Friday, January 16, 2015

SEOUL V3 – PREPARATION

^^Annyeonghaseyo yeorabun!!^^

Kak Kiah dan orang2 kampung
Ramai ke yang tunggu entry Korea ni?

Hehe harap bersabar adik kakak abang makcik2 pakcik2 semua. Kak Kiah ni kan terkedek2 sikit bab nak memblog ni. Mood ada, masa takde. Masa ada, idea nak mengarang pulak takde. Semua ada, laptop pulak meragam. Walau bagaimanapun, Kak Kiah akan cuba sehabis baik untuk habiskan story Seoul V3 ni yek. Sementara masih segar di ingatan ni kan kata orang..

Ok apa2 hal, kita story bab preparation dulu.

Trip ni merupakan my 3rd time to Seoul dan kali ke 4 ke Korea. Memandangkan dah berapa kali ke sini, i was hoping that this trip would be my final trip to Korea lah kan. Ye lah melampau benau tiap2 tahun ke Korea kan tapi tak jugak jumpa bakal hubby kpopnya. Hiks.. takdelah. Objektif utama trip ni ialah untuk mencover memana tempat yang Kak Kiah miss masa datang sini dulu selain melepaskan rindu pada suasana autumn di Seoul.Kira lepas rindu betul2 lah sebab lepas ni takkan pegi sana lagi dah.

Memula Kak Kiah cadang nak pi solo. Tapi memandangkan ni lah kali terakhir nak ke Korea, rasa macam kalo travel sorang2 is kurang meriah. So masa beli tix ajak la sorang opismate Kak Kiah ni untuk follow memandangkan dia ni fans kpop tegar. Mungkin dia bole berkongsi keterujaan bersama2 Kak Kiah nanti. Nama opismate Kak Kiah ni – Anim. So kami beli tix ni time promo setahun lepas dengan harga RM639 KUL-ICN-KUL inc meal untuk 9d8n dari 12/11/2014 hingga 21/11/2014.

Pastu Kin (yang follow masa trip Jeju and Busan dulu) nak join, berdua dengan opismate dia pulak. Anyway few months before pegi, Kin inform yang opismate nya tak dapat menjoin. Tak tau lah sebab apa. Lepas peristiwa trip Busan & Jeju dulu, Kak Kiah agak serik gak la nak ajak orang yang tak dikenali join trip. So bila opismate Kin ni kensel, Kak Kiah ok je huhu..

Anyway, tak lama pastu ada sorang member lama email Kak Kiah. Namanya Lai. Dia ni dah bertahun2 Kak Kiah tak jumpa. Dulu kami ni blajo sesama kat Leeds and dia ni housemate Kak Kiah la masa kat sana. Bila masing2 dah balik Mesia, kami pun lost contact sampai la dia terjumpa blog ni. Berjejak kasihanlah kami lepas tu. Lai kata nak join trip Seoul ni. Memandangkan Kak Kiah kenal dah kenal kepala dia cemana, Kak Kiah pun ok la no problem. Cuma dalam hati berharap diorang bertiga ni boleh blend well and get along with each other lah. Kalau tak, masak Kak Kiah hehee..

So kami berempat la untuk trip ni – Kak Kiah, Anim, Kin & Lai.

Ini plan untuk trip ni.

Seoul V2 Itinerary
Disebabkan Anim & Lai adalah first timers ke Korea, plan terpaksa dirombak dengan memasukkan beberapa tempat wajib dikunjungi kalau ke Seoul. So ada la beberapa tempat yang Kak Kiah dah pergi dulu and kena pergi lagi sekali macam Nami Island, Everland, Changedokgung Palace, Chonggyecheon Stream & Namsan Tower. No problem sebenarnya sebab trip kali ni ialah 8 hari so masih sempat untuk pergi tempat2 lain yang Kak Kiah nak pergi. Lagipun pergi time autumn kan, so semua tempat2 tu kalo pergi berkali2 pun tetap berbaloi sebab cantik.

Untuk accommodation Kak Kiah amek Namdaemun Guesthouse sekali lagi sebab pikir diorang bertiga ni macam lebih prefer dekat ngan Namdaemun Market compared to shopping streets kat Myeongdong. Kak Kiah dah lama email guesthouse ni untuk book room tapi tak de reply. Bila kat Lombok baru teringat hal guesthouse tak setel lagi. Bila contact balik, rupanya dia terlepas pandang email Kak Kiah. So sebab dah lewat kami tak dapat la bilik dorm untuk 4 orang. Dia cuma boleh bagi kami 1 bilik triple and 1 single je tapi dapat diskaun la. Ok lah kan belasah je, janji ada bilik.

Ok tiket setel, itin setel, guesthouse setel.

Apalagi tinggal? Semua dah ready kan? Toksah terpinga2 lagi.. ayuh menikmati musim luruh di Seoul!

To be continued...

22 comments:

  1. Replies
    1. harap2 tidak berjanggut ketika menunggu hehe..

      Delete
  2. kenapa org kg kak Kiah ..guy no 3 tu misai tggu masa nk tertanggal..x pesan kedia kasi trim je heheheeh

    Seoul V3 kiranya kak Kiah ke Sana utk kali ke 3 lah ye..apa? 4 kali ke Korea..DAEBAK!..mmg tertunggu tau..mahu tahu apa lak drama tuk tri pkali nih :-)

    okeh..sambung nk tahu lak perjaan kak kiah di sana utk trip kali ni..mesti enjoy

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi JM!!! lama beno tak nampak uol.. bz benar kah?

      kesian kan orang kg KK tu. sapa la pedajal misai dia sampai senget benget haha..

      trip kali ni takde drama lah. geng KK kali ni sporting morting belaka so KK enjois-enjois sajaa hehe..

      Delete
  3. alolo..tgk patung pon hensem..haha.abislah kena keji dgn anti k-pop

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha skrg merata anti kpop kan.. eleh theyols tu semua penjelesssss!!!

      Delete
  4. cantiknye kakkiah pakai hanbok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha trick nak lawa pakai hanbok - pakai tudung itam ;)

      Delete
  5. OMG ! OMG ! senyap2 yea Kak Kiah dah ke Seoul lagi...kali-4 pulak tu...memang daebak..:-)
    saya next week baru 1st time nak g. Harap K.Kiah dapat complete entry Seoul V3 sebelum saya g...hehehe. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh dah nak pi ke next wk? get redi ye sejukkkkkk sangat tau sana.

      KK tatau la bole siap ke entri seoul v3 ni huhu. ntah2 awak dh balik nnt pun x siap2 lagi hehe..

      Delete
  6. Yeaaa... kak kiah kembali sudah. Suka baca tulisan kak kiah. Sepatutnya saya n husben tgh ada kat korea skrg ni. Tapi kami terpaksa batalkan trip 9d8n kami. last week Monday saya masuk hospital sbb batu karang. Doc tak bg travel kena ddk rumah to recuperate. Seb bek trip kami yg ke 7. Klu yg 1st mesti ku menangis tak dpt tgk snow huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ke 7??? omak aiiii.. ahaha lagi dasat..
      anyway sorry u guys couldn't make it. takpe.. ada hari lain. kalo pegi time2 batu karang sojuk2 ni lagi gaban seksanya..

      Delete
  7. Replies
    1. Sbb ni final trip ke Seoul kan.. Tu yg 8 hari tu. Konon nak cover semua la so pasni x de nak ripit2 lg dah huhu..

      Delete
  8. hihi CT datang lagi ahak ahak.. bersemangat gigih nak bace entry2 KK..
    adus dah tanak ke korea ke KK ? are you sure ? nanti hehe termimpi2 terngigau2 macam mana hehehe..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal.. skrg ni pun dah rindu cemana niiiiiiii... huk3x..

      Delete
  9. Assalamua'laikum Kak Kiah.. maaf lah bertanya ye.. Jadual tu plan Kak Kiah sepanjang berada disana ye??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.