Friday, October 10, 2014

LOMBOK – DAY 1: SENDANG GILA WATERFALL

Pintu masuk ke Sendang Gila Waterfall ni dekat je ngan Pondok Senaru Village. So menapak je la. Tapi since dah lewat petang, memang tak nampak orang lain dah. Kami berdua je yang ada.


Sendang Gila Waterfall
Masa nak masuk tu ada la pulak sorang pakcik ni mintak kami bayar 20,000 rupiah untuk entrance. Eh setau Kak Kiah takde caj pun untuk masuk. Bila Kak Kiah tanya kenapa takde signboard kata kena bayar ke, harga tiket berapa ke.. Pakcik tu naik angin and nak marah2. Memang macam cilaka okeh orang2 macam ni. Kak Kiah masa tu memang bengang giler sebab masuk ni dah brape kali kami jumpa kaki membohong kat Lombok ni. Eh tau la ko susah, tapi perlu ke hidup dengan cara menipu2 orang ni??

Ha kan dah emo...

Nasib baik la Koh ni jenis cool orangnya. Dia sebenarnya risau takut diorang apa2 kan kitorang sebab masa tu dah macam nak gelap (lebih kurang macam kul 6pm waktu kita). Orang lain pulak takde. Nak turun ke waterfall tu jauh lagi. So Koh deal ngan pakcik tu bayar 10,000 rupiah je untuk 2 orang. Pakcik tu terus setuju.

“Ha kan senang boleh berbincang gitu” katanya.

Boleh berbincang kepala tengkorak hang lah.

Pakcik Penipu - menyirapppppp je ku tengok muka mu ni..
Selepas kami dilepaskan, cepat2 la kami berjalan menuju ke waterfall. Bila tengok tangga menurun tu hati dah mula risau mikirkan kaki pulak. Aiseh ni turun ok la laju. Kalau naik ni bole menderita jiwa sebab agak jauh gak la pintu masuk ke air terjun tu. Lebih kurang 10mins kami turun baru la sampai.

Laluan ke waterfall yang suram lagi menyeramkan
Bila sampai tu tengok waaahhhh cantik jugak Sindang Gile waterfall ni. Air terjun dia memang jatuh dari tempat yang tinggi. Kalo dok bawah air tu memang boleh gila tintong kepala sebab hentaman air tu memang kuat.

Tinggi giler

Me and Sendang Gila
Kalo jenis kepala batu leh duduk bawah air ni
Sunyi sepi di remang senja
Koh dan air terjun
Girl Power!
Pose 70an dilupa jangan
Kredit: Kamera Mirat
Masa kami kat situ baru la nampak si Mirat & Zaidi pun ada tengah syiok bermandi-manda. Fuh lega sebab at least ada la jugak diorang. Kalo kami berdua je kat situ, memang agak scary. Kena pulak pakcik kaki kelentong tu agaknya dah aim je Kak Kiah. Silap2 dia panggil geng tunggu kitorang kat atas nak belasah. Huhu tinggi ok imajinasi.

Bila Mirat & Zaidi dah setel mandi, kami pun buat2 la follow dari belakang. Tapi diorang tu punyalah laju berjalan kejap je hilang dah. Kak Kiah pulak terhegeh2 terpongeh2. Kesian kat Koh sebab terpaksa benti2 tunggu Kak Kiah. Kaki Kak Kiah masa tu sakitnya Tuhan je yang tau. Dari pinggang sampai ke buku lali semua bisa and berat semacam. Ha kalau nak imejin kan, imejin ada dua orang budak kecik umo 4 tahun bergayut kat kaki kita. Cam tu la rasa berat kaki ni nak melangkah tangga.

Serious cakap masa ni lah level confidence Kak Kiah untuk mendaki esok ni dah jatuh ke almost zero. I don’t think I can make it. Kalau tangga macam ni pun tak lepas, esok gimana dong? Koh sepanjang2 tu bagi la kata2 semangat kat Kak Kiah. Boleh punya kata dia, cuma malam ni dia sajes urut kaki dulu sure esok tak sakit sangat.. Baik kan amoi ni. Terharu akak rasa cam nak mengalir air mata huhu..

Selepas berhempas pulas mendaki dalam kepongehan, akhirnya kami pun sampai ke atas. Alhamdulillah lega habis. Masa tu azan Maghrib dah berkumandang. Pakcik kaki kelentong tu pun dah takde.

Kami pikir better makan dulu kot nanti kang balik bilik takyah kuar2 lagi dah. Maka masuk la kami ke kedai makan kecik depan Pondok Senaru Village dengan kaki yang terkengkang2 dan baju yang lencun dengan peluh (again – serious kami sungguh busuk dengan bau peluh sendiri ketika itu).

Order nasi goreng je n kopi. Harga murah n rasanya pun ok.

The menu
My dinner
Masa makan tu notice lagi satu perkara. Kat Lombok ni banyak giler anjing. Purata macam 1 ekor untuk satu rumah. Memang bersepah2 la. Siap nak port dalam kedai makan tu. Yang lepak depan surau tu pun ada. Menurut theyols, anjing ni diorang pelihara sebab nak jaga rumah. Banyak maling katanya. Tapi takde la bela sampai jadi pet untuk dipelok ciom sume tu.

Lepas makan terus kami balik ke bilik. Masa ni suasana kat situ dah semakin sejuk. Maklum la kaki gunung kan.

Kak Kiah terus salin baju - pakai baju lapis baju tebal dengan tak mandi terus terbongkang kepenatan. Hehe.

Sedar2 dah pukul 2 pagi. Sebab dah biasa tido cuma 3-4 jam sehari, last2 tak boleh tido balik. Pulak tu tengok2 periyed pulak. Aiyaaaaaaa masak la ni esok siap dengan period pain segala tapi gigih nak memanjat gunung. Paling pening memikirkan cemana nanti nak mengganti sebab kami cuma dibekalkan cuma 3 liter air sepanjang 3 hari 2 malam ni.

Dah tableh tido, terus la ngadap fesbuk. Sekali tu tengah syiok menjeleskan kengkawan kat Msia, ada pulak PM masuk dari opis mate Kak Kiah. Dengan selambanya dia mereport bagitau nampak boipren Kak Kiah deting ngan sorang mak janda kat KFC.

Haram jadah.

Potong stim betul. Dah la esok nak mendaki ni. Boleh pulak dapat berita tak best macam ni. Kak Kiah nak dapatkan kepastian pun bukan boleh sebab takleh nak call ke sms ke. Kena la tunggu balik Msia nanti. Dalam banyak benda sakit hati boipren buat kat Kak Kiah, dia tak pernah lagi curang ngan awek lain. So ni first time la dia berselingkuh sepanjang 9 tahun kami kapel.

Kak Kiah memang down giler masa tu. Tatau la nak habaq perasaan macamana. Sedih.

Rasanya dengan keadaan fizikal, emosi and mental Kak Kiah ni yang tak brape nak stabil, rasa macam nak kensel je pendakian ni terus. Tapi bila tengok si amoi yang sedang lena tido kat sebelah tu, rasa macam tak sampai hati pulak.

Dalam hati libang-libu Kak Kiah terus capai minyak urut and urut kaki. Sambil mengurut sambil menyeranah.

Dem yu #%@!!!*^*$#&!!!

Dah dekat azan Subuh baru Kak Kiah terlelap balik. Kuciwa.

Tuesday, October 7, 2014

LOMBOK – DAY 1: SENARU

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami pun sampai di Senaru. Bukak mata dengan mamai2 terpisat2 tengok kami dah ada depan Rudy Trekker.

Rudy Trekker di Senaru
Terus la proceed dengan registration. Tengok staf2 kat Rudy semua rupanya muda2 belaka – around 20s to 30s. Bosnya yang nama Rudy pun ada. Sembang semua spiking okeh – dasat orang Lombok.
Koh sedang mendaftar dengan tekun
Item to bring n Rinjani trekking map
Sementara menunggu ada lagi 2 orang Msian sampai seblom kami diberi briefing, kami dihidang kopi Lombok.

Wajah yang keletihan namun teruja bila mendapat kopi
Anyway nak habaq mai.. Layanan diorang ni memang first class la. Dari mula pick up kami tadi memang staf2 Rudy ni bagi servis memang terbaek. Cakap dengan kami pun sopan and hormat je. Kira berubah sikit impression Kak Kiah pasal orang Lombok ni. Insiden kat airport and Kuta Beach tadi actually buat Kak Kiah pikir orang Lombok ni macam kasar n agresif, with third class mentality mintak maaf cakap la.. Tapi bila kat Rudy, tengok cara diorang hormat kita tu macam kita ni tuan dia. Seboleh2 akan buat kita rasa happy and comfortable dengan servis diorang. Pastu attitude masa bekerja tu memang Kak Kiah respek la. Dari tukang jawab email, tukang pick up, driver, staf di kaunter semuanya memang pro. Bila tengok buku registration tu tengok kebanyakan climbers memang dari obersee – Germany, US, Switz, Japan n banyak lagi negara. Dengan cara bekerja yang pro macam ni, no wonder la Rudy Trekker ni selalu dapat pujian n recommendation kat internet.

Tengah syiok2 melayan kopi, Kak Kiah perasan staf2 Rudy asek pandang n senyum2. Rupanya diorang cakap rupa Kak Kiah sama dengan wife si Rudy tu. Haha gelak Kak Kiah. Patut la Rudy tu pandang semacam je. Pastu layan kami lain macam punya mesra. Asek la dok cakap rupa Kak Kiah sama cam wife dia. Cuak jugak Kak Kiah sebenarnya. Ye la mana tau kang tak balik Mesia kang ahaha..

Me n Rudy - showing off dolars.. haha sbnrnya Kak Kiah jakun sebab first time pegang US dolar
Tak lama lepas tu sampai la 2 orang lagi dari Msia. Both dari Penang. Mirat & Zaidi namanya. So setakat ni grup kami ada 6 orang. Tapi according to Rudy akan ada lagi 2 orang dari Msia lagi yang akan join kami, cuma diorang akan sampai lambat sket. Jadi esok ni kami ada 8 orang la semua sekali.

So kami pun diberi briefing lebih kurang untuk trekking esok. Basically apa nak kena bawak, route mana, berapa lama etc. Masa briefing tu tengok yang lain ni rilek je, macam konpiden je.. Kak Kiah je yang dok risau sebab condition kaki yang semakin teruk ni.

Me, Rudy, Koh & Wawan (driver yang bawak kami ke Senaru)
Setel briefing kami pun terus check in di Pondok Senaru Village – yang terletak dekat je ngan Rudy Trekker.

Antok & Wawan mengangkut anak2 tapir kami
Check in di Pondok Senaru Village
Masa ni jam dah pun nak kul 5pm. Kami ingat nak ke Sindang Gile Waterfall yang berdekatan. Tapi diorang dah remind kami jangan lewat sangat sebab sini kul 6pm dah gelap dah. 

Apapun ni lah rupa bilik kami. Ok la selesa untuk tido 1 malam.

Not bad huh..

Luas dan selesa
Ada tv
My bed - sebelah tu ada fridge
Rinjani dari jauh... Makkk.. seremmm..

Lepas Kak Kiah setel solat, kami pun bersiap untuk melawat salah satu tarikan utama di Senaru ni.

To be continued...

Sunday, October 5, 2014

LOMBOK – DAY 1: KUTA BEACH

Selamat Hari Raya Aidiladha uolsss!!!
Semoga uols hepi2 saja dapat beraya bersama family. Bagi Kak Kiah yang single-mingle ni and memang dah sedia ada duduk di kampung, raya ni bermaksud ada la masa sikit untuk update blog huhu..
----

Ok jom sambung. Cerita selanjutnya ada lah sikit part bodoh Kak Kiah. Ngeh2x.

Macam yang Kak Kiah cakap before this, Kak Kiah tak sempat study pasal Lombok sangat. So Kak Kiah ingat Kuta tu macam pekan and ada pantai2 cantik yang berdekatan yang kami ingat nak singgah macam Kuta Beach, Tanjung Ann Beach & Mawun Beach.

So bila dah naik cab, Kak Kiah pun inform driver cakap nak ke Kuta. Dari airport, perjalanan amek masa about 30mins gak la.

Bila dah nak sampai, Kak Kiah bagitau nak ke Tanjung Ann. Lepas tu driver tu macam marah. Dia tanya nak ke Kuta ke Tanjung Ann. Kak Kiah cakap la Tanjung Ann. Pastu dia cakap Tanjung Ann jauh lagi -  another 15-20mins dari Kuta.

Hehe rupanya Kuta mengikut penduduk Lombok ni ialah nama singkatan untuk Kuta Beach. And Kuta tu takde pekan pun. Patut la driver tu sampai bengang tak faham Kak Kiah nak pegi mana sebenarnya. So adik2 semua, make sure ye jangan jadik bongok cam Kak Kiah. At least tengok map dulu.

And masa ni baru Kak Kiah realize yang pulau Lombok ni sebenarnya besar giler. Kalo tengok map, BIL tu macam dekat je ngan Kuta yang terletak di selatan pulau. Rupanya setengah jam jugak drive. Maknanya dari airport nak ke Senaru, tempat kami bermalam seblom mendaki esok ni harus la lagi jauh jugak sebab terletak belah utara.

Sepanjang perjalanan tengok Lombok ni macam gersang gila. Pokok sampai kering. Rupanya waktu kami datang ni ialah waktu kemarau, memang dah lama tak hujan. Panas toksah cakap la.. memang berdenting!

Gersang
Kering-kontang
Anak2 balik dari sekolah - siap sampai dok atas van
Rasa macam kat Afrika

Mbak2 menjual sayur di tepi jalan


Kat Kuta Beach, driver turunkan kami depan Hotel Tastura. Rupanya orang Rudy dah ada kat situ menunggu kami.

Hotel Tastura, Kuta Beach


Kelas kau siap ada welkam2 lagi.. terharu ahkak..


Tengok jam masa tu dah pun 11.30am. Ada setengah jam je lagi kalau nak usha Kuta Beach yang terletak depan hotel tu. So inform mamat tu yang kami nak merayap tengok pantai kejap.

Sampai2 je kat pantai, meroyan kegumbiraan sebab giler lawanyeeeeeeeeeee!!!!!

Ok jom layan gambar.

Kuta Beach
Laut membiru
Pantai yang bersih - tak serabut dengan manusia
Macam kat Maldives ok (macam la pernah pegi Maldives haha)
Kalo tak meroyan tengok laut clear macam ni tak Kak Kiah la namanya hehe

Kak Kiah teruja walaupun dah mula mengantuk masa ni
Peace y'all!
Kalau lah ku berani berbikini seperti gadis di belakangku
Koh dan Kuta Beach

Air dia jernih and biru gila wa cakap luu.. Seriously rasa macam tak percaya Lombok ada pantai secantik ni. Kawasan pantai pun bersih je. Tak macam Kuta Beach di Bali yang crowded dengan pengunjung, Kuta Beach di Lombok lebih dara la kata orang..

Tengah syiok2 Kak Kiah berposing dengan Koh, datang la penjual2 approach kami suh beli kain and gelang. Since Kak Kiah pernah la terbaca sumwhere blogger yang pernah lalu benda ni, so Kak Kiah agak bersedia jugak untuk mengelak dari membeli.

Dalam mengelak2 tu sempat gak interbiu mbak2 ni pasal life di Lombok. Memang kesian la theyols ni terpaksa menjual2 kain n baju sebab kat Lombok ni susah nak ada kerja. Ada mbak tu dia punya nak demo susahnya idup di Lombok, siap singkap baju sambil bagi anak dia kopek huhu.. nak inform Kak Kiah susah takde duit nak beli susu.

Mbak ni la yang singkap baju tu hehe. Nama anak dia Suzana.
Mbak ni jual tshirts Lombok

Mbak ni jual kain tenun songket. Memang cantik ok kain2 yang dia ni bawak.
Ada gak story2 pasal kisah anak dara Malaysia dibawak lari orang Lombok. Rupanya dah memang macam tu adat kaum Sasak kat Lombok. Ikut adat diorang, memang kena bawak lari anak dara orang tu dulu untuk menunjukkan kesungguhan si lelaki. Lepas tu baru pihak lelaki akan hantar keluarga untuk meminang. Kira menurut orang Sasak, bakal isteri ni kalo tak kena bawak lari dulu kira macam takde value la sebab senang dapat. Bapak si lelaki pun akan malu kalau anak jantan dia tak berani bawak lari anak orang. Tak macho gitu.

Mbak2 bertiga tu pun semua memang kena bawak lari seblom kawin. Kak Kiah tanya la lepas kena bawak lari tu diorang buat apa. Dia cakap just kne kurung je dalam bilik rumah keluarga yang lelaki. So kita kena faham kot kenapa orang2 Lombok selalu bawak lari anak dara Msia. Pada pandangan kita, itu jahat n tak bertimbang-rasa. Pada pandangan dia, itulah adat dia - lambang macho n kelelakian huhuhu..

Kak Kiah sedang bergosip ria di bawah pokok
Lepas sembang panjang2 ada Kak Kiah nak beli jualan diorang?
Nan hado!!
Begitu Kak Kiah mengeraskan hati sendiri hehee.. Bukan tak kesian, tapi kuasa la nak beli pastu nak angkut naik gunung.. Lagi satu, Kak Kiah kan takde bawak duit banyak. So memang tak boleh la nak membeli2 ni.

Anyway, kalau ada siapa yang datang Kuta Beach ni sila lah beli jualan mbak2 ni. Sebab sepanjang kat Lombok ni, selepas dicompare2 harga, diorang punya paling murah. Kat mbak2 ni tshirts Lombok boleh dapat 6 helai 100,000 rupiah. Kalau tempat lain cuma boleh dapat 5 helai je. Selendang songket tenun boleh dapat 55,000 rupiah sehelai. Tempat lain paling kurang cuma turun sampai 70,000 rupiah je.

Selepas kami puas mencuci mata bercanda ria di Kuta Beach, kami pun terus balik ke Hotel Tastura. Dari situ orang Rudy hantar kami ke airport balik sebab ada nak pick up lagi 2 orang Msian yang baru sampai. Chinese dari Sarawak. Sorang tu muka macam Lin Dan so kami panggil Lin Dan n friend je hehe..

Diorang masa tu tengah makan dekat area kedai berdekatan dengan kedai RM Cahaya tu (depan airport). Sementara tunggu diorang makan, kami pekena teh botol dulu..

Teh Botol
Kalau sapa pernah datang Indon mesti pernah rasa sedapnya teh botol ni kan huhu.. Syiok layan tengah2 panas ni..

Lepas setel semua, kami berempat pun naik satu kereta untuk ke Senaru yang ~3 jam perjalanan. Masa tu toksah cakap la, mata dah ngantuk giler... Kak Kiah nak layan view sepanjang jalan tu pun dah tak larat sangat. Terus pensan siap terlentok2 lagi kat bahu Koh kekeke...

Ok sambung lagi people! See u in the next entry!