Pukul 1 pagi
Kak Kiah dah bangun. Terkebil2 dalam gelap. Member berdua tu kemain layan
berdengkur. Penat sangat gamaknya. Rasanya macam tableh tido dah sebab dah
biasa tido sehari cuma 3-4 jam je.
Dah bangun
mandi dulu. Sebab semalam lepas makan memang terus tido hehe. Then Kak Kiah
turun ke level bawah sebab nak guna public PC. Teka buat apa? Haha kena siapkan
assignment orang la. Kesian kan Kak Kiah? Tak senang nak bercuti. Kalau ikutkan
memang malas nak buat sebab yang job thesis dulu pun diorang tak bayar lagi.
Tapi kalau tak buat sakit jiwa pulak sebab client dok email and push2 suruh
siapkan by esok. Lagipun client kata nak bayar dalam 2-3 hari ni. Kalo ada
payment ada lah fulus untuk Kak Kiah kat sini.
So di kala
semua orang sedang lena dibuai mimpi, Kak Kiah dok la sorang2 tercanguk depan
PC dok buat assignment orang pasal IT outsourcing, risks, security protection,
confidentiality.. tah apa kejadah menatang lagi tah..
So to those yang
dok kata Kak Kiah ni banyak duit sebab bole jalan sana-sini, harap boleh faham
lah ye. Macam ni la susahnya Kak Kiah mencari duit. Even tengah bercuti pun
masih ada keje tau. Beginilah nasib orang yang bergaji ciput tapi sebok nak
bejalan kan huhu..
Tengah2
khusyuk buat keje tu, tetiba teringat sesuatu... ehhh.. hari ni 14 November!
Terus nyanyi
dalam hati.
HAPPY BIRTHDAY
TO ME
HAPPY BIRTHDAY
TO ME
HAPPY BIRTHDAY
TO KIAH!!
HAPPY BIRTHDAY
TO MEEEEEEE!!!
Hahaha baru
teringat rupanya besday Kak Kiah arini uolsss! Wah dah 39 dah.. tua beno rasanya
hikss. Tapi tetap rasa happy & bersyukur pada Allah SWT sebab dipanjangkan
umur, diberi kesihatan yang baik and dapat celebrate besday kat tempat yang
paaaaaling fevret di hati Kak Kiah.
Happy2 jugak,
tapi besday girl tetap la gigih kena siapkan keje
*kesat air
mata
Tengah2 khusyuk
mengadap PC tu tetiba dengar bunyi orang masuk. Rupanya ada 2 orang Msia baru
sampai pagi ni. Sorang tu pangkat kakak, sorang lagi much younger.. maybe anaknya.
Sebab tengah ghalit buat keje, Kak Kiah cuma pandang and senyum je la kat
diorang.
Sekali tu
kakak tu tegur, “U Kak Kiah kan?”
Erk.
"I follow your blog u know..”
Waaaa...
kembang kuncup terus idong. Terus tersengih2 la macam kerang busuk. Tapi Kak
Kiah tatau nak cakap apa sebab macam terkejut jugak masa tu. Ye lah blog ni
takde lah banyak follower pun. Tapi terharu gak subuh2 dah jumpa peminat..
kekeke...
*Apapun thanks
kakak yang menegur. Sori tak sempat nak bual panjang sebab Kak Kiah masa tu
tengah rush nak siapkan keje. Walaupun kakak cuma tegur macam tu je, to me that
was just like my first birthday present for today. Kembang hati rasa.
Anyway, sebenarnya
ada lagi sebab lain kenapa Kak Kiah bersengkang mata tanak tido balik sampai ke
subuh. Kawan Kak Kiah yang nama Lai tu dijangka akan tiba pagi ni. Dari airport
Incheon Lai akan naik airport shuttle bus sendiri, cuma Kak Kiah kena tunggu
kat bus stop kat Namdaemun Market nanti. Since Kak Kiah ni henpon ka wassap ka
sume tarak, Kak Kiah just depend kat email dari dia untuk estimate kul berapa
nak pegi tunggu kat bus stop.
Around kul 6am
Lai email cakap dia dah kat Incheon. So Kak Kiah ada lagi 45 minit untuk
bersiap2. Walaupun keje tak setel lagi, Kak Kiah tinggalkan je. Takpe malam kang sambung. Naik atas tengok Kin & Anim dah bangun. Lepas siap2, terus
keluar. Kak Kiah sorang je pergi airport bus stop. Diorang berdua tak ikut
sebab kejap je kan.
Elok2 je Kak
Kiah sampai tengok ngam2 shuttle bus pun sampai. Bila nampak je Lai terus
eksaited dedua maka berpelok2 lah kami sambil terjerit2 kesukaan. Maklom la dah
almost 15 tahun tak jumpa. Happy giler dapat jumpa balik – kat Seoul lak tu
haha.. And she’s still the same Lai that I know – gila2, havoc n happy go
lucky. Pastu rupa maintain je, awet muda habis.
Sampai kat
guesthouse ada la sesi suai-kenal kejap. Maklum la diorang bertiga tu first
time jumpa. Kena tengok chemistry dulu. Alhamdulillah lega Kak Kiah bila tengok
diorang ni kejap je dah mesra.
Lepas bekfes
dan masing2 pun dah bersiap, about 8am kami pun keluar. Plan hari ni ialah ke
Nami Island and then ke Sokcho dan bermalam kat sana sebab esok kami nak naik
Mount Seorak. Anyway, walaupun malam ni kami tak stay kat guesthouse ni, kami
dapat permission untuk tinggalkan barang2 kat bilik je. No need to bawak turun
pegi receptionist pun. And free of charge summore. Best kan?
Untuk ke Nami
Island Kak Kiah follow route yang sama macam dulu. Naik subway Line 4 ke
Dongdaemun, then tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni. Pastu amek train ITX ke
Gapyeong. Sampai Gapyeong amek taxi ke ke Jeti Nami and then amek ferry ke Nami
Island.
|
Kak Kiah & Lai sedang menunggu ITX |
Dalam ITX kami
semua kena berdiri sebab tak dapat seat. Orang pulak boleh tahan ramai dalam
tu. Takpe lah.. dapat tengok view cantik sepanjang perjalanan 45 minit tu.
|
Di penghujung autumn |
|
Banyak pokok2 dah menguning dan gugur |
|
Sungai |
Dari Gapyeong
Station kami ke Jeti Nami naik cab. Pastu beli tiket 8000won untuk naik ferry.
|
Me kesejokan di Jeti Nami |
Just like my previous trip, jejak je kaki kat jeti ni hati terus berbunga2 *background lagu Winter
Sonata. Woohooo Nami
Island here i come again!
|
Me on the ferry |
|
Holllaaa orang di sana! |
|
Oh Nami.. I'm back!! |
Walaupun dah
di penghujung autumn, view tetap ohsem. So masing2 tak tunggu apa dah.. keluarkan
kamera dan terus pose sana sini bajet Malaysia’s Next Top Model haha..
Ok lah tadi dah citer panjang. Jom
layan gambar pulak.
|
Welcome to Naminara Island! This is the pulau berbentuk karipap (or is it spender?) |
|
White Pine Tree Lane |
|
Muahaha teruja |
|
Agak kau dah kenapa sedih beno? |
|
Kak Kiah di train station - boleh naik ni kalo malas jalan |
|
Sarangheyo versi 2013 di First Kiss Table |
|
Love love love!! |
|
Pose sama macam dulu - with my fav kapel |
Masa tengah2
melayan view tu ada sorang adik dari Msia ni tegur, “Ni Kak Kiah kan?” Whoaa..
tak sangka dalam sehari boleh jumpa 2 orang follower blog kat Korea ni. Sempat
la kami borak kejap and amek2 gambo. Fuh fofuler rupanya ahkak ni rupanya yek
(sila jangan muntah baca keh3x)..
*To adik yang
jumpa Kak Kiah aritu, Kak Kiah nak say thanks to u sebab sudi tegur. Another
great birthday present for me indeed!
|
Bangunan ni dah ada kedai halal jual asian food |
|
The menu - macam biasa ada nasik, mee semua |
|
Musolla dalam Book Cafe |
|
Buku disusun hingga ke siling - kretip! |
Since masa ni
dah masuk waktu zuhur, kami solat dulu.
Lepas solat,
perut pun lapar so kami nak lunch dulu. Since dulu Kak Kiah tak berkesempatan
nak makan nasik goncang, kali ni nak cuba la rasa. Memula tu macam tercangak2
nak cari Yeonggajiga Cafe ni kat mana. Rupanya kat hujung bangunan yang ada musolla tu je.
|
Yeonggajiga Cafe |
|
Cantik kat depan ni |
|
View cafe dari jalan depan |
|
The menu |
Kak Kiah
pernah baca macam2 review pasal nasik goncang ni. Ada orang kata hanyir la
macam muntah la. Ada lak yang kata sedap nyum nyum. So kami sepakat nak share
je sebab takut tak kena dengan tekak kami. Kami order nasik goncang dengan korea tuna.
|
Kak Kiah beriye menggoncang nasik |
|
Inilah rupanya |
Dari segi rupa
memang tak memberangsangkan.. tapi memang sedap uolssss! Menyesal order 1 je share berdua hehe.
|
Inside the cafe ada banyak gambar2 shooting drama yang dibuat kat Nami ni. So that's why people call this cafe "Drama Cafe" |
Lepas perut
dah kenyang, kami ronda2 lagi Nami. Dulu Kak Kiah ronda pulau ni naik beskal,
tapi kali ni kami berjalan kaki je. Seronok jamu mata dengan view autumn yang
cantik sini.
|
Merah meriah sana sini |
|
Sarangheyo! |
|
Caaakkk!! |
|
Metasequoia Lane |
|
Feeling blues |
|
Ibu dan kopeknya |
|
Dah banyak gugur daunnya |
|
Di tepi sungai |
|
Peaceful |
|
Daun2 keemasan |
|
Matahari petang |
|
Guesthouse - boleh dok sini kalo berminat |
|
Di atas hamparan dedaun |
|
Gadis2 manis |
|
Really love the view here |
|
Maple tree |
|
Yeayyy!! Sukanya kau Kiah |
|
My fav pose haha - which means i'm very2 happy |
|
Pisahkan cinta itu Kiah! |
|
Besday girl sangat gumbira |
About 4pm kami
pun gerak balik sebab lepas ni nak ke Sokcho pulak.
|
Nami Island di waktu petang |
|
Moh ler balik weh |
|
Tataaa..!! |
|
Senja di Nami Island |
Walaupun berat
kaki nak melangkah pergi, namun terpaksa jua meninggalkanmu. Selamat tinggal
Nami! Tak tau bila boleh datang sini lagi.
Annyeongggg..
sobs sobs...
To be continued..
first first!!
ReplyDeletemuahaha gigih ko noks..
DeleteHappy belated birthday Kak Kiah...
ReplyDeletetak tahan baca caption gambar KK..muahahahaha
TQ Rafhani.. Huhu tp gambo punyalah banyak ek. Harap jangan sampai termuntah tengok gambo haha..
Deletekelas kak kiah sampai ke korea peminat serbu
ReplyDeletehappy belated bday kak kiah...
Beginilah nasib orang femes koh3x mati laa kuat perasan
DeleteTQ for the wish Meng! :)
Happy belated birthday Kak Kiah! Untung dapat pergi Nami Island. Boleh buat scene ala-ala Winter Sonata. Heh.
ReplyDeleteThanks Pojie! Best memang best tapiiiii.. hero tarakkk.. sob sob..
Deletesanteknya permandangan kat nami island tu..
ReplyDeletewah..glamer kak kiah, smpai korea org kenal ye
Kalo jenis appreciate beautiful view and nature mmg akan enjoy tempat ni. Tp ada jugak yang rasa Nami ni overrated n tak faham naper org2 Msia suka pegi sini.
DeleteKK ni takde glemer mana pun. Kebetulan jumpa orang yg refer blog ni untuk ke Korea huhu..
Happy birthday k.Kiah !. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
ReplyDeletePopular K.Kiah ye kat Seoul...ramai fan. Boleh vote utk Anugerah lalala....ekeke
K.Kiah, just nak tanye sket pasal train ITX dari ke Cheongnyangni ke Gapyeong. Tiket train tu nak kena beli kat kaunter atau bole bayar aje dalam train? Free seat? Tq
Thx Ish! Pasal train tu kalo sampai Cheongyangni Stn, tuju tempat ITX pastu boleh beli tix kat mesin kat level atas. Kalo beli masa tu biasa mcm susah nak dpt seat. Kalo nk reserve awal, boleh beli online kot so dapat la seat. Cer google.
DeleteWahh..glam lah kak kiah..p mana2 di serbu peminat!..mungkin sebab birthday u kot..he..he.. sayalah antara umat yg malas berjalan tu, yg naik train unicef tu..ha..ha.. lepas naik train, naik basikal pulak... sudah ada kedai makan muslim..bagosnya... baru kedai tu eh..? dulu mcm x ada ja...
ReplyDeleteTu namanya rejeki di hari jadi huhu.. Oh skrg dh byk ek kedai makan halal. Senang utk org2 Mesia yg ke Nami nak makan. Takde lah kne bawak bekal macam dulu2..
DeleteHappy Belated Birthday Kak Kiah!!! Dah jadi artis sekarang, hehehe....Nami Island memang cantik. Actually ada lagi satu kedai halal dekat seberang Nami.Dekat parking2 bas tuh....Saya makan ayam pedas kat stu...sedap!!!
ReplyDeleteHaha retis la sangatttt..
DeleteWah ada lg ye kedai halal. Mmg govt sana skrg tgh naikkan betul industri makanan halal ni kan? Alhamdulillah..
Glamor Kak Kiah! Ha Ha Ha...
ReplyDeletetulis blog suka2 nak merepek, tak sangka pulak ada yang sampai cam muka huhu..
DeleteCantik gak Nami time autumn...tapi winter trip baru2 nie mmg tak singgah Nami sbb target nak gi main ski kat Elysian n ice fishing kat Hwacheon...alhamdulillah, tercapai hajat...:-)
ReplyDeleteNami kalo ada snow mmg cantik time winter. Kalo takde snow mmg tak lawa la sbb togel je semua..
DeleteAssalam k.kiah..sy nk tnya,cheongnyangni station ada 2,yg mana satu ya..yg biasa @ yg line jungang?
ReplyDelete