Thursday, May 15, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – SEOPJIKOJI

Dari kedai adik Mr Yang nak ke Seopjikoji pun dah tak jauh dah. About 10mins drive. Sebenarnya tujuan Kak Kiah nak repeat sebab tak puas hati last year datang masa tu dah senja so Kak Kiah tak dapat pegi jauh and cuma spend masa tak sampai 15mins pun kat sini.



Tapi masa kami sampai alamak ramainya urang!!! Mostly from China mainland la. Harus la riuh rendah kan huhu. Tapi tak kira.. kali ni Kak Kiah nak jalan sampai ke lighthouse. Cuma rapeseed flower (bunga2 kuning) tu dah takde jugak. Hai wrong timing again. Last year kami datang terawal sikit, tahun ni kami datang terlewat dah sebab spring awal kali ni.

Ok jom cuci mata.


Ramai orang

Zai tak join kami jalan sampai ke lighthouse sebab kasut dia problem lak. So dia tunggu la kat bangku depan sementara kami berjalan dengan lajunya (sampai sakit betis ok).


All In drama shooting location

Bole ride kuda kalo mau

Meraung betis ketika mahu ke atas huhu

Berjaya jugak sampai ke lighthouse hehe


Kin menghayati keindahan ciptaan Yang Maha Esa
The view sini memang awesome. Love it!

Akhirnya about 6.15pm baru kami gerak balik. Phewww!! Another hour to reach Jeju-si. Dalam otak terus buat calculation berapa kena bayar ni kang. Hai migrain sakit kepala Kak Kiah.. telan panadol terus.. Kena plak pemanduan Mr Yang ni jenis yang kejap laju kejap selow (ikut speed limit), jadi macam nak terkeluar isi perut huhu..

Dalam perjalanan tu Kak Kiah inform diorang yang esok kalau nak ke Seongsan Ilchulbong, kena bangun pagi2. Lepas subuh around 4.30am tu dah leh gerak la dari Yeha and kami plan nak amek cab (Mr Yang cakap harga cab dalam 30-35,000won sehala Jeju-si ke Seongsan Ilchulbong). Kalo nak naik bas boleh tapi lama sket (2 jam perjalanan) sebab bas jenis benti2, so takut tak sempat nak sampai puncak tengok sunrise. Anyway bab Seongsan Ilchulbong tu takde plak masing2 cakap apa masa tu. Senyap je macam setuju. Ye lah plan ubah pun atas request diorang kan. Nak ubah, Kak Kiah dah tolong pikirkan and figure out cemana nak make full use of our remaining half day kat Jeju ni esok.

Tapi Kak Kiah tengok memasing sume muka dah pancit je. Mau tak berapa ribu langkah la kena menapak arinikan. Huhu sian gak. Tapi dah bagitau kan.. In fact yang arini kira mild lagi sebab kami naik keta. Masa kat Busan nanti ha siap la kaki tu..   

Kak Kiah dok borak je ngan Mr Yang sepanjang perjalanan. Kepala memang sakit giler cam nak meletop tapi takleh tido lak. So layan Mr Yang citer pasal anak2 pompuan dia, ada yang dah masuk U rupanya. Citer pasal wife dia ajak lomentik dinner malam ni. Hamboi kemain. Pastu bole ngate bini dia tak reti masak lagi haha.

Oh ya, sebenarnya Kak Kiah ada masukkan dalam itin nak singgah kat windmill farm yang kat tepi laut tu kan. Tapi since masa suntuk, Kak Kiah dah remove la dari list. But Alhamdulillah dapat jugak view ni..




Tengok2 yang belakang tu semua dah ketiduran siap berdengkuran. Haha. Kesian masing2 kena lenjan tenaga sepanjang trip arini jalan laju2.

Dah tableh tido tu, Kak Kiah pun dok la membaca tulisan hangul kat signboard2 tepi jalan tu, n Mr Yang pun betulkan la kalo ada salah. Anyway tulisan hangul ni Kak Kiah baru je blajo about 2 wks before fly aritu. Senang rupanya ek. Kak Kiah blajo 1 hari je dari website terus dah leh baca and tulis hangul walopun lom lancar sangat. Tahniah Kiah! Another kejayaan buat diriku dan boleh dijadikan modal ngorat mamat2 korea pasni hahaha..

Perjalanan pulang dihabiskan dengan mengasah skill membaca tulisan hangul huhu
Akhirnya kami sampai kul 7.15pm (yes it’s Maghrib olredi uhukss.. Ya Allah ampunkan lah dosa Kiah). Masa nak bayar tu rupanya Mr Yang bagi diskaun 1 jam – so kami xtra hr cuma 1 jam je la. Alhamdulillah.. tatau nak habaq la masa tu. Lega sebab tak exceed bajet asal. So total upah dia arini – 150,000won.

Overall, Kak Kiah puas ati dengan trip Jeju arini. Of coz ada la cacat-cela sana sini, but ok la at least Kak Kiah dah dapat cover semua, dapat tengok apa yang nak ditengok n dapat beli apa yang nak dibeli. Dari segi masa tu memang gila la rushing habis. But what to do memang cutiku awal2 tahun bukan bole amek lebih dari 4 hari pun, so ini lah yang mampu dengan bajet yang hade.

But if sapa nak plan Jeju, rasanya paling selesa cuma 3/4 tempat satu hari. Baru betul2 boleh menikmati dan menghayati setiap tempat tu kot. That if uols boleh stay lama sket la maybe 3-4 full days kat Jeju. N sesapa nak hire driver, bole la contact Mr Won and request Mr Yang. He’s a nice ahjussi n sangat2 helpful. Rekomen sangat2. Cuma make sure time balik tu supaya tak exceed masa. If u’re around Seogwipo-si and stay kat Jeju-si, please gerak balik kul 4pm sebab perjalanan memang amek masa 1 jam camtu.

Sampai je bilik Kak Kiah tak tunggu apa lagi. Terus masuk dalam selimut and tido. Boleh gitew?? Mandi tak, dinner pun tak. Sakit kepala sangat masa ni. Pensan tak ingat donia. About 1am baru bangun semayang n mandi sume huhu.. Amek obat penangan Jeju arini..

18 comments:

  1. memang tak puas jalan jeju 1 day...tp kalo dah cuti pendek, mana nak jln seoul lg, busan lg...tpaksa la guna khidmat teksi...dan cover sebanyak boleh tmpt in 1 day...saya buat menda sama ngn kak kiah dolu...next pun mayb gitu juga la plannya...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn.. orang kije gomen bole la carry fwd cuti, kita ni swasta main pro rate. nak amek cuti 4 hari bln 4 tu pun bos dah bising suh siapkan akaun dulu haha.. so end up jadik cam KK ni la, habis sume sumbat dalam 1 hari kat jeju

      Delete
  2. banyak tempat menarik kat jeju nie..harap-harap dapat cover semua nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. kne list yg wajib kot. for me yang wajib & worth pegi - seongsan ilchulbong, seopjikoji, yeongmori coast, jusangjeolli, cheonjeyeon falls, jeongbang falls, hallasan, manjangul cave & love land (heee). pastu kalo pegi spring enjoy cherry blossom & rapeseed flower. kalo pergi november enjoy kat ladang limau. museum2 tu best gak.. but pick yg mana rasa lain dr yg lain n tak jumpa kat tmpt lain. kalau plan betul2 insyaAllah boleh cover kot..

      Delete
  3. Rasanya JM perlu ikut itie dan cara Kak Kiah ni lah...3 hari kat sini nk cover like KK buat :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara KK ni rushing la JM. kalo bole drive n spend 3 full days kat Jeju rasanya baru betul2 puas hati sbb tak terkejar2..

      Delete
  4. Kak kiah, bole cite x camne kak kiah tinggalkan anak bulus kak kiah bila travel?ada orang jaga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo anak2 bulus tu adik KK yang tolg tgk kan. sehari 2x dtg umah bg makan n bersihkan toilet mike sume. kne la standby upah n duit minyak jugak hehe.. kalo tak, takmo nye dia nak tolg..

      Delete
  5. kak kiah next time ajak saya tau..aritu sy drive kat jeju..2 hari 61600 jer..aj rental...x puas round jeju

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tatau la bila nk pegi lagi. rasanya dah kot cover tempat2 yang nak dipegi.

      Delete
    2. Saya nak pergi Jeju bulan dec 2015 hehehe

      Delete
    3. amboi lambat lagi.. hehe tapi x pe buat preparation awal2 ye.

      Delete
  6. hi, thabks sbb tulis blog ni.. it was a great reference. thumbs up! keep it up ;) psstt nak nanye, blaja bace hangul kat website mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sone.. KK x ingt web mana tp google la learn hangul online nnt ada la website yg berkaitan. yg KK blajo tu first skali dia first dia citer pasal word h,a, n, g/k, u, l. mmg senang sangat nak ingat n fhm.

      Delete
  7. Kak kiah... blog kak Kiah memang awesome. Saya pi Korea hujung bln 9 aritu, 1st timer. Pergi secara backpacking. Memang sangat best. 2 Hari kat Jeju tak puas. Masa kat Seopjikoji ni tak jumpa church All in ni...huhuhu... sabar jer lah. Tapi masa tu pn ramai gila orang dari China Mainland.. dan hari hujan. Tapi still enjoy.. Thanks to blog Kak Kiah, banyak info yang saya dapat kat sini. Alhamdulillah sangat puas hati dengan hasil usaha sendiri...hehehe

    Jemputlah ke blog saya zinziemeewah.blogspot.com

    Tapi baru ada 3 entry seb baru nak start blogging. tu pn sebab pi Korea ni lah :-)

    Terima kasih banyak2 Kak Kiah :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. u'r welkamm.. nnt free KK jenguk ye blog tu. KK ni blog sendiri pun bersawang ahaha... apapun glad blog ni dapat membantu :)

      Delete
  8. assalam kkiah manis.. bagila no contact mr yang tu,sy nk pakai khidmat dia la d jeju nanti. 3 dewasa 2 knk2 (total 5pax) muat x nk sumbat dlm taxi dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam anon yang manis juga.. rasa muat kot taxi dia. no mr yang ada kat entry Summary & Budget. sume info biasa KK akan letak situ.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.