Wednesday, June 24, 2015

CAMBVIET – DAY 1: NIGHT MARKET & PUB ST

Let’s partyyyyyyyy!!! 
Hahaha party lah sangat.

Lepas dinner, kami mintak Maliki hantar kami ke Night Market. Dari situ kami akan ke Pub Street cuci2 mata and then balik sendiri. Kesian tengok si Maliki tu muka cam ngantuk sangat so takpelah bagi dia balik rehat dulu.

Night Market

Lip lap malam di Siem Reap
Night Market di seberang anak sungai ni
Kat Night Market ni ada macam2 la boleh dibeli. Souvenirs macam fridge magnet, keychain, tshirts Cambodia pun banyak sini. Tapi tujuan kami ke sini adalah untuk mencari sling bag untuk Koh. Souvenirs tu nanti la kami beli masa kat Angkor Wat esok.

Pewter and silver crafts
Kalau tengok dekat2 memang halus gila seni nak mengukir ni

Baju-bajan kain kayan semua pun ada dijual

Beg2 ni adalah buatan tangan. Memang cantik untuk isi telekung bawak ke mesejid.

Tengah2 usha kedai terjumpa pulak kedai buku and terjumpa pulak buku yang Kak Kiah nak beli before datang sini. Orang kata kalo mai Cambodia kena baca buku ni then baru la ada idea sikit sebanyak tentang negara ni. Aritu masa kat Malaysia memang tak jumpa kat kedai buku. Harganya pun ok la murah, USD8 untuk 2 buku ni: First They Killed My Father: A Daughter of Cambodia Remembers & Lucky Child by Loung Ung.

A must read indeed
 

Walopun Kak Kiah tak berkesempatan baca buku ni masa kat Cambodia, Kak Kiah harap sapa2 yang nak ke sana boleh la cari buku ni. Kak Kiah baca masa dah balik Msia. Memang meruntun perasaan bila baca apa penderitaan yang theyols lalu masa pemerintahan Khmer Rouge. Kalo baca before fly aritu rasanya 5 hari kat Cambodia gasak nangis jer lah.. huhu

Lepas setel urusan beli beg Koh, kami menuju ke Pub St pulak. Tak jauh pun and boleh jalan kaki je dari Night Market.

Suasana meriah di Pub Street
Kat Pub St ni memang ramai la omputih and pelancong2 asing berjimbaria dan beryamseng2an. Kalo datang sini kena cuba fruit juice yang dijual di stall2 sepanjang jalan tu. Memang murah dan sedap. Cuma USD1 je. Tak pun boleh cuba exotic food kat sini hehe..

Ada bran? Inilah sate ulau..
Kumbang Masak Cili dan Sayur Goreng Cengkerik haha
Ada lagi satu tujuan kami mengusha Pub St ni. Kami nak cari tempat yang ada Apsara Dance show. Rugi la mai sini tak layan Apsara Dance kan. Based on pembacaan Koh dari blog2, ada Apsara Dance show di Temple Club. So kami pun menuju ke sana.

Temple Club
Temple Club ni belah bawah memang untuk disko2. Kalo nak tengok Apsara Dance kena naik atas. Nak masuk memang free tap syaratnya nak lepak sini kena order sumthing. Kak Kiah order kopi jer.

Jadual show
Masa kami sampai masa tu dah kul 8.30pm. So kami dah miss beberapa show terawal. Tapi ok la fun jugak dapat tengok few dance yang menarik lepas tu. Setiap tarian tu ada cerita yang tersendiri and lagu2nya pun best.

Ream Liak & Joop Liak Dance
Pemain muzik
Momok jahat

Fishing Dance.. comel sangat dance ni..
Antara awek Siem Reap yang lawa berjaya ditemui.. yang lain tu err...
Sesi mengorat2
Ni penari Apsara. Muka ketat jer..
Masa sesi amek gambo dengan Apsara Dancers, kami tak lepaskan peluang huhu.. Laju je naik pentas. Hehee.. Dah alang2 mai sini kan. Apa salahnya jadik penari tambahan.

Hehe.. beriye naik pentas untuk amek gambo..
Penari Apsara tu bengkek je pasal kami lebih cun dari dia haha..
Dalam kul 9.30pm kami pun gerak balik. Dari Pub St nak ke Tareach ada la 15 minit jalan kaki. Cuma lorong nak ke Tareach tu agak gelap so cuak sikit la. Luckily takde apa2.

Malam ni kami nak kena tido awal sebab esok pagi2 Maliki akan pick up kami untuk ke Angkor Wat. Harap2nya dapat la sunrise yang cantik esok.. huhu teruja betul rasanya...

Oh ya.. untuk mendapatkan lebih info tentang Angkor Wat sebelum lawatan kami esok, kami telah beli buku Angkor Wat Guide ni dari Maliki. Murah jer beli ngan dia cuma USD5. Kalo beli kat Angkor Complex harga dia USD8. Kalo boleh sapa yang nak ke Angkor Wat disarankan baca guide ni dulu sebab ada sejarah di sebalik setiap binaan dalam Angkor Complex tu and ada tips la what to look for. Nanti takde la terkial2.

Angkor Ancient Guide Book (240m/s)
Apapun Kak Kiah cuma sempat baca 5 pages je hahaha... Terus pensan!

Nite2 Siem Reap. Day 1 so far i’m lovin it!

4 comments:

  1. KK, berapa hari buat trip cambviet ni? 5h cukup x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK pegi 3 cities - Siem Reap, Phnom Penh & Ho Chi Minh so kne 7 hari. Kalo 5 hari boleh la cover Siem Reap and Phnom Penh je.

      Delete
  2. Biasalah pompuan, asal beg aje isi telekung...asal telekung aje, ingat beg. Kalau gi 10 Negara, 10 beg telekung ada..hahaha..macam mak saya :-)

    Betullah, koh ada talent jadi local di sana. Lebih kurang aje jika dia pakai baju penari tu. Penari Aspara tu bengkek sebab kena maintain sangul atas kepala tu... takut jatuh atas kepala KK nanti...hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah itu je pun yang boleh isi. Kalo ada anak, boleh le letak diapers dalam tu hehe..

      Koh tu ramai orang ingat dia orang local. Kalo dia tak spiking, silap2 leh dapat harga local untuk admission tix hehe..

      Penari Apsara tu walopun muka ketat tapi tarian dia paling lentik skali. Rasanya dia la star dalam grup ni.

      Delete