Monday, June 29, 2015

CAMBVIET – DAY 2: TONLE SAP LAKE

Petang ni kami plan nak memburu sunset di Tonle Sap Lake. Memandangkan matahari jatuh dalam kul 5+pm, kami bagitau Maliki untuk datang pikap kami di hotel dalam kul 4pm. So sementara tu sempatlah kami membuta huhu..

Dalam kul 4pm, kami pun turun. Perjalanan nak ke Tonle Sap amek masa dalam 20 minit.

Memula tu kami cadang takmo amek boat untuk ke Floating Village sebab dengar cite ramai tourist kena scam. Ada yang kena caj mahal untuk rambang bot sampai USD25 per head. Ada yang kena paksa beli beras untuk derma pada orang2 kat Floating Village. Ada yang kena paksa derma untuk budak2 skolah and macam2 lagi. Jadi kami plan nak tengok sunset dari jeti je.

Tapi Maliki cakap kalo dari jeti sunset tak lawa, better amek boat and tengok lifestyle orang2 kat situ. Dia kata kalo kami risau dia akan ikut sekali bagi memastikan kami selamat dan tidak dikencing orang. Tiket pun dia akan belikan so harga cuma USD15 je. Memula tu Kak Kiah still rasa berat hati sebab tatau apa menarik kat sini selain view sunset tu. Kalo nak spend USD15 untuk sunset semata pun cam tak berbaloi je. Tapi pikir punya pikir ok lah kot kena cuba tengok sendiri baru boleh tau apa menarik sini.

Jeti di Tonle Sap Lake
Kalo grup ramai leh naik tourist boat camni

Bot ni lebih kecik
So kami pun setuju amek bot. Masa nak naik bot tu Maliki pesan tunjuk je tiket and jangan berbunyik apa2. Orang tanya angguk je. Rasanya dia bagitau orang jaga tiket tu yang kami ni orang local kot. Hahaha. Jangan ko kelentong diorang cakap kami bini2 ko udah ler Maliki..

Dalam bot tu tak ramai pun. Cuma kami bertiga dan drebar bot ngan pembantu dia. Perjalanan nak ke Floating Village amek masa dalam 10-15 min.

Untuk pengetahuan uols, Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara dan dilisted dalam UNESCO biosphere. Tasik ni unik sebab bila musim hujan, tasik ni akan expand sebab air dari Mekong River akan melimpah naik ke atas. Keluasan tasik masa tu akan bertambah 6x ganda. Bila musim panas, tasik ni akan shrink atau mengecut sebab air akan surut pulak ke Mekong River. Kedalaman tasik akan turun dari 9m ke 1m je.

Map Tonle Sap Lake
Waktu musim hujan, ikan2 di tasik ni tak boleh ditangkap untuk membolehkan ikan breeding dan mating. Antara spesis ikan yang top kat sini ialah ikan putih dan ikan merah. Tapi bila bermula je musim panas dari Nov ke Mei, air akan start surut ke Mekong River dan bermulalah musim menangkap ikan. Orang2 di Floating Village ni majoritinya nelayan berbangsa Khmer. Jadi rumah2 di Floating Village akan bergerak la menurun sama ikut flow air tasik ni and pergerakan ikan2. Kira floating houses tu sume bukan fixed pada satu kedudukan la. Cuma terapung atas tong2 dan tayar2. Dia boleh berubah2 ikut area mana banyak ikan.

Tourist boats

Air agak keruh dan berwarna cekelat

Koh persis datin yang sedang melancong

Bot kecik

Rumah siap ada aerial panjang

Rumah2 di Floating Village

Bot penuh pelancong2 dari India
Bila tengok rumah2 kat Floating Village ni agak menyedihkan gak la sebab kecik giler! Ada yang rumah tu berlumut2. Ada yang luas tu besar2 perahu je. Tapi ada jugak rumah yang siap ada piring ASTRO huhu..   

Selain tu yang menariknya - sekolah, church, balai raya, basketball court, pasar, klinik, kedai runcit semua pun terapung. So diorang kat sini kalo nak bergerak memang pakai perahu. Kira kehidupan mostly memang atas air la. Beranak2 terus dok dalam air. Kak Kiah rasa budak2 kat sini kalo sapa tak reti berenang sure kena kutuk kaw2 punye hihi.. Pastu kalo mak marah je and takut kena pukul ngan mak, terus terjun dalam air berenang gi rumah jiran hehee..

Church

Kat sini ramai orang Khmer berbangsa Kristian

Rumah2 sini banyak dapat bantuan kemanusiaan dari NGO2 seluruh dunia

Rumah yang kanan tu sedihnya tengok.. sarat!
Lagi rumah2

Yang ni rumahnya agak besar

Kalo tercicir barang kat rumah jiran jenuh la nak mengayuh

Balai Raya - hati2 jika boat driver bawak anda ke sini. Tu maksudnya anda akan dipaksa membeli beras.

Sekolah

Kedai runcit

Restoran. Atas tu port untuk layan sunset.

Restoran juga. Kami akan lepak sini.

Kak Kiah sentiasa teruja bila dapat chance tengok sunset
Maliki bawak kami ke sebuah restoran terapung. Kat sini ada port atas bumbung cun untuk layan sunset.

Kat restoran ni boleh la nak minum2 kalo mau. Nak beli souvenir pun boleh jugak. Selain tu ada kandang buaya. Kat sini diorang ternak buaya untuk makan dan kulitnya untuk dibuat barangan kulit.

Matahari sedang nak turun

Kulit buayah

Kandang bela buaya
Kak Kiah & Koh pun chillax2 je atas bumbung restoran tu layan view. Memang cantik Subhanallah pemandangan kat sini..

Floating houses

Mendamaikan jiwa

Menanti turunnya mentari ufuk barat.. ecehh..

Guna besen sebagai mode of transportation

Budak kecik dan ularnya
Budak ni datang restoran ni untuk mintak sedekah dari tourist. "Kalo takmo bagi duit, aku campak ular ni kat ko!" hehe agaknya macam tu la kot dialognya..

Sunset view at Tonle Sap memang cantik

Matahari sudah mau bersembunyi

Moh la balik umah.. dah malam nak..
Peaceful
Kak Kiah melayan perasaan jiwang
Lepas puas mencuci mata, kami pun beransur pulang.

Yuk pulang!

Floating village di kala senja

Wajah gembira Koh dapat enjoy sunset view yang cantik

Remang senja di Tonle Sap
Warna2 cantik di langit
Lovely

My silhoutte
Kembali ke jeti
Overall, memang puas hati la sebab view cun gilak. Kalo tanya Kak Kiah berbaloi tak mai sini? I would definitely answer yes! Mahal sikit tapi pengalaman kita tengok depan mata lifestyle penduduk2 kat sini memang worth la. Plus insaf gak tengok kesusahan hidup diorang and risk2 yang diorang kena hadapi macam serangan buaya, banjir, penyakit dsb. Nak idop punya pasal kan. Kalo suh diorang dok kat darat mesti tak betah agaknya. Kak Kiah rasa kalau dapat dok semalam kat floating houses tu mesti lagi best. Nak tengok tahan ke tak tahan membuang direct ke sungai huhu..   

Anyway, sapa yang ke Siem Reap please include this destination in your itin list. Make sure kawtim dengan guide atau tuk2 driver so diorang ikut skali masa tour tu. And make sure stay sampai sunset ok. Rugi kalo balik awal.

Lepas ni kami nak dinner and then ke Pub Street (again!) untuk berjimba ria!

To be continued..

9 comments:

  1. Assalamualaikum,,,,, cantknya suasana. Tenguk kandang buaya.... agak2 kalau tergelincir masuk situ huhuhu mesti kena ngap agaknya.... huhuhu terfikir yang bukan-bukan lah pulak huhuhu. Suasana yang sungguh menginsafkan melihat kehidupan mereka. Bersyukur sangat dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. huhu buaya dia comel2 je ada la semeter je panjang sebenarnya hihi.. anyway, KK masa kat sini mmg byk menginsafi diri. memula je dok euww euww bagai bila tengok diorang makan ular, biawak, buaya, cengkerik etc. lepas tu baru faham rupanya bila dah idop susah, apa je ada depan mata belasah je makan untuk survive. kita ni bukak puasa pun penuh meja pastu buang2 kan huhu..

      Delete
  2. Masa saya pegi dulu kan, saya dengan kawan2 dok la snap gambar budak dengan ular tu.
    Pastu dia mintak duit. Bila kitorang buat taktau dia punya marah.
    Last last sorang member saya hulur 1USD. Tu pun dia dok pot pet. Katanya sorang kena bayar 1USD. Sabar je laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke? hihi nasib baik KK kat rooftop masa tu. amek gambo pun curik2 ahaha. kalo tak merasa la kot kena carut bahasa khmer. itu pun KK ada nampak muka dia bengang masa cakap2 dengan tourist kat bawah. ingatkan dia marah sbb orang tak sedekah.

      Delete
  3. Kalau guide ikut, kita kena support ke tambang dia? or dia free? Kalau terjatuhla kat kandang buaya tu, kenduri makanlah gamaknye. Nice view sunset !

    ReplyDelete
    Replies
    1. guide free je. dia kawtim sendiri ngan drebar bot kot. view kat tonle sap ni memang mengasyikkan. KK dalam dok cuci2 mata sempat come out dgn satu ilham novel bertajuk CINTAKU BERTAUT DI TONLE SAP kekekeke...

      Delete
    2. wah tajuk best tu... KK tulis lah... mana tau nanti leh jadi drama lah pulak...

      Delete
  4. Tq info yg sgt berguna.nak ke siem reap early august ni. Mmg nak ke Tonle Sap selain Angkor Wat. Sblum ni masih terfikir2 apa yg menarik kat tasik ni,skrg dah terjawab ��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ur welkam Tina. So how's your trip? Kalo ada blog meh share sini. Bole gak KK tumpang ubat rindu..

      Delete