Friday, January 23, 2015

SEOUL V3 – DAY 3: SOKCHO

Pagi2 lagi Kak Kiah dah bangun. Macam biasa, Kak Kiah ni bukan jenis tido lelama kan. Ingat nak pi layan sunrise. Tengok diorang sume nak sambung tido balik lepas subuh. Takpelah Kak Kiah pegi sorang je.

Turun2 pekena kopi dulu. Nasib baik bawak 3-in-1 sebab kitchen tutup lagi. Cuma ada water dispenser je kat entrance. Boleh la dari takde. Kak Kiah memang tak boleh takde kopi ni, boleh jadik sewel.

Sempat sambar map Sokcho kat kaunter receptionist. Maklum la Kak Kiah tak sempat study Sokcho aritu so memang tak sure kat mana tempat best nak layan sunrise. 



Map Sokcho
Lepas usha2 map tu rasanya dah boleh agak nak ke mana. Cuma bila tengok jam dah kul 7am. Rasanya macam tak sempat je nak tengok sunrise ni.

Takpe lah kita pergi je. Let’s go to Yeonggeumjeong Sunrise Pavillion!

Dari hostel nak ke sana agak jauh. Kalau jalan kaki dalam 20 minit gak la. So jalan la sorang2. Agak sunyi gak sebab tak ramai orang lalu lalang. Cuma ada la nelayan2 tengah sibuk keje. Sampai2 je kat port situ tengok matahari dah terbit pun. Aiseh melepas lagi. Takpe lah.. kita snap piccas dulu.


View dari Dongmyeonghang Port

Cantik giler

Bot2 nelayan
Then Kak Kiah jalan kat satu dataran ni ada khemah2. Tempat diorang bising nyanyi2 lagu trot semalam ni la. Later baru Kak Kiah dapat tau rupanya ada festival hasil2 lautan kat sini. Khemah2 tu mostly kedai2 makan jual ikan bakar etc. Agak rugi la sebenarnya sebab tak singgah semalam.


Khemah2

Stall jual ikan dan hasil laut

Mali beli ikan mulah mulahhh..
After 20 mins akhirnya sampai kat pavillion ni and terus naik atas. Wahh cantiknya tempat ni uols! Jom layan view..

Yeonggeumjong Sunrise Pavillion

Matahari sudah naik

View port dari pavillion

Batu2 penambak tebing

Bridge and observatory


Tenang dan mendamaikan jiwa

Muka orang lom mandi enterprame

Yang di belakang tu Seorak Mountain

Bandar Sokcho

The bridges - Abai Village bawah bridge kaler biru tu
Dari atas, Kak Kiah turun bawah pulak ke pavillion observatory.


Menuju ke observatory

Deburan ombak menghempas ke batu

The lighthouse observatory - kalau naik atas tu pun best gak view sunrise ni katanya

Masih ramai di sini untuk menikmati matahari pagi


Tadi dok atas pavillion sana tu la

Janganlah engkau bermenung jangan bermenunggg..

I can sit here and watch this for hours

The bridge and the pavillion

Gigih abang potografer dok celah batu lagi
Dah puas cuci mata, Kak Kiah pun gerak balik. Sambil tu snap2 picca lagi.


Waktu pagi di Sokcho

Kapal di port sedang mengeport
Sekali tu nampak sorang ahjussi ni. Masa tu Kak Kiah nampak idung dia berdarah, so tegur la kan sambil hulur tisu. Pastu dia tanya sumthing dalam bahasa Korea. Tatau la apa tapi Kak Kiah assume dia tanya Kak Kiah sorang ke. Kak Kiah cakap la sorang. Dia tanya mana kawan. Kak Kiah bagitau diorang tido. So macam ayam itik la dok explain Kak Kiah datang sini nak tengok sunrise and nak ke Mount Seorak lepas ni. Lepas tu tetibe dia ajak pegi belakang satu kedai ni. Kedai tu lom bukak lagi.

Kak Kiah macam pelik la kan, apa la ahjussi ni nak. Sebab dah 4x datang Korea, Kak Kiah sebelum ni memang selalu jumpa ahjussi semua baik2 n ramah2 jadi takde la nak sangka yang bukan2. Bila dia beriye2 ajak, Kak Kiah follow gak la. Bila halfway tu Kak Kiah cuba jenguk la apa ada kat belakang kedai tu. Tengok ada semak dan lalang je. Ah sudah apa benda ni..

Ahjussi tu datang dekat siap nak tarik tangan lagi. Pastu baru Kak Kiah terbau arak. Chaitt mabuk ke apa si tua ni?

Terus terhenti kaki Kak Kiah and cepat2 la Kak Kiah cakap nak balik. Dia dok cakap apa benda tah macam mumbling la pastu dok gamit2 lagi suruh ikut dia. Nasib baik pastu ada sorang ahjumma ni lalu. Ahjumma tengok Kak Kiah then terus sound ahjussi tu.

Ahjussi tu gelak2 je. Babik.

Cepat2 Kak Kiah blah. Memang panik kejap masa tu sebab iyelah ni first time Kak Kiah berdepan kes macam ni kat Korea. Selama ni pikir orang2 Korea kan baik2 especially ahjussi2 dia. Tapi mungkin sebab sini Sokcho kot, bukan Seoul. So maybe orang-orangnya macam jenis hulu2 kampung punya pemikiran. Fuh apapun nasib baik ku tak diapa2kan.. 

Masa on the way balik tu tengok jam lom kul 8am lagi. Macam sempat ni nak ronda jap ke Abai Village. Sebagai peminat tegar drama Autumn In My Heart tentulah Kak Kiah tanak lepaskan kesempatan untuk ke kampung halaman Eun Suh kan. Kalau nak tau, OST drama ni lagu bertajuk 'Reason' by Jung Il Young tu merupakan no 1 dalam carta fevret lagu2 Kak Kiah.




Nak ke Abai Village kena patah balik lalu depan James Blue Hostel

James Blue Hostel dari depan

Abai Village dok bawah jembatan pink tu

Ni memang kawasan nelayan la.. penuh bot dan tong2 ikan

Ahjumma gigih mencari rejeki

Sangat suka suasana macam ni

Bot nelayan

Nak ke Abai Village, kena naik bot ni ke seberang

Murah je tambang - cuma 200won 1 way

Autumn in My Heart
Kalau mai sini kena cuba naik bot ni sebab bot ni memang unik. Diorang gunakan sistem tarik tali untuk gerakkan bot. So Kak Kiah pun tentulah nak cuba jugak kan..


Kak Kiah on the boat

Ahjumma ni penumpang tapi dia tolong gak tarik tali bot

Gunakan besi untuk memudahkan kerja-kerja menarik
Nak ke seberang tu tak sampai pun seminit hehe.. Kalau ramai yang tolong tarik tali tu lagi cepat kot.

Sampai je kat seberang Kak Kiah just lepak kejap je sebab tengok jam dah nak kul 8.30am. Lagipun kalau pergi masuk ke dalam Abai Village tu bukan leh jumpa Eun Suh pun huhu..



Tiket kaunter, Kalau nak ke seberang balik boleh bayar kat sini.

View dari Abai Village


Eun Suh & Joon Suh - yang sorang tu tuan direktor
Dah puas hati, jom la balik. Takut diorang bertiga tu risau pulak Kak Kiah keluar lelama ni. Lagipun dah janji kul 9am nak gerak untuk ke Mt Seorak.

Masa menyeberang semula, Kak Kiah sorang je passenger. Kesian pulak tengok pakcik tu tarik tali bot sorang2. So Kak Kiah pun tolong la tarik skali guna pencangkuk besi tu. Fuh berpeluh2 gak la. But it was so much fun.

Dah sampai seberang, maka marilah kita berjalan pulang..


Ku jalan sendiri tiada tempat untuk menanti - tiada mu aku menyepi bayanganmu aku mencariiiii..
Yeay sampai sudah!
Akhirnya berjaya sampai ke hostel. Tengok diorang semua dah bersiap and dah bawak turun beg pun. Kak Kiah je yang lom brekfes and mandi huhu... Palli palliiiii Kiah!!!

To be continued..

31 comments:

  1. Replies
    1. haha.. sila datang kaunter untuk collect hadiah :P

      Delete
  2. apakah rahsia keremajaan kak kiah nampak jelita walaupun tak mandi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah3x siot.. qu puteh barulah putehhh!! hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. best kan? rugi kawan2 KK tak follow aritu sbnrnya.. padahal diorg dah ada kat sini dah

      Delete
  4. Kak kiah... sorry lari topic... u ambik job buat thesis ker? Hehe. .bermint ni.. tp bkn thesis.. projek paper

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha KK boleh je tp kena email la. nnt KK tengok dulu.

      Delete
    2. Ok..nanti i email for further detail. Tq

      Delete
  5. errr..kak kiah, thesis final projek pengurusan USM boleh buat tak ?
    matiklaaaa tanya pasal thesis bukan bukan pasal entry....:)

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoitss.. ahaha insyaAllah boleh kot. email KK eh nnt KK tengok dulu.

      Delete
  6. Lama x masuk blog KK! Ke korea lg...mcm blk kg je kann hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. welkam back! KK kalo entri korea mmg nampak benau update tu bersungguh2 kan? haha

      Delete
  7. gigih kak kiah jalan sorang2 sebab nk tgk sunrise..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah pasal. kalo kat umah, kemain liat bangun pagi.. hehe

      Delete
  8. huii bahayanya kak kiah..nekcik pun dah 2 x gi korea ni jumpa orang semua baik baik...
    salam kenal kak kiah dari nekcik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal nekcik..

      kann.. KK mmg x caya tol kali ni leh terjumpa spesis korean yang jahatz. itu menunjukkan mereka juga manusia biasa chehwah..ahaha

      Delete
  9. KK~~~ waiting ur next entry~~~ x sabar333

    ReplyDelete
  10. ooo..bru tau ni tempat shooting drama AIMH tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ye.. suka ek tengok drama ni? comel sangat heroin..

      Delete
  11. Replies
    1. Maha Suci Allah yang mencipta semua kejadian :)

      Delete
  12. wahhhhh... nk menanges tengok!!!! subhanallah cantiknya view dia kak kiah!!!!!!
    and suspens jer bila baca ahjussi tu tarik tgn kak kiah ke arah semak...huhu...
    memg kena pergi lg ni!! baru mgu leps tengok guest house super junior, diaorang pergi sini juga.. so haruslah pergi kan..hehe

    zinziemeewah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dtg Sokcho make sure bangun pagi tau n mai sini untuk layan sunrise. Boleh cuba naik lighthouse tu rasanya view dr situ lg ohsem!

      Delete
    2. ok..Insya Allah kalau ada rezeki ke sana lg, sokcho akan jd salah satu tmpat yg masuk itinerary

      Delete
  13. Korean kalu dah mabok memang dasyat... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. come to think of it, ni 1st time KK jumpa korean mabok.. mmg scary la. selalu jumpa yg waras2 je. tu lah lurus sangat kan hehe..

      Delete
  14. lomantik..gak KK ni ala2 Autumn in her heart gitu. chantik2 gambar ni...15thn lagi gambar cukup bermakna.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.