebabkan travel mate kerugian 2,000won sorang untuk cover kos makan Mr Yang. To some 2,000won tu ala kecik je RM6 kan tapi mana tau kan 2,000won tu mungkin menyebabkan dia kekurangan wang untuk membeli souvenir. Who knows kan haha. 

So ok dah kenyang semua? Next destination – Jeongbang Falls! Ayuh kiteee..

4 comments:

  1. Saya pn nak tiru mcm akak la.. aritu terpikir nak serah jawatan bendahari masa kt sana dkat travel partner. Sbb serabut gak dok pegang duit kongsi mcm tu. Dengan nak manage duit sendiri. Duit kongsi lagi..serius serabut. Yg x pegang memang rilek je tunggu. So this time either tukar jawatankuasa (eceh!) Or memasing kena alert la time nak bayar keluar la duit nya..

    Pengalaman tu mmg mendewasakan kan kakkiah. Huuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee gituuu.. pengalaman berjalan camni ada la pro n cons nye bila hal manage duit ni. kalo jenis tak berkira tak pe.. kalo jenis berkira sampai 5 won 10 won tu pun takmo nak beralah yang serabut kepala dibuatnya haha

      Delete
  2. Kalau I jadi KK, I tak nak pegang duit orang...masa kat Seoul dulu pun I manage duit sendiri jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg susah kalo bab duit ni. KK pun sbnrnya kalo boleh takmo pegang duit orang. tp dah kita yang buat bajet kan.. kalo pegang duit grup tu terjamin la jugak dari duit tak cukup.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.