Thursday, December 27, 2012

SEOUL – DAY 3 – DMZ

Ok arini Kak Kiah nak sambung cerita travel Kak Kiah di Seoul. Sori la ye uols Kak Kiah agak bz lately. Baru ni dapat sambung memblog balik. 

Untuk hari ke 3 ni, Kak Kiah plan nak join trip DMZ untuk setengah hari. DMZ ni maksudnya DEMILITARIZED ZONE atau kata nama lain – Zon Bebas Perang. Kira cam buffer zone la antara Korea Utara n Korea Selatan.

Ok kita cerita sejarah sikit la eh lebih dulu so uols leh faham. Dari tahun 1910 sampai 1945, Korea dijajah oleh Jepun. Masa lepas Word War II bile Jepun kalah ngan Allied Forces, North Korea jatuh pd USSR n South Korea jatuh pada US. So North Korea was ruled by communist govt and South established democratic govt. Masa election 1948 utk tubuh govt utk Korea ni maka tercetus la perbalahan.. tak sependapat katanya. Since North ni komunis kan, agak agresif macam Chin Peng lah lagaknya.. terus serang South pada 1950 yg akhirnya mencetuskan Korean War. Masa Korean War ni, the southerners kne attack sampai diorang terkepung kat hujung selatan Korea area Busan. Dengan bantuan US yg melobi di United Nation, akhirnya North terpaksa berundur sampai la kat point 38th Parallel (sempadan North-South yg previously set by US & USSR). Lepas bincang dan bincang, akhirnya satu persetujuan dicapai untuk hold perang (bukan tamatkan perang tau, just tangguh je). Dlm agreement ni, wakil dr North, US & USSR je yg dtg. South tak attend pun. Dari agreement ni maka area 38th Parallel tu diisytiharkan sebagai DMZ sampai ke hari ni. Since Korean War actually belum lagi tamat, North n South ni asek bersengketa la sepanjang2 masa ni. So, boleh imejin la kat border ni military tension mmg hebat sebab anytime North boleh invade South.

DMZ Tour ni memang sangat interesting untuk nerd2 macam Kak Kiah ni haha. Tour ni ada tiga jenis – half day DMZ Tour, Panmunjeom Tour and DMZ+Panmunjeom Tour. Kak Kiah amek half day DMZ Tour aje (KRW46,000). Untuk join DMZ tour ni kita kne buat booking at least sehari before n kalo Panmunjeom kne book at least 3 wks before. Masa kat RAON Guesthouse kemarin, Kak Kiah ada mintak tolong Mr Song book kan untuk Kak Kiah. So dia bgtau Kak Kiah, nnt pagi2 10 Nov kul 7.30 kena tunggu kat lobi Guesthouse Myeongdong akan ada agent datang pick up.

Maka nak dijadikan cerita, pagi2 Kak Kiah bangun je terus terlompat2 cam beruk sebab tengok jam dah kul 7.25am uols!!!! Habis terbabas subuh segala. Punye la penat merayau Nami semalam kan sampai tak sedar apa. Kak Kiah dengan terkocoh-kacah siap ala kadar je, mandi pun tak, mekap pun tak. Terus berlari turun bawah sambil berdoa harapnya agent yg pick up Kak Kiah tu tersesat or tersalah guesthouse (sebab kat sini ada Myeongdong Guesthouse and Guesthouse Myeongdong, both lain tau and kedudukan pun jauh dari each other).

Sampai bawah takde sapa pun. Kaunter receptionist mmg close sbb diorg start keje kul 9am. Termangu2 gak mikir cemana nak contact agent tu kan. Tepon pun xde. Last2 Kak Kiah pegi masuk lobi Hotel Pacific kat sebelah, mintak tolong diorang call kan agent. Hahaha benar ramalanku, rupanya agent tu tersalah pegi guesthouse. Maka Kak Kiah pun amek masa la mekap2 sikit sementara menunggu tu kan. Kalo uols nak tau, Koreans ni very particular pasal punctuality. Kalo uols lambat mmg kena tinggal jawabnya. So mmg alhamdulillah sesangat la agent tu sesat. Kalo tak harus la Kak Kiah menapak ke sempadan jawabnya huhu.. 

Tak lama pastu agent tu pun sampai dengan berlarian2 anak. Beriye2 mintak maaf ngan Kak Kiah hihi.. Kak Kiah cakap it’s ok, sian tengok muka dia cam nak nangis pun ada. So naik la van pick up. Kitorang stop kejap kat another hotel nak pickup another tourists, satu grup family dari Spore. Then weols proceed ke another pickup point untuk naik tour bus yg akan ke DMZ.
Kak Kiah dalam van pick-up
Bila sampai kat pickup point, kitorang pun naik tour bus tu. Wah penuh ngan foreigners uols!! Kak Kiah sorang je melayu Msian situ. Tour guide kami namanya Nicky. She’s so bubbly n a cheerful lady tapi nervous gila sebab first time bawak reramai tourist, smpai berterabur dia skiping London ahaha...

Our Tour Bus
Dalam bas Kak Kiah dok belakang sekali macam samseng bas skolah, sebelah duorang mamat Filipino. Ramah n baik la theyols tu. Kak Kiah je hyperact semacam (wah tetibe mention hyperact kan.. harapannnn.. harapan menjadi layuuu..). Dalam bas tu Nicky collect la duit yuran tour ni. So kne ingat ye, bayaran terus pada guide tau bukan kat hotel penginapan yg buatkan booking utk kita. And sepanjang perjalanan tu Nicky cerita la pasal sejarah Korean War and basic ideas macamana hubungan North-South selama ni. Memang best la untuk orang2 nerd cam Kak Kiah ni.

Dalam setengah jam perjalanan, sampai la kat first check point – Imjingak Park. Kitorang diberi masa 15 min untuk visit tempat ni (ada kah patut?). Kat Imjingak ni ada The Peace Bell, Stones of Peace Wall, Freedom Bridge n Steam Locomotive Jangdan Station.

Ok jom layan gambar...
The Peace Bell
The Peace Bell ni situated kat pavillion atas bukit kat park ni. Loceng ni kira simbol harapan rakyat2 South Korea untuk unification dengan North Korea. Dibina pada tahun 2000, every New Year’s Eve loceng ni akan dibunyikan n org2 tua yang pernah ada family di North akan datang sini sebagai memperingati mereka, samada yg masih hidup atau sudah mati.

The Stones of Peace Wall
The Stones of Peace Wall ni adalah display batu2 yg dikumpul dari 86 battlefield dari 64 different countries yg pernah berperang. Dibina sebagai peringatan betapa peritnya perang ni sebenarnya and so we should live in peace and harmony togeder2. The earliest stone was from BC 231, Punic War di Italy.

Freedom Bridge
Freedom Bridge ni adalah tempat exchange 12,773 orang prisoners of war dari North dan South selepas perjanjian untuk tangguhkan Korean War pada tahun 1953.


Kat sini boleh beli ribbon KRW1,000 and tulis la apa2 sebagai tanda harapan untuk reunification North-Korea ni pastu ikat la kat pagar.

Steam Locomotive yang ranap dibedil
Steam Locomotive Jangdan Station ni ada la ketapi steam peninggalan yg pernah dibedil masa Korean War. Sebab kedudukannya memang ngam2 kat DMZ kan, harus la bertubi2 kena kat sini masa perang tu. Kalo ikut cerita train driver tu, masa tu dia tengah bawak train ni kul 10pm 31 Ogos 1950 lalu kat Jangdan Station, tetibe train kne attack dengan peluru so memang horror lah masa tu. Terpaksa la dia tinggalkan ketapi ni kat situ sambil dia lari selamatkan diri. Kesian la tengok ketapi tu ranap2 uols. Tapi ia telah diangkat mertabatnya sebagai Registered Cultural Heritage #78. Kelas kan.

Motif gambar ni adalah untuk menunjuk-nunjuk Kak Kiah bergambo ngan Mat Sojar Kpop hahah
15 minit nak cover semua2 tempat ni? Hilang akal kan? Jangan tak tau Kak Kiah kemain laju berjalan, ye lah takut kena tinggal kan. Campor ngan rasa nak terkucil2 lagi terpaksa ku tahan. Sampai je kat bas, Kak Kiah lambat 5 min. Tapi nasib baik ada lagi tourist lain yg lagi lambat. Nicky dah bebel2. Dia warning lepas ni sapa lambat akan kne denda. Haha tak takut punnn..

Next stop ialah The 3rd Tunnel. - tunnel yang dikatakan dibina oleh North Army untuk serang South. Masa tahun 1974, one of North Korean yang buat keje menggali tunnel ni telah lari ke South Korea n inform govt pasal plan North nak attack South ni. Maka govt South Korea pun tanam pipes sepanjang border untuk tahu kat mana lokasi tunnel ni. Then after 3 yrs, 1978, one of the pipes burst. Maka rahsia pun pecah.. ketahuan lah mereka akan kewujudan tunnel2 ni sera plan North untuk invade South. Tapi of coz la North tanak ngaku. Siap reka alasan kata tunnel tu untuk coal mining segala. Sneaky kan mereka…

Gambaran rajah The 3rd Tunnel
Total tunnel ada 4, tapi cuma 3rd tunnel je dibuka untuk public. Kitorang diberi masa setengah jam plak kat sini. Untuk pegi tengok 3rd tunnel ni kena turun 400m laluan yg steep. N dalam tunnel ni x leh amek gambo.. alaaaaaa…mencik taw…

Masa turun ke tunnel tu kena la pakai helmet sebab memang sempit la laluan tu, ngam2 atas kepala Kak Kiah yang kemetot ni. So imejin la mat2 minah2 saleh tu cemana. Kesian mereka kena menunduk all the time hihi.. Turun kat tunnel tu ada la few places boleh tengok, tempat masa pipe pecah tu pun ada. And ada gak kesan2 belerang yg digunakan oleh North masa diorang buat keje letupan n penggalian. Dekat area tunnel tu ditutup la, cuma ada window kecik je untuk tengok view tunnel. Ye lah mana bole bukak, kang ramai lak North Koreans yg seludup lari ke sini.

Lepas melawat lebih kurang, Kak Kiah pun naik la ke atas balik. Ya Allah hazab kau nak menapak naik semula 400m laluan ke atas tu. Dah la curam 45 degree kan, jauh lak tu!! Betis Kak Kiah dah kejang2 segala. Macam nak meraung meroyan mencarut segala sepanjang pendakian tu. Rasa nyesal tak sudah hahaha.. lawak lak bila kenang balik. Sampai ke atas terus tuju convenience store, beli air. Mengah gile, Pastu pusing2 area atas tu amek gambo.


Statue sojar2
Kak Kiah kecapekan

Super Kiah Membantu Keamanan Sejagat!!
Lom sempat amek napas, dah nampak kelibat si Nicky tercangak2 ngan hailer cari tourists dari bas kami. Hehe apalagi terus pecut naik bas. Nasib baik Kak Kiah sempat. Ada tourist tu dari Spain lambat 5 min and akhirnya kena denda nyanyi. Haha kesian tengok dia. Last2 dia sporting la nyanyi lagu Hepi Besday untuk kawan dia yg sama2 join grup kami ni.

The Bubbly Nicky
Mangsa kena paksa nyanyi
Next stop ialah Dora Observatory. 
Kat sini boleh tengok North Korea pakai teropong. Nak amek gambo pun tak boleh cross satu line kuning ni, kalo tak mati la kne tangkap ngan sojar. Like mentioned before, kat sini sojar2 diorang memang strict okeh. Muka aje kpop. Since Kak Kiah ni kemetot kan, beriye2 la tertinjit2 nak snap pica. Kalo muka tak malu leh gak nak suruh mat saleh berdekatan tolong angkat Kak Kiah, tapi apakan daya Kak Kiah ni pemalu orangnya haha..

Kamera sampai sini je ye kak..
Picca North Korea yang mampu disnap.. sob sob.. sebok jah kepala2 tu!
Untuk pakai binocular ni, kne masukkan syiling 500 won. Dapat la tengok North dengan jelas. Of coz la Kak Kiah takkan lepaskan peluang ni kan. So memang nampak la jelas sume. Nak tau North ni senang je, bukit2 dia cuma ada sebatang dua je pokok.. yang lain sume kena tarah. Sebabnya ialah diorang tanak kalo ada pokok nnt senang le spy2 dari South akan datang mengintip. 
Gambar ni adalah yang paling jelas, dicilok dari Google haha puas ati mak..
Selain dari tu leh tengok tugu tiang bendera North and South ni. Dikabarkan diorang ni compete against each other la sapa nye bendera paling tinggi. Tengok bendera North tinggi, South pun ejas ketinggian bendera dia. Lepas tu North pun naikkan. Then South naikkan lagi. ‘Flagpole war’ ni berlarutan hampir few years sampai la akhirnya South stop bila menyedari betapa childish nya mereka menghabiskan duit rakyat semata ego. So, akhirnya tugu bendera North la yang paling tinggi sekali n berat benderanya aje dah 270kg ok kau mampu?!!. Ia juga dinobatkan sebagai the third of world’s tallest flag pole. Yeahh menang sila amek hadiah haha..

Dari binocular ni jugak kita boleh nampak North Korean Propaganda Village atau Kijondong dari kejauhan. Village ni dibina oleh North Koreans untuk eksen kat South Koreans betapa luxury nya hidup mereka itu. Konon2 ada 200 keluarga la yang tinggal kat sini. Tapi setelah dibelek2 dari kejauhan, nampak cam xde la apa sangat except bangunan konkrit biasa n tingkap pun takde glass ok. Bila malam pun lampu cuma dipasang kat certain building yg sama je maka disyaki sebenarnya xde sapa pun tinggal kat village ni selain sojar2 North. Farmers tu cuma datang siang2 je, malam2 mereka dok tepat lain. So sebab tu South panggil tempat ni sebagai Propaganda Village, dengan kata lain.. eh kau propaaaaa je lebih! Tapi orang North panggil Peace Village lah kan, mana nak kalah.

South Korea pun actually ada gak village tau, located kat Daeseong-dong. Masa perjanjian tahun 1953 tu, North n South diberi hak untuk build peace village each kat area DMZ ni. Kira kalo reunification nanti, senang la kan sebab village2 ni boleh berkawan2 dengan gumbiranya. So North build peace village diorang kat Kijong-dong, South kat Daeseong-dong. Kat sini, mereka diiktiraf sebagai Rakyat Republic of Korea n xyah kena bayar tax or kena military service. Kat Daeseong-dong ni memang betul2 la ada farmers duduk, tanam padi, lada hitam n ginseng sume. Dikabarkan ginseng dan beras dari sini memang sangat berkualiti tinggi la.
Abang2 sojar Kpop, garang ni tau.. muka aje macam sayur..
Kak Kiah and maple tree memang tak dapat dipisahkan
Lepas tu kitorang bergerak ke Dorasan Station pulak. Dorasan Station ni adalah the northernmost station in South Korea, located di Paju. Station ni pernah jadi connection point antara North n South and buat masa ni masih dalam proses restoration oleh Korail. Dekat lobby station ni ada tulis “Not the last station from the South, but the first station to the North”, so kira station ni symbol la untuk perpaduan dua ummah yang bersengketa ni. Pada tahun 2003, hanya limited freights dalam komuter dibenarkan lalu landasan ni ke North untuk transport goods (sehari hanya travel sekali untuk perjalanan sejauh 19km). Tapi pada tahun 2008 disebabkan konfrontasi, North close border n x benarkan lagi komuter masuk sana hantar barang sampai la ke hari ni. So Dorasan Station ni kira macam bangunan kosong je, just waiting for reunification untuk train beroperasi semula. Kesian kan.. 
List nama donor2 yang menyumbang restoration of Dorasan Station
Simbol perpaduan

Laluan impian rakyat2 South Korea untuk ke Europe by rail
Tidak lupa menggedik ngan adik sojar
Laluan KORAIL yang menjadi impian

Actually South memang harap sangat Dorasan Station ni berjaya sebagai station pertama untuk ke North. Sebab ia akan jadi laluan terbaik bagi mereka2 yang nak ke Europe. Tak nak naik flight, u can travel cheaply by rail. Imagine the scenery then! Sure best gilak kan? Anyway, North govt memang tak nak ada laluan ketapi bagai ni. Satu sebab utamanya diorang tanak rakyat North diexpose pada orang and budaya luar. Kita tau kan rakyat jelata North Korea memang agak konservatif dan dibrainwash under pemerintahan Kim Jong-Il selama bertahun2. Diorang ni memang ditutup dari anasir2 luar. Pompuan kne bagai skirt labuh, takleh pakai pants. Kaler pun dull2 belaka. Internet tak dak. Tv dari stesen luar pun tak dak. But they believe that they live in heaven selama ni. So imejin betapa tekejut beruknya mereka jika mereka mendapati mereka ini bagaikan hidup di zaman tok kadok. Even cara diorang cakap pun purba ok, tak caya try tengok citer2 drama yang ada pasal North-South ni e.g The King 2 Hearts. Diorang baca berita pun macam nak bergaduh bunyiknya.

Anyway, I too, pray for reunification soon. It’s a pity they all came from the same culture, same ancestors tapi terpisah disebabkan perang dan perbezaan ideologi. Kita tau la maybe susah untuk North Koreans untuk adapt to the fast growing world but sooner or later they have to kan? Sampai bila North govt nak sekat kebebasan rakyat mereka. USSR pun dah maju bagai, awak dok macam katak bawah tempurung lagi. Lepas tu dok ugut2 South. Nasib baik la South ni Kak Kiah tengok cam baik hati gak la.. tanak gaduh2. Beralah aje kejenya tapi macam dibuli pun ada. Hmm.. let’s pray for their peace ok people?


Kak Kiah posing lagi before gerak balik
Lepas setel melawat sume2 tempat, kami yang keletihan ni pun kembali ke Seoul. Tapi before that, diorang singgah ke Korea Ginseng Center untuk membeli belah ginseng. Dikatakan kat sini tourist leh dapat special price untuk good quality ginseng sebab harga ginseng ni memang dikawal oleh govt. Kak Kiah maleh nak masuk. Tak minat.. err.. n tak tau ginseng ni islam leh makan ke? (bongok tak soalan haha)...

Korea Ginseng Center
Taking piccas sementara tourist lain bersoping

Pokok berdaun cantik2
Then, tepat 2.30pm kami pun sampai ke City Hall Station. Memang punctual ok mereka ni. Kalo kata tamat kul 2.30pm memang 2.30pm la jawabnya. Cadang memula Kak Kiah nak ke Itaewon tapi disebabkan berlengas (tak mandi kan) n lapo n kaki sakit, Kak Kiah decide balik ke Myeongdong je dulu.

Sampai guesthouse kul 3pm tapi meleser2 dulu. Makan nasik instant n lauk bekal je. Kaki sakit aduhaiii.. memang hazab okeh! Meraung betis ku penangan tunnel DMZ tadi. So, akhirnya Kak Kiah jadi malas nak ke Itaewon. Maka plan ditukar untuk ke Namsan Tower je malam ni. Check out my next post u guys!!

Wednesday, December 5, 2012

SEOUL – DAY 2 – Nami Island



Ada banyak cara nak pegi Nami Island ni. Boleh naik bus express tapi kena reserve awal. Boleh naik subway tapi banyak stop and perjalanan amek masa 2-3 jam. So Kak Kiah decide nak naik ITX dari Cheongnyangni sebab it takes only 45 mins.

Dari Myeongdong ke Nami:

Subway Line 4 dari Myeongdong ke Dongdaemun.
Tukar subway Line 1 ke Cheongnyangni.
Tukar train ITX ke Gapyeong.
Taxi dari Gapyeong Station ke Jeti Nami.
Ferry ke Nami Island.

Masa kat Cheongnyangni tu Kak Kiah tercangak2 la dok cari sign macamana nak amek ITX kan. Lepas tu nampak sign ITX/KTX Kak Kiah pun berlari-lari anak le sebab tengok orang lain berlari jugak. I guessed train dah nak gerak tu pasal sume orang lari nak catch up.

Sampai je platform dengan penuh konfiden nya Kak Kiah melangkah masuk. Orang pulak ramai dalam train tu so Kak Kiah end up kena berdiri kat hujung gerabak, which ada peta tapi kecik sangat tulisannya. Lepas few stations berlalu baru la Kak Kiah dapat beralih sikit ke tengah gerabak and cuba la usha2 peta subway kat dinding tu kan.  Macam nak tercabut jantung bila perasan rupanya Kak Kiah bukan naik ITX tapi KTX ke Yongsan!! Kira jalan mengundur ke belakang la ni. Aduhhh.. dah la Yongsan tu jauh, ada dekat 10 station la dari Cheongnyangni. That means Kak Kiah akan kerugian dekat sejam masa perjalanan. Fuh tu laa.. len kali before naik kena tanya la dulu, ni main terjah masuk. Kan dah padan muka huhu.

Sampai Yongsan, Kak Kiah pun terus cari platform ITX. Then baru la nampak train ITX ni memang tak sama ngan KTX. ITX ni ketapi laju, ada 2 tingkat lagi. Pastu nak naik kena beli tiket kat machine, bukan pakai T-Money. So Kak Kiah pegi la machine beli ticket dulu. Since dari Yongsan, harga mahal la sket KRW4,600 untuk ke Gapyeong. Kalo dari Cheongnyangi it should be KRW4,000. Lepas tu Kak Kiah beli ticket open takde seat.

Masuk2 je train nampak satu grup melayu. Ada student Msia gak jadi guide. So Kak Kiah cek ngan diorang pasal seat macamana. Dia kata dok je memana dulu, kalo ada orang datang nnt baru pindah seat lain. So Kak Kiah pilih untuk duduk kat area antara gerabak. Tu pun lepas double check again ngan sorang awek Korean samada boleh ke tak kalo open ticket dok situ.

Tak lama pas tu ada staff ITX datang cek tiket. Dia suh Kak Kiah n awek tadi tu dok kat bawah sebab ada banyak seat kosong. Alhamdulillah dapat gak dok tempat best. Sepanjang perjalanan tu Kak Kiah dok main game sudoku je kat Ipad. 45 mins kan. Kira lama gak la tu.
ITX Ticket
Inside the train
About kul 12+ baru sampai Gapyeong. Nak kuar tu nampak lagi student Msia tadi. Tanya dia nak amek Gapyeong Tour Bus kat mana sebab Kak Kiah ingat nak pegi Petite France skali petang kang. But budak tu cakap amek je taxi sebab banyak kat luar tu and murah. Bas pun lambat sejam cuma 2 kali je. So Kak Kiah pun terus la keluar and tahan taxi. Ahjussi tu bawak laju giler ok. Konar baring terus. Kejap je tak sampai 10 min dah pun sampai jeti. Nampak orang ramai giler arini even though it’s Friday. Kena beratur lak beli ticket feri & entrance. Return KRW8,000. 
Gapyeong Terminal
Inside the cab with ahjussi driver
Jetty Nami - orang beribu2 lemon
Ferry to Nami
Bendera Malaysia atas feri
Zip Wire - another way nak ke Nami Island. KRW100,000 pax. Dalam masa seminit dah leh sampai Nami, that if ko boleh tahan sakit jantung la.. tinggi ooo..
Ketibaan kami disambut oleh patung boleng - menunggu ketibaan kekasih katanyaaa...
WELCOME TO NAMI ISLAND!! woohooooo!!!
Sampai je Nami Island, perasaan Kak Kiah macam berbunga2 habis. Pemandangan memang cantik uols!! Kena pulak dengan nice weather. Actually Kak Kiah dah lama berangan nak datang sini. Of coz la sebab citer Winter Sonata yang dah puluh2 kali Kak Kiah tengok since 2002. Kak Kiah memang tak tunggu lama la. Kuarkan tripod n start taking piccas...
Arca bebotol
Makcik sedang mengopek
Pretty eh?

Kita minum dulu!!

Peta Nami
Me at First Kiss table - feeling2 comel huhuhu

my fav kapel - Ujiin & Jun Sang

Kekanak memberi ikan makan

Nice arca dari botol












Since Kak Kiah sampai dah lambat, so plan nak pegi Petite France & Garden of Morning Calm terpaksa dilupakan. Nami Island ni kira luas gak la nak cover. Takkan datang jejauh nak spend masa seciput je kan kat sini. Untuk speed up everything, Kak Kiah sewa beskal. Sejam KRW5,000. Hehee.. Dekat 25 tahun tak ngayuh beskal uols.. Memula tu berpeluh2 gak nak balance. Lepas dah dapat rhythm wah terus merempit Kak Kiah, naik turun bukit dengan penuh gumbira. The view was awesome. Cuaca pun cantik memang best la.

Lepas merempit, Kak Kiah stop kat surau solat dulu. After solat tu terjumpa one grup Msians, lepak2 ngan diorang kat cafe bawah tu. Theyols sume from KL, sini stay kat Itaewon. Sempat gak tukar2 email nanti nak add kat FB. Pastu Kak Kiah pun teruskan perjalanan nak ke jeti untuk balik. Masa ni pun hari dah nak gelap. Orang pun dah tak berapa ramai macam masa datang tadi. Kak Kiah punya kaki sakit giler. Semalam punye bisa tak abis lagi, tambah ngan bisa menapak arini kan huhu.. Tapi sebab seronok sangat, Kak Kiah tahan jugak la rasa sakit kaki ni..

Dalam feri jumpa one grup dari Msia lagi. Fuh memang ramai Msians sebenarnya yang mengayakan tokey Nami ni huhu. Ni sume pangkat adik2 la. Stay kat area Namsan kalo tak silap. Diorang hire student Msia utk guide diorang. Kecoh gak kami atas feri tu. Mcm2 diorang tanya Kak Kiah. Ye lah pelik kot tengok Kak Kiah travel sensorang. 
Me and them
Kak Kiah cakap pas ni nak gi Dongdaemun nak layan ikan bakar. Memasing excited terus nak join. Tapi bila kuar je feri i lost them sebab terjoin grup Msia yg Kak Kiah lepak sama masa kat cafe tadi. So Kak Kiah follow diorang je untuk amek cab. Jimat sket kos. Sampai Gapyeong terminal dah gelap. Kak Kiah terus beli tiket ITX untuk catch up train kul 6.30pm. Diorang yg lain ni sume dah beli tiket awal2. Bila train sampai n again i lost them.

Last2 Kak Kiah gi Dongdaemun sorang2 je. Ikut direction untuk cari kedai ikan bakar. Memula tu pusing2 ntah ke mana2. Lepas tanya2 orang baru la jumpa Jeonju Sikdang.

Nak pegi tempat ni kena kuar exit 8, susur sepanjang Cheonggyecheon Stream sampai jumpa second bridge. Masuk kanan and then masuk lorong kecik belah kiri ada banyak kedai ikan bakar situ. Jeonju Sikdang ni bersebelahan ngan Honam Jib.
Jeonju Sikdang
Memula tu masuk macam tercangak2 la. Terus bukak Ipad and order Samchi Baekban (Japanese Spanish Mackerel Dish). Harga KRW6,000 satu set, ada nasik, kimchi n lain2 side dish.
Kak Kiah usha2 gak orang sekeliling cemana nak makan Korean food ni kan sbb ni lah first time Kak Kiah nak cuba makan. Terkial2 Kak Kiah nak sauk nasik pakai chopstick. Sudu ada tapi gatal nak pakai chopstick lepas tu dah rupa cam orang bodo hehe.. Then ada la ahjumma n ahjussi ni duduk setable ngan Kak Kiah sbb kedai dah full. Dia tengok Kak Kiah makan pastu dia gelak. Dia pun tunjukkan the right way how to pick up the rice using chopstick. Rupanya kena guna la sayur kimchi tu untuk balut nasik tu dulu before nak pick up. Kalo makan cara Kak Kiah tu sampai esok pagi baru sudah makan agaknya. Hehee klako sangat. Memang darat habis Kak Kiah ni kan..  

Anyway the food was delicious. Serious sedap ok. Kecuali kimchi tu Kak Kiah tak suka. Rasa macam sayur basi. And Kak Kiah pun baru ni tau rupanya kimchi tu dimakan sejuk. Terkejut gak memula suap ke mulut.. eh ingatkan panas.. hehe darat kan..
Licinnnn..
Lepas dah kenyang, Kak Kiah pun nak balik la. Sekali tu boleh pulak rasa memulas perut. Ye lah kan, seharian perut Kak Kiah kosong kecuali minum susu pisang berbotol2. Masa kat Nami tu puas cari Cafe Drama nak makan nasik goncang tapi tak jumpa2. So jalan punya jalan terjumpa lah public toilet macam cubicle kat tengah2 jalan tu. Masuk coin KRW100 nanti pintu otomatik bukak. Setiap KRW100 kita cuma ada 10 min je. Tapi kalo nak extend masa boleh tekan ada satu button kat tepi toilet seat tu. Yang bestnya toilet ni ada skrin kau.. ada pasang lagu2 menghiburkan kita di saat kita melabur tu. Huhu memang impressed Kak Kiah dibuatnya.

Kak Kiah ingat nak jalan ke Dongdaemun Market nak tengok baju tapi kaki memang seriously dah tak larat nak menapak. Padahal dah dekat sangat dah. Last2 Kak Kiah balik je terus. Muka pun dah macam amoi mabuk. Dalam subway siap boleh terlelap gitu.

Sampai je Myeongdong terus balik guesthouse. Since pagi tadi Kak Kiah cuma drop beg je kan, bila dah balik ni baru la dapat tengok keseluruhan guesthouse ni. First tempat Kak Kiah tuju of coz la rooftop. Nice view from here eh?
Malam ni Kak Kiah letih sangat. Lepas update status FB untuk jeleskan kengkawan (haha) Kak Kiah terus tido. Esok pagi nak gi DMZ tour plak...