Friday, May 17, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - OEDOLGAE & JEJU HALMANG TTUKBAEGI

Restoran seafood yang kami nak pegi tu namanya Jeju Halmang Ttukbaegi. Restoran ni antara yang dilist kan oleh Jeju Tourism boleh dimakan oleh muslims, sebab stok nye pakai ikan bilis bukan daging whatsoeva. So agak konpidenlah Kak Kiah nak bawak mereka ni makan sini.

Jeju Halmang Ttukbaegi (No 19) - Tel : 733-9934
Malangnya alamat takde. Yang ada cuma location dalam peta n no tepon. Bila cari pakai GPS guna ‘location by name’ pun tak jumpa gak. So weols tuju ke Oedolgae dulu sebab kalo tengok map macam dah dekat je. Cadangnya nak tanya la orang2 kat situ nanti.

So dalam kelaparan kami tiba di Oedolgae. Ni actually one of shooting locations untuk drama Jewel in the Palace atau Daejanggeum. Untuk masuk sini free je. Lagipun tengok dari atas je, tak yah turun bawah.

Masa ni Mak memang dah pancit. Dia tanak turun, nak stay dalam keta je katanya. So kami berempat pun pegi la. Memula skali singgah gerai kat situ beli kuih bentuk ikan berinti kacang merah yang nama bungeoppang tu. Dah kelaparan sangat katanya, muka memasing pun dah macam nak pengsan.

Bungeoppang - sedap dimakan panas ketika cuaca sejuk
Then kami snap2 picca. Tak lama pun kami kat sini sebab kesian kat Mak takut tunggu lama. Anyway, ni antara gambo yang diambik.

Oedolgae
Oedolgae ni jugak dikenali dengan nama General Rock. Konon2 masa zaman dulu tentera Mongolia nak datang serang Jeju. General Choe-yeong hiaskan batu tu nampak cam sorang general tentera yang beso. Tentera Mongolia pun tak jadi nak serang sebab takut.

Before gerak, gi singgah satu kedai kat situ untuk tanya location restoran tu tadi. Ahjumma kedai tu lak takleh speaking london. Ada sorang oppa tu nak tolong set kan GPS pun tak reti sebab GPS kami in english. Nasib baik la si Eti ni akal dia panjang skit. Since hp dia leh wat call, dia pun call restoran tu untuk dapatkan direction untuk ke sana. Katanya dekat ngan Seogwipo Port and Cheonjiyeon Falls.

So kami pun terus tuju ke sana. Rasa2 macam dah betul direction. Tapi sekali tu termasuk lorong kecik lak. Nak teruskan ada pulak kereta parking situ. Nak tak nak kena reverse menyerong. Dah la tepi bukit curam. Untuk membantu Eti, Kak Kiah pun turun la dari kereta. Skali tu Nanny pun turun gak. Nak bagi direction kat Eti suruh reverse tapi marah2 siap jerit2 lagi, as if macam Eti tu lembab sangat and tak pandai bawak keta. Yang Eti lak dah bengang macam tunggu masa nak meletup je. 
Drama sungguh masa ni
Kak Kiah masa tu gelak je sebab dah tatau handle drama diorang ni cemana. Last2 Kak Kiah blah gi turun bukit tu sorang2 pakai tangga, sebab Kak Kiah rasa restoran tu macam area2 kat situ. Lantak la diorang nak bercekau bertikam ke apa. Malas nak pikir.

Rupanya betul la restoran tu kat kaki bukit tu je. Cuma takleh parking la kat situ. So Kak Kiah naik atas balik n inform diorang. Masa tu tengok muka Eti & Nanny dah masam macam nak makan orang dah. Eti pun dah start bebel2, dia kata dia tak nak drive balik ni kang. Dia suh Nanny je yang drive. Hai letih dibuatnya. Perut dah lapar ni. Yang tua tak bole nak bersabar, yang muda pulak tak bole nak beralah. Rasa macam nak hanggukkan je kepala dua2 orang tu sekali dengan kepala Kak Kiah.. biar sume pensan..

Kami park dekat2 area Balai Polis and Seogwipo Port sebab kat situ je ada public parking. Jalan sikit la untuk ke restoran tu.

Jeju Halmang Ttukbaegi
Ttukbaegi ni maksudnya periuk tanah so food kat sini dimasak guna periuk tanah la. Kat sini broth nya pakai stok ikan bilis so insyaAllah takde masalah untuk muslims.

Bila dah duduk tu apalagi kan.. order lah.. Kami pilih seafood stew sama set untuk sume orang. Lepas order tu tetiba Nanny bagitau Kak Kiah dia tanak makan. Kak Kiah rasa dia geli or tak yakin tempat ni leh makan kot. Apepun memang mengada-ngada kan? Tadi tanak cakap, dah order dah pun. Kak Kiah malas nak layan n tanya apa2 lagi. Kak Kiah iye kan je lah. Kalo tanak makan kang, bahagian dia Kak Kiah makan la. Lantak la kalo kena bayar lebih.

Akhirnya dapat makan korean food.. yeayyy!!
Bila dah sampai makanan, masing2 pun jadi waras semula. Barulah ok skit suasana ada rasa nak gelak2.

Then Kak Kiah tengok Nanny makan jugak. Kak Kiah diam je la malas nak tegur. 

Konon tanak makan kan tadi.. hah licin..!
Anyway food dia memang best! Alhamdulillah. Mak punya lah suka. Taste dia kan. Kak Kiah lak jadi suka ngan kimchi white radish kat sini. Masa dulu Kak Kiah try kimchi kat Seoul macam tak sedap je. Kali ni sedap pulak.

Tapi ada satu benda tu kaler putih, rasanya abalone kot dalam stew tu.. eeee tak sedap langsung! Rupa cam jeli tapi keras cam ada kulit kat luar. Bila gigit dalam tu ada cecair rasa sabun. Yuckssss!!! Benda ni je yang Kak Kiah tak nak usik. Lain sume licin dibedal.

Hasil mentekedarah kami
Total cost KRW55,000 untuk 5 orang. Mahal ek? Takpe lah.. sekali ni je pun dapat makan korean seafood. Bila lagi nak rasa.. Lagipun sedap dan berbaloi2..

Lepas makan tu ingatkan dah abis dah perangai buat hal si Nanny. Kali ni dia cakap badan dia panas n tekak dia semacam. Pastu baru cakap dia takleh makan seafood. Eh geram betul lah. Tadi kenapa la tak cakap? Pastu bila food datang kenapa dimakan jugak? Kak Kiah serious tak faham orang cam ni tau. Hal nak makan seafood ni pun dah dicakap sebelum datang Jeju ni lagi. Memang Kak Kiah cakap nak try seafood kat Jeju. Takde lak dia cakap dia alah ke apa. Kalo dia alah, tentu la Kak Kiah tak sajes makan kat sini kan. Dah la ubat pun tak bawak. So Kak Kiah tatau apa masalah dia. Samada memang betul2 tak leh makan seafood or dia memang saja but perangai.

Fedap gila Kak Kiah. Malas nak layan. Amek gambo kat Seogwipo Port lagik best...

Then kami ke Cheonjeyeon Falls pulak... Nasib baik Eti nye mood dah ok nak drive.

Thursday, May 16, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - YONGMEORI COAST

Kalo ikut itinerary asal Kak Kiah, memang takde plan nak ke sini. Tapi semalam masa diskas2 ngan Martin si owner guesthouse dia sajes la suh datang sini sebab cantik katanya. N Kak Kiah sempat gak la google2 sket pasal tempat ni, tergude plak tengok gambo. Tu yang decide kena datang gak sini.

Yongmeori Coast ni located dekat area Mount Sanbang. Namanya Yongmeori tu bermaksud kepala naga, which kalo tengok dari jauh nampak cam kepala naga yang nak menyelam masuk dalam air laut.

Ada legend pasal tempat ni actually.

In the past, Emperor Jin united China, but he did not feel secure about his kingdom even after building the Great Wall. A geomancy book showed that a future king would be born in the Tamna kingdom, which fueled the king s worry. He decided to send a team of feng shui experts under the guidance of General Hojungdan to cut off the energy (qui) flow of Jeju by severing the vessel of fertility. They entered Jongdali, Guchi-eup and went steadily southward, cutting the spot. Upon arriving at Sanbang Mountain and looking around, they saw that the pulse of the mountain was stretching to the Pacific Ocean and the dragon head was moving. Exclaiming "This is it. If it is severed, everything will be ok.", they hurriedly went down the mountain and cut off the tail of the dragon which was about to go underwater. Then they slashed its back and head. The dragon cried piteously, roaring and spouting black blood in the air. That is the time when the birth of a great king was stopped.

Ha sebab tu la Yongmeori Beach ni pasirnya kaler hitam. Konon darah hitam si naga ni la. Anyway, Yongmeori ni adalah antara older rock formations di Jeju. Kat sini jugak bole jumpa Hanyeo Divers (tapi kami tak jumpa pun). Untuk masuk fee KRW2,000 per head je. Bukak 11am, bila air laut dah surut. Tempat ni serious luas giler, maybe 2 jam untuk cover pegi balik. N sapa nak datang sini, sila pakai windbreaker jacket sebab masyaAllah kuat giler okeh angin tiup.

Kita layan gambar seperti biasa.

Mak & Nanny - belakang tu la beach yang pasirnya hitam
 
 
 
Cantik kan? Subhanallah. Sangat cantik ciptaan Allah.

Cengkerang untuk dijual. Nampak tak Patrick the Star Fish? Keras dah.. huhu
Ahjumma2 menjual tatau apemende ni.. landak laut ke.. abalone ke.. dia makan gitu je sambil minum soju. Bau hanyir sket.
Tak jauh kami jalan sebab orang2 tua dah mengadu sakit kaki dan lutut. Maklum la jalannya berbatu sikit. Frust gak Kak Kiah sebab dekat hujung tu la ada tempat yang cantik macam Kak Kiah tengok kat internet. Tapi bila tengok muka memasing dah seposen je macam tak berminat, Kak Kiah pun terpaksa la ikut kata majoriti.

Paling bengang bila Nanny cakap “Batu je? Takde apa yang menarik pun”

Imagine apa Kak Kiah rasa masa tu. Tak ke kecik hati?

Anyway, to those yang nak datang Jeju, this place mesti masuk list ok. Wajibulghunnah!! Sangat rugi kalo tak mai sini. Dan untuk mengubat kedukaan Kak Kiah, ni Kak Kiah letak gambo yang dicilok dari google bagi membuktikan tempat ni memang cantik.

Ini batu je? Tengok ngan kepala lutut memang lah nampak batu je.

Kat sini banyak gak kedai2 souvenir. Bila datang tempat2 camni, baru la nampak si Nanny tu bersemangat waja. Now i know apa yang dia suka actually. Dia memang gila shopping. Masa before pegi punyelah beriye cakap ngan Kak Kiah, dia takde la nak beli2 sangat kat Jeju. Baru hari ni terserlah tujuan sebenar dia. Patut la semua tempat yang pegi dari semalam dia cakap tak best, rupanya bukan datang nak tengok tempat orang pun tapi lebih pada nak membeli-belah. Hampeh.

Apepun, sempat la kami membeli buah limau yang amat lazat tu. Serious sedap, limau paling sedap Kak Kiah pernah makan seumur hidup. Sampai sekarang teringat2 kesedapannya. Sangat menyesal sebab tak beli sekotak terus (masa ni ingat takleh bawak limau masuk flight).

Masa ni kami terasa lapar sangat. Tapi tak berani nak makan apa2 kat sini walopun ada la jual sotong bakar kat gerai2 tu. Kesian tengok mak muka dah pancit. Dari pakai topi tudung Fauziah Nawi, last2 beli topi koboi huhu...

Dalam tourist map ada satu seafood restaurant yang listed untuk muslims dekat area2 Seogwipo Port. So, kami pun terus gerak ke  sana. Dalam kereta tu dah start bau minyak angin je sebab mak dah sebu2 perut kosong. Last2 semua pensan tido including Kak Kiah, meninggalkan Eti drive sorang2. Kesian lak kat dia, rasa bersalah Kak Kiah dibuatnya..

Ok sambung next entry..

Wednesday, May 15, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - TEDDY BEAR MUSEUM

Actually plan asal kami nak ke Yongmeori Coast. Dah sampai pun sini sebenarnya. Tapi rupa2nya tempat ni close sebab air laut tengah pasang. Kul 11am baru bukak. So kami pegi tuju ke Teddy Bear Museum dulu.

Teddy Bear Museum ni takde lah jauh sangat dari Yongmeori. Cuma 15min drive n located kat area Jungmun. Dekat2 sini ada Ripley’s Believe It Or Not Museum & Yeomiji Botanical Garden. Museum ni ada pelbagai rupa bentuk teddy bear, koleksi dari 1900an sehingga terkini. Kat Namsan Tower Seoul ada gak muzium teddy bear ni tapi takde la sebesar kat Jeju. Kak Kiah ni bukanlah peminat teddy bear sangat pun. Masa kecik memang takde bela2 teddy bear ni. Tapi Kak Kiah ni kan nerd and i love history. So rasa cam menarik la nak tengok koleksi2 teddy bear ni, esp lepas tengok episod Running Man n We Got Married yang ada buat shooting kat sini.

Teddy Bear Museum, Jeju
Untuk masuk sini tiket sorang KRW7,000. Quite expensive gak la kalo nak compare ngan tempat2 lain. Tapi since plan nak ke muzium ni dah dimasuk dalam itinerary and everybody dah tau pasal nak datang sini plus takde bantahan dibuat sebelumnya, I thought takde lah masalah. Ye lah tu Kiah..

Masuk2 je Kak Kiah pun bagitau semua kita spend masa sejam kat sini. Sekali tu tetiba Nanny bising2 kata lamanya sejam, nak buat apa datang sini lama2 tengok teddy bear je? Eh menyirap gak Kak Kiah masa tu. Ye la dah diplan sejam, itu pun based on review yang Kak Kiah baca. Sejam tu ok lah. Lagipun tempat ni nampak cam besar kan. Tapi ok la Kak Kiah diam je. Proceed terus masuk dalam. Actually kami berempat je yang masuk dalam gallery tu. Nanny terus tuju gift shop. Ah lantak lah.

Teddy bear pengantin menyambut kami di entrance
Anyway, menarik gak la koleksi2 teddy bear kat sini. Kiut2 belaka. Cuma yang frustnya explanation dalam bahasa Korea. Walawehhhh.. awat Kak Kiah tatau ni? Geram betul. Nasib baik la tengok Mak cam seronok je snap2 picca n dok gelak2 tengok teddy bear. Eti & Kin pun sporting gak la enjoy masuk dalam tu, walopun Kak Kiah tau sure diorang boring je tak faham explanation kat display tu.

Ok lah moh tengok gambo...
Evolution teddy bear - scary kan teddy bear jaman dolu?
Antara yang menarik dan cute
These are my favourite!
Teddy bear termahal. LV ok. Kau mampooooo?
Konsert teddy bear Elvis.. Siap joget2 beb..

Mak terjebak ngan Gangnam Style haha
Then kami ke gift shop. Cari2 bayang Nanny tak nampak. Kat gift shop ni agak mahal gak. Fridge magnet pun mahal so Kak Kiah tak beli. Kin je yang beli beg kat sini. Sambil2 mereka bersoping, Kak Kiah bagitau nak keluar dulu nak cari Nanny. Risau plak takut dia hilang.

Sesi memujuk
So bila keluar2 je tengok Nanny ada kat luar. Muka masam je. Kak Kiah tanya la apasal. Hmm.. biasalah dok bebel2 cakap tak minat teddy bear teddy bear ni. Kak Kiah tatau la nak cakap apa. Frust gak la. Kak Kiah yang choose tempat ni kan. Memang kalo bagi star Kak Kiah bagi 2 bintang, tu pun sebab tak faham bahasa Korea. Tapi otherwise rasanya ok, Kak Kiah enjoy. Come on la kok ye pun tak suka, takkan la tak bole nak sporting langsung kan? Takyah la obvious sangat menunjukkan muka tak suka tu. Kak Kiah pun mana la tau dia tak minat. Segala details pasal itinerary Kak Kiah dah bagitau months before, apa yang menarik kat Jeju ni n apa yang ada kat tempat tu. Kenapa la dia tak bagitau tak suka datang tempat2 cam ni? Kalo Kak Kiah tau ada yang tak suka, of coz Kak Kiah akan remove bende ni dari plan kan.

Stress tau..

Ok lah lepas semua dah keluar, kami plan nak lunch. Perut pun dah lapar. Berbekalkan tourist map, ada vege restaurant kat area ni namanya Loving Hut. So kami pun drive ke sana.  Malang nasib kami, rupanya restoran ni dah close down. Maknanya Loving Hut kat Jeju ni cuma ada satu je kat area Jeju-si. Yang Seogwipo-si ni dah tutup. Bila dah jadik camni, mulalah datang blur Kak Kiah. Mana lak nak bawak diorang ni makan. Kalo ada seafood pun mostly dekat2 Seogwipo Port. Takut nanti dah ke sana kena berpatah2 balik lak nak ke Yongmeori.

So kami decide nak pegi Yongmeori je lah. Tahan dulu lapar. Nyesal plak tak bawak bekalan makanan tadi. Padahal boleh aje simpan dalam kereta kan.

Masa on the way tu kami stop kejap untuk amek gambo2 ni.

Lihat gambo ni macam takde masalah kan? Haha sebenarnya tengah ada drama masa ni. Ceritanya masa lalu tempat ni si Nanny boleh tetibe jerit suruh berenti. Tekejut masing2 especially si Eti yang tengah drive. Suka2 ati je si Nanny ni. Kak Kiah memang tak tau la nak cakap cemana si Nanny ni. Lepas tu muka dia selamba je. Dah la dia siap kutuk Eti drive slow. Siap Kak Kiah pun sekali kena kutuk sebab tak berani drive kereta auto. Si Eti punyalah bengang sampai tak keluar kereta masa kami amek gambo tu. Kak Kiah tengok dia sampai gigil2 tahan marah. Kak Kiah jadik tension sudahnya. Rasa macam nak je pakat ngan Eti biar Nanny jalan kaki balik guesthouse. Tak yah dah follow kitorang. Menyakitkan hati je. Dah la awak tak drive, hormat lah sikit orang. Selalu suruh orang hormat dia sebab dia orang tua, tapi act like one lah jangan lah main cakap je sampai tak fikir perasaan orang lain.

Apapun dalam bengang2 tu, actually Kak Kiah suka gak dapat benti sini. Kalo tak takde lah gambo Kak Kiah ngan pokok limau tu huhuhuhu...

Tuesday, May 14, 2013

JEJU-SEOUL - DAY 3 - CHERRY BLOSSOM AND RAPESEED

Hari ni kami plan nak merayap di Seogwipo. Since kami stay kat area Jeju-si, it’ll take about 1 hr untuk drive ke sana.

First, sarap dulu. Martin n Hyunie (assistant dia) pepagi lagi dah siapkan brekfes kami sebab diorang ingat kami nak gerak kul 8am. FYI, agak proper gak brekfes diorang ni bukan serve sendiri2. Dia siap toastkan roti, buatkan scrambled egg sume. Plus ada jem buatan Jeju. Sangat sedap!
Sementara tunggu masing2 bersiap, amek gambo ngan tuan umah - Martin n si comel Tony yang ngengada buat aksi panjat pokok limau kengkonon nak kejar burung.. ahh kuat belakon nii..
Since masing2 terhegeh2 bersiap, nak berak la, nak mekap berkali2 la, nak tukar baju la.. akhirnya kul 9 baru kami gerak. Walaupun Kak Kiah agak menderita dalam hati sebab timing asek lari je, today Kak Kiah tanak serabutkan perasaan. I just want to enjoy my day in Jeju. Kak Kiah tanam dalam hati.. no matter what.. pedulikkan lah semua tu. As long as we got along well, takde gaduh2 n masam muka tu dah cukup untuk Kak Kiah.

Untuk ke Seogwipo ni kami ikut Route 1136. Jalan much much better sebab ada 2 lane. Cuaca pun cantik. Pendekata, weols sume in very good mood lah. Alhamdulillah. 

So, on the way tu kami lalu kat Nohyeong-dong. Wah bermekaran cherry blossom sepanjang jalan uols! Masing2 pun excited lah terjerit2 nak amek gambo haha. So we stopped for a while untuk taking piccas.


Me n the moms
Mak blajo buat love sign ahaha..
Tak sah datang Korea kalo takde aksi kiut kpop okeh huhuhu
FYI, masa kami datang Jeju ni sedang berlangsungnya Cherry Blossom Festival (26-28 March) di Cherry Blossom Street (dekat2 town Jeju). Kira memang peak lah cherry blossom tengah mekar berbunga. Tapi sayangnya Kak Kiah memang tak tau pasal festival ni. Tau pun pagi tadi bila Martin inform masa bekpes. Nak tukar plan takut tak cukup masa untuk tengok tempat2 lain plak. So Kak Kiah rasa takyah gi festival tu pun takpe. As long as dapat amek gambo camni pun dah cukup cantik kan uols?

Then kami gerak lagi menuju ke selatan Jeju. Bila dah nak dekat2 Seogwipo tu dah mula nampak bunga2 kuning rapeseed plak. Walawehhhh... takkan tanak benti kan? Rugi siot. Ok posing timeee...

Makin dekat ke selatan, makin banyak rapeseed flower yang mekar2 gitu n pokoknya lagi tinggi2. Especially area Sanbangsan. Tapi nak masuk ke dalam untuk amek gambo kena bayar KRW1,000 per person. Gitu kan ahjussi2 sini cari makan. Anyway, since pemandangan kat sini sangat cantik.. jangan lah kedekut sangat won tu. Rugi tau.

Orait sambung next entry plak.