Tuesday, January 29, 2013

SEOUL – DAY 6 – SHOPPING DI NAMDAEMUN MARKET & MYEONGDONG

Hehe.. hari ni Kak Kiah nak sambung cerita. Sebenarnya lama terhenti sebab agak bizi. Tapi memandangkan blog ni telah dilink ke forum CARI (tenkiu azra!), rasa cam zalim bin kijam lak kalo biarkan blog ni bersawang lama2 kan.. huhuhu..

Untuk hari ke 6 ni Kak Kiah punya plan ialah shopping & free n easy. Kalau ikut plan asal, hari ke 6 ni asalnya nak ke Suwon yakni Korean Folk Village & Hwaseong Fortress. Tapi memandangkan Suwon ni luar dari Seoul, perjalanan amek masa sikit so Kak Kiah rasa takut tak sempat nak bersoping di Namdaemun. Makanya plan Suwon terpaksa dibatalkan dengan rasa pilu.

Alhamdulillah cuaca hari ni agak baik. So about 9am Kak Kiah dah kuar dari guesthouse dengan cerianya. Namdaemun Market ni satu station je dari Myeongdong, kira tak jauh la. Kalo nak membetis boleh gak tapi Kak Kiah jalan pun dah macam OKU terhencot2, tak sanggup rasanya nak mengazabi kaki sendiri.

Untuk ke Namdaemun ni kena amek Line 4, berhenti kat Hoehyeon Station exit 5. Tempat ni dibukak seawal 7am sampai lewat petang, tutup hari Ahad.  Kat Namdaemun Market ni macam2 ada – souvenir, pakaian, makanan, barangan dapo – murah2 n melambak2 gitu esp kat bangunan E-Lengdang. Kira kalo datang Seoul mesti datang tempat ni la kalo nak soping souvenir.

Kuar je dari Exit 5, Kak Kiah ala2 tercangak kejap. Dalam direction kata nak ke E-Lengdang ni, kuar je exit belok kanan jalan sikit nampak bangunan kaler hijau oren. Kak Kiah pun dengan memandai2nya kuar dari exit tengok ada pintu gerbang, terus ke kanan. Jalan punya jalan sampai ke hujung tak nampak langsung bangunan kaler hijau. Rupanya Kak Kiah salah belok kanan. Sepatutnya kuar je dari Exit 5 tu (exit ni menyenget tau), terus je ke kanan atau dengan erti kata lain ke belakang la. Hehe simple punye direction pun tak faham2.
Namdaemun Market
So memula tu Kak Kiah tak jumpa gak bangunan E-Lengdang ni. Sampai berpusing2 merayap kat kedai2 kat bawah tu. Mata pulak ghalit dok tengok memacam barangan yang dijual. Kebanyakannya jual baju2 winter. Murah ok. KRW10,000 boleh dapat baju sejuk cantik2 kat sini. Scarves and mafla cantik2 pun murah je dalam KRW4,000. 

Jalan punya jalan akhirnya terpandang tulisan E-Lengdang kat satu pintu ni. Toleh atas, eh kaler hijau! Ooo ni rupanya bangunan yang femes tu. Akhirnya jumpa jugak.
E-Lengdang
Dengan penuh bersemangat Kak Kiah pun naik la nak tuju ke 2nd floor sebab ada jual brooch. Kak Kiah ada la bawak alamat satu kedai ni katanya ahjumma tu jual brooch murah2. Sekali tu eh sesat lagi. Ntah level berapa yang Kak Kiah naik, sekali tengok tempat jual bunga2an. Rupanya terlajak satu floor. Turun bawah balik. Bila dah masuk tempat jual brooch tu kan – omak aiiiiii... banyaknya kedai!! Kedai ahjumma tu no 209. Tapi masa Kak Kiah masuk tu tak nampak langsung no kedai 200+. Last2 Kak Kiah mintak tolong sorang ahjussi tu owner salah satu kedai situ nak tanya kat mana kedai no 209. Punyelah baik ahjussi tu siap pegi call no ahjumma kedai 209. Pastu dia kata tunggu kejap nanti satgi ahjumma tu datang jemput. Wah! Terharu Kak Kiah uols. Tak sampai 5 minit, ahjumma tu pun datang. Rupanya kedai dia nun hujung kat belakang. Serious memang besar gile tempat ni.

Tengok kedai ahjumma ni alah kecik je rupanya. Muat2 duduk 2 orang je. Tapi barangannya wowww sungguh menarik uols! Brooch n gelang dia memang cantik2. Ahjumma ni pun baik, Kak Kiah baru je duduk dia dah bagi kopi n kuih korea yang bentuk ikan isi kacang hijau (tatau nama). Punyalah bagus servis dia. Masa tu dah terasa2 bagaikan bakal mengalir deras duit won ku di sini hahaha..
Santek-santek semuanyeee...
Ahjumma Chung Cho #209
Seperti yang dijangka, memang banyak Kak Kiah memborong kat sini. Actually Kak Kiah ni bukan jenis pakai gelang. Tapi sebab ahjumma ni pandai memujuk dan mensaiko, Kak Kiah tewas uols.. tewas!!!

Lepas tu Kak Kiah merayap lagi kat E-Lengdang ni cari souvenir lain pulak. Memula tu ingat nak beli keychain ke, fridge magnet je ke.. sekali tu bila dah nampak souvenir cantik2 mulalah datang perasaan tamak nak beli semua. Rambang mata nokkk..
Bila dah mula risau takut melepasi bajet, akhirnya Kak Kiah pun kuar dari E-Lengdang. Nak merayap kat luar pulak. Konon nak kawal napsu soping kan. Huh hampeh! Nampak t-shirt korea, beli. Nampak kedai k-pop, masuk beli lagi. Beli scarves, beli baju sejok.. haiyyaaaa.. Tangan sampai penuh ngan beg plastik. Ni baru jelajah ¼ je dari market ni, kalo cover semua ni tatau la apa benda lagi yang Kak Kiah beli lagi.

Masa tengah syok2 jalan cuci2 mata tengok barang2, sekali tu dengar ada orang jerit “Apa khabar, apa khabar”. Kak Kiah toleh tengok ada la mamat korea kat satu stall ni suh datang dekat. Rupanya stall ni ada jual honey candy yang famous tuh. Mamat korea tu boleh cakap melayu sikit2. Punya lah laju dia bercakap nak promote honey candy dia, sambil2 tu dia demo la cemana nak buat honey candy tu. Sekotak harganya KRW5000 untuk almond & peanut. KRW7000 untuk coklat.
Honey Candy
Oppa comel menunjukkan cara-cara membuat Honey Candy
Since honey candy ni termasuk dalam list ‘must try’ Kak Kiah, dan juga mamat korea itu begitu comel sekali, maka Kak Kiah borong 5 kotak terus perisa almond, coklat & peanut hehe.. Mamat korea tu siap cakap “aku cinta padamu”, mau tak cair.. Kalo dia kata “sudikah jadi isteriku?” memang Kak Kiah borong semua kotak agaknya kui3x..
Kak Kiah sakan bersoping
Antara souvenir yang dibeli untuk kengkawan n family
Masuk kul 12pm, tengok tangan pun dah penuh ngan barang2, akhirnya Kak Kiah balik ke guesthouse. Lepas semayang n lunch, Kak Kiah kuar balik nak merayap Myeongdong pulak.
Myeongdong
Lepas tu Kak Kiah ‘terrrrrr’masuk Nature Republic. Hahaha ni sume Jang Geun Seuk punye pasal. Tak memasal Kak Kiah ‘terrrrrrr’beli BB cream pulak. Kat Msia haram tak pakai segala menatang krim, datang sini reti pulak beli krim. Harga KRW25,000. Tapi memang best krim ni. Serta merta nampak kulit muka jelita tau.
Tanda sokongan padu terhadap kekasih tersayang kekeke..
Kak Kiah jalan kat Myeongdong tu laju je sebab risau duit mencurah2 keluar. Asal masuk je kedai, pasti beli. Kuar je kedai, menyesal.. hehe.. Tapi seronok gak soping kat sini. Kebanyakkannya barangan kosmetik la yang best. Facial mask, BB cream, snail cream antara bende yang orang selalu beli kat sini.

Dah penat jalan, Kak Kiah singgah stall ni ada jual teobokki. Bende ni Kak Kiah selalu sangat tengok dalam drama Korea. Teringin nak rasa. Kak Kiah beli semangkuk je teobokki KRW3000 & semangkuk lagi twigim KRW3000 gak. Lepak tepi jalan makan sambil cuci2 mata. Cuaca lak masa ni dah start sejuk, memang best la makan panas2 ni. Anyway punyelah jenuh nak habiskan. Banyak okeh! Teobokki ni memang pedas giler tapi sedap. Last2 Kak Kiah bungkus je bawak balik. Memang senak perut kalo nak habiskan.
Teobokki yang femes di Korea
Lepas tu Kak Kiah merayap lagi sampai ke Namdaemun. Eh Namdaemun lagi? Hehe sebenarnya Kak Kiah terlupa nak beli kimchi, kawan Kak Kiah kirim. 
Kimchi yang pelbagai - 1kg KRW10,000

Namdaemun Market ni petang2 pun ramai je lagi orang. Kali ni Kak Kiah banyak merayap kat food area. Seronok tengok macam2 makanan diorang. 
Namdaemun Market - masih sesak dengan manusia walaupun dah lewat petang
Kesimpulannya kalau nak pergi Namdaemun Market, definitely seharian kat sini memang best. Macam2 ada.. Tapi duit kalo ada lebih, laaaagii best!! Hahaha..

Habis merayap tengok jam dah dekat kul 5.30pm. Kak Kiah pun terus gerak ke destinasi seterusnya - Yeouido Park naik cruise uols!! Ok see u next entry..

Tuesday, January 1, 2013

SEOUL - DAY 5 - EVERLAND

Hari ni nak gi Everland plak, yeay!!! FYI, Everland ni antara theme park yang best kat Korea ni. Kalo datang sini mesti spend one day, dari pagi sampai malam sebab memang banyak sangat rides and places of attraction dalam ni.

Untuk ke Everland ni, kena naik bas dari Gangnam. Memula naik subway Line 2, kuar Exit 10. Lepas tu jalan sikit sampai jumpa bus stop. Naik bas #5002. Tambang KRW2,100 n perjalanan took about 50 mins. Nanti bila dah sampai, naik free bus shuttle pulak untuk ke Everland.

Aritu kan Kak Kiah ada cerita pasal Ain & Mel yang Kak Kiah jumpa masa fly kan. So, kitorang dah janji nak pegi Everland sama hari ni. Ye la, apa barang datang theme park sorang2 kan. Harus la mesti ada geng baru best nak berjimba. Weols janji nak jumpa kat Gangnam Station Exit 10 kul 9. Tapi Kak Kiah terhegeh2 boleh? Hehe. Standard la sesat kan. Dari Myeongdong nak ke Gangnam kena tukar 3x subway k. Mau tak meraban nak cari transfer.

Bila jumpa je diorang tengah beli winter glove n cap. Oh ya.. cuaca memang sejuk banget pagi ni. Kak Kiah siap up lagi pakai 3 lapis t-shirt kat dalam.
Posing pakai ear-muff cik bab ijau yang kiut
Me n the girls naik bas ke Everland
Lepas tu naik free shuttle bus.. ramai orang okeh!
Masa nak tunggu shuttle bus tu memang ramai betul umat Korea ni, walopun kami datang hari Isnin. So, Kak Kiah ni memang heran betul ngan diorang.. adakah diorang ni tak bekerja?
EVERLAND!!!
Sampai2 je Everland.. hmm.. hujan la pulak. Agak mematikan semangat di situ. Tapi Kak Kiah terpaksa redha dan pasrah je. Nak buat cemana kan. Dah plan hari ni. Nak tukar hari lain pun dah tak boleh. So, first kitorang beli tix dulu. Nasib baik si Ain ada print voucher untuk dapat 10%. So dapat la harga KRW32,000. Kalo tanpa voucher ni, harga dia KRW40,000. Mahal tak? Tak lah. Mahal lagi Legoland hehee...
Memula tu usha peta dulu sebab nak plan ke mana kan. Cadangnya kitorang nak cover Global Fair Village dulu sebab tempat ni betul2 depan entrance. Mel awal2 dah warning dia tak naik ride. Frust gak Kak Kiah sebab kalo sorang tak naik, jawapan nye memang sume la bakal tak naik ride ni. Ye lah.. nak beratur satu2 ride tu memang lama. Tapi takpe, Kak Kiah positif masa ni.
First destination, Pororo 3D Adventure! Tapiiiii.. bila dah masuk alangkah frust nya bila show tu dalam bahasa Korea. Hapah tak paham Kak Kiah. Orang tepuk, kita pun tepuk. Orang gelak, kita pun gelak. Chisss... Buang masa actually masuk sini. Untuk melayu2 di luar sana, kalo datang sini sila skip tempat ni ok. Tak berbaloi. Walo apapun, Kak Kiah happy gak masuk sini sebab first time dapat tengok kartun Korea yang paling femes.
Pororo 3D Adventure
Kat Global Fair ni takde banyak sangat ride sebab mostly cuma ada restoran n tempat makan dalam bangunan2 replika Mediterranean, France, Russia & Mid East. So kitorang pun terus naik Sky Cruise, macam cable car tapi capsule nya lebih kecik muat 4 orang je untuk ke European Adventure sebab ada Four Seasons Garden.
Sky Cruise
Again, hampa lagi sebab Four Seasons Garden tak cantik!! Takde bunga2 dah. Sume dah kena tutup ngan jerami. Alahai.. awat la timing salah lagi kali ni. Nak amek gambo pun macam tak selera je rasa. Lepas tu ride yang paling giler kat sini iaitu T-Express pun tutup sebab hujan. Kuciwa mak..
European Adventure
Last2 kitorang pun stop kat satu restoran ni sebab nak makan. Perut pun dah berkeroncong. Actually Kak Kiah tak bawak apa pun. Nasib baik la Ain & Mel ada bawak bekal maggi goreng. Dapat la Kak Kiah tumpang makan. Kak Kiah ingat kat sini ada la Lotteria ke apa kan, rupanya takde. Nak beli food lain macam was2 pulak. Kitorang masuk restoran tu pun bukan halal punya. Tapi selamba je masuk2 terus duduk n bukak bekal hehee.. 

Memang nasib dan cuaca tak menyebelahi kami. Kalo ikut pamplet Everland ni, banyak ride akan tutup bila hujan. So kami terpaksa la cuci2 mata tengok benda lain yang available. So lepas lunch tu kami sepakat nak jelajah area Zootopia lak tengok binatang.
Then kami pergi Safari World. Best gak sini sebab naik bas n lalu taman2 ada binatang cam tiger, lion, bear etc. Jakun kejap ahkak.. Ok jom tengok piccas..
Safari World
Binatang2 yang best!
Sempat lagi kami soping jap kat Safari World Gift Shop. Mel memang pantang nampak kedai, sume dia nak terjah. Haha layan kan je la. Sempat gak posing2 gedik dalam tu. N of coz beli fridge magnet untuk diri sendiri.
Di Safari Gift Shop
Then kami naik Amazon Express pulak. Ingatkan macam ride atas air la, air tak masuk kan. Rupanya amek kaw sampai basah2 bontot!! Dah la masa tu hujan gerimis. Ada Ipad lak dalam beg. Fuh punye la risau takut masuk air. Tapi seronok gak la naik mende ni. Terjerit2 kitorang tengah hutan belantara tu.
Then kitorang pegi tengok binatang2 lain lak kat area Zootopia tu. Macam2 ada. Kiut2 semuanya. Actually masa ni memang dah hampir kuyup. Sejuk tu memang toksah cakap la. Tapi kami redah gak. Sebab kalo nak benti berteduh takut tak dapat cover lak area lain kan.
 
Lepas tu kami gerak ke American Adventure. Again banyak ride tutup. Last2 Mel & Ain main Championship Rodeo. Kak Kiah tak join sebab masa ni kaki pun dah sakit sangat. Mood nak naik ride pun dah almost zero. Then kitorang pegi Magic Land. Takde apa sangat sini sebab tempat budak2 banyak. But buildings sini cantik2 la untuk bergambo. Kami belasah gak la naik ride bodo macam Flying Rescue tu. Lepas tu kami naik gak satu ride yang best kat sini tapi Kak Kiah tak ingat nama. Terpekik2 terlolong kami masa tu haha best...
Then kitorang masuk Global Village. Naik bot susur small stream n tengok display patung2 kanak2 dari all over the world. Spooky okeh tempat ni! Walaupun mereka itu comel, Kak Kiah dok imejin mereka mintak nyawa malam2. Hehe. Anyway, it was fun dalam ni.
Lepas tu kami naik Helicycle pulak. Masa beratur tu Kak Kiah tengok menatang ni.. apa kelas la naik ride bebudak ni kan. Tak mencabar kewibawaan langsung. Tapi since Mel excited sangat nak naik, Kak Kiah turutkan gak la. 
Naik menatang ni berdua. So since Ain naik ngan Mel, Kak Kiah kne la naik sorang kan. Rupanya menatang ni tak auto uols!!! Kena ngayuh cam beskal rupanya. Ya Allah semput2 napas Kak Kiah mengayuh. Dengan kaki yang hazab ni. Dengan sejuk idong berair2. Punye lah seksa nak buat satu pusingan. Orang lain boleh complete seround tak sampai 10 min pun. Tapi Kak Kiah rasanya amek masa almost 20 mins. Siap jem kat belakang banyak helicycle tunggu Kak Kiah yang terhegeh2. Hahaha lawak betul kalo diingatkan balik. Tu la cakap takabbur lagi.. tak mencabar ye.. amek ubat.. hahah..

Turun je dari Helicycle tu terus mengah. Diorang terus proceed nak naik bumper car. Kak Kiah takmo naik sebab memang dah tak larat sangat. Kaki ku sudah meraung. So Kak Kiah pegi cari coffee & waffle. Tengok line beratur untuk bumper car tu ramai, so Kak Kiah port la kat depan tu sambil online kejap. Alang2 ada wifi free kat sini. Masa tu leka gak la dok balas2 komen kat FB. Tengok2 balik kat bumper car ah sudah, dah tak nampak mereka berdua. Masa ni memang dah gelap la. Adoiyaii mana pulak diorang ni.. Berpusing2 la Kak Kiah mencari kat area tu tapi memang tak jumpa. Akhirnya Kak Kiah terpisah la ngan diorang.. uwaaaa.. sob sob..

So akhirnya Kak Kiah jalan je pusing Everland tu sorang2. Nak kill time sebab nak tunggu parade kul 6.50pm. Sambil2 tu snap picca sana sini.
Bila dah tiba masa parade tu Kak Kiah pun standby la tepi jalan. Wah memang meriah tau! Best sangat.. Cantik semuanya bling bling..
Abis je parade, Kak Kiah pun ingat nak balik la. Mikir nak menapak ke entrance depan tu rasa macam dah tak sanggup je. Last2 Kak Kiah naik Sky Carousel untuk ke atas. Beratur punye la panjang. Nak naik tu kena at least berdua. Kak Kiah pulak sorang. Last2 ngendeng ngan awek Korea duorang yang beratur depan Kak Kiah, nak naik ngan diorang. Seriau pulak kalo Kak Kiah sorang je. Hihi penakut gak kau ni Kiah..   
Sky Carousel
On the way tu stop lagi kat Global Fair amek piccas. Memang cantik sini malam2, very the bling bling kesemuanya..
 
Akhirnya kul 8 baru la Kak Kiah naik bas balik. Fuh penat dan sakit kaki serta badan tak terkata. Kesimpulannya, walopun dapat datang sini, Kak Kiah agak frust sebab hujan n banyak ride tak naik. Harapnya one day nanti Kak Kiah akan dapat datang lagi sini insyaAllah.

Sampai Gangnam lepak2 jap tepi jalan layan night view. Memang happening rupanya Gangnam nih.. Oppa Gangnam Style!! 
Pastu ada la nampak maskot kucing ni kat tepi jalan. Ingatkan dia nak mintak derma. Rupanya dia buat aksi kiut kat situ. Kelakar sangat. Dia tulis kat board cakap dia sejuk. Pastu halau orang yang dok kaco dia. Haha macam ni pun ada kat Seoul ni..
Masa ni perut dah lapo. Ingat nak makan sotong kat Chungmoro. Beriye la naik turun subway, sekali tu tempat ni dah pindah. Adoi kempunan beta.. Sambil2 merayap kat area Chungmoro sempat gak layan aksi2 kiut anjing2 kat kedai pet tepi jalan. Omooo.. cute!!
Last2 balik Myeongdong je. Ingat nak gi makan kat kedai area Hotel Pacific. Sekali tu tak jumpa jugak. Hmpphhh.. pindah gak rupanya. Memang unlucky betul Kak Kiah hari ni kan. Masa ni hujan pun dah start turun. Last2 Kak Kiah merayap kat shopping area Myeongdong sampai la terjumpa Yukaney. Akhirnya jumpa gak tempat makan. Nasib baik kedai ni tutup kul 1am.
Dinner di Yukaney, Myeongdong
Makan cholpan poggembap (nasik goreng seafood). Dia goreng terus depan kita. Sedap ok. Harga pun murah je KRW6,000.

Dekat kul 12am baru balik guesthouse. Haiyohhh capek!!!