Thursday, January 22, 2015

SEOUL V3 – DAY 2: GAPYEONG – SOKCHO

Untuk ke Sokcho ni Kak Kiah agak nervous sket sebab first time. Pastu masa ni dah lewat petang so risau takut tak nampak nak kena benti kat mana sume tu. Kak Kiah just berpandukan pada instruction yang Kak Kiah took note months before tapi tak sempat nak double check before datang sini. So just tawakkal je ni..

Dari Jeti Nami kami ke Gapyeong Bus Terminal naik taxi. Pastu dari terminal kami naik bas ke Chuncheon. Untuk beli tiket ni boleh guna mesin. Harga 2,900won. Tapi since kami tak tau cemana nak beli, staff yang kat kaunter situ tolong kami beli tiket ni.

Tiket bas Gapyeong-Chuncheon
Kaunter info
Pas tu since kat papan tanda semua tulis hangul, kami terpaksa depend pada staff tu untuk inform kami kalau bas sampai. Agak lama jugak la kena tunggu. Nak tunggu kat luar cuaca sejok giler, so dok kat dalam je. Tapi asek la terjenguk2 kat luar takut kena tinggal.

Kin khusyuk membaca kamus English-Korea semasa menunggu. Lai sedang cuba menahan ngantuk manakala Anim sedang cuba memahami apa yang ditulis di tiket bas.
Dah nak dekat kul 5.30pm baru bas sampai. Harga tiket murah ingat dekat je, tapi rupanya jauh jugak nak ke Chuncheon Station ni. Walaupun mata dah start ngantuk tapi Kak Kiah tak berani nak tido.

Sampai Chuncheon Station, beli tiket bas ke Sokcho. Harga 13,400won. Tapi bas kul 6.30pm baru jalan. So kami lepak2 je dulu kat waiting area tu cuci mata skodeng brader2 sojar. Memang ramai betul theyols kat sini. Dah la macho.. muka comel kpop ahaha..

Tiket bas Chuncheon-Sokcho
Platform menunggu
Agak besar jugak la bus station Chuncheon ni
Our bus - ok la selesa
Perjalanan dari Chuncheon ke Sokcho amek masa about ~2 jam. Memang boleh sakit pinggang dibuatnya. Tapi sebab masing2 dah letih beno, semua pakat membuta je sepanjang perjalanan tu. Tau2 dah sampai Sokcho.

Kat Sokcho ni kami dah book James Blue Hostel untuk satu malam. Direction nak ke hostel ni memang Kak Kiah dah copy dalam Ipad, tapi tah macamana tah dengan pisat2 mata lepas turun bas tu Kak Kiah bawak diorang masuk satu lorong ni. Lepas jalan punya jalan tak jugak jumpa hostelnya. Pastu jalan ni agak sunyi sebab tak banyak kereta lalu.

Bila dah rasa tak sedap hati, kami pun singgah satu kedai makan ni untuk tanya direction. Rupanya salah lorong and kena jalan patah balik. Hehe. Kesian diorang bertiga tu. Dah la pancit, boleh pulak salah jalan. Muka semua muka moody je pastu. Ye lah Kak Kiah pun faham, dari pagi berjalan bawak ke malam. Naik bas turun bas. Cuaca pulak sejok kemain.

Kami yang sesat
Map James Blue - dari terminal sepatutnya masuk lorong yang kedua bukan yang pertama
Akhirnya kami jumpa jugak hostel ni. Alhamdulillah..

James Blue Hostel
Untuk hostel ni satu malam 29,500won sorang. Kami amek dormitory 4 beds. Ok la selesa biliknya.

Dorm 4 beds - toilet inside
Kitchen
Ada 2 public PC
Kaunter untuk buat kopi, heat food etc
Nampak ada public PC terus lega sebab Kak Kiah kena siapkan jugak assignment malam ni. Kalau tak memang tak aman hati nak bercuti.

Sebab masing2 dah keletihan, kami cuma beli nasik instant and bukak bekal sambal tumis je untuk dinner.

Anim & Kin having dinner
Tapi ada satu yang tak bestnya hostel ni. Kitchen dia kul 12am dah tutup. Maknanya leh guna public PC tu sampai kul 12am je. So Kak Kiah takde choice, lepas makan je terus mengadap PC sebab nak sambung siapkan assignment.

Dekat depan James Blue ni ada pesta apa tah, punyalah kuat muzik trot. Sepanjang malam la dengar retis2 trot nyanyi. Sedap jugak lagu2nya. Kak Kiah tau "Shabang Shabang" je haha. Pakkal lah Kak Kiah tengah ada keje nak buat. Kalo tak mau jugak merayap skodeng apa yang menarik kat depan tu. 

Anyway, public PC kat hostel ni punyelah lembab nak mampos. Dah la MS Office dia in hangul memang saket jiwa dibuatnya. Pastu asek hang je. Mencaruts la Kak Kiah sampai last2 give up je and naik bilik terus. Lantak lah. Malas nak pikir. Tunggu lah balik Seoul nanti sambung semula.

Masuk bilik tengok masing2 dah sedap tido. Kesian theyols penat sangat gamaknya. Padahal Kak Kiah siap dah buang Petite France and Garden of Morning Calm dari list hari ni lagi. Tableh imejin cemana penatnya diorang ni kalo Kak Kiah insist nak pegi gak tempat2 tu. Silap2 kena maki agaknya hehe..

Apepun, besday girl sangat puas hati hari ni. I’m so thankful sebab kali ni Kak Kiah ada sama kengkawan on my birthday. Tak macam tahun2 lepas, sorang2 je bawak diri ke negara orang. Sedih beno nengoknya.


Cecah kepala kat bantal je terus berlayar. Happy birthday to me, and good nite Sokcho! 

To be continued..

28 comments:

  1. Part sesat tu kesian. Hehehe. Mesti kawan-kawan rasa macam nak makan Kak Kiah je. Tapi, tak apa. Pengalaman best tu. Travel is not all about enjoying good things je. Bila lagi kita nak appreciate benda yang kurang baik kalau kita tak experience sendiri. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe naseb baik sesat light2 je ni.. Tapi ye lah, mmg kesian kat diorang sebab tengok muka masing2 memang penat giler. Malam tu berlagu2 memasing berdengkur huhu.. harap diorang tak cerca KK dalam hati..

      Delete
  2. Emm tak bestnya kalau bercuti..tp still kena buat kerja, jwb call dr ofis ke...arrgh. tak aman sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat cemana noks.. Terpaksa demi mencari uang huk2x

      Delete
  3. Sedih plak baca ayat Kak kiah yg tahun lepas bersendirian sambot birthday...huhu..tp thn ini tidak lagi...yeehaaa....he..he... Ok ker James Blue hostel? recommendable x? ada tv dalam bilik? bnyk tnya tol la kan...? haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa org stay kat House Hostel kat Sokcho ni tp tu lah cepat full. James Blue ok la basic semua ada, cuma tang kitchen tutup kul 12am tu yg x best. Tv mmg ada dlm bilik. Locker kecik pun ada cuma kne bawak mangga la kalo stay kat dorm n share dgn org lain.

      Delete
  4. Bestnya kak kiah sempat bermalam kat sokcho...saya balik hari je...dapat la naik mount seorak tu sekejap tapi puas hati, view cantik gile =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Akhirnya dpt jugak bermalam. Kdg2 peak season mcm autumn ni susah jugak dapat accommodation. Dulu KK tak mai sini sbb hostel semua full.

      Delete
  5. saeng-il chukha hamnida kak kiah!hehehe walaupun dah lepas kan....

    ReplyDelete
  6. Bak kata pepatah ' sambil menyelam minum air' tapi KK 'sambil bercuti buat kerja'..hehe.
    Hebat !!

    ReplyDelete
  7. renyah juga nk ke sana yer tp memg best kalau semua buat sendiri..part sesat memang xleh nk tolong la..hehe.. saya pun sama. maklumlah bkn tmpat sndiri..tmpat orang =)

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo jalan sendiri n cr direction sendiri mmg puas hati la. Tp mmg ada risk sesat tu kan. Itu yg kne study bebetul map. Kalo tak ha jadi la mcm kami.. Hehe.. Nasib baik kengkawan jenis sporting.

      Delete
  8. Happy Kak Kiah sambut besday kat perantauan... SS masih belum berkesempatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Scdha! begini ler nasib orang single menginjak je umo 40an. celebrate bday membawa diri supaya tak kena soklan cepu mas hahaha..

      Delete
  9. Bila KK citer trip gi Sokcho nie, teringat masa 1st time gi Hwacheon...kat website sancheono bgtau kena amik bas ekspres dari Chuncheon klu nak ke Hwacheon...smpi jer stesen ITX Chuncheon hati tergerak tanye info counter...rupa2nye terminal bas yg betul kat Namchuncheon, satu stesen sebelum Chuncheon...terpaksa la naik bas mini patah balik ke Namchuncheon....klu tau kena amik bas kat sana, awal2 dah turun tp nak wat cene...1st time smpi tempat org kan? Sesat barat tuh biase la...hehe! Nak jadi citer, balik dari Hwacheon, drebar bas turunkan kitorang kat Chuncheon...beli tiket ITX, terus balik Seoul...sib baik ada tmpt duduk masa book tiket balik...yay!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal.. Nk kne jugak ada adegan sesat barat tu kan haha..

      Delete
  10. Salam, saya pembaca blog kak kiah yg tegar and mmg akn rujuk sini kalau nk pegi travel. haha. insyaAllah saya akn repeat korea lagi this coming winter. lama lagi tp semangat gila dah buat draft itinerary bagai, jatuh hati dgn korea lah katekaann. haha. btw saya nk tanya yg dr chuncheon ni intercity bus terminal ke express terminal eh? nk confirm takut kang sampai sokcho g station lain. mau terkebil2 nnt. haha. insyaAllah akn pegi berdua dgn member and akan cover nami-gangchon rail park then terus gerak sokcho tido sana semalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intercity noks. Dah siap study ke nak pi winter ni? Wah jeles KK.

      Delete
  11. pglaman saya msa gi korea, 2 orang member sesat dan hilang terus dari kitorang..last2, dorang balik hotel je..hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dasat. nasib baik reti jalan balik hotel. kekadang tu grup members ada yang alamat hotel pun tak simpan. KK lepas dah brape kali pegi baru la make sure sume orang ada map & address hostel. kalo seblom ni memang takde bagi.

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. perkara sesat rasanya no hal.. bukan kita nak jd gitukan.. tu namanya kaki kiah suka travel... kalo pergi2 gini, marah2 tak guna, nnt mood ilang ke laut ... sia2 byr tiket mahal kan kan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kalo tak sesat tak sah namanya.. hihi.. kne bertabah la kalo jadik travel partner KK..

      Delete
  14. KK, time g sokcho, bag bawak sekali ke? ke korg tinggal kt guesthouse kt seoul aje? tumpang sana? sebab plan nk g sokcho, tp dok pening pk bag nk cmpak mana. x larat nk bawak bekpek besar tu ke sokcho

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.