Wednesday, January 30, 2013

SEOUL - DAY 7 - BUKCHON HANOK VILLAGE

Lepas tour di Changeukdung Palace, Kak Kiah pun tuju ke Bukchon. Bukchon Hanok Village ni kira kawasan perkampungan rumah2 tradisional atau hanok. Kalo jaman dolu2, kawasan ni kira pegawai2 istana la duduk. Sekarang ni kebanyakannya yang dok sini orang kaya2 la sebab rumah area ni memang mahal, maklum lah usia pun dah beratus2 tahun.

Changdeukgung Palace dari sisi (Changdeukgung-gil)
Kat Bukchon ni ada 8 spots yang cantik untuk amek gambo kat sini. So berbekalkan peta yang disimpan dalam Ipad, Kak Kiah pun meredah la village ni. Since Kak Kiah masuk dari Changdeokgung, plan asal nak cari spot#1. Tapi jalan punya jalan tak jumpa jugak. Map dalam Ipad ni pulak tak boleh nak zoom in. Dah le kena naik bukit segala. Macam nak nangis pun ada sebab dekat sejam cari Bukchon-gil tak jumpa2.. Last2 Kak Kiah sempat jumpa spot #2 n spot#3 je.
Euk Dok Culture Center - muzium untuk Buddhist Art
Tak tau rumah ni untuk apa.. belasah je amek gambo sebab cantik hehe
Bukchon spot #2 - area ni banyak workshop - Embroidery Workshop & Kite Workshop
Seriously jalan-jalan kat Bukchon ni memang confusing sesangat. Walau apapun pemandangan perkampungan ni memang cantik! Sebagai one of fans tegar k-drama, Kak Kiah memang suka sangat tengok rumah2 hanok. Selalu berangan nak design rumah cam ni. Kena lak kedudukan atas bukit, memang aman la jiwa penduduk2 Bukchon ni gamaknya.
Bukchon spot #3 - Gahoesaessak-gil
Salah satu guesthouse yang ada di Bukchon

This is actually a restaurant
Tengok jam masa tu dah kul 2+pm, cepat2 la Kak Kiah nak gerak balik. Sekali tu masa jalan nak balik tu, ternampak Tourism Office. Masuk kejap sebab nak tanya direction ke Anguk Station. Siap citer kat officer tu yang Kak Kiah sesat2 kat dalam Bukchon. Pastu dia cakap spot#1 hujung jalan je. Aik.. Kak Kiah heran la sebab dah lalu situ tapi tak jumpa apa pun. Dia pun tunjuk la spot#1 tu rupanya bukan rumah, tapi pemandangan atas bukit menghala ke Changdeok Palace. Laaaaa patut la tak jumpa!! Memang bongok tau kau ni Kiah.. tu la bila redah je tapi takde info dalam tangan, kan dah buat penat kaki..

Ni la rupanya Bukchon spot #1, view facing the palace
Lepas siap amek gambo lebih kurang, Kiah pun terus la jalan cecepat ke Anguk Station. Masa ni hati dah cemas dah sebab dah nak kul 2.30pm. Risau takut lambat sampai airport. 

Sampai je kat Myeongdong exit 9, Kak Kiah terus tuju kat airport bustop sebab nak check next bus to Incheon kul berapa. Ahjussi tu cakap bus dah on the way n suruh Kak Kiah cepat2. Kak Kiah pun apalagi, terus berdesup naik Myeongdong GH amek luggage. Sekali tu elok turun2 je sampai bustop, nampak airport bus dah gerak.. Aiyaaaa macam nak menangis wa cakap luuuu... Next bus lagi setengah jam pulak tu, yakni 3.30pm. Hati masa ni dah rasa tak sedap dah. Rasa penyesalan pun semakin bersarang sob sob..



Ok kita sambung citer kat next entry. Saspen habis beb apa yang jadi lepas ni..

3 comments:

  1. Next trip nk pegi bukchon hanok village ni. Bas kt sana on time pastu pemandu bas pun polite je. Wah mmg cuak ni xsabsr nk baca next entri :-)

    ReplyDelete
  2. JM kalo nak pegi Bukchon start dr Anguk Stn Exit 3, better not start dari Changdeukgung-gil tu sbb ada harapan sesat. Kalo dr exit 3 tu senang sikit sbb byk landmark. Dah la jalan dalam Bukchon tu terlalu banyak simpang2. Rasanya nak cover 8 spots ni maybe need 2+ hrs kat sini je kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..good info..terima kasih Kak Kiah..bila boleh plan terin ngan Kak Kiah ni..ehehe

      Delete