Monday, February 4, 2013

BANDUNG – DAY 1 – DAGO

Since Bandung ni waktu dia lambat sejam dari Mesia, waktu Subuh pun awal la. Kul 6am dah habis waktu. So gagahkan diri bangun walopun tak cukup tido.

Asalnya plan hari ni nak ke Tangkuban Perahu n Kak Kiah dah book supir 1 hari melalui Kak Lina jugak. Janjinya kul 8am, so dalam kul 7am tu kami sume dah bersiap2 la nak bekfes dulu. Bekfes provided by the hotel ye.

Bekfes
Masa tengok food ni kan, Kak Kiah punye la rasa heran. Nasik putih, lauk kubis, keropok n popia? Itu je? Mana nak kenyang cam ni.. Skali tu bila masuk mulut, wahhhh sedap kauuu!! Konsep bekfes ni vegetarian tapi seriyes emang enak banget. Nampak je tak menyelerakan tapi rasa dia best. Nasik dia pun lain macam tapi lagi sedap dari nasik kat Msia.

Lepas bekfes, Kak Kiah pun ronda2 jap hotel amek piccas. Not bad gak la hotel ni. Dari luar nampak cam cikai je, bila masuk rupanya besar gak. Hiasan pun not bad. Kat sini harga bilik deluxe Rp225,000 (RM75), triple Rp350,000 (RM118). Ok la murah, basic je lagipun kita bukan dok bilik sangat kan. Location wise sangat strategik sebab walking distance to Pasar Baru n depan tu leh amek Angkotan untuk ke Dago atau Riau.
Inside Patradisa
Triple Room
Bila dah kul 8am, bayang supir tak nampak2 lagi. Last2 Kak Kiah gi tanya budak receptionist suruh check ngan Kak Lina. Rupanya again, salah tarikh! Kak Lina ingat Kak Kiah amek supir tu esok. Eeeeeee memang haram jadah tol tau. Again mencarut lagi Kak Kiah dibuatnya. Terpaksa ubah plan hari esok ke hari ni. Buat spoil mood orang betul la.. Haii.. nasib baik la budak kaunter tu asek senyum je. Nak marah pun tak sampai hati.

Anyway, budak kaunter tu cakap bilik triple untuk kitorang dah redi, which is kat ground floor facing the garden. Nanti diorang akan pindahkan beg2 kitorang ke bilik baru.

So, kitorang pun kuar la dari hotel nak ke Dago. Memula tu ingat nak pegi cari convenience store sebab nak beli sim card indon. Ye lah dari semalam sampai tak calling2 pun family kat Msia. Takut diorang risau lak kan. So kitorang pun tanya2 orang and menapak punya menapak sampai la jumpa cam 7-11 kat area Braga. Punyelah jauh tersasar. Sampai kat kedai tu pulak katanya tak jual sim card. Budak tu pun macam tak faham apa yang kitorang cakap kan. Aiyooo tensen Kak Kiah dibuatnya..

Last2 kitorang pun amek cab Gema Ripah nak ke Dago. Kalo kat Bandung ni digalakkan naik cab Blue Bird la sebab lebih murah n ikut meter. Masa ni agak bongok gak sebab tak tau cab Blue Bird tu macamana rupanya. Dah nama Blue Bird, Kak Kiah assume kaler biru la kan. Tu yang terus tahan cab tu. Rupanya Gema Ripah. Gema Ripah ni tambang minimum Rp15,000. So kalo perjalanan kurang pun tetap kena bayar Rp15,000.

Menuju ke Dago - shopping area yang best!
Bila dah sampai Dago tu kitorang pun tercangak2. Mau tak, FOs kebanyakannya bukak kul 10am. Yang kitorang ni kul 9am dah sampai. Haha. So kitorang menyusur je la sepanjang Dago tu dok usha2 mana FO yang bukak dulu.

Memula gi The Glow, cuci2 mata je dulu sebab baju dia biasa2 je. Then pergi Jetset, Episode, Nike Factory Store & Level. Ha masa kat Level lah paling sakan Kak Kiah memborong. Mana taknya diskaun 50% gitu. Baju pun cantik2 tau.


Agak2 dah tengari kitorang naik Angkotan untuk ke Restoran Simpang Raya untuk lunch, hujung je Jalan Dago (sebelah FO DSE). Naik Angkotan ni Rp3,000 sorang. Kelakar jugak naik Angkotan ni. Macam naik van takde pintu. Kemain laju drebar tu bawak. Jalan kat Bandung ni semedang je jem, penuh sesak ngan keta n motor. Tapi amazingly driver2 diorang memang sangat cekap. Respek gile Kak Kiah rasa. Ada time tu kitorang nak lintas jalan tapi takut sebab keta non stop lalu lalang. Last2 ada makcik tu tolong kitorang. Dia lintas je sambil tangan buat sign tahan, otomatik keta sume slow down. Wah impress tul Kak Kiah tengok dia.

Angkotan
Lunch di Restoran Simpang Raya, Dago
 
Restoran Simpang Raya ni masakan padang. Lauk punye lah banyak. So kalo tanak kena caj melampau, pick lauk yang betul2 kita nak makan je lah ye. So kami decide amek lauk paru goreng, terung berlada, dendeng berlada, ayam kari, sayur campor n gulai kering kambing. Air lak Kak Kiah order jus alpukat. Fuiyoo memang sedap ok! Memang masakan padang ni taste Kak Kiah. Total bil Rp170,500 (~RM57). Erk!! Mahal kan? Memang makanan kat Bandung ni bole tahan mahal la actually. Kena lak kami ambik lauk pun banyak sebab lapo nye pasal. Tapi takpe lah kita bab2 makan ni jangan berkira, asalkan sedap dah alhamdulillah..

Lepas lunch kami pun kuar nak merayap gi FO lain kat Dago tu. Before that singgah kiosk depan restoran tu sebab nak beli sim card. Rupanya kat sana diorang panggil sim card ni ‘kartu perdana’. Loh patut la awek 7-11 tadi tak faham kitorang cakap apa haha. Kartu perdana ni sekeping Rp5,000. Kak Kiah beli jenis simPATI. Kalo calling2 Msia caj Rp660/min, internet Rp5,000 sehari, unlimited speed 384.

Then kami pergi ke FO Gossip. Kat sini banyak baju cantik2. Selain dari tu kami pergi ke FO Blossom, Rich n Famous, Grande n Glamour. Banyak jugak Kak Kiah beli rupanya, walopun asalnya niat takmo bersoping. Total 6 blouse, 1 jeans & 1 t-shirt semua untuk diri sendiri, buleh gitu? Untuk orang lain Kak Kiah x beli apa pun kekeke… Tapi baju2 kat sini memang banyak taste Kak Kiah. Kak Kiah suka blouse labuh tapi ada shape. Sesuai la kan untuk kita yang bertudung. Kain-kain dia pun berkualiti n jahitan kemas, sedap pakai la.. Sebelum datang Bandung ni, Kak Kiah puasa shopping tau xde beli baju ke apa. So masa ni la nak hadiahkan diri sendiri kan (alasan haha)..

Kak Kiah n the girls - sakan bersoping
Pas tu kami ke Donatello. Kasut kat sini memang cun2. Cikgu2 berdua tu sakan soping kasut. Nasib baik la Kak Kiah ni tak gila kasut, so selamat la rupiahku dari lebur di sini. Selain kasut, henbeg pun cantik2 gak. Opis mate Kak Kiah ada kirim belikan henbeg. Tapi sebab Kak Kiah buta brand, tak sure plak nak beli brand Donatello ni. Kot la tak kelas ke kan huhuhu..

Dah kul 5+ baru kami bergegas nak balik. Mana taknya, tak solat lagi! Maghrib sini masuk awal, dalam 5.45pm. So bila nampak je cab CIPAGANTI, kami pun terus tahan sebab time peak hour orang balik keje kan macam susah la nak dapat cab. Cab ni mahal tambangnya Rp20,000. Tapi redho je lah kan, nak cepat nye pasal.

Pengemis kanak2 di tengah hujan lebat
Masa ni ujan lebat. Jalan pulak jem. Masa cab ni benti kat trefik light, ada satu grup pengemis kanak2 datang ketuk2 tingkap. Drebar teksi tu kata jangan bagi sebab kang lagi ramai datang serbu. Kesian Kak Kiah tengok. Ye lah hujan lebat tu.. Memang tatau nak describe lah perasaan Kak Kiah tengok senario sebegini.

Sampai je kat hotel, bergolot memasing semayang. Terus je lah jamak maghrib isyak pastu. Malam ni Elly n Shikin macam malas nak kuar makan. Kaki sakit sebenarnya menapak sepanjang Jalan Dago tu huhuhu.. So kitorang tanya adik kaunter tu bole order nasik tak. Dia kata tukang masak takde, gi kuar balik lambat sikit maybe kul 8-9pm camtu. Tapi dia cakap kat hujung Jalan Wastu Kenchana ni ada BMC, tempat makan yang paling dekat.

So nak tak nak, walopun betis memasing dah kejang, kami menapak la ke BMC. Tak la jauh pun, dalam 10 min jalan dah sampai dekat belakang masjid. Tapi sepanjang perjalanan ni kurang lampu jalan, so agak scary gak lah.

BMC ni actually Bandung Milk Central, pusat pemprosesan bahan tenusu kat Bandung masa zaman Belanda. Now tempat ni dah direnovate jadik restoran. 

BMC
Untuk dinner Kak Kiah n Cikgu Shikin order Nasik Goreng Kambing. Cikgu Elly order Bebek. Minuman kami bertiga order Teh Botol. Seriyes cakap memang sedap kesemuanya. Kak Kiah rasa orang2 kat Bandung ni memang terer masak kot, sume masakan Kak Kiah suka n makan sampai licin!

Our dinner
Tengah2 makan kami disapa oleh sorang awek ni. Rupanya dia ni org Pahang, buat industrial training kat BMC. Namanya Dayah. Very peramah. Kesian dia sebab dia sorang2 je budak Msia kat sini. Tu yang excited bila jumpa kami. Dayah ni amek kos Food Science kat Universiti of Malaysia Terengganu. Tapi dia nye training dah nak abis dah. Minggu depan dah nak balik Msia. Walopun baru few months kat sini, slang Indon pekat okeh! Kak Kiah hampir2 tak pasti dia ni orang Msia ke orang Indon asalnya tadi huhuhu..

Banyak gak kami sembang. Dari pengalaman dia dok sini sampai la ke citer antu Indon haha. Sempat gak kami pelawa dia join kami soping kat Pasar Baru nanti. Ye la, dia kan dah macam penduduk sini dah. Tau mana kedai yang best, jadi maybe leh la bantu kami membargain harga murah. Sebelum balik, kami bertukar2 no hp. Senang nanti apa2 hal leh roger2..

Us with Dayah
Dekat kul 10pm baru la kami balik. Sampai je hotel kengkawan berdua tu dah melepek nak tido. Kak Kiah pulak bergayut tipun boipren bagi laporan (masa ni lom break lagi huhu). Lepas tu dok buat kira2 n get redi planning untuk esok. Kalo boleh tanak la esok punye plan kacau-bilau macam hari ni. Bila dah buat semakan rupiah, wah untuk hari ni je Kak Kiah dah belanja almost RM180! Gila babas Kak Kiah soping rupanya.
Antara hasil rampasan hari pertama
Kat kul 1am baru Kak Kiah lelap. Tu pun asek terjaga bunyi bising orang tingkat atas hempas toilet seat cover la, seret kerusi la.. Haishh..

3 comments:

  1. opss..kat entri dh letak rate guesthouse per night...hehehe..

    Woow banyak sopping...JM pun kaki soping..hik..hik..hik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KK sebenarnya bukan kaki soping. seriously. tp ntah ngape disampuk penyakit minat bersoping lak kat bandung hehe.. tableh tahan woo baju lawo2..

      Delete
  2. Salam...numpang duduk akak :)
    Jom pegi bandung 235rm per person for 4day 3 night (*included hotel and transport)

    Tentative Program
    Day1
    *Tiba kat Bandung
    *Pasar Baru trade center
    *Lunch & Check in Hotel
    *Toko Tiga ( Branded Jeans )
    *D'fashion factory outlet kain potong
    *Membeli-belah di Factory Outlet
    At Jalan Riau (Heritage,Cascades,The Summit, For Men, The Stamp,Terminal Tas, dan The Secret )
    *Dinner dan kembali ke Hotel

    Day2
    *Gunung Tangkuban Parahu
    *Ciater Hot Spring
    *Kebun Strawberry and tea park
    *Membeli-belah di di Rumah Mode & Cihampelas Jeans Centre
    *Membeli-belah di Jalan Dago (Grande, Episode, Edward Forrer, gossip,level, etc)

    Day3
    *kawah putih crater/trans studio indor themes park
    *rumah kain sulam kat taman kopo
    *cibaduyut-shoes and jacket leather original
    *factory outlet area riau street macam the secret, heritage,oases, etc

    Day4
    *check out hotel
    *Oleh-oleh Bandung (cake Lapis, Brownies, Kartika Sari and Amanda)
    *paris van java shopping mall
    *Airport transfer

    Hotel facilities:
    - Ac
    - Free Hot spot / wi fi
    - Cable-Tv
    - Breakfast
    - Hot & cold water
    - Free parking

    transport facilities:
    - bole di gunakan dari pukul 8 pagi hingga pukul 10 malam
    - include petrol / minyak
    - include parkir
    - include driver berpengalaman dan bisa bahasa melayu


    Term and condition
    *included transportation for 4day3night type kereta 7seater all included
    *included 3 room deluxe ~king bed size hotel 3star also include free buffet breakfast
    *rate is not included entrance fee
    *Tentative bersifat Free & Easy, program boleh diubah mengikut keadaan semasa
    *rate 6 pax~235rm per person
    kalau 4 pax~275rm per person
    kalau 2pax~395rm per person
    *not included lunch and dinner
    *not included ticket flight and airport tax
    *we dont need deposit~all payment at last day in bandung

    sila contact kami tuk sebarang pertanyaan di :

    Call +62 88 1205 7848 (Mohd Irsan)
    Whatsapp / LINE +62 838 2178 9103
    Email : touramanahbandung@yahoo.com
    Bandung-indah.blogspot.com
    facebook.com/bandungamanah
    Bandung Amanah Tour & Transport

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.