Thursday, May 8, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – MYSTERIOUS ROAD

Macam yang Kak Kiah story in my previous entry, untuk hari ni kami akan bergerak menggunakan khidmat english speaking cab driver yang akan bawa kami ke 7 tempat di Jeju iaitu Mysterious Road, Cheonjeyeon Falls, Daepo Jusangjeolli, Jeongbang Falls, Songjeup Folk Village, Ilchul Land & Seopjikoji dalam masa 8 jam. Cuma email Mr Won di maarooii@yahoo.co.kr untuk dapatkan english speaking driver dengan kadar harga 130,000won for 8hrs, 20,000won for additional hour.

Masa yang dijanjikan ialah 9am. So pagi tu kami bekfes lek2 chill2 dulu..

Sakinah sedang bekfes
Jem buatan Jeju yang sangat sedap! (Wish I bought this thing)
Layan betol kalo melepak2 di sini..
Comel jerr..
Tengah bekfes baru teringat tak contact lagi Mr Won untuk double confirm bab driver tu. Nasib baik la si Kin ada whatsapp. Terus suh dia contact Mr Won. Kak Kiah kan cuma deal pakai email je aritu. Takut Mr Won lupa pulak and tak preparekan driver untuk kami.. haru nanti. Anyway, dia kata nanti kul 9.30am ada driver nama Mr Yang akan datang pickup kitorang kat Yeha GH.

Kak Kiah pun bila orang dah cakap 9.30am wah terus hegeh2 kau. Baru la nak iron tudung la, mandi siap shampoo bagai la hehee.. Skali tu 9.10am Mr Yang dah sampai. Hahah kalut okeh! Cepat2 la turun sebab Zuree & Zai pun dah ada kat bawah.

Ok bila dah kalut tu kan mulalah Kak Kiah beraksi ala badut. Boleh pulak menonong2 je nak bukak pintu seat driver pulak. Adoi pelik jap tengok apsal ada stering kat seat ni? Skali tu hahaha rupanya kompius I’m not in Malaysia! Semua orang gelakkan Kak Kiah termasuk la Mr Yang yang baru ku kenali tak sampai 5 minit itu. Chis kau Mr Yang!! Itu la Kak Kiah, last year gelakkan Nanny kan.. ha kan dah buat jugak perkara yang sama sebijik2..

Dalam keta baru tunjuk kat Mr Yang tempat2 yang kami nak pegi ari ni. Geleng kepala dia tengok sebab banyak tempat dalam masa 8 jam. Kak Kiah cakap boleh je, palli palli lah. Hehe.

Nak tengok rupa driver kami? Nah ni dia Mr Yang nya.

Erkkk!!
Bab nak kiss tu tableh blah betul. Bole tahan miang kau ye ahjussi. Kelakar pun ya dia ni. English dia ok la boleh difahami and dia pun faham apa yang kita nak. Pastu very considerate and helpful. Skali pandang macam bapak2. Dua kali pandang macam oppa2 (ergh kalo dia tau Kak Kiah tulis dia oppa ni harus la kembang montot nih). Tak larat tu dia mengaku dia “minam oppa” (abang ensem) ok ayoyoyo.. Kak Kiah iye kan je la sebab dia pun panggil Kak Kiah “yipoo dongsaeng” (adik cantik) kekekekee...

Nice weather - sunny but udara ada sedikit sejok
Our cab
Tiga kanak2 riang - masih kelihatan wangi dan gumbira ria masa ni..
So kami menuju ke Mysterious Road dulu sebab dekat kan dari Jeju-si. Tak sampai 10 minit dah pun sampai. Mysterious Road ni berdekatan dengan Jeju Love Land yang kami pegi dulu (wah ingat je kan)..

The Mysterious Road (some also call Ghost Rd)

Tarikan Mysterious Road atau Dekkobi Road sebenarnya adalah pada misterinya bentuk jalan yang kelihatan menaik bukit tapi hakikatnya menurun bukit. Kira cam optical illusion lah. Mr Yang pun start ler mendemo – matikan enjin keta – then kereta kami pun kelihatan bergerak menaik bukit. Wah misteri sangat! Kalau orang2 Melayu ni mesti cakap ada jin tolak nih. Hehe. Ada gak yang tuang air ke jalan nak tunjukkan aliran air tu sloping upwards. Memang impressive la.

Bas dimatikan enjinnya
 

Anyway, I guess mata kita nampak jalan tu cam menaik adalah disebabkan kedudukan pokok2 kat tepi tu. Bila pokok2 tu ditanam menaik, mata kita otomatik nampak jalan tu pun cam menaik. So itu lah dia optical illusion nye kot. Agaknye lah.. hehe..

Kejap je kami kat sini. I think about 15mins je. Ye lah nak fotografi pun nothing much. Jalan sebatang je kan. Dah tengok apa yang misterinya maka let’s move people – palli palli! Huhuhu... (gila kan 7 tempat dalam masa 8 jam – and that include stop 1hr utk makan – phewww) 

Next – Cheonjeyeon Falls!

12 comments:

  1. sekali pandang jalan nie nampak macam biasa...
    tapi orang korea nie, tempat-tempat macam ni pun diorang promote untuk pelancong datang, kalau kat malaysia hurm macam takde harapanlah tempat2 cengini

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu korea ni bab2 tourism memang kita tabik hormat la. jeju saja museum aje banyak giler.. museum jenis tah apa2 lak tu, but still menarik utk tourist pay a visit. kalo nak up kan langkawi tu, bole saja tiru jeju ni. kan..

      Delete
  2. Mengerah Mr Yang seawal pagi ye Kak Kiah. Masa itu emas kalau travel so memang lah kena ppalli ppalli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa nak buat yang.. cuti limited, tu yang lenjan tu. kasihan kat yang berdua tu je lah. rentong keletihan dibuat dek kne ppali ppali ni haha..

      Delete
  3. Amboi kemain oppa kak kiah bgambar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oppa feeling muda bila dikelilingi anak2 dara jelita heee

      Delete
  4. Uhuu..best kak kiah ye pi Jeju..basically kalo book kete pun ok ja bleh spend time lama skit..ritu sy book kete and spend around 2 hari setengah tuk cover Jeju..most of attraction pegi la jugak but jap2 ja..hehe..nway, gatai kemain 'minam oppa' tu ye...thehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg KK takmo book keta. tak kuasa nak drive sbb nak cepat. kalo drive sendiri harus la cam siput kan. and mmg dah allocate satu2 tempat tu abt 1/2-1hr je. nak lama2 bole tapi nanti kne repeat jeju lah pulak haha..

      Delete
  5. Wlaupun rupa mu tidak ku kenal tetapi lubang hidung mu tetap menjadi pojaan hatiku mr yang hahaha * larikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekeke amboi suka benar mr yang kalo dia reti google translate ni muahaha

      Delete
  6. Replies
    1. KK takde rasanya no Mr Yang. Just email kat Mr Won guna email add kat atas and request nak guna service Mr Yang.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.