Monday, February 4, 2013

BANDUNG – DAY 2 – TANGKUBAN PERAHU

Hari ni plan kami ialah melawat Tangkuban Perahu and then soping di area Setiabudi & Riau.

Bekfes for today
Before kuar, kami bekfes dulu. Hari ni bekfes megi goreng, nasik putih, telur dadar n keropok. Again foodnya tersangat lah sedap walaupun dari rupa zahir kurang menyelerakan. Rasa Kak Kiah la, maybe sebab padi kat sini tanam kat tanah subur bekas gunung berapi kot.. tu pasal rasa nasiknya memang marbeles. Kak Kiah loikkeee... 

Masa bekfes tu ada sorang makcik ni datang join kami. Nanny namanya. She’s about 50s n from Kuantan, tapi kepala memang gile2. Dia datang ngan member dia satu family. Beriye interbiu kitorang sebab nak match kan ngan anak bujang dia haha.. Siap amek no tipun lagi. Nanny pesan masa pegi Tangkuban Perahu tu hati2 ngan penjual2 kat sana sebab diorang akan paksa kita beli souvenir2 kat sana ngan harga melampau mahal.

Lepas bekfes tu sementara tunggu supir datang, Kak Kiah call Kak Lina nak komplen hal reservation hotel tu esp untuk final day nanti yang kitorang kena pindah masuk bilik deluxe tu. Kak Kiah cakap kalo tak dapat bilik triple, kitorang nak move out pegi hotel lain. Ye la, where got road Kak Kiah kne tido atas simen lagi kan? Pas tu bersungguh dia apologize. Dia ngaku la mistake dia sebab tak dabel cek my email. Terus Kak Kiah tak jadik nak maki. Haii.. nasib baik la Kak Kiah ni hari ni mood ok sket. Kak Lina kata nanti dia cuba deal ngan hotel nak dapatkan bilik triple for us.

About 8am, supir kami pun sampai. Namanya Darso. Kak Kiah ingat dia ni pakcik2 tua ke, skali tu muda uols! Hensem manis orangnya huhu. Memang peramah habis Pak Darso, sweet talker lak tu. Tapi awas dah kawin tau. Kami book dia untuk 12 hrs – Rp400,000 (RM135). Kereta nya pun besar, bersih n selesa.

Destinasi hari ini - Tangkuban Perahu!
Tangkuban Perahu ni located belah utara sket dari Bandung, about 1 hr journey. It’s actually kawah gunung berapi, last erupted in 1959. Kalo tengok dari jauh memang nampak macam perahu yang tertangkup. Sepanjang perjalanan Pak Darso bukak citer pasal legenda Tangkuban Perahu ni. Kisah pasal Dayang Sumbi yang awet muda bercinta ngan anak yang terpisah ngan dia sejak kecil, Sankuriang. Sankuriang ni plan nak kawin ngan Dayang Sumbi. Sekali tu Dayang Sumbi ternampak tanda lahir kat Sankuriang ni. Maka tahulah dia Sankuriang tu sebenarnya anak dia. Untuk tolak pinangan Sankuriang, Dayang Sumbi mintak Sankuriang buatkan satu perahu besar dan terusan sungai sebelum matahari terbit. Maka gigih la Sankuriang ni bina perahu n terusan dengan bantuan ‘buta hejo’ (gergasi kaler ijau). Panik tengok Sankuriang almost complete, Dayang Sumbi suruh hamba2 dia tebarkan kain sutera merah kat kaki langit untuk tunjukkan Sankuriang yang matahari dah terbit. Maka mengaruk la Sankuriang lalu dia sepak perahu n terusan yang dah dibina, maka tertangkuplah perahu tu n banjir la kawasan. Selamat lah Dayang Sumbi dari kawin ngan anak dia sendiri.

Perjalanan ke Tangkuban Perahu ni akan melalui jalan-jalan kampung and mendaki bukit. Pemandangan sepanjang tu memang cantik sangat, macam gi Cameron Highland la... ada kebun sayur, kebun stroberi n ada tempat2 jual kelinchi (arnab), either jual hidup or dijadikan sate.
Semakin dekat nak sampai Tangkuban Perahu ni makin kuat bau kentut. Haha. Actually ni bau belerang atau sulfur. Dah dekat2 tu dalam hati dok baca ayat Kursi banyak2. Kak Kiah ada dengar gak pasal penjual2 souvenir kat Tangkuban Perahu ni macam ada mandrem lah, do not look them directly in the eyes sebab ramai pelancong dah terkena, jadik bodo tetibe. Diorang punya trick kekadang tolong explain pasal tempat ni, or amekkan gambo. But lepas tu diorang akan follow kita n paksa kita beli barang diorang. Kak Kiah harap sangat trip kami ke Tangkuban Perahu ni bebas dari anasir2 yang tak best ni.

Untuk masuk Tangkuban Perahu, tiketnya ialah Rp50,000 sorang. Parking satu keta Rp15,000. Bila sampai2 je kat sini, wahhhhh subhanallah.. cantiknya!! Walaupun masa tu agak berkabus and cuaca sejuk, tapi pemandangan memang awesome okeh.
Orait jom layan piccas..
 









Alhamdulillah sepanjang kami kat situ, xde satu pun penjual2 tu berani dekat. Maybe diorang tau yang kami tau trick diorang huhu. Maka dengan gumbiranya kami buat hal kami berposing sakan ngeh3x..

Dah penat jalan, singgah kedai beli air. Kat sini kenal antara minuman femes kat Bandung ni – ‘bandrek’ atau teh halia, n ‘bajigur’ iaitu santan kelapa letak gula merah rasa cam kuah pengat. 
Kat Tangkuban Perahu ni ada banyak gak kedai2 yang jual cenderahati. Kawan Kak Kiah ada kirim belikan bekas nasi yang dianyam pakai mengkuang tu. So Kak Kiah beli kat sini je untuk dia sebab dia kata kat Pasar Baru tak jual. Cikgu Elly beli satu untuk mak dia.

Lepas puas merayap, kami pun bergerak nak ke Kg Daun lak untuk lunch. Ok jumpa di next entry!

9 comments:

  1. Wah enjoy nyer :-), wah ada org nk ambik kak kish buat menantu hik hik hik. Ingatkan ada gambo pak darso yg ensem tue :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe gambo pak darso tunggu next entry.. sabarrr.. huhu

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. manisnya kak kiah..hehehe..tak heran la ada org offer nk wat menantu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. potoshop nih tu pasal nampak manis kakakaka..

      Delete
  3. Salam Kak Kiah.. caner nak booking Pak Darso supir tu.. ada contact number or apa2 tak.. tima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisehmen.. KK takde contact dia. cuba try tanya kak lina. contact no kak lina ada dalam page summary bandung kot.

      Delete

Note: Only a member of this blog may post a comment.