Monday, May 12, 2014

BUSAN-JEJU – DAY 2 – SEONGJEUP FOLK VILLAGE

Seongjeup Folk Village ni terletak di bahagian south-east of Jeju di area Pyoseon-meon. So perjalanan agak jauh juga and memakan masa about 1 jam dari Jeongbang Falls. Punye lah letih masa ni sampai kami berempat semua ketidoran uols! Tapi Kak Kiah tido dok terjaga2 jugak sebab risau masa ni perut dah start kembung masuk angin n dok tahan dari membuang angin... Takut juga tengah2 tertido tetibe meletop je bom jangka hahaha.. Kepala pulak masih lagi berdenyut2. Even pakai light je arini tapi matahari agak terik gak.

Bukak2 je mata oh dah sampai rupanya. Blur terpisat2 je memasing kuar dari keta. Dalam mamai2 tu teruja jugak sebab Kak Kiah memang sukaaaaaa sangat tengok rupa bentuk rumah2 di Korea ni. Kalo kat Namsangol Hanok Village dulu cuma replicate balik bentuk rumah kan, but Seongjeup Folk Village ni yang betol2 punya rumah. Lagi satu yang bestnya, masuk free yeayyy!!

Pintu masuk. Nampak tak galah pagar tu? Jumlah pagar yang dinaikkan menunjukkan berapa lama tuan rumah akan takde kat umah. Kalo satu pagar, tuan umah kuar kejap. Kalo tiga pagar, tuan umah kuar lama sket n tatau bila baliknya.. Mudah bukan konsepnya? Huhu..
Seblom masuk tu tetibe ada plak sorang ahjussi tu welcome kami. Kak Kiah kira dia ni cam tourist guide ke penjaga tempat ni la kot. Intro himself as Mr Kang. So dia stori2 la pasal perkampungan ni (memula je la about 10% je intipatinya). Dia bawak dari satu spot ke satu spot (which in total tak sampai 5 tempat pun – and that include tunjuk babi hitam live haha). Pastu dia stori pasal teh la, omija la, buah kaktus la... kira cam pelik gak la masa tu and agak fishy.


Rumah2 Jeju zaman dahulu kala

Cantik kan susunan batu2 tu. Cemana la diorang buat umah ni ek..

Antara yang ada di sini (yang kiri tu tatau ape mende, yang kanan tu statue pompuan Jeju sedang menggendong buyung berisi air)

Pokok Kaktus - baru tau ada bunga rupanya..  


Ahjussi Mr Kang memberi penerangan tentang buyung & omija
Cik bab itam sangat femes di Jeju
Then Mr Kang bawak masuk dalam satu bilik ni and buat demo. Ooo rupanya benda2 ni dijual rupanya (no wonder dia dok sibuk cakap tempat ni masuk free so government kena cover kos nak maintain tempat ni). Ok lah layan je lah. Dah bagi free sample amek je jangan malu2. Bende2 kesihatan kan. Nak membelinya idok ler.. Mahal kemain (satu kotak rasanya 40,000-100,000 won kot?). Hehe. Kesian ahjussi tu muka frust je sebab kami tak beli. Dah tu, orang datang sini nak tengok rupa paras kampung ni – bukan nak beli bende2 camni.

Original plan Kak Kiah allocate ½ jam je kat sini, so tentu la kalo bole nak explore sejarah dan budaya orang Jeju sebanyak dan secepat yang boleh. So agak frust sebenarnya sebab matlamat tak tercapai pun. Ahjussi Mr Kang tu baik don’t get me wrong – klako pun ye dia tu - cuma Kak Kiah rasa cam tak puas ati sebab ada bende yang depan mata dia tak stori pun apa fungsi, apa sebab, kenapa bende tu ada kat situ etc etc.. Pastu just cover like 1-2 rumah je dari keseluruhan kampung tu. Memang cam tu ke apa? (Sebab dalam on the way balik, baru Kak Kiah notice rupanya kampung ni besar and ada jugak tourists kat rumah2 lain). Apakah ada perjanjian komisyen antara Mr Yang dan ahjussi Mr Kang? Huhuhu.. Mereka saja yang tahu..

So if uols jenis memang suka nak memahami lebih lanjut pasal folk village, better pegi yang Jeju Folk Village kot. Walao berbayar, i guess info kat sana lebih detail plus kita takkan buang masa dengar promo jualan. And if uols nak juga mai ke Songjeup yang free ni, please ask kalau rumah2 kat area tu boleh kita sebarang2 lawat ke or ada rumah tertentu je. Sebab bab ni memang Kak Kiah sampai la ni pun tak sure. If 1-2 rumah yang Kak Kiah pegi ni saja yang boleh ditengok, then I tell u – tersangat lah tak worth – Namsangol Village kat Seoul yang free tu pun at least ada 6 rumah yang complete semua untuk kita tengok and fahami culture mereka. But if uols cuma nak amek gambar saja untuk syarat nak eksen ngan orang kampung, then ok lah tempat ni hihi..

Seblom balik tu sempat pulak bermain ngan kucing Korea. Amboi comel dan gebu sangat tapi susah nak pegang. Asek lari je sebab si Zuree la dok kejar n harass dia haha. Tapi dia eksen2 gitu je la, sebenarnya nak dekat ngan kami cuma shy2 cat. Geram betol tengok. Rindu terus dengan anak2 bulus di rumah ntah apa kabar memasing agaknya..

Si Miro budak yang sombong
Iklan tambahan:
Actually masa ni dah mula rasa cam nak pensan keletihan sebab banyak giler dah berjalan arini haha padan muka.. But was I happy? Hmm entah ler. Masa ni dah start rasa tak best n tak enjoy pun sebenarnya. Dunno la sebab penat ke, sebab tak puas hati ke, or sebab bulan mengambang ke.. When I look at their face, rasa macam sumthing was off. Tension bila tengok sorang muka tak teruja langsung dari pagi sampai la ni – hingga Kak Kiah wonder why the hell she decide to join this trip. Yang sorang pulak asek bercakap dan bertanya soklan2 non-stop rasa cam stress sangat sebab ntah la rasa penat nak dengar. Anyway agaknya this was just due to my mood swing.. Dunno why. Yang pasti kepala Kak Kiah pun rasa nak pecah masa tu sebab pening dan stress..

Ish kuat meroyan tol Kiah haha. I guess Kiah ni makin senja makin cepat sentap. Tengok jam dah 3.45pm. So off we go to next destination – Ilchul Land!

16 comments:

  1. pening travel ramai2 ni kak kiah.. next time kene redah sendiri jugak, baru enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu lepas dah kena last time, ingt tak kena lagi. tu yg komfiden je ajak org join. afterall they read my blog and shud know kot my style of travel. ntah ler.. tatau kot KK yg over cerewet or expect too much ke apa..

      Delete
  2. Part nak suruh membeli apa yang diorang tunjuk tu kadang2 memang tak suka! sebab kiter tahu apa tujuan kiter kesitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK tatau pun ada bende2 camni tau. kalo tau awal rasanya leh gak cari jalan utk avoid. i thot bende2 camni takde kat korea, rupanya ada yek..

      Delete
  3. haihh kesian kak kiah mcm2 cabaran yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cabaran trip itself not so much sbb buat preparation kan, cabaran nak masuk kepala ngan orang tu yang agak sukar noks. sampai skrg dok wonder apakah KK ni tak sporting n susah nak get along with, or bende ni jadik sebab penat perhaps?

      Delete
  4. kakkiah, mmg spoil mood kan kalo kita dah plan tempat...pastu org yg ikut buat muka taik je bila smpai tmpt kita plan...lg2 kalo kita dah bg itinerary tu awal2 pd sume kalo nak komen, tapi takde plak yg komen...huhuhu berbuku je hati....hehuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya diorang nak komen seblom tu tapi takut dgn KK kot hihi.. so end up tunjuk je la muka tak puas ati masa kat sana. hai ntah ler.. until today KK masih lagi blur perangai diorang ni..

      Delete
  5. erm... travel reramai ni macam ni la risikonya. tapi kalau g dgn geng2 yg sekepala mungkin perkara mcm ni tak terkena :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup true. i think ni 2nd time kot. rasa cam serik jugak nak travel ramai2 dgn orang yg tak dikenali. tapi what to do.. nk dapat yang sekepala ni at my age ni cam susah la sbb geng2 jalan sume dah kena tambat kat umah ngan laki memasing hew hew..

      Delete
  6. Saya sesat barat nak mencari tempat ni... tapi akhirnya kecewa kerana macam tak menarik je tempatnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn... eh geram betol la.. how come KK tak pernah jumpa org bg bad review pasal tmpt ni padahal rajin je baca blog pasal korea. ke terlepas pandang tatau la. kalau tau memang sumpah tak masuk list!

      Delete
  7. Nak komen pasal kucing yang gebu disana.. Memang kat jepun dan korea kucing kat sana gebu. comey dan gemuk huhuhu suka main main dgn kucing diorang :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca sejok kan.. harus la bulu meremang2, tu pasal nampak cam gemok hihihi.. tapi mmg gebu n comey sangat. kalo bole kidnap kan best. hahah.

      Delete
  8. Pengalaman sy kat sini... opkos dah kepenatan jgk dah ke tempat2 lain sblm tu. Z mmg masa tu tourist guide x tunjuk semua rumah pn (sy ikut yeha tour).. hanya 3 4 rumah yg dpan2..yg x de penghuni. Ada gak la merasa masuk dlm rumah2 tu. N kat setiap tmpat tu tourist guide akan bercerita. Then kami lunch kt 1 restoran kt dlm tu.

    Frust jgk sbb masa tu nak bergambar dgn penduduk kg tu yy tgh lepak2 tp dia x nak... nak amik gambar dia pun terus x jd.. so curik2 amik gambar rumah dorang aje la.. kelesss..rumah comei je dinding dr batu2 hitam tu tp memasing piring ala2 astro HD tersergam dpn umah..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh camtu ka.. kira yeha tour nye lagik best la sebab dapat masuk dalam rumah. memang comel kan rumah2 camni... suka tengok..

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.