Tuesday, January 29, 2013

SEOUL DAY 7 – CHANGDEOKGUNG PALACE

HAPPY BIRTHDAY TO YOU!!
SAENGIL-CHUKA-HABNIDA!! 

Ahahahaha... selamat harijadi yang ke 37 buat diri sendiri! Kak Kiah rasa sangat happy sebab dapat celebrate besday kat sini. Ye lah, sejak beberapa tahun kebelakangan ni besday Kak Kiah sendu je. Sebab tu tahun ni memang sengaja Kak Kiah plan trip ni supaya dapat celebrate bday kat Seoul. Hadiah untuk diri sendiri. Nak harap orang bagi hadiah bila dah tua bangka ni macam kirim salam lah kan. So sapa lagi yang kita nak harap untuk happy kan diri kalo bukan kita sendiri kan?

Anyway, dengan menjejak usia ke arah penghujung 30an ni, Kak Kiah bersyukur sebab masih diberi rahmat Allah atas kesihatan yang baik, kehidupan yang baik walaupun sederhana. Semoga Kak Kiah ada rezeki lagi lepas ni untuk melihat lagi luasnya bumi Allah ni. Bab kahwin beranak bercucu bagai, Kak Kiah takmo pikir kan sebab rasanya dah kertu dah.. Tak kuasa nak mikir.. Apa yang Allah dah bagi ni pun cukup baik untuk Kak Kiah, alhamdulillah bersyukur sangat2.. 

Anyway untuk hari ni sebelum berangkat pulang ke Msia, Kak Kiah nak pegi Changdeokgung Palace. Kak Kiah dah buat online reservation untuk Secret Garden Tour kul 10.30am. So pepagi lagi Kak Kiah dah bangun sebab nak setelkan packing. Seram jugak tengok barang2 sendiri. Tak tau la berapa kg kena ni nanti. Setel je mandi bersiap sume, Kak Kiah terus check out sebab kalo ikutkan check out time kul 11am. So Kak Kiah cuma simpan luggage je kat guesthouse ni dulu. Nanti tengahari baru datang amek. Untuk simpan luggage after check out ni, free for the first 2 hrs. Lepas tu kena bayar KRW5000 untuk additional hour.

Changdeokgung Palace ni antara palace yang well-preserved, kira cam 2nd istana la lepas Gyeongbukgung. Istana ni dijadikan residence most kings masa Joseon era. Untuk ke Changdeokgung ni naik subway Line 3, stop kat Anguk Station exit 3. Actually palace ni located sebelah je ngan Gyeongbukgung yang Kak Kiah pegi masa first day tu. Tapi sebab Kak Kiah tak dapat nak reserve Secret Garden Tour yang english nya untuk that day sebab full, Kak Kiah just dapat slot untuk hari ni je. Secret Garden Tour ni kira cam additional tour course la dalam palace tu. Kalo amek yang general cuma dapat cover belah2 depan. Secret Garden Tour ni rugi kalo tak amek, esp Kak Kiah datang time peak autumn ni kan.. memang cantik la katanya..

Changdeukgung Palace
Kak Kiah sampai masa tu dah dekat kul 11am. Punyelah risau sebab katanya reservation kul 10.30am kan. Nasib baik la kat kaunter tu cakap Kak Kiah leh join sebab tour tu start kul 11.12am. Berlari la tercungap2 masuk sebab starting point tu agak jauh ke dalam.

View palace sebelum ke starting point
Nasib baik la Kak Kiah sampai2 je ngam2 orang yang terakhir masuk gate tu. Fuh legaa...

Gate masuk ke Secret Garden
Ramai gak yang join tour ni. Ada sorang makcik tourist guide ni explain pasal tempat2 dalam palace ni, suara halus kemain. Dah la Kak Kiah yang kat belakang sekali. Memang tak dengar apa yang dia bebel sebab sangat ghairah menangkap piccas. Masa tu eksen la sebab bawak tripod kan. Orang lain yang datang solo memandang Kak Kiah dengan penuh jakinya hahahaha.. Tapi Kak Kiah tak ujub, siap offer lagi amekkan gambar untuk diorang tau.

Ok cakap banyak tak guna. Layan picca untuk membuktikan bahawasanya tempat ni memang sangat cantik!
Menuju ke Buyongji & Jihamnu - the heart of Secret Garden
Buyeongjeong Pavillion
Area ni memang paling cantik dalam garden ni
Seonhyanjae - tempat untuk scholars datang belajar
Aeryeonji & Uiduhap area
Aeryeon Pond - loving the lotus flowers

Quarters dibina untuk terima foreign envoys
Seonhyanjae area
Tour ni amek masa dalam 2 jam. Jenuh gak naik bukit turun bukit. Nasib baik la ada Bill jadi teman borak. Dia ni umo baru 32 tahun, tapi bapak besau nye badan. Kak Kiah ibarat jari kelingking je diri sebelah dia. Dia ni engineer dari Chicago, US. Datang sini ada keje dekat sebulan dah kat Seoul. Tapi hari ni dia cuti so dia nak jenjalan tengok palace. Sempat gak Kak Kiah hasut dia suh datang Msia. Promo beb. Sapa lagi nak up negara sendiri kalo bukan kita rakyat Msia kan?

Me n Bill
Subhanallah cantiknya ciptaan yang Maha Esa
Ongnyucheon area - tempat King lepak minum wine sambil berpuisi gurindam

Perjalanan balik - mak oii tingginya tangga!
Changdeokgung Palace - Daebak!!
Memang rasanya berbaloi sangat join tour ni. Pada those yang nak datang ke Seoul waktu autumn, please datang la ke Changdeokgung ni. Memang awesome pemandangannya. 

Lepas say bye2 kat Paul, tengok jam kul 1pm. Kak Kiah nye flight kul 5.25pm. Dalam hati pikir sempat ni kalo nak round Bukchon dalam sejam. So Kak Kiah pun terus menuju ke Bukchon sebab tempat ni belakang Changdeokgung je. Masa 1st day aritu tak sempat cover tempat ni sebab Kak Kiah sesat cari guesthouse kan. 

So next entry.. Bukchon Hanok Village!

17 comments:

  1. Oh kak kiah, jelesnye aku tengok gambo2 dedaun yg lawa itu ...

    ReplyDelete
  2. Huhu.. thanks kat korang jugak yg suggest the best time to visit Seoul. Tapi memang of all places yg pegi, Changdeuk nye view yang paling marbeles.. sumpah rasa cam tak nak balik hehe..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. actually apa yg camera capture ni tak berapa cantik, kalo tengok live depan mata lagi cantik tau JM. if u want to come here, make sure bwk batteri kamera xtra. mine 2 bateri habis dalam masa 2 jam ni je, sbb byk sgt snap picca huhu..

      Delete
    2. wah...tak sabar nak buat next trip on Autumn Season..Kak Kiah membuatkan adrenalin JM bertambah jer kerana excited..ehehe

      Delete
  4. cam gergasi bill, kemetot aje akak disebelahnya.... hahahha cantik gila permandangan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu yang tak caya je he's 5 yrs younger than me. nasib baik ada bill, dapat geng kejap kat sini.

      Delete
  5. macam mane nk book secret garden tour ni eh kak? suka la baca blog akak.. kelakar..hehe.. ^^

    ReplyDelete
  6. Nak book secret garden leh thru website dia. Kat situ pilih la english tour. Tapi kalo x sempat booking, leh gak masa gi sana cuba tanya kot2 leh nyelit. Cuma kne tau english tour nye time kul brp. Kalo nasib tak baik, terkena japanese or korean tour, tak best la kan..

    ReplyDelete
  7. Waahhh. Nx time kena la g changdeokgung ni..last time cuma g gyeongbokgoong je tu pun pancit nak ngabehkan bjalan..tp mmg sawan ar sy tgk pokok mae. Da mcm mambang pokok pun ada.tehee. tp nx trip sy g summer..so x tau la pemandanga caner.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ni tmpat wajibulghunnah tau.. time summer pun cantik gak rasanya. pegi la rugi kalo tak masuk sini..

      Delete
  8. Saya sempat gi Changdeokgung ni tapi xckup masa nak masuk Secret Garden. Dah tanam niat akan datang nak round taman tu. Half day dalam istana tu memang pancit ya amat, belum masuk garden tu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar gile kan palace2 kat sana. lenguh gila kaki nak cover seluruh kawasan. next time kalo pegi seoul, mesti amek tau secret garden (esp in autumn) sbb cantik sangat.. kamera pun susah nak capture the beauty. u hv to see it with yr eyes.. :)

      Delete
  9. Assalamualaikum wbt..

    simpan luggage kt myeongdong guesthouse tu dia caj? semua GuestHouse kt korea mmg caj ka kalu kite simpan luggage kt dia.. mohon pencerahan.. TQVM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa kalau kita menetap kat tmpat dia.. leh je letak secara percuma. Mcm kami aritu di backpackers inside guesthouse, last day tu pepagi dah check out n bwk keluar brg dari dorm.. tinggal pegi berjalan. Brg letak dkt living room. Sblm tu nk g jeju simpan barang dlm stor.. sbb sebelum g jeju n balik dr jeju menetap d tempat yg sama

      Delete
    2. depend pd guesthouse. ada certain guesthouse mmg free kalo nk keep luggage. yang KK pegi ni ada caj pulok. so before pegi tu boleh la komfemkan dulu ngan owner guesthouse ada caj ke idok ye..

      Delete
  10. Didi : TQVM utk info =)

    Kak Kiah : ala xbest la.. baru cdg nk menginap kt Myeongdong GH.. TQVM Kak Kiah.. noted

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.