Wednesday, June 10, 2015

CAMBVIET – DAY 1: MUSLIM FAMILY KITCHEN

Airport Siem Reap ni agak jauh jugak la dari pekan Siem Reap. Kalau naik tuk2 ada la dalam 20min.

Dalam perjalanan tu macam terkedu sat sebab tengok jalan2 kat sini macam kat kampung kat Segamat je. Berdebu and tak berapa diselenggarakan dengan baik. Banyak lubang2 and banyak jalan tengah buat.

Menuju ke pekan
Memandangkan Kak Kiah ni sangat cetek ilmu pengetahuan am tentang Cambodia masa tu, serta-merta la perkara sebegini menarik perhatian untuk Kak Kiah tau lebih banyak tentang negara ni. Rasa macam musykil sangat apa hal la macam mundur sangat tempat ni. Jalan banyak tak berturap. Tengok bebudak gi skolah naik beskal pastu pakai selipar je. Macam Malaysia tahun 60-70an. Curious sangat masa tu. Plan malam ni nak google sket pasal sejarah Cambodia.

Budak2 gi skolah naik beskal
Since masa tu awal pagi lagi (baru kul 10am) and tableh nak check in lagi, jadi kami decide nak makan dulu kat Muslim Family Kitchen. Kedai makan ni tak ler jauh sangat dari hotel kami nak duduk nanti. Boleh jalan kaki je.

Map untuk ke Muslim Family Kitchen



Muslim Family Kitchen
Ada jual jajan2 Cambodia jugak kat sini
Orang kata kalo mai Siem Reap kena cuba rasa “Lembu Naik Bukit” atau “Beef Climbing Mountain” (mati la direct translation). So tanpa berlengah2 lagi kami pun order makanan. Perut pun dah lapar.

Menu
Oh ya lupa nak habaq. Muslim Family Kitchen ni lokasi dia kat area kampung yang banyak bangsa Cham. Cham ni kira minoriti muslim kat Cambodia la. Jadi kat sini ada masjid yang dibina hasil sumbangan dermawan2 seluruh dunia terutamanya dari Malaysia. Orang2 sini kebanyakannya boleh cakap melayu sebab pernah keje kat Malaysia, termasuk si Maliki tuk2 driver kami tu. So nak communicate memang senang la.

Dinamakan "Lembu Naik Bukit" sebab kualinya ada bukit kat tengah

Proses memasak sedang berlangsung
Nyum nyummm..

Lembu Naik Bukit - dinamakan camni sebab kuali ni ada bukit kat tengah

Ikan Sweet Sour
Kos makanan agak mahal sebab dalam USD. So silalah jangan convert ya. Untuk dua lauk yang kami makan ni harganya USD15. Makanan untuk si Maliki takyah bayar sebab dia orang sini (rumah dia depan kedai makan ni je) so tokeh bagi free. Apapun ok la sedap foodnya. Boleh direkomen untuk sesapa nak makan kat sini.

Lepas makan kami pun menuju ke Tareach Angkor Villa untuk check in dan berehat.

6 comments:

  1. Wah..makan besar korang ! Tengok pun nampak sedap.

    Betul ker Koh yang berbaju hijau tu? Tengok nampak lain la. Dah kahwin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koh masa ni dah persis gadis kemboja. orang2 sini semua ingat dia local hehe.. btw, amoi ni masih single-mingle lagi. still enjoying the single life katanyer..

      Delete
  2. aha...dulu pun makan kat restoran ni dan pilih menu Lembu Naik Bukit yg femes tu,,mmmmmggggg seddaaappp!!! dan tukang masaknya juga org yg sama....hikss

    ehh KK..Koh ni ke yg mendaki di Rinjani ngan KK tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye JM.. ni la Koh yang daki Rinjani sama KK tu. amoi lasak dari Kelate hihi..

      Delete
  3. uiksss mcm jalan kat segamat ,,,berdebu dan byk lubang????aduhai...ok selamat bercerita KK

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan2 kampung kat segamat la kak hanem. ala.. macam kat kampung kuala paya ke, kampung tengah ke, kampung jawa ke tu hehe..

      Delete