Sunday, June 21, 2015

CAMBVIET – DAY 1: ARTISAN SILK FARM

Kalo ikut taste Kak Kiah kan, tempat2 camni biasanya Kak Kiah takmo pegi sebab macam boring sikit. Tapi sebab hari ni adalah hari first kami di Cambodia and kami nak kill time sebelum pergi Angkor Wat, so kami pun rasa ok lah nak ke Silk Farm ni. Lagipun free jah. Boleh la tambah pengetahuan gak.

Pada sapa yang berminat nak tau pasal sejarah, Artisans ni actually satu projek yang dijalankan dengan kerjasama satu badan dari France under European Union untuk memulihkan ekonomi Cambodia dan memelihara seni dan budaya rakyat2 Cambodia. Ni lepas banyak hasil seni yang musnah dan ramai pakar2 seni budaya terbunuh sewaktu pemerintahan rejim Khmer. Kira projek ni start dalam awal 90an untuk bagi training kat belia2 masa tu yang ramai takde keje dalam pembuatan kain sutera, pertukangan batu dan kayu, lukisan dsb di Artisans Silk Farm dan di Artisans Angkor. So lepas dah 20 tahun projek Artisans ni berjalan, banyak la sumbangannya pada ekonomi dan pemeliharaan budaya negara Cambodia. And hasil2 kerja seni diorang ni bukan calang2 la.. memang terbaik and the finest in the country..    

Pusat2 latihan Artisans
Dari guesthouse, kami ke Artisan Silk Farm naik tuk2. Agak jauh gak, lebih kurang setengah jam perjalanan. Pulak tu masa tu cuaca sejok kemain. Memang unsangkarable betol. Rupanya masa kami datang ni tengah musim monsun, jadi suhu drop giler. Nasib baik la ada bawak jaket kaler pink memancar tu. Menyerlah sungguh sebatu leh nampak Kak Kiah atas tuk2.

Anywayss.. kalo ada sapa nak pegi sini naik free transport, boleh amek free shuttle dari showroom Artisan Angkor kul 9.30am atau 1.30pm. So if sapa yang tengah merangka2 itinerary tu, better plan Artisan Angkor & Artisan Silk Farm on the same day. Jadi dapat la jimat masa dan penggunaan tuk2.

Masa kami sampai kat Silk Farm tu memang ramai giler tourists. FYI, kita boleh amek guide untuk bantu kita sepanjang tour dalam Silk Farm ni. Free jugak. Tapi disebabkan ramai giler pelancong2 mai arini, kami tak dapat la nak guna guide. So, jalan je la follow orang lain and terpaksa la nyebok2 kat tourist grup lain curi2 dengar guide diorang punya explanation.

Ok takpe.. tengok gambo pun ok. Kalo tak faham, buat2 je faham hahaha..


Kitaran hidup silkworm

Ulat sutera atau silkworm makan daun mulberry
Ulat sutera membentuk cocoon atau benang sutera di kelilingnya untuk protection
Ulat sutera dalam cocoon bertukar jadi pupa

Geli tak tengok terkuit2 camnih?

Cocoon dijemur hingga kering (tatau pasai apa)
Proses amek benang dari cocoon. Ulat yang dalam tu akan mati bila cocoon direbus begini. Zalim kan?

Tadaaaa...! Benang sutera yang telah dihasilkan dan diwarnakan (dye)
Adik2 sedang menyusun benang. Ada formulanya ikut corak kain yang nak ditenun.
Memasukkan benang sambil bergusip ria
Proses menenun. Berpinar mata nengok cemana diorang buat ni.
Khusyuk je pekerja2 ni menenun kain
Baik2 kak kang tecepit jari
Memasang benang berkaler ke roda
Akak kurus ni tetap la jugak nak pose sama
Pada pendapat Kak Kiah, ok la mai sini. Nak kata destinasi wajib singgah idok ler jugak.. tapi ok la kalo nak melihat kehalusan seni budaya Khmer. Masa yang perlu pun tak la lama sangat. After 1 hr dah habis dah cover semua. Apepun masa kat sini la baru Kak Kiah mula realize yang orang2 Cambodia ni ramai yang berbakat seni. Bila tengok cara dia pintal benang ke, susun benang nak bentukkan corak atas kain ke and teknik2 yang digunakan dalam pembuatan kain sutera ni, memang no wonder la tok2 nenek moyang theyols ni dulu boleh bina Angkor Wat. Haluuuuusss giler seni depa ni..

Lepas tengok sesi buat benang dan menenun, kita boleh ke showroom untuk tengok baju-baju yang dah dibuat dari benang sutera. Ada jugak yang dijual tapi memang mahal la, sesuai dengan kualiti kainnya. 


Baju2 tradisi orang Cambodia - very the 70s kan

Yang kat kain tu semua cocoon erk!

Geli rasa bila tengok dekat2
Lepas setel ronda2 di Artisan Silk Farm, kita ke destinasi seterusnya – Killing Field Wat Thmei. Moh kiter!

6 comments:

  1. Replies
    1. Selamat berpuasa SS! Tak stim betol KK nak memblogs time2 bulan posa. Tepu otak. Namun apakan daya.. ni je masa free yang KK ada untuk menulis huhu.. Have fun reading!

      Delete
  2. alaa..timing x best lah time KK pegi. sbb time JM pegi tu mmg x de org..kami berdua je..so mmg heaven lah...guide tu bg penerangan satu persatu

    Model kain yg di tampal cocon tu masih model yg sama heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ye lah.. boring betul.. memana tempat kami pegi memang sesak dengan pelancong2. nak amek gambo pun tak best. kat sini KK jumpa pelancong2 korea ramai yang kungajo. ingatkan cina mainland je yang annoying bila melancong ni huhu..

      Delete
  3. Tq KK sharing camne sutera itu diperbuat. Memang halus keseniannya. Patutla harga mahal.
    Knape KK tak beli silkworm tu? Leh bawa balik Segamat... ternak and then buat bisnes untuk kain sutera.

    Kalau tgk dari gambar, akak yang bergusip ria sambil masuk benang tu rasanya kerja yg paling senang. Tanye tak bapa gaji diorang dapat? hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah membuaaaat nak bawak balik silkworm? hehe takut mati kepanasan je dalam katebang.
      keje masuk benang tu boleh buta tau mata. KK tengok pun berpinar2 sebab dia ada formula nak selit tang mana. gaji theyols ni antara yang terendah kot. kalo bahagian yang mengukir2 kayu dan batu tu antara yang gaji tertinggi.

      Delete