Friday, January 30, 2015

SEOUL V3 – DAY 5: KOREAN FOLK VILLAGE

Hari ni adalah hari yang agak eksaited untuk Kak Kiah sebab nak pergi Suwon, yeayyy!!

Kak Kiah memang dari dulu memang teringin sangat nak pegi Korean Folk Village and Hwaseong Fortress kat Suwon ni. Dulu tak sempat pegi sebab kaki sakit kan. So untuk trip kali ni memang Kak Kiah khaskan satu hari untuk trip Suwon. Kenapa satu hari? Sebab perjalanannya agak memakan masa since Suwon ni terletak di luar sikit dari Seoul. Ala.. dekat2 dengan Everland la jugak.. Lebih kurang 2-3 jam perjalanan.

Kami gerak agak lewat pagi tu. Biasa la kalau dah ramai2 tu kan, nak makan la, nak basuh baju la, nak gosok tudung la, nak berak la. Tapi Kak Kiah memang malas nak bising2 macam dulu nanti sendiri jugak yang stress. So ikut je lah.

Dalam kul 10am baru kami gerak. Naik subway dari Hoehyoen Stn ke Suwon Stn (Line 1). Sebab ada banyak tukar subway, lebih kurang sejam lebih gak spend dalam subway. Siap tertido2 lagi memasing.

Sampai Suwon Station keluar Exit 5. Suwon Stn ni agak besar jugak la. Dah keluar tu jalan straight dalam 50m sampai jumpa bus stop dekat area Tourist Information Centre. Kat situ leh naik free shuttle bus untuk ke Korean Folk Village. Cuma kena make sure timing betul2 la sebab bus free ni cuma ada pada pukul 10.30am, 12.30pm and 2.30pm je. Kalau datang lambat nanti tak sempat lak nak amek bus free yang last bila balik nanti.


Free bus shuttle to Korean Folk Village

Ini tiket. Sila simpan and tunjuk masa nak balik nanti.
Dari Suwon Station nak ke Korean Folk Village pun boleh tahan gak jauhnya. Dalam bas ni ada macam staff ke assistant driver ke apa.. tapi pompuan la, kemain garang lagi. Asek sound bila kami buat bunyi. Tau je lah si Kin bila bercakap kemain high pitch lagi haha.. Last2 Kin tido je kat sebelah. Kak Kiah pulak just layan view pokok2 berdaun merah yang berderet kat tepi jalan. Nampaknya area sini pun daun belum luruh sepenuhnya lagi, tapi memang dah dekat2 nak end of autumn la.


Dalam perjalanan ke Suwon

Merah2 pokoknya

Kat Suwon ni memang banyak betul apartment tinggi2 camni

Entrance Korean Folk Village
Pukul 1+ baru kami sampai. Nanti kami kena balik ke Suwon Stn amek free shuttle bas kul 3.30pm sebab lepas tu nak ke Hwaseong Fortress pulak. So kami cuma ada lebih kurang 2 jam je la untuk cover village ni. 

Rushing kan? Bayar tiket masuk village ni je dah 15,000won. Tapi nak buat cemana kan.. Kuar lambat sapa suruh. Sigh.

Anyway disebabkan Kak Kiah sangat gila tengok period Korean drama, memang rasa teruja sangat dapat mai sini. Mau tak.. most of drama feveret Kak Kiah ada shoot kat sini – Sungkyungkwan Scandal, Rooftop Prince, Daejanggeum, My Love from Stars, Deep Rooted Tree and banyak lagi.


List of period Korean Drama

Kedai2 souvenirs belah depan

Teruja teruja ku terujaaaa..
Ini namanya totem pole. Selalu orang letak depan rumah kira cam pelindung untuk elak pencuri atau bahaya.

Ni gate depan rumah. Setiap rumah biasa ada bende ni.

Kat sini ada workshop untuk pottery. Boleh cuba untuk belajar buat buyung nih.
Dalam Korean Folk Village ni ada banyak perkampungan kecik la macam Market Village, Folk Village, Historical Drama Village, Bazaar and Play Village. So make sure amek map kat depan tu sebelum masuk. Senang sikit nak plan nak visit apa kan esp kalau masa limited macam kami ni.

Dalam folk village ni ada banyak jugak workshop macam pottery, buat bakul, bamboo wares, wooden wares, embroidery etc. Kira kalau ada masa boleh la join aktiviti2 kat sini untuk mendalami life and culture Korean people ni. Selain tu boleh join aktiviti dye kain secara tradisional, naik kuda, naik perahu and memanah. Tapi semua ni ada caj la..


Ni dalam Pottery Exhibition Hall

Dulu kimchi simpan dalam buyung. Sekarang dah ada mesin khas macam peti sejuk untuk simpan kimchi.
Dalam village ni gak ada banyak rumah2 contoh zaman Joseon dulu, dari golongan bawahan hingga la ke golongan bangsawan. Boleh tengok la beza setiap design dan bentuk rumah ni. Agak menarik la..


Perkampungan dalam Folk Village

Pelakon tambahan dalam period drama "My Love from Malaysian Stars" keh3x

Rumah golongan bawahan

Dapur menggunakan ondol heating system

Teka apa ni? Ya pandai.. itu lah jamban diorang

Ini lah rupanya jamban diorang.. haha dari dulu curious jamban diorang cemana

Antara rumah golongan sederhana

Kak Kiah depan rumah golongan bangsawan

Bersama pelakon2 Sungkyunkwan Scandal.. hehe.. siap pelok ok..

Bersama pelakon Daejeunggeum.. putihnya kau noks..
Masa tengah merayap2 tu ternampak la sorang tukang tilik ni dok kat satu pondok. Kak Kiah tanya la dia buat apa. Sekali tu dia suh masuk sebab dia nak telek tangan. Kak Kiah layankan aje. Beriya la dia cerita pasal bentuk muka la, bintang la, bulan la. Pastu dia cakap dia ada nak tulis jampi untuk luck kat tapak tangan Kak Kiah. Ingatkan apa.. rupanya dia tulis "I Love U". Chaitttt!! Hahaha.. 

Inilah dia tukang tilik pelesu
Sesi menilik sedang dijalankan
Kak Kiah terkono..
Inilah good luck charm nya hahaha..

Kat sini ada jugak performance pada waktu2 tertentu. Pukul 2pm ada farmers music and dance performance di Performance Area.


Sedang menunggu performance bermula
Kak Kiah presents you...

Farmers' Music and Dance!


Layan tengok

Rupa tak brape nak tasty sangat. Very the bukit.

Seronok tengok yang ada reben kat topi tu. Teringat Kwang Soo haha..

Adik jambu penuh penghayatan ok

Siap terguling2 dan melompat

Sempat bergambar dengan sorang dancer - ni kira yang paling hensem laa.. sedih btol..
Lepas layan show, kami merayap lagi.

Tempat execution dalam Governor's Office. Banyak scene2 hukuman dalam drama shoot kat sini.

Kebun sayur dan kuda

Another rumah pegawai2 kerajaan

Kak Kiah di rumah baru huhu
Then kami masuk Historical Drama Village. Sini layan gak sebab banyak cardboard pelakon2 so boleh berangan kejap haha..


Me and the Rooftop Prince

With hero and heroin drama Moon Embracing the Sun (citer ni best giler)

Tangan Song Ji Hyo - kecik comel jah

Tangan Dong Wook pun hade

Antara tempat shooting pelbagai drama
Tengok jam dah kul 3pm. Sempat kami masuk bazaar kejap to look around. Tapi memang tak lama la sebab kami nak balik semula ke depan.
Tatau la pakcik ni berlakon ke betul2 collect kayu api

Kasut getah boleh dibeli sini

Kedai souvenirs - banyak benda traditional yang menarik kat sini
Sungai dalam Korean Folk Village

View perkampungan yang sangat cantik

My fav

Kak Kiah melayan jiwa di tepi sungai

Aman dan damai kalo dok sini

Last pose

Dah makin petang.. yuk pulang!

Bye2 Folk Village! I had so much fun :)
Pukul 3.30pm kami pun sampai kat depan Folk Village. Pastu free shuttle bus pun sampai. Lepas ni nak balik semula ke Suwon Station. Dari situ nanti kami akan ke Hwaseong Fortress pulak. Let's go!

To be continued..

24 comments:

  1. Replies
    1. Haha semalam tak first kan? Tq setia komen kt blog KK ni

      Delete
  2. tempat ni lah yang saya teringin sangat nak gi ritu...tp xdapat. Mostly cter2 best pasal zaman dulu2 saya dah tengok...hahaha. Yang paling best Sungkyunkwan Scandal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa kalo kaki tengok drama zaman dulu2 mesti datang tempat ni. Asek nak tersengih2 je rasa hehe..

      Delete
  3. Assalam kak Kiah..lamanya JM x singgah sini...nak baca semua entri yang ada nih..wahhh semangat hee

    Korean Folk Village..wahh..agak menarik..JM elum pernah ke seni..nak masuk dalam ite lah...harap2 partner setuju nk ke sini

    kak Kiah peluk di sana x pe tak ada org nk marah ahahaah

    view mmg ohsem lah kak kiah..okey note..akan ke sini nanti heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Amboi JM bz benau ler tu, lama betul tak update blog ek..

      Wah nak ripit Seoul lagi ke? Haha balik kampung gituhhh.. Jgn lupa allocate sehari utk Suwon k. Mmg cantik tempat ni.

      Err pasal pelok tu now i bebas berpelokan u. Takde sapa leh marah ahaha.. Free like a birrrrddddd..

      Delete
  4. Naik bas tak leh buat bising? kak kiah naik library bergerak ke camna ni? hewhewhew
    Ps: comel kasut atuk kutip kayu tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tatau la peraturan dia takleh cakap kuat2 atas bas. Tapi tau je lah kita org2 melayu ni kan tetap nak bergosip ria haha..

      Kasut getah atuk tu mmg comel. Kalau kita kat sini boleh bawak gi menoreh kot.

      Delete
  5. kak kiah....kenapa peluk2 boifren saya tuuu haha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh boifren ke? Hihi.. KK minat jugak si Yuchun tu tapi level2 biasa je. Saja pose daring nak bakar hati fans dia kekekeke..

      Delete
  6. Tidak!!kak kiah peluk yuchun saya..ahaha...ni la salah satu tempat xdapat nak pegi sebab kekangan masa.buat saya berangan nak ripit lagi..insha Allah kalu ada rezeki lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu KK doakan Akma leh ripit Korea k. Nnt jgn lupa pelok oppa Yuchun nih tau hihi..

      Delete
  7. Meriahnya tempat. Bukan meriah pasai pa, tapi meriah dengan kecantikkan bangunan tradisional tu and warna pokok di sekitar tu. Tertanya juga, Kak Kiah memang tulis entri masa travel ya? Salute la siap ada masa. Hehehe

    TQ for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takde la. Ni kan trip masa bln 11 aritu. KK baru ni free dpt memblog. Kalau tak ko tengok la berapa lama blog ni bersawang hahaha..

      Delete
  8. Kak kiah.. saya suka sgt tempat ni. 2 kali gi korea dua2 kali saya singgah sini. Tp kalau ada 3rd time dah x nak la kot hehe sbb dah khatam kan segenap pelusuk kampung. Sangat2 enjoy keluar masuk rumah2 kampung.. layan perasaan tepi sungai. Makan kt food court.. my fav place all the time ialah dkat arch stone bridge kt blkg tu. Arghh rindu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cantik giler kan tmpat ni. Dok berjam2 pun takpe. Syg KK rushing sgt aritu mmg tak puas nak menikmati sepenuhnya. Even performance pun cuma dpt tgk satu je. Yg wedding tu pun x sempat tgk.

      Delete
  9. samalah kita kak kiah.. jatuh chenta ngan tmpat ni. mcm best jer kn.. tp gmbar yg kak kiah ambil lawa2 la. gmbar saya ntah apa2...hewhew... xde pula ktaorang jmpa tukang tilik pelesu tu..hehe.. kelakar benar..sabar jerlah. tp memg besar tmpat ni, xsempat nk tawaf abes... masa kitaorg pegi ramai gila orang

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke.. Masa time kitorang x ramai sgt. Ingtkan org tak brape favour tempat ni. Tambah pulak harga tix agak mahal kan. Tapi KFV ni mmg lawa. Terasa2 macam berada dalam period drama je bila kat situ huhu..

      Delete
  10. Haritu kawan ada suggest gi Suwon gak. Memang teringin nak gi Folk Village ni tapi bila tengok macam xleh nak squeeze dalam itinerary, terpaksalah cakap kat diri sendiri. Next time insha Allah. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo nk pi korea lagi mcm better stay suwon 2-3 hari kot. tgk macam banyak jugak tempat2 menarik kat area suwon ni. sbb masa pun limited KK tak sempat nk explore tempat lain.

      tapi kalo dah 2-3 hari kat suwon, your next trip kena buat lebih dr seminggu kot? hehee..

      Delete
  11. Best sgt tgk performance tu...hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kan? tapi kita miss satu performance yang naik kuda tu.

      Delete
  12. kenapa tempat KK pergi sume best2 ni??..sya pergi dulu ntah ke mna2 je travel agent bawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh itu hasil ulangkaji selama beberapa tahun kat forum dan blog2 travel kengkawan huhu.. kalo ikut travel agency mmg payah la. sehari cover 2 tempat pastu caj riban2. better plan sendiri noks.. n explore tmpat yang jarang orang pegi.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.