Tuesday, June 9, 2015

SEOUL V3 – DAY 9: BACK TO MALAYSIA

Lama giler tak update. Hihi. Jangan marah naa.. Kak Kiah memang tengah banyak masalah and bizi dengan bisnes. Nak bukak FB ke, blog ke memang tak kuasa sangat. Baru ni je baru ada semangat sikit. So bila dah ada mood menulis ni jangan berlengah lagi.. ayuh kita!!

----------- 

Last day!! Sob sob..

Pagi tadi lepas Subuh baru Kak Kiah tido. Dapat tido pun kejap je sebab hati ada sikit anxious pasal hari ni dah nak balik Msia kan. Pastu Kak Kiah lom soping abis lagi. Masih ada lagi barang2 yang nak dibeli kat Namdaemun Market.

Tapi bangun2 je dapat tau Lai dah gerak ke airport dah. Flight dia pagi ni and flight kitorang petang. Dia tak sampai hati nak kejutkan weols yang tengah tido, so tak sempat la salam2. Cuma masa dia dah kat airport tu dia ada la wassap say bye2. Huk2x.. sedey lak.. tah bila la dapat jumpa ko lagi Lai..

Memandangkan si Kin & Anim sudah setel soping, so theyols berdua tu cuma nak bermalas-malasan je pagi ni. Cuma Kak Kiah sorang je la pi Namdaemun Market.

About 9am terus gerak ke Namdaemun Market. Tengok list barang2 yang nak dibeli macam banyak lagi. Ada pulak yang baru kirim kosmetik kat FB. Lancau lah. Duit tak bagi. Memang banyak kedai nak kne singgah. Jalan macam topedo la ni jawabnya.

Memula beli beg dulu sebab dah hazab benau beg sandang Kak Kiah tu dah koyak rabak. Beli skali beg balik kampung sebijik dah alang2. Beg troli aritu bawak macam tak muat je nak sumbat segala kosmetik yang dah dibeli.

Pastu tuju mana cer teka? Harus la pi kedai ahjumma jual brooch tu kat e-Lengdang kedai no 209. Mana boleh tak singgah kan. Kali ni ahjumma dah terer skiping london okeh. Nampak sangat banyak customer Malaysia beli brooch kat dia. Masa kat situ jumpa sorang brader Melayu ni tengah usha brooch. Muka ganas tapi soping brooch? Beriye dia membelek nak tergelak Kak Kiah tengokkan. Rupanya dia nak membeli untuk mak dia. Hehe bagus anak mak. Dia pun flight balik petang ni. Katanya dia keje kat sini and nak balik cuti ke Malaysia. Anyway, Kak Kiah tak beli banyak pun brooch kali ni. Just untuk sendiri punya je. Bajet limited.

Setel hal brooch, tawaf Namdaemun Market tu untuk beli segala kiriman orang. Top EXO lah, topi Jong Kook lah, seaweed lah, fridge magnet lah, tshirt lah, Purse Korea lah, BB cream lah, gel aloe vera lah... Banyak giler. Untuk diri sendiri, cuma dapat beli kalendar Gdragon je (tu pun kne cilok dengan kakak bila balik Msia uhukx..)

Gambar barangan yang disoping tak sempat amek sebab nak cepat balik.Sedar2 dah pun kul 11am. Cepat2 packing barang. Kami dah mintak cab datang kul 12pm nanti untuk ke airport.

Kali ni urusan nak balik tu lancar je. Senang keje Kak Kiah dengan diorang berdua ni. Takde la hegeh2 nak bersiap. Pukul 12pm terus turun sebab cab dah menunggu. Perjalanan ke airport Incheon pun alhamdulillah takde masalah. Lega rasanya. Kak Kiah ni bab ni memang cuak sikit sebab dah pernah kena tinggal flight kan. Jadi everytime nak ke airport tu stress level memang tinggi mencanak2.

Lega berjaya sampai airport tanpa sebarang malapetaka
Lepas setel check in drop luggage semua, kami terus masuk untuk ke Departure Hall sebab nak pi solat dulu. Nak ke surau atau prayer room ni mudah je. Ada kat Passenger Terminal lepas Immigration. Kat sini ada banyak duty free shops. Cari Gate 15, sebelah tu je suraunya.

Menuju ke Prayer Room
Prayer Room
Tapi wuduk kena amek kat toilet berdekatan. Make sure jangan kecah2 ngan air aa... Nanti marah pulak ahjumma cleaner nak kena mop lantai.

Dah solat, kami pun gerak naik shuttle train untuk ke Concourse Gate 110.

Anim serba pink merah

Gate 110 lom bukak

Pulang marilah pulang marilah pulang bersama sama sob sobss..
Tepat 4.25pm kami pun take off. Oh sedihnya rasa... Tatau bila akan dapat jejak lagi ke Seoul. Yang pasti, Kak Kiah sure rindu giler nak datang sini lagi pasni.

Nothing much happened on the flight. Lepas makan Nasik Lemak Pak Naser layan perasaan hiba pastu terus membuta. Nak layan view pun idok ler sebab dok tengah2. 

Sedar2 je dah pun sampai tanahair tercinta. Alhamdulillah selamat semuanya. Tengok2 kakak Kak Kiah dah ada menunggu kat KLIA2. Lepas salam2 dengan Kin kami pun terus gerak balik sebab lepas hantar kakak balik umah dia, Kak Kiah kena drive balik ke Segamat dengan Anim. Itu pun last2 kul 4.30 pagi baru kami sampai Segamat.. hik3x.. mati la mak Anim bising..

So begitulah adanya cerita trip Kak Kiah ke Seoul kali ni. Syukur semuanya ok and masing2 balik dengan hati yang gumbira ria.

Pasni kita citer summary bajet pulak k. Adios!!

21 comments:

  1. Good sharing. Nasib jugalah airport ada tempat nak solat kan. Bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Seoul ni tengok diorang cam hormat la dengan agama Islam. maybe KTO peka pasal ramai tourists ke sana yang muslim. tu yang senang nak solat kalo kat sana.

      Delete
  2. Kak kiah...lamanya gap cerita hari ke 8 dgn hari ke 9...berbulan bulan...hahahahahaa.
    Anyway...happy KK update cerita.Best best

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3x... yang berbulan2 tu adalah tempoh daku dilanda kemurungan terlampau..

      Delete
  3. Replies
    1. salam SS.. baik Alhamdulillah.. hehe nnt KK jengah2 ya blog uols. dah lama tak berkunjung mesti banyak tempat uols dah travel kan.

      Delete
  4. Ku merindui bebelanmu wahai Kak Kiah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. jangan diminta2. kang panjang KK bebel kang, jenuh uols nak scroll untuk satu entry.

      Delete
  5. Kak kiah...lama tol menyepi.. baru kelmarin saya mai..he.he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawak diri sangat kan namanya? ntah la KK ni mmg camni. kalo takde mood hapah benda tak jadik. sori ya KK cuba untuk terus rajin update hehe..

      Delete
  6. walau akak jarang masuk ruang komen,,tapi tetap jadik pembaca dan penunggu setia blog KK ni..well come back.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak. kesian ye masuk2 sawang je banyak dalam ni. KK ni kalo mandom payah sikit nak menulis. Takut tak sampai apa yang nak distory.

      Delete
  7. sekian lama menanti entry kak kiah, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. ye silakan baca.. KK dah mula update story baru..

      Delete
  8. Rindunya kak kiah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sapo nih.. brani beno rindu2 tak kasik nama. hahaha. ok lah KK rindu jugak sama uols..

      Delete
  9. Tu dia.... Lama menghilang...Hahaha... Tgk, ramai peminat rindu coretan Kak Kiah, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi owen.. KK ni kalo sempat je la dapat memblog yek. serious masa skang tak menentu, susah nak ejas masa free. harap bersabo la menunggu KK ni terhegeh2 update blog.. hehe

      Delete
  10. Kak kiah lame tggu entri pasal korea akk.duk pikir bilela kak kiah dah update.hahaha akhirya abis juga citer korea.saya nanti pun nk pi november gak.boleh wat reference dari blog akak nie. Btw syok la bace citer akk. Saye asyik nk tergelak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo nak gi dah ye nxt mth. have fun ok. jejak2 je kaki kat seoul tu sampaikan salam KK ya. rindu gilers...

      Delete
  11. ya Allah berulang2 baca! mcm da smpi korea rasa bila lawat blog kk.... inshaallah mac depan ke korea.. thanks kak kiah saranghae!

    ReplyDelete