Thursday, January 31, 2013

SEOUL - DAY 8 - KEMBALI KE PANGKAL JALAN

Pepagi kul 5am dah terjaga sebab dah ramai orang lalu lalang. Rasa poyo lak berbaring atas bangku tu buat cam rumah sendiri kui3x..
Good morning Incheon!
Lepas siap merapikan diri sume, kul 5.45am Kak Kiah dah tercangak beratur tunggu kaunter check in bukak. Gigih kan? Harus la. Dont want banana fruit twice u know. Walaupun begitu nampaknya ramai orang2 Msia yang amek flight pagi ni.
Checking in
Bila dah sampai turn Kak Kiah nak check in, datang risau yang lain pulak. Terlupa yang Kak Kiah takde timbang luggage semalam. Pada Kak Kiah ada 5 beg. Memula tu cadang nak letak 2 beg, skali timbang2 je dah lebih 20kg. Cepat2 Kak Kiah amek beg balik kampung, tinggal beg troli je. 20.5 kg, fuh lepasssss... Officer tu nasib baik tak kira extra 0.5kg tu. Tapi dia cakap hand luggage tak boleh ada 4, mesti ada 2 je. Pada Kak Kiah sekarang ada back pack, beg balik kampung, hand bag n satu beg plastik besau isi seaweed. Dia suruh ejas jadikan dua. So dah jadi satu hal pulak nak nyusun. Semua yang berkotak2 Kak Kiah bukak. Sumbat semua dalam back pack n beg balik kampung, termasuk la handbag. Ipad Kak Kiah pegang gitu je. Dalam hati dok mikir, apa saja la yang aku beli kat Korea ni sampai beranak-pinak beg huhuhu.. 

Then rasa2 dah konfiden sikit, Kak Kiah pun masuk la untuk ke security inspection. Hah sampai situ kena tahan lak. Habis kena bukak beg balik kampung. Rupanya Kak Kiah lupa sangat pasal souvenir besi takleh masuk hand luggage. Dah la ada chopstick segala, gelang, brooch sume terpapar jelas kat skrin tu. Yang paling sadis, lauk sambal tumis belen pun ada Kak Kiah letak dalam beg tu! Adoiyaii.. mcmana la boleh tak ingat langsung ni. Nasib baik la dia tak suh masuk jail ke. Dia cuma bukak je kuarkan satu2 benda dalam beg tu. Fuh memang toye habis muka Kak Kiah masa tu. Orang lak dok lalu lalang. Mesti diorang ingat Kak Kiah sorok dadah.. hehe..

Setel bab tu Kak Kiah pun turun bawah amek train untuk ke boarding hall. Jauh betul perjalanan rupanya. No wonder la kena ada kat sini 3 jam before flight time. Sampai je kat boarding hall tu cuci-cuci mata kat kedai2 dulu. Duit won banyak lagi ni kat tangan (hasil keluarkan kat ATM semalam). Beli kopi n ingat nak bekfes dulu. Masa ni pun baru kul 8.00am.
Boarding Hall
Skali tu masa tengah sedap melayan kopi sambil tengok kapal terbang, teringat kat Ipad. Eh mana lak ipad Kak Kiah? Ya Allahhh... tertinggal kat dalam train!! Macam lipas kudung Kak Kiah berlari pergi kaunter information. Kak Kiah bgtau officer tu Ipad Kak Kiah tertinggal kat dalam train. Kak Kiah memang ingat letak Ipad tu kat tepi tingkap. Officer tu pun call la sapa tah tatau la.. Pastu dia bgtau Kak Kiah, ada orang jumpa Ipad tu n dah serahkan pada officer diorang. Dia suruh Kak Kiah tunggu kejap, dia nak turun bawah amekkan. Masa ni memang dah bergenang dah air mata. Tatau nak habaq la perasaan Kak Kiah masa tu macamana uols. Memang dah macam drama tamil je Kak Kiah ni dari semalam.

Dapat je Ipad tu rasa macam nak sujud syukur kat situ masa tu jugak, plus nak peluk2 oppa officer yang kiut tu. Kak Kiah takleh bayangkan kalo kat Msia, memang lesap la Ipad tu jawabnya. Thankfully rakyat Korea ni memang amanah n baik hati. For this, i salute them..
Ipad yang berjaya kembali ke pangkuan muah cup3x!
Flight Kak Kiah kul 9.35am. Boarding gate pulak nun hujung dunia.
Menuju ke boarding gate
Jalan punya jalan akhirnya sampai. Tak lama pastu terus gate dibukak n naik la Kak Kiah dalam kapal terbang sambil berdoa mudah2an takde lagi terjadi perkara yang tak diingini.
Kak Kiah sedang kesedihan meninggalkan bumi Korea
But.. I'm happier sebab dah nak balik ke tanahair terchenta!
Bawah tu Jeju Island - next destination yippee!!
My meal - akhirnya jumpa nasik!
Dalam flight Kak Kiah dok sebelah one Chinese girl from Penang, tapi keje Spore. Dia ngan kengkawan dia dalam 7 orang baru balik dari Jeju. Wah seronok Kak Kiah sembang ngan dia. Maklum lah bulan 3 nanti nak ke Jeju pulak. Lepas dah puas sembang Kak Kiah gasak tido. Penat giler beb..

Akhirnya kul 3.30pm sampai lah Kak Kiah di bumi Malaysia. Alhamdulillah selamat semuanya.. What a journey!! It was fun, interesting, adeventurous n pasti Kak Kiah takkan lupakan sampai bila-bila. Kak Kiah rasa sangat bersyukur sebab berpeluang cuti2 ke Seoul. And pada sesapa yang masih memikir2 untuk pilih Seoul sebagai destinasi percutian, please.. dont think anymore.. just go! Definitely worth it..

Next entry - summary bajet!

12 comments:

  1. Kak kiah, cemane bleh banyak sangat drama time nak balik nih ... seb baik banyak mase nak mencarik ipad tu... and seb baek tercicir kat korea.. kalo kat dlm train kat mesia, kem salam je la kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. begitu banyak drama haha. mujur jumpa balik Ipad tu. kalo tak harus meraung sepanjang flight balik hehe..

      Delete
  2. fuhh..lega...barang paling berharga tu..alhamdulillah dapt semula..mmg betul ..KOREA ni antara bandar yg selamat..penah jln around jam 12.00am balik hostel..selisih ngan drunk person..dorang tak kacau pun..mmg SELAMAT..kadar jenayah di KOREA mmg rendah..kalau kt Ms'a..tk nk ckp lebih2 lah :-)..alhamduliilah..yg penting kak kiah selamat sampai...Ala..Jeju bln 3?..nk ikuttttttt...ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree. kat sana kita leh jalan sorg2 tanpa rasa takut, maybe sbb merata cctv. ada masa tu penah KK turun pegi convenience store kul 3-4 pagi sbb nak beli susu pisang. pastu lepak kat bawah tengok orang n keta lalu lalang.. rilek je xde risau2 kot kne ragut or kne kaco ngan org mabuk.. mmg best seoul ni kan?

      Delete
  3. salam kak kiah...time nak check luggage... limit seorang kena ade berapa beg jea? n kenapa souvenir besi tak boleh masuk kat hand luggage???

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk handluggage max 7kg atau 2 beg (include handbag). kadang2 diorg tak timbang berat, kadang2 kalo tengok beg dia gedabak semacam je mmg dia akan suh timbang. tp no of bags tu mmg diorang strict. sebab nnt dia akan bagi sticker tags untuk handluggage. masa dia bagi tu la dia check beg kita ada brp. kalo lebih dari 2, dia suh ejas time tu gak jadik 2 beg.

      souvenir besi tu nnt nampak kat screen masa scan beg tu. bila nampak tu mula la diorg bukak cek sume. walopun takde salah apa ke, tapi melecehkan la sebab nnt nak kne repack balik beg tu. pastu org kiri kanan sume tengok je apa ada dalam beg kita. huhu malu tau.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Assalam..
    seronok baca blog KK.
    byk dapat info dari sini
    nak tanye.. masa balik. ada kene bayar airport tax tak?
    if ada. berapa won?

    ReplyDelete
  5. Kak Kiah kita pun pernah tertinggal Iphone kat atas table dekat Petit France... budak2 Korean masa tu mmg ramai giler sbb ada rombongan Sekolah tp mrk tak ambik even I left my Phone there for 1/2 hour. 2nd incident kat Jeju Airport.. ticketing staff tu pegang tab ktrg until we claim back. Pastu dia cakap kalau kita tak dtg nanti mrk bg tym dlm kapal.. Masa tu I was totallly "wow" amanah sungguh. It was a very great experience meeting a good people.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... korean people memang amanah la, mmg salute giler kat diorang. ada few gak case yang cam kita ni KK pernah dengar.. kalo kat Msia selamat dah.. hehe

      Delete
  6. Good info...slp ry blh try pi solo...2hr ckp la...

    ReplyDelete