Thursday, April 25, 2013

JEJU-SEOUL - PREPARATION


Yuhuuuu uolsss!! Heheh. Sori lah lama tak memblog. Bz noks. Actually nak sambung cerita trip Bandung tapi rasa maleh plak, buleh gitu? Kekeke.. Kak Kiah jump cerita pasal trip ke Jeju dulu eh? Cerita Bandung later2 kita story. Sementara ingatan Kak Kiah pada trip Jeju masih hangat ni kan. Kang dah suam2 banyak lak lupa jalan ceritanya. Ni pun actually Kak Kiah amek masa lama nak start menulis ni.. sebab tiap kali teringat je rasa macam nak marah. Seriously. Tak fun pun. Bukan sebab Jeju tak best tau. Jeju & Seoul memang best. Cuma Kak Kiah pegi dengan orang2 yang tak best.. sob sob..

Ok let’s begin..

First, citer pasal preparation dulu lah. Kak Kiah beli tix masa promo AA, setahun before.. yakni even before my first trip to Seoul pun. Maklum lah tamak kan haha.. Beli tix KL-ICN rtn RM850. Masa tu plan nak pergi berdua je ngan kawan skolah Kak Kiah yang bernama Kin. Jeju 3 hari, Seoul 1 hari (27/3-1/4/2013). Kengkunun nak layan spring kat Jeju lah kiranya ni..

Pastu lepas Kak Kiah berjaya buat solo travel ke Seoul n ramai mendapat tahu plan nak Jeju ni, ada la pulak yang nak menjoin. Kak Kiah ok je. The more the merrier kata omputih. So ada 3 orang lagi follow - Eti (my fren nye adik), Nanny (remember her? yang Kak Kiah jumpa kat Bandung and nak matchmake kan Kak Kiah ngan anaknya tu.. huhuhu) & Mak Kak Kiah sendiri. Mak Kak Kiah ni actually takde dalam plan. Bro Kak Kiah yang sebenarnya cadang nak bawak dia, tp last2 tak jadik join sebab segan kami sume pompuan2 belaka katanya..

Kak Kiah ni actually berat hati nak bawak mak. Honestly speaking la.. sbb i know my mother well. Kak Kiah nye style berjalan memang beza ngan dia. She’s more like datin2 nye style. Kak Kiah lak bajet cheapskate kedekut taik idung masin nye style. But since my bro dah belikan dia tix, nak tak nak kne la bawak kan. Takpe lah Kak Kiah pikir selama ni pun tak pernah bawak mak jalan, ini la masanya nak bagi dia happy betul tak. FYI, i’m not very close to my mum. Memang Kak Kiah cukup risau takut kami bergaduh kat sana sebab Kak Kiah ni kekadang boleh jadi short temper bila ngan mak ni. Kena plak mak Kak Kiah ni before fly tu kena sakit lutut lak. So Kak Kiah beberapa kali ingatkan diri sendiri supaya banyak2 bersabar bila kat sana nanti.

About 3 months before fly tu, Kak Kiah beli ticket flight ke Jeju plak. Amek Eastar Jet je sebab tu yang paling murah, tu pun dah campur tax bagai about KRW117,000 return. Actually 6 mths before fly tu kena rajin usha2 website dia untuk dapatkan discounted fare. Tapi since group Kak Kiah ni yang buat keputusan nak join tu lambat, maka bulan Jan baru betul2 decide n beli tix.

Accommodation pun sama gak. Kak Kiah booking 3 months before. Most hotel/guesthouse kat Jeju ni nak kena bayar deposit untuk buat reservation, tak macam those yang kat Seoul. Kalo sesapa yang takde credit cards, don’t worry.. boleh guna paypal. Masa nak cari guesthouse pun problem gak sebab dah lambat kan. Banyak yang kat area Seogwipo-si dah fully booked. So terpaksa amek Jeju-si.. tu pun lepas decide kami nak rent kereta sepanjang kat sana.

Untuk sewa kereta, kami amek Kumhorent. Register kat web dia n book awal leh dapat 75% discount. Untuk 2.5 hari, harga sewa Hyundai I30 plus charges ialah KRW90,000 (~RM270). Serius ni murah giler kan. Yang penting mesti ada international license lah. Boleh amek kat JPJ, RM150 untuk setahun. For our group, Kak Kiah n Eti yang amek license ni. We dunno yet sapa nak drive kat sana sebab tak tau kereta kami tu manual or auto. Kak Kiah memang tak pernah bawak auto. Eti lak tak pandai bawak manual. Bila ada dua driver rasa ok lah kan.

Selain dari tu, as usual before pergi tu study la tempat2 nak pegi tu thru blogs, forums n websites. Berapa kali gak ubah itinerary sebab bila dah masuk warga emas ni, takleh la nak ambitious sangat kan. Kena ukur kederat masing2.

Ok panjang dah bebel.. jom sambung kat next entry!

5 comments:

  1. JM prnah travel ke perth dlm 5 org bila fh sampai sana dh berlaku adegan masam2 dan muka x puas hati dan lepas dr tu malas nk pegi ramai2.

    Teringin nk pegi jrju so haruslah khatam entry kak kiah ni heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye lah JM.. kdg2 bila ramai2 tu lagi pening kepala. actually KK pernah je buat trip yg 10-15 org join.. xde masalah sbb sama kepala. tu pasal tak jangka leh jadik camni.. huhu

      Delete
  2. teringin nak gi jeju gak, tp bajet trip Korea november ni (itupun klu jadik) ciput , cukup tuk cover Seoul semata2....uhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe pegi next year.. mid April, insyaAllah cantik! now kumpul duit dulu hehe

      Delete
  3. Bestnya ada peluang bwk mak jalan2..kalo mak saya sporting mcm mak kak kiah tu alangkah bestnya

    ReplyDelete