Hehe.. hari ni Kak
Kiah nak sambung cerita. Sebenarnya lama terhenti sebab agak bizi. Tapi
memandangkan blog ni telah dilink ke forum CARI (tenkiu azra!), rasa cam zalim
bin kijam lak kalo biarkan blog ni bersawang lama2 kan.. huhuhu..
Untuk hari ke 6 ni Kak
Kiah punya plan ialah shopping & free n easy. Kalau ikut plan asal, hari ke
6 ni asalnya nak ke Suwon yakni Korean Folk Village & Hwaseong Fortress.
Tapi memandangkan Suwon ni luar dari Seoul, perjalanan amek masa sikit so Kak
Kiah rasa takut tak sempat nak bersoping di Namdaemun. Makanya plan Suwon
terpaksa dibatalkan dengan rasa pilu.
Alhamdulillah cuaca
hari ni agak baik. So about 9am Kak Kiah dah kuar dari guesthouse dengan
cerianya. Namdaemun Market ni satu station je dari Myeongdong, kira tak jauh la.
Kalo nak membetis boleh gak tapi Kak Kiah jalan pun dah macam OKU terhencot2,
tak sanggup rasanya nak mengazabi kaki sendiri.
Untuk ke Namdaemun ni
kena amek Line 4, berhenti kat Hoehyeon Station exit 5. Tempat ni dibukak
seawal 7am sampai lewat petang, tutup hari Ahad. Kat Namdaemun Market ni macam2 ada – souvenir,
pakaian, makanan, barangan dapo – murah2 n melambak2 gitu esp kat bangunan
E-Lengdang. Kira kalo datang Seoul mesti datang tempat ni la kalo nak soping
souvenir.
Kuar je dari Exit 5,
Kak Kiah ala2 tercangak kejap. Dalam direction kata nak ke E-Lengdang ni, kuar
je exit belok kanan jalan sikit nampak bangunan kaler hijau oren. Kak Kiah pun
dengan memandai2nya kuar dari exit tengok ada pintu gerbang, terus ke kanan.
Jalan punya jalan sampai ke hujung tak nampak langsung bangunan kaler hijau.
Rupanya Kak Kiah salah belok kanan. Sepatutnya kuar je dari Exit 5 tu (exit ni
menyenget tau), terus je ke kanan atau dengan erti kata lain ke belakang la.
Hehe simple punye direction pun tak faham2.
 |
| Namdaemun Market |
So memula tu Kak Kiah
tak jumpa gak bangunan E-Lengdang ni. Sampai berpusing2 merayap kat kedai2 kat
bawah tu. Mata pulak ghalit dok tengok memacam barangan yang dijual.
Kebanyakannya jual baju2 winter. Murah ok. KRW10,000 boleh dapat baju sejuk
cantik2 kat sini. Scarves and mafla cantik2 pun murah je dalam KRW4,000.
Jalan
punya jalan akhirnya terpandang tulisan E-Lengdang kat satu pintu ni. Toleh
atas, eh kaler hijau! Ooo ni rupanya bangunan yang femes tu. Akhirnya jumpa jugak.
 |
| E-Lengdang |
Dengan penuh
bersemangat Kak Kiah pun naik la nak tuju ke 2nd floor sebab ada jual brooch.
Kak Kiah ada la bawak alamat satu kedai ni katanya ahjumma tu jual brooch
murah2. Sekali tu eh sesat lagi. Ntah level berapa yang Kak Kiah naik, sekali
tengok tempat jual bunga2an. Rupanya terlajak satu floor. Turun bawah balik.
Bila dah masuk tempat jual brooch tu kan – omak aiiiiii... banyaknya kedai!!
Kedai ahjumma tu no 209. Tapi masa Kak Kiah masuk tu tak nampak langsung no
kedai 200+. Last2 Kak Kiah mintak tolong sorang ahjussi tu owner salah satu
kedai situ nak tanya kat mana kedai no 209. Punyelah baik ahjussi tu siap pegi
call no ahjumma kedai 209. Pastu dia kata tunggu kejap nanti satgi ahjumma tu
datang jemput. Wah! Terharu Kak Kiah uols. Tak sampai 5 minit, ahjumma tu pun
datang. Rupanya kedai dia nun hujung kat belakang. Serious memang besar gile
tempat ni.
Tengok kedai ahjumma
ni alah kecik je rupanya. Muat2 duduk 2 orang je. Tapi barangannya wowww
sungguh menarik uols! Brooch n gelang dia memang cantik2. Ahjumma ni pun baik,
Kak Kiah baru je duduk dia dah bagi kopi n kuih korea yang bentuk ikan isi
kacang hijau (tatau nama). Punyalah bagus servis dia. Masa tu dah terasa2
bagaikan bakal mengalir deras duit won ku di sini hahaha..
 |
| Santek-santek semuanyeee... |
 |
| Ahjumma Chung Cho #209 |
Seperti yang dijangka,
memang banyak Kak Kiah memborong kat sini. Actually Kak Kiah ni bukan jenis
pakai gelang. Tapi sebab ahjumma ni pandai memujuk dan mensaiko, Kak Kiah tewas
uols.. tewas!!!
Lepas tu Kak Kiah
merayap lagi kat E-Lengdang ni cari souvenir lain pulak. Memula tu ingat nak
beli keychain ke, fridge magnet je ke.. sekali tu bila dah nampak souvenir
cantik2 mulalah datang perasaan tamak nak beli semua. Rambang mata nokkk..
Bila dah mula risau
takut melepasi bajet, akhirnya Kak Kiah pun kuar dari E-Lengdang. Nak merayap
kat luar pulak. Konon nak kawal napsu soping kan. Huh hampeh! Nampak t-shirt
korea, beli. Nampak kedai k-pop, masuk beli lagi. Beli scarves, beli baju sejok.. haiyyaaaa.. Tangan sampai penuh ngan beg plastik. Ni baru jelajah ¼ je
dari market ni, kalo cover semua ni tatau la apa benda lagi yang Kak Kiah beli
lagi.
Masa tengah syok2
jalan cuci2 mata tengok barang2, sekali tu dengar ada orang jerit “Apa khabar,
apa khabar”. Kak Kiah toleh tengok ada la mamat korea kat satu stall ni suh
datang dekat. Rupanya stall ni ada jual honey candy yang famous tuh. Mamat
korea tu boleh cakap melayu sikit2. Punya lah laju dia bercakap nak promote
honey candy dia, sambil2 tu dia demo la cemana nak buat honey candy tu. Sekotak
harganya KRW5000 untuk almond & peanut. KRW7000 untuk coklat.
 |
| Honey Candy |
 |
| Oppa comel menunjukkan cara-cara membuat Honey Candy |
Since honey candy ni
termasuk dalam list ‘must try’ Kak Kiah, dan juga mamat korea itu begitu comel
sekali, maka Kak Kiah borong 5 kotak terus perisa almond, coklat & peanut
hehe.. Mamat korea tu siap cakap “aku cinta padamu”, mau tak cair.. Kalo dia
kata “sudikah jadi isteriku?” memang Kak Kiah borong semua kotak agaknya
kui3x..
 |
| Kak Kiah sakan bersoping |
 |
| Antara souvenir yang dibeli untuk kengkawan n family |
Masuk kul 12pm, tengok
tangan pun dah penuh ngan barang2, akhirnya Kak Kiah balik ke guesthouse. Lepas
semayang n lunch, Kak Kiah kuar balik nak merayap Myeongdong pulak.
 |
| Myeongdong |
Lepas tu Kak Kiah
‘terrrrrr’masuk Nature Republic. Hahaha ni sume Jang Geun Seuk punye pasal. Tak
memasal Kak Kiah ‘terrrrrrr’beli BB cream pulak. Kat Msia haram tak pakai
segala menatang krim, datang sini reti pulak beli krim. Harga KRW25,000. Tapi
memang best krim ni. Serta merta nampak kulit muka jelita tau.
 |
| Tanda sokongan padu terhadap kekasih tersayang kekeke.. |
Kak Kiah jalan kat
Myeongdong tu laju je sebab risau duit mencurah2 keluar. Asal masuk je kedai,
pasti beli. Kuar je kedai, menyesal.. hehe.. Tapi seronok gak soping kat sini.
Kebanyakkannya barangan kosmetik la yang best. Facial mask, BB cream, snail
cream antara bende yang orang selalu beli kat sini.
Dah penat jalan, Kak
Kiah singgah stall ni ada jual teobokki. Bende ni Kak Kiah selalu sangat tengok
dalam drama Korea. Teringin nak rasa. Kak Kiah beli semangkuk je teobokki
KRW3000 & semangkuk lagi twigim KRW3000 gak. Lepak tepi jalan makan sambil
cuci2 mata. Cuaca lak masa ni dah start sejuk, memang best la makan panas2 ni. Anyway
punyelah jenuh nak habiskan. Banyak okeh! Teobokki ni memang pedas giler tapi
sedap. Last2 Kak Kiah bungkus je bawak balik. Memang senak perut kalo nak
habiskan.
 |
| Teobokki yang femes di Korea |
Lepas tu Kak Kiah
merayap lagi sampai ke Namdaemun. Eh Namdaemun lagi? Hehe sebenarnya Kak Kiah
terlupa nak beli kimchi, kawan Kak Kiah kirim.
 |
| Kimchi yang pelbagai - 1kg KRW10,000 |
Namdaemun Market ni petang2 pun
ramai je lagi orang. Kali ni Kak Kiah banyak merayap kat food area. Seronok
tengok macam2 makanan diorang.
 |
| Namdaemun Market - masih sesak dengan manusia walaupun dah lewat petang |
Kesimpulannya kalau nak pergi Namdaemun Market,
definitely seharian kat sini memang best. Macam2 ada.. Tapi duit kalo ada
lebih, laaaagii best!! Hahaha..
Habis merayap tengok
jam dah dekat kul 5.30pm. Kak Kiah pun terus gerak ke destinasi seterusnya -
Yeouido Park naik cruise uols!! Ok see u next entry..