Thursday, June 25, 2015

CAMBVIET – DAY 2: ANGKOR WAT

Angkor Wat adalah highlite kepada trip kami, so harap maklum ye entry ni adalah sedikit panjang dari biasa huhu..

Pagi2 lagi kami dah bangun and bersiap sedia untuk tour di Angkor Wat pagi ni. Kami mintak Maliki datang kul 5am sebab sunrise kul 6.20am. Konon datang awal sebab nak cop tempat cun la untuk amek picca. Anyway, memandangkan Subuh masuk kul 5am jadi Kak Kiah solat dulu. Lepas solat terus turun and tengok2 Maliki dah setia menanti.

Perjalanan nak sampai ke Angkor Wat tu amek masa setengah jam jugak la so once sampai je tengok orang pun dah ramai berdoyon2 masuk ke Angkor Wat. Kak Kiah ni datang dengan lenggang kangkung torch lite pun tak bawak. Nasib baik Koh ada bawak so takde la meraba2 jalan dalam kegelapan.

Untuk dapat view sunrise yang cantik, katanya kena amek port kat belah bucu kiri tasik facing the Angkor Wat. Kira bila masuk entrance tu kan, jalan terus jumpa tasik kiri dan kanan. Pergi yang kiri punya and dok kat hujung sekali kat corner. Ni tips blogger2 yang pernah ke sana la cakap.

Namun demikian.. sob sob.. penuh worang wokeh!!!

Gila betul. Baru kul 6am dah ada 3 lapisan manusia. Cemana nak amek gambo nih?? Tensi ahkak.

Angkor Wat dan bulan di langit
Penuh sesak dengan manusia
Bila tengok orang dah ramai2 camtu mula la rasa rengsa. Nak snap picca sampai kena letak kamera celah ketiak, tepi telinga orang baru boleh. Tu pun nasib la kalo takde setan2 yang tetiba bangun berdiri kat depan kamera menghalang view. Dah la kami berdua ni katik.

Tapi Kak Kiah gigih jugak la bertinjit2 kaki amek few piccas. Yang jadik tah brape je, yang lain mostly blur dan gegaran maksima. Bencis.

Angkor Wat di kala subuh
Apapun malang skali lagi bagi kami. Sunrise tak brape nak ada. Awan tebal noks. Takde rejeki. Takpe lah nak buat guane kite.

Ni je yang dapat. Matahari tak muncul daa..

Tu diaa.. penuh!
Berlapis2 manusia
Untung la sapa yang tonjang2 tu
Kat sini ada jugak orang jual2.. boleh la layan..
Bila dah terang sikit kami pun start masuk ke dalam temple Angkor Wat. Kami ada 4 jam untuk explore seluruh kawasan dalam temple ni.

FYI, Angkor Wat ni dibina pada kurun ke 12 di bawah pemerintahan King Suryavarman II. Ia adalah monumen keagamaan yang terbesar di dunia. Memula masa temple ni dibina, agama masa tu agama Hindu. Jadi Angkor Wat ni dibina dedicated to dewa Vishnu lah. Dalam masa yang sama act as the capital city. Tapi masa hujung kurun ke 12 Angkor Wat telah ditransform kepada temple untuk worship Buddha, sampai la ke hari ni. So sebab tu la banyak ukiran dan patung2 dalam temple ni ada yang melambangkan agama Hindu dan ada yang melambangkan agama Buddha.

Antara kurun ke 16 hingga 19, Angkor Wat ni terbiar kejap dalam hutan takde sapa yang jaga. Ye lah masa ni kan Cambodia dijajah oleh Siam and capital city dah berpindah ke Phnom Penh. Bila Angkor Wat ni didiscover semula, barulah kerja2 restoration dibuat dengan bantuan kerajaan Perancis. Tu pun terhenti jugak la kejap masa perang sivil and pemerintahan Khmer Rouge pada  1970s dan 1980s.

Macam yang Kak Kiah inform before this, kalo boleh seblom datang sini sila lah baca guide book Angkor Wat tu. Sebab dalam tu ada banyak tips and apa2 yang perlu kita lihat atau take note sepanjang tour ni. Kalau tak, kita jalan nonong2 je la tak faham mende. If tak sempat baca, uols boleh jugak hire guide. Diorang boleh explain in details pasal sejarah Angkor Wat ni. Especially cerita di sebalik ukiran yang ada di dinding sekeliling temple ni. Memang menarik.

Anyway, kami tak la amek guide. Takut guide renyah tunggu kami amek masa lama sangat posing je dalam tu hahaha..

Ok meh tengok picca. Memang sakan kami bergambo uols..

Menuju ke Temple

Bahagian depan entrance atau West Gallery. Yang terjuloq tu naga kepala 9.
Masih ada kerja restoration sedang dijalankan di N wing

Bahagian kanan temple atau S wing

Dah ready nak explore? Ayuh ikut langkahku!

Caaakk!
Merenung masa silam
Apsara diukir cantik di dinding
Bas Relief di sepanjang West Gallery. Setiap gallery ada kisah di sebalik ukiran2 ni.

Ni citer pasal perang Kurukshetra antara 2 clans yang bertelagah
Apsara lagi. Ada lebih 2000 ukiran penari Apsara dalam Angkor Wat ni.
Yang ni nampak ketet.. ehek!
Antara gallery dan central sanctuary, ada padang yang memisahkan
Jalan masuk ke Central Sanctuary
Acik posing sakan nampak
Sarangheyo!! eh tetibe..
Aksi prasan kiut

Yang belakang tu adalah library. Kak Kiah umpama student U yang tengah lepak atas padang lepas penat study kat library hehe..

Tengah memikir ape hajat orang2 yang menyusun batu2 ni ek
Tangga dia memang curam gilerrr..
Inilah kulit album baru ahkak! Konsep top of the world kekdahnyer..
Design temple Angkor Wat ni lebih kurang macam temple mountain la. Kat tengah2 central structure ada 5 towers yang berada pada terrace yang tinggi. Setiap tower ni berbentuk lotus bud. Tower yang tengah sekali tu pulak merupakan main temple.




Kak Kiah dan salah satu tower dalam Central Sanctuary

Bahagian dalam Central Sanctuary
Bongkah2 batu yang runtuh dan pecah
Tower

Tangga sini banyak dah rosak so takleh sesuka hati je naik
Nak naik atas ni kena hati2 sebab tangganya curam. Ada limitation brape orang boleh naik atas and ada syarat2 yang kita kena patuhi kalo nak naik. Contohnya takleh rakam video, takleh pakai seksi2, lari terkinja2, makan minum dsb.

Tangga curam untuk mendaki ke tower2 di Central Sanctuary
Tangga kayu digunakan sebab tangga asal memang dah rosak and bahaya

View dari atas

Dari tepi boleh nampak susunan batu2 ni menyenget membentuk piramid

Inilah dia central tower di tengah2 Central Sanctuary. Kat sini diletakkan patung dewa Vishnu.
Pekerja2 sedang membuat kerja restoration

Ukiran2 di sekeliling tower

Ni macam ukiran Hanuman - monkey Gods kalo tak silap

Ukiran Dewata di dinding central tower

Dewata

Dah beribu tahun namun masih terpelihara

Rupa paras di bahagian tengah
View dari sisi

View menghadap entrance. Lihatlah betapa luas Angkor Wat ni. Yang bulat hujung tu adalah balloon air. Boleh cuba naik and tengok view Angkor Wat dari udara.

Kebanyakan statue ni takde kepala. Dimusnahkan sewaktu perang dengan bangsa Cham.

Statue Buddha dilindung 7 kepala ular (legenda masa Buddha sedang bermeditasi)

Lagi ukiran dewata. Tengok ukiran halus kat tepi tu. Memang rumit nak buat.

Lagi statue takde kepala

Boleh amek gambo ngan theyols ni tapi ada kena bayar
View of tower dari bawah
Kawasan luar wall Central Sanctuary di north wing
Laluan keluar
Lepas dah penat naik tangga dan membetis dalam temple ni, kami pun decide untuk keluar dari Angkor Wat. Lagipun masa tu dah kul 10+. Lepas ni nak ke Angkor Thom pulak.

Tapi seblom kuar tu, kami tersangkut pulak kat gerai jual2 kat tepi tasik tu. Si Koh nak beli baju. Kak Kiah pulak nak minum air kelapa. 

Kalo mai sini kena cuba rasa air kelapa dia. Kemain bagak. Kalo musim panas kelapa dia lebih kecik and lebih manis.

Kerusi2 disediakan untuk melepas lelah

Gerai2 jualan

Sesi membeli2 belah. Check out selendang Koh tu. Murah je and cantik.
Sambil2 menunggu Koh, datang pulak orang jual2 souvenirs kat Kak Kiah. Memula tu rengsa la and malas nak layan. Skali tu eh murah pulak harga diorang jual. Harga magnet USD0.50 sebijik. Keychain silver USD2 dapat 6 bijik. Yang keychain pembukak botol pulak USD3 untuk 6 bijik. Tak tunggu apa terus rembat.

Keychain silver dan keychain bottle opener
Fridge Magnet batu
Tapi yang paling tak tahan tu Kak Kiah beli apa tau.. hehe.. sila check out gambar di bawah.

Tro Ou
Inilah namanya Tro Ou, sejenis alat muzik tradisional Khmer. Dari semalam lagi Kak Kiah cukup berkenan dengan bunyi dari benda alah ni. Jadi Kak Kiah beli untuk bagi present kat adik Kak Kiah sebab dia ni memang main muzik and ada band. Harga kat sini ialah USD13 jer.. Ok lah murah sebab semalam masa kat Night Market harganya USD25.

Since pagi tadi masa masuk entrance Angkor Wat tengah gelap, masa on the way keluar tu baru la nampak rupa paras bahagian depan Angkor Wat. Gila bapak luas rupanya Angkor Wat ni ek. Impressive betol.

Tetap la nak snap picca lagi.

The majestic Angkor Wat

Silalah datang ke sini beramai2, anda pasti kagum dengan seni binanya!.. begitu kata KK

Laluan menuju Angkor Wat. Dulu gajah bawak king ikut sini la..

Library di bahagian luar temple

Gate di luar Angkor Wat

Angkor Wat ni kelilingi oleh moat (kubu dikelilingi oleh parit yang digali)
Laluan dari entrance menyeberangi parit
Overall, Kak Kiah memang puas hati dengan tour di Angkor Wat ni. Except tak dapat tengok sunrise cantik, yang lain semua best. If ada peluang explore lagi Angkor Wat ni, Kak Kiah nak je datang semula.

Untuk uols yang nak ke sini, meh Kak Kiah bagi tips:
1. Kalo nak layan sunrise, keluar lagi awal - maybe kul 4.30am dari hotel. Dalam Angkor Wat ni ada gerai2 and space untuk melepak so boleh je solat dalam tu instead.
2. Bawak torch lite.
3. Pakai kasut selesa sebab ada banyak tangga nak panjat.
4. Pakai baju striking so nanti amek gambo menyerlah sikit hehe..
5. Read guide book before hand and note area2 yang menarik dalam temple ni. 
6. Kalau boleh bahagian galeri yang ada bas reliefs tu spend last skali before keluar sebab area ni ada banyak story.
7. Better beli souvenirs kat sini sebab boleh tawar sampai murah2. Kalo pagi2 tu lagi senang nak dapat harga murah.
8. Take note matahari naik dan jatuh kat mana so tau shot mana yang cantik untuk amek picca. Bahagian depan Angkor Wat lebih cantik lepas matahari naik (noon).
9. Standby bateri kamera. Kak Kiah je abis semua bateri lepas kat sini.. punyalah sakan ngambek gambo. 

Lepas kami keluar dari Angkor Wat, terus pergi cari Maliki. Tengok2 tengah sedap membuta dalam tuk2. Tido je keje kau ni. Lepas lepak kejap pekena buah and borak2 ngan abang dia yang nama Salim tu, kami pun menuju ke destinasi seterusnya dalam Angkor Complex ni iaitu Angkor Thom. 

Jommmm!

8 comments:

  1. Wahh bestnya! Tak sabar tunggu habis cerita Cambviet ni hihi tahun depan nk pergi sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo jenis suka sejarah, building dan fotografi memang elok datang sini. memang puas hati laa.. takkan regret punye! huhu

      Delete
  2. Seronok baca coretan KKST , dengan posing posing yang cute cute hahahahhaaa

    Tips No 4 paling saya suka - pakai baju striking nanti gambar cantik hahahahahahah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe baju striking tu sapa tah yang suggest.. KK cilok idea blogger lain jugak. paling cun kaler pink, oren, biru and kuning.. memancar2 nyah!!

      Delete
  3. Pasal baju tu saya setujuuu. Saya dulu pegi pakai warna coklat muda. Tak naik langsung dalam gambar.
    Kalau ada rezeki pegi lagi saya nak pakai baju warna oren, sama dengan sami hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kaler oren memang memancar.. tak kira lah sami pun sami lah..janji cantik dalam gambar kan. KK siap sanggup pegi cari baju ni last minute. nasib jumpa kat giant. kih3x.

      Delete
  4. Gigih betul KK bangun pagi2.Tengok gambar...mmg besar giler Angkor Wat nie...patutla ada pass sampai 1 week. Kalau tgk gambar mmg KK lah nampak terselah berbanding batu2 kat belakang tu...hihihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK kalo kat tempat orang je gigih bgn pagi tengok sunrise. kalo kat umah kemain liat huhu..

      kalo jenis belek2 segala benda dalam angkor wat ni, definitely 1 wk tu pun tak cukup kot. sbb kekadang ada ukiran atau sculptures kat celah2 tiang, tembok, dinding yg significant. kalo jalan lelaju mmg possible akan miss out.

      bab baju tu kalo ikut kan tak mau nye KK pakai kaler camtu kat Msia ni. terlalu menarik perhatian sangat hehe..

      Delete