Friday, December 28, 2012

SEOUL – DAY 4 – NAMSANGOL HANOK VILLAGE

Arini Kak Kiah plan nak ke Namsangol Hanok Village. Since hari ni konsep nye leisure, maka Kak Kiah idok le terkejar2 nak siap awal kan. Lagipun bangun je tengok ujan kat luar. Frust gak actually, tapi takkan nak kensel lak plan merayap kan.

Dalam kul 9.30am, Kak Kiah pun kuar dari guesthouse. Guesthouse ni siap provide payung lagi tau, best betul. Tapi kena bayar deposit la KRW5,000. Nanti bila kita return tu, dia pulangkan balik duit tu. So Kak Kiah pun apalagi kan.. terus pilih payung yang Kak Kiah paling suka, ala yang plain transparent tu. Selalu tengok kat drama korea diorang pakai payung tu.. hehe..

Untuk ke Namsangol Hanok Village ni senang je. Naik subway Line 3 atau 4 and berhenti kat Chungmoro, kuar exit 3 atau 4. Nanti ada sign tunjuk arah tempat ni so follow je direction. Namsangol Hanok Village ni dekat je ngan exit tu.


Sampai-sampai je kat entrance village ni, alangkah bernasib baik nya Kak Kiah sebab ada student tengah buat volunteer work jadi tourist guide. Dia tanya la Kak Kiah nak tak follow dia n dia leh explain pasal tempat ni. Mesti la Kak Kiah nak kan sebab free. Memang bagus la program volunteer work ni sebab Kak Kiah tengok kat Korea ni banyak students join program macam ni untuk improve their english. I wish govt Msia ada buat bende yang sama, dari dok biar bebudak zaman la ni merempit n membohsia kan.



Student ni namanya Song Hun. Umo baru 17 tahun. Cita2 nak jadi Presiden of South Korea (kau hado?!). Dia ni sekolah apa Kak Kiah tak ingat nama, tapi all boys punye school la. Muka cam nerd kan.

Namsangol ni macam perkampungan tradisional Korea la. So kalo minat nak tau and nak cultural experience boleh datang sini. Masuk free jah and tutup setiap Selasa. Kak Kiah memang suka tengok period drama Korea so of coz la tak nak lepaskan peluang datang sini. Cuma itulah yang sedihnya.. hujan la pulak.. Dalam perkampungan ni, ada lima buah rumah tradisional yang dibina semula sebagai replika ikut keadaan asal masa di era Joseon. Setiap rumah ni lain-lain bentuknya n owner dari rakyat biasa ke pegawai tertinggi istana - Yun Taekyong dari Jegidong, Queen Yun Sunjeonghyo dari Ogindong, Lee Seugup dari Samgakdong, Park Yonghyo dari Gwanhundong & Kim Chunyeong dari Samcheongdong.


Map Namsangol Hanok Village   

Prinsip senibina rumah tradisional Korea ni atau kita panggil Hanok, depends pada suasana dan keadaan cuaca persekitaran la. Kalo tempat yang bercuaca sejuk macam northern part, rumahnya banyak berbentuk U atau tertutup supaya angin takleh masuk. Kalo kat tengah region, kebanyakannya berbentuk L. Area selatan plak rumahnya berbentuk I. Setiap rumah ada konsep ‘ondol’ atau heated floor menggunakan kayu api untuk panaskan umah masa cuaca sejuk, and ‘daecheong’ atau wooden-floor style untuk summer. 

Memula kami pegi umah Queen Yun dari Ogindong. Dia ni masa umo 13 tahun dah jadi Queen bila dia kawin ngan King Sunjong, the last King in Korea. Tak lama lepas dia jadi Queen, Jepun serang Korea. King Sunjong masa tu hilang kuasa n passed away pada tahun 1926. Diorang takde anak so that’s why Korean Empire no longer ada sistem beraja sampai la ni.

Ok jom layan piccas..
Struktur rumah ni berbeza ikut kasta. Kalo ‘yangban’ atau pegawai2 tertinggi ni rumah diorang ada atap ‘Giwa’ (tiled roof) and kalo commoners diorang pakai atap jerami atau ‘Choga’.

Dekat rumah ni kita boleh tengok keadaan dalam bilik, furniture n peralatan yang diorang pakai. Memang menarik la.

Konsep ‘ondol’ ni diorang bakar kayu api kat dapo untuk masak kan, wap n udara panas dari dapo tu akan lalu macam ruang bawah lantai tu la and so otomatik akan panaskan rumah. Tapi masa summer diorang takkan masak kat dapo ni, diorang guna dapo luar.

Dapur luar
Lepas tu Kak Kiah pegi umah Yun Taek Yong dari Jegidong. Dia ni apak pada Queen Yun tadi and kira orang bangsawan gak la ni. Rumahnya ada outer quarters (Sarangchae), inner quarters (Anchae) n tempat sembahyang atau shrine (Sadang) and berbentuk H.

Setiap lukisan kat foding screen atau potret2 menggambarkan personaliti dan karakter tuan rumah.


Saiz palanquin plak berbeza ikut darjat. Lagi beso pangkat, lagi beso palanquin nya. Commoners tak dibenarkan naik palanquin ni except sekali seumo hidup yakni bila they get married.

Diorang bila winter akan prepare kimchi kan, pastu simpan dalam tanah kat tempat ni. Kira macam diorang nya peti ais la.

Pokok buah persimmon atau pisang kaki.
Tempat semayang atau shrine. It starts from west to east mengikut level keturunan. Means kalo atok moyang belah kiri, then atuk, then bapak n so on.. Semayang dibuat pada hari2 tertentu contohnya masa New Year (Chuseok). Food pulak ikut food kesukaan si mati. 

Lepas tu adik student tu bawak Kak Kiah gi rumah Park Yonghyo dari Gwanhundong atau Min’s family. Masa ni ada la wedding ceremony kat sini. Wah bertuah sungguh Kak Kiah rasa dapat tengok majelis ni.


Pengantin lelaki tu mat saleh, yg bride tu Korean. Cantik betul kan diorang nye baju. Kak Kiah sukee… 

Lepas layan majelis kawin, Kak Kiah pegi rumah Kim Chunyeong dari Samcheongdong pulak. Dia ni one of military man yg rebel pd country. Sebab bila kemasukan alatan2 perang western macam guns n explosives, tentera yg berperang secara traditional ni macam dianaktirikan oleh kerajaan la.

After round2 ngan adik student tu, then Kak Kiah pun start jalan2 sendiri pulak tengok tempat2 ni dengan lebih detail. Ye la dia ada takkan asek nak stop2 begambo je kan. Kena la dengar explanation sian dia dok cakap tak henti2 huhu.. Anyway, Kak Kiah memang suka sangat rumah2 Korea ni, even pernah berangan nak design rumah macam ni. Tapi bila datang sini baru tau rupanya setiap design tu ada sebabnya bukan sebarang2 tau. Memang seni habis la diorang ni.

Then it’s hanbok time!!


Kat sini kena bayar KRW3,000 tapi bole pose sesuka hati. Kena pulak Kak Kiah sorang je time tu. Nah amek kaw pelbagai posing okeh!

Lepas dah puas merayap, Kak Kiah pun gerak balik. Sempat jugak pose kat area2 luar ni. Masa ni memang hujan lebat, sejuk tak terkata. Nasib baik ada payung LOVE RAIN tu. Next destination – Itaewon!!

SEOUL – DAY 3 – NAMSAN TOWER

Lepas setel makan, mandi n semayang sume, Kak Kiah pun bersiap2 la untuk ke Namsan Tower. Tower ni located kat Namsan which berjiran la dengan Myeongdong. So Kak Kiah takde la nak naik public transport whatsoeva kan.. menapak pun boleh.

Untuk ke Namsan Tower ni, Kak Kiah ada la simpan direction dr exit Myeongdong subway which is exit 3. Dari situ kne menapak ke arah 7-11 sampai jumpa Hotel Pacific belah kiri pastu jalan straight sampai jumpa cable car station. Nanti dari station tu naik cable car untuk ke tower.

Dari guesthouse tu Kak Kiah gatal la tanak cross jalan, konon nak ikut jalan subway so senang nak cari exit 3 tu kan. Sekali tu amek kaw punyelah ramai manusia kat bawah tu berlapis2 ok. Sampai sesat2 Kak Kiah tak jumpa exit 3. Pusing punya pusing, naik tangga turun tangga baru perasan exit 3 tutup sebab renovation. Dah satu hal plak nak cari alternatif exit yang ada. Dengan sesak2 tu, ipad plak tak leh nak berinternet kat subway tu untuk bukak map sbb takde wifi free, so terpaksa la cari peta2 yg available kat bawah tu. Akhirnya jumpa gak, selain exit 3 boleh guna exit 2. Sebelah je pun.. aigooo.. gatal kan nak ikut subway katanya..

Dah kuar exit 2 tu, tercangak2 la Kak Kiah cari 7-11. Singgah jap 7-11 sambil checking peta. Nampak dalam peta macam dekat kan, sekali tu bila jalan ya Allah!!! Macam nak pensan okeh.. jauh n berbukit2. Masa ni memang dh maghrib so memang gelap la. Orang memang ramai, maybe sebab weekend n esok Peppero Day which a must la utk Korean couples berdeting malam ni.

Orang begitu ramai di Myeongdong
Jalan punye jalan jumpalah akhirnya tangga untuk naik ke Cable Car Station. Kne mendaki pulak. Koyak lutut makcik nokssss...

Namsan Tower Cable Car Station
Sampai station lak, tengok orang beratur sampai ke luar (mind u, kaunter tiket tingkat 3 okeh!) so bapak ramai la org malam ni. Hampir2 Kak Kiah berputus asa sebenarnya ketika ini. Tapi bila dah nampak sayup2 Namsan Tower dari kejauhan rasa putus asa tu dibuang jauh2. Ye lah.. penat sampai sini takkan nak give up lak kan.
Namsan Tower dari kejauhan..seolah-olah memanggil namaku..
Sampai ke luar beratur. Gila panjang barisan.. (sori gambo blur, gigil time ni)
So beratur la Kak Kiah selama hampir sejam di sini.
The worst part is Kak Kiah rasa macam salah timing je. Maklum la orang sume datang berkapel2 ko datang sorang apa kes? Depan belakang kiri kanan Kak Kiah sume kapel2 weh. Ciom sana, ciom sini, pelok sana, pelok sini, usap sana, usap sini... Meraung dalam hati Kak Kiah uols!! Why why whyyyy???? Awat la Kak Kiah datang sini sorang2 kan. I shud’ve waited sampai Kak Kiah kawin berhanimun kat sini kan.. ahahaha.. cheh silap2 tak jejak langsung sini agaknya. Tapi kan.. bila dah tengok kapel2 keliling Kak Kiah ni, mula la Kak Kiah merindui seseorang.. isk isk.. feeling dah mai..

Beratur sepanjang tiga tingkat ni. Nangeh!!
Tiket cable car ni return KRW8,000. Dah siap beli tiket beratur lagi untuk naik cable car pulak.

Masuk cable car tu langsung tak dapat Kak Kiah nak snap2 picca sebab terperosok kat tepi tu, langsung tak leh gerak. Punye lah sendat ngan manusia. Dah la ada brader tu bawak anjing dia pangku dalam jaket dia. Kak Kiah dok cuak mikir ntah bila anjing tu melompat atas kepala Kak Kiah. Still dapat gak la enjoy the view sepanjang naik ke atas tu. Cantik ok Seoul waktu malam. Cuaca pun cantik kan.. 

Sampai je atas, kne jalan naik tangga lagi untuk ke tower. Fuh macam nak meroyan Kak Kiah every time nampak tangga ok. Gile fobia dibuatnya. Then nampak la tower dari kejauhan. Kak Kiah was so lucky elok2 je sampai diorang baru nak mula light show. Wahhh syiok okeh!! The graphic was so nice nampak cam real aje.

Ok jom layan picca..
Pavillion menyambut ketibaan
The light show about to start!
Marbeles!!
Abis je light show kat tower tu, angin sejuk pun mula la kuat bertiup. Dah la atas bukit kan, gila babas punye sejuk beku Kak Kiah rasa. Nasib baik la pakai baju berlapis2 n bawak glove. So, Kak Kiah pun mulakan acara snap2 dengan bantuan tripod.
Namsan Tower
View Seoul di kala malam
Cantik kan keduanya? ;P

Antara hasil pelukis jalanan di sini
Pokok mangga hahaha..
Me alone on the love seat dikelilingi pokok mangga bertemakan cinta
Sarangheyo sana sini
Bila sampai kat area padlock ni mula la datang rasa cemburu di hati melihat kapel bergandingan mesra meletakkan padlock sebagai tanda ikrar kasih sayang. Pastu datang la gedik Kak Kiah nak pos kiut2 kpop sarangheyo segala kah kah kah... 
Atas love seat yang senget

Namsan Tower ni memang penuh love sana sini la. I kept wondering adakah bila break up, mereka akan cuba cari balik padlock ni and bukak? Ye lah nak bawak kapel baru datang sini kan.. Kang kantoi la pulak haha..
 
Selain padlock, ada juga tiles.


Kalo datang tower ni, leh jugak naik ke atas tapi berbayar la. Ada Teddy Museum kat atas tu. Since Kak Kiah kedekut orangnya, maleh la nak naik atas. Kat bawah ni pun banyak leh tengok awesome view.

Anyway, since I really miss that sumone badly, Kak Kiah pun akhirnya terjebak membeli padlock n tile. Gigih kan melafaz kata rindu kat orang yg tak ingat pun kat kita? Oh Kiah u r so pathetic!!
Kata2 rindu untuk si ehem ehem.. Tulisan senget benget sebab sejuk uols!

Namsan Tower ni kalo datang siang time2 gini mesti awesome, sebab pokok2 sume dah mula berdaun merah. Peak autumn kan. Since Kak Kiah datang malam, x dapat le nak nampak sangat. So pada sesapa yang nak datang sini, Kak Kiah sajes datang sejam before matahari terbenam. So u can enjoy both scenery masa siang n malam. Anyway, Kak Kiah memang enjoy datang sini. Hopefully leh datang semula... with him of coz...

Wahhhh.. Harapannnn harapan menjadi layuuuu... Ingin ku bahgia bersamaaa.. Menjadi kenangan... Memburu impian untuk kita selamanyaaaaa.... Hyperact uolsss...!!

Selepas penat merayap, akhirnya Kak Kiah decide nak balik. Jam pun dah dekat kul 9pm. 

Aigooo.. nak balik pun beratur gak? Wadehek...

Dalam perjalanan turun tu, ternampak la satu kedai ni namanya Hot Station jual barang2 kpop. Teringat lak kat opismate yang mengirim tu kan. So Kak Kiah masuk la ingat nak singgah kejap. Sekali tu rambang mata uols.. terkasima melihat begitu banyak barangan kpop! Ada kalendar, socks, posters, mugs n macam2 lagi la. Retis pujaan Kak Kiah sudah pasti la hero Rain yakni Jang Geung Seuk tu kan. Walopun jambu habis, tapi Kak Kiah tetap memujanya okeh. Ahjussi kedai ni pun ramah sangat. Siap leh cakap melayu sikit2 lagi. Suka Kak Kiah.

Hot Station
Sarangheyo Jang Geun Seuk!!
Dalam Hot Station ni ada jumpa 2 orang Msians. I think umo diorang dalam 40s cam tu. Gigih kau berkpop segala! Beriye2 dia dok dlod soundtrack drama2 korea n cari barangan CNBlue. Kak Kiah begitu mengagumi mereka...

Selepas mengusha2, akhirnya lebur KRW30,000 di sini dengan membeli segala tok nenek souvenirs n barangan kpop. Tentu opismate Kak Kiah tersengih lebar kan hehe... Anyway, kedai ni tutup kul 10pm. So u just imagine la, dalam tak sampai sejam je dah macam2 beli. Kalo ada masa lagi, ntah apa bende yang Kak Kiah rembat bawak balik ntah..

Antara hasil tangkapan di Hot Station
Lepas say bye2 pada Msians duorang tu tadi, Kak Kiah pun gerak balik. Nasib baik kali ni turun bukit so dengan langkah lajunya menapak. Cuaca memang sejuk giler time ni sebab windy. Hidung sampai berair2 dibuatnya.

Sampai guesthouse terus urut kaki. Gila tak tahan ok. Macamana la orang2 Korea ni idup agaknya ek dengan menapak mendaki segala tu. Kak Kiah yang baru 3 hari kat sini dah hampir macam OKU dah gaya jalan..

Lepas sesi mengurut diri sendiri, Kak Kiah pun spend masa kat Public PC kat guesthouse tu untuk upload gambo kat FB. Punyelah nak meroyan Kak Kiah tengok Windows dia dalam Korean. Adoiyaiii.. Nk tukar english pun tak bole. Last2 Kak Kiah guna sistem trial n error nak tau cut, copy, paste, save sume kat mana..
Last2 nak tau kul brp Kak Kiah tido? 2 pagi okeh... Amekkkawwww... Esok nak gi Namsangol Hanok Village pulak. Tunggu next post ok kita sambung cerita.