Tuesday, January 1, 2013

SEOUL - DAY 5 - EVERLAND

Hari ni nak gi Everland plak, yeay!!! FYI, Everland ni antara theme park yang best kat Korea ni. Kalo datang sini mesti spend one day, dari pagi sampai malam sebab memang banyak sangat rides and places of attraction dalam ni.

Untuk ke Everland ni, kena naik bas dari Gangnam. Memula naik subway Line 2, kuar Exit 10. Lepas tu jalan sikit sampai jumpa bus stop. Naik bas #5002. Tambang KRW2,100 n perjalanan took about 50 mins. Nanti bila dah sampai, naik free bus shuttle pulak untuk ke Everland.

Aritu kan Kak Kiah ada cerita pasal Ain & Mel yang Kak Kiah jumpa masa fly kan. So, kitorang dah janji nak pegi Everland sama hari ni. Ye la, apa barang datang theme park sorang2 kan. Harus la mesti ada geng baru best nak berjimba. Weols janji nak jumpa kat Gangnam Station Exit 10 kul 9. Tapi Kak Kiah terhegeh2 boleh? Hehe. Standard la sesat kan. Dari Myeongdong nak ke Gangnam kena tukar 3x subway k. Mau tak meraban nak cari transfer.

Bila jumpa je diorang tengah beli winter glove n cap. Oh ya.. cuaca memang sejuk banget pagi ni. Kak Kiah siap up lagi pakai 3 lapis t-shirt kat dalam.
Posing pakai ear-muff cik bab ijau yang kiut
Me n the girls naik bas ke Everland
Lepas tu naik free shuttle bus.. ramai orang okeh!
Masa nak tunggu shuttle bus tu memang ramai betul umat Korea ni, walopun kami datang hari Isnin. So, Kak Kiah ni memang heran betul ngan diorang.. adakah diorang ni tak bekerja?
EVERLAND!!!
Sampai2 je Everland.. hmm.. hujan la pulak. Agak mematikan semangat di situ. Tapi Kak Kiah terpaksa redha dan pasrah je. Nak buat cemana kan. Dah plan hari ni. Nak tukar hari lain pun dah tak boleh. So, first kitorang beli tix dulu. Nasib baik si Ain ada print voucher untuk dapat 10%. So dapat la harga KRW32,000. Kalo tanpa voucher ni, harga dia KRW40,000. Mahal tak? Tak lah. Mahal lagi Legoland hehee...
Memula tu usha peta dulu sebab nak plan ke mana kan. Cadangnya kitorang nak cover Global Fair Village dulu sebab tempat ni betul2 depan entrance. Mel awal2 dah warning dia tak naik ride. Frust gak Kak Kiah sebab kalo sorang tak naik, jawapan nye memang sume la bakal tak naik ride ni. Ye lah.. nak beratur satu2 ride tu memang lama. Tapi takpe, Kak Kiah positif masa ni.
First destination, Pororo 3D Adventure! Tapiiiii.. bila dah masuk alangkah frust nya bila show tu dalam bahasa Korea. Hapah tak paham Kak Kiah. Orang tepuk, kita pun tepuk. Orang gelak, kita pun gelak. Chisss... Buang masa actually masuk sini. Untuk melayu2 di luar sana, kalo datang sini sila skip tempat ni ok. Tak berbaloi. Walo apapun, Kak Kiah happy gak masuk sini sebab first time dapat tengok kartun Korea yang paling femes.
Pororo 3D Adventure
Kat Global Fair ni takde banyak sangat ride sebab mostly cuma ada restoran n tempat makan dalam bangunan2 replika Mediterranean, France, Russia & Mid East. So kitorang pun terus naik Sky Cruise, macam cable car tapi capsule nya lebih kecik muat 4 orang je untuk ke European Adventure sebab ada Four Seasons Garden.
Sky Cruise
Again, hampa lagi sebab Four Seasons Garden tak cantik!! Takde bunga2 dah. Sume dah kena tutup ngan jerami. Alahai.. awat la timing salah lagi kali ni. Nak amek gambo pun macam tak selera je rasa. Lepas tu ride yang paling giler kat sini iaitu T-Express pun tutup sebab hujan. Kuciwa mak..
European Adventure
Last2 kitorang pun stop kat satu restoran ni sebab nak makan. Perut pun dah berkeroncong. Actually Kak Kiah tak bawak apa pun. Nasib baik la Ain & Mel ada bawak bekal maggi goreng. Dapat la Kak Kiah tumpang makan. Kak Kiah ingat kat sini ada la Lotteria ke apa kan, rupanya takde. Nak beli food lain macam was2 pulak. Kitorang masuk restoran tu pun bukan halal punya. Tapi selamba je masuk2 terus duduk n bukak bekal hehee.. 

Memang nasib dan cuaca tak menyebelahi kami. Kalo ikut pamplet Everland ni, banyak ride akan tutup bila hujan. So kami terpaksa la cuci2 mata tengok benda lain yang available. So lepas lunch tu kami sepakat nak jelajah area Zootopia lak tengok binatang.
Then kami pergi Safari World. Best gak sini sebab naik bas n lalu taman2 ada binatang cam tiger, lion, bear etc. Jakun kejap ahkak.. Ok jom tengok piccas..
Safari World
Binatang2 yang best!
Sempat lagi kami soping jap kat Safari World Gift Shop. Mel memang pantang nampak kedai, sume dia nak terjah. Haha layan kan je la. Sempat gak posing2 gedik dalam tu. N of coz beli fridge magnet untuk diri sendiri.
Di Safari Gift Shop
Then kami naik Amazon Express pulak. Ingatkan macam ride atas air la, air tak masuk kan. Rupanya amek kaw sampai basah2 bontot!! Dah la masa tu hujan gerimis. Ada Ipad lak dalam beg. Fuh punye la risau takut masuk air. Tapi seronok gak la naik mende ni. Terjerit2 kitorang tengah hutan belantara tu.
Then kitorang pegi tengok binatang2 lain lak kat area Zootopia tu. Macam2 ada. Kiut2 semuanya. Actually masa ni memang dah hampir kuyup. Sejuk tu memang toksah cakap la. Tapi kami redah gak. Sebab kalo nak benti berteduh takut tak dapat cover lak area lain kan.
 
Lepas tu kami gerak ke American Adventure. Again banyak ride tutup. Last2 Mel & Ain main Championship Rodeo. Kak Kiah tak join sebab masa ni kaki pun dah sakit sangat. Mood nak naik ride pun dah almost zero. Then kitorang pegi Magic Land. Takde apa sangat sini sebab tempat budak2 banyak. But buildings sini cantik2 la untuk bergambo. Kami belasah gak la naik ride bodo macam Flying Rescue tu. Lepas tu kami naik gak satu ride yang best kat sini tapi Kak Kiah tak ingat nama. Terpekik2 terlolong kami masa tu haha best...
Then kitorang masuk Global Village. Naik bot susur small stream n tengok display patung2 kanak2 dari all over the world. Spooky okeh tempat ni! Walaupun mereka itu comel, Kak Kiah dok imejin mereka mintak nyawa malam2. Hehe. Anyway, it was fun dalam ni.
Lepas tu kami naik Helicycle pulak. Masa beratur tu Kak Kiah tengok menatang ni.. apa kelas la naik ride bebudak ni kan. Tak mencabar kewibawaan langsung. Tapi since Mel excited sangat nak naik, Kak Kiah turutkan gak la. 
Naik menatang ni berdua. So since Ain naik ngan Mel, Kak Kiah kne la naik sorang kan. Rupanya menatang ni tak auto uols!!! Kena ngayuh cam beskal rupanya. Ya Allah semput2 napas Kak Kiah mengayuh. Dengan kaki yang hazab ni. Dengan sejuk idong berair2. Punye lah seksa nak buat satu pusingan. Orang lain boleh complete seround tak sampai 10 min pun. Tapi Kak Kiah rasanya amek masa almost 20 mins. Siap jem kat belakang banyak helicycle tunggu Kak Kiah yang terhegeh2. Hahaha lawak betul kalo diingatkan balik. Tu la cakap takabbur lagi.. tak mencabar ye.. amek ubat.. hahah..

Turun je dari Helicycle tu terus mengah. Diorang terus proceed nak naik bumper car. Kak Kiah takmo naik sebab memang dah tak larat sangat. Kaki ku sudah meraung. So Kak Kiah pegi cari coffee & waffle. Tengok line beratur untuk bumper car tu ramai, so Kak Kiah port la kat depan tu sambil online kejap. Alang2 ada wifi free kat sini. Masa tu leka gak la dok balas2 komen kat FB. Tengok2 balik kat bumper car ah sudah, dah tak nampak mereka berdua. Masa ni memang dah gelap la. Adoiyaii mana pulak diorang ni.. Berpusing2 la Kak Kiah mencari kat area tu tapi memang tak jumpa. Akhirnya Kak Kiah terpisah la ngan diorang.. uwaaaa.. sob sob..

So akhirnya Kak Kiah jalan je pusing Everland tu sorang2. Nak kill time sebab nak tunggu parade kul 6.50pm. Sambil2 tu snap picca sana sini.
Bila dah tiba masa parade tu Kak Kiah pun standby la tepi jalan. Wah memang meriah tau! Best sangat.. Cantik semuanya bling bling..
Abis je parade, Kak Kiah pun ingat nak balik la. Mikir nak menapak ke entrance depan tu rasa macam dah tak sanggup je. Last2 Kak Kiah naik Sky Carousel untuk ke atas. Beratur punye la panjang. Nak naik tu kena at least berdua. Kak Kiah pulak sorang. Last2 ngendeng ngan awek Korea duorang yang beratur depan Kak Kiah, nak naik ngan diorang. Seriau pulak kalo Kak Kiah sorang je. Hihi penakut gak kau ni Kiah..   
Sky Carousel
On the way tu stop lagi kat Global Fair amek piccas. Memang cantik sini malam2, very the bling bling kesemuanya..
 
Akhirnya kul 8 baru la Kak Kiah naik bas balik. Fuh penat dan sakit kaki serta badan tak terkata. Kesimpulannya, walopun dapat datang sini, Kak Kiah agak frust sebab hujan n banyak ride tak naik. Harapnya one day nanti Kak Kiah akan dapat datang lagi sini insyaAllah.

Sampai Gangnam lepak2 jap tepi jalan layan night view. Memang happening rupanya Gangnam nih.. Oppa Gangnam Style!! 
Pastu ada la nampak maskot kucing ni kat tepi jalan. Ingatkan dia nak mintak derma. Rupanya dia buat aksi kiut kat situ. Kelakar sangat. Dia tulis kat board cakap dia sejuk. Pastu halau orang yang dok kaco dia. Haha macam ni pun ada kat Seoul ni..
Masa ni perut dah lapo. Ingat nak makan sotong kat Chungmoro. Beriye la naik turun subway, sekali tu tempat ni dah pindah. Adoi kempunan beta.. Sambil2 merayap kat area Chungmoro sempat gak layan aksi2 kiut anjing2 kat kedai pet tepi jalan. Omooo.. cute!!
Last2 balik Myeongdong je. Ingat nak gi makan kat kedai area Hotel Pacific. Sekali tu tak jumpa jugak. Hmpphhh.. pindah gak rupanya. Memang unlucky betul Kak Kiah hari ni kan. Masa ni hujan pun dah start turun. Last2 Kak Kiah merayap kat shopping area Myeongdong sampai la terjumpa Yukaney. Akhirnya jumpa gak tempat makan. Nasib baik kedai ni tutup kul 1am.
Dinner di Yukaney, Myeongdong
Makan cholpan poggembap (nasik goreng seafood). Dia goreng terus depan kita. Sedap ok. Harga pun murah je KRW6,000.

Dekat kul 12am baru balik guesthouse. Haiyohhh capek!!!

Monday, December 31, 2012

SEOUL – DAY 4 – TOM CATS CAFE & HONGDAE

Area Hongdae or Hongyik University ni antara yang paling happening kat Seoul ni. One of the reasons ialah sebab area university kan so bebudak muda memang ramai port sini. Kak Kiah datang sini tujuannya ialah nak pegi Gio Cats Cafe, salah satu theme cafe yang ada banyak kucing.

Kak Kiah tau pasal tempat ni pun lepas baca blog orang yang travel sini. Macam menarik la kan. Lagipun Kak Kiah rindu gila nak pegang cats. Macam nak demam rasanya bila tak jumpa kucing empat hari ni. Masa Kak Kiah surf web, untuk datang sini kena kuar Exit 1 kat Hongyik University.
So sampai je kat Hongyik station, Kak Kiah pun menapak la cari exit 1 kan. Kedudukannya nunnnn jauh kat hujung. Tapi pusing punya pusing tak jugak jumpa exit ni. So Kak Kiah pun cari exit alternatif lain. Kuar exit 2 pulak. Ha amek kaw.. lepas tu Kak Kiah sesat barat hampir sejam. Tak dapat match langsung peta cafe ni ngan area situ. Dah la masa tu hujan, wifi free pun tak banyak.
Ku dalam kesesatan di Hongdae.. sob sob..
Last2 patah balik masuk exit 4 mintak tolong orang. Ada adik tu baik hati nak tunjuk jalan pada Kak Kiah. So turun balik ke subway station. Beriye2 jalan sampai ke hujung station, tak jugak jumpa exit 1. Kak Kiah rasa exit ni tutup untuk renovation kot. Sebab kesian sangat ngan adik tu, Kak Kiah cakap takpe.. Kak Kiah nak cuba kuar dari Exit 9 sebab kalo tengok peta, lebih make sense. Dalam peta cakap cafe ni dekat2 ngan entrance Hongyik University. Hello Kitty’s Cafe pun area situ. Adik tu beriye2 mintak maaf. Kesian tengok dia rasa bersalah.

Bila dah kuar exit 9 tu, Kak Kiah follow direction untuk ke Hongyik U. Nampak macam dah betul. Dah la kena mendaki, kaki memang hazab la masa ni. Tapi demi kucing2 Kak Kiah tak nak give up. Alang2 dah sampai ni kan.. rugi la kalo patah balik.

Sampai kat entrance tu, tetap tak nampak jalan yang dimaksudkan. Last2 singgah ada satu stall ni tanya adik kat situ kat mana kedudukan cafe ikut alamat yang Kak Kiah amek dari internet tu. Dia kata dah tak jauh dah dekat area Smoothie King. So Kak Kiah jalan lagi. Eiii tak jumpa pun. Sepanjang jalan tu memang tak nampak langsung papan tanda Gio Cats cafe. Smoothie King dah jumpa dah.

Then jalan punya jalan, Kak Kiah nampak satu signboard ada tapak kaki kucing tulis TOM CATS CAFE. Haaaa agaknya dah tukar nama la kot. Punye lah hepi rasa macam nak sujud syukur time tu!
Tom Cats Cafe ni tingkat 3. Sampai2 je terus tersengih2 Kak Kiah bila nampak cats kat dalam tu. Ok jom layan piccas!!
Untuk masuk sini, syaratnya kena order kopi. Tak kira la jenis apa. Of coz la caj dia lebih sikit dari biasa. Kak Kiah order latte KRW7,000. Makanan memang tak jual kat sini. Pas tu budak2 tak dibenarkan masuk.. yeay best! Bila dah masuk tu, staff dia akan sterile kan tangan kita and explain kat kita kucing2 yang pakai kolar biru, pink n putih yang perlu kita take note. Yang pink tu baby lagi so tak digalakkan pegang. Yang biru tu garang so kena careful.
Kak Kiah rasa cam dalam heaven kat sini. Dah la kucing2 nya sihat2, gebu2, gemok2 n besar2.. memang tak berhenti2 Kak Kiah senyum. Gomol sana, gomol sini. Siap cakap melayu lagi.. ah peduli apa.. kucing2 tu pun macam faham je nampaknya.
Meroyan kan tengok kucing beraneka rupa..
Kak Kiah rasa macam nak bukak la satu cafe cam ni kat Msia. Agak2 laku tak? Hehe.. Anyway, Kak Kiah sempat berborak ngan owner cafe ni. Dia heran tengok kucing2 dia mesra ngan Kak Kiah. So Kak Kiah explain la kat rumah Kak Kiah ada 17 eko kucing. Huhu terkujat dia.. Pastu Kak Kiah citer la pasal hal sesat-barat tadi tu kan. Rupanya Gio Cats Cafe dah tukar nama. Memang lokasi dia atas Smoothie King. Tapi signboard dia tulis tulisan Korea. Kira Tom Cats Cafe ni tak sama ngan Gio Cats Cafe la. Laaa kesahnya.. nasib baik Kak Kiah jumpa Tom Cats Cafe ni. Kalo tak sampai sudah la kempunan.

Lama jugak Kak Kiah port sini. Rasa ada dekat 2 jam kot. Siap layan Inkigayo beramai2. Kucing2 tu pun sampai dah tiba time tido. Bila nak balik tu rasa sedih la jugak. Walaupun kejap, rasa attach lak ngan cats ni sume.. InsyaAllah one day Kak Kiah akan datang sini lagi..

Then, Kak Kiah merayap area Hongdae. Happening ok sini. Foreigners pun ramai yang mabuk2. Maklum la sini memang banyak bars n clubs. Kak Kiah sempat la cuci mata tengok kedai2 kat sini. Dapat beli bracelets cantik2 kat sini.
Hello Kitty Cafe. Sesapa penggemar HK boleh la port mengopi di sini.
Park Marry Me Mary. Banyak graffiti cantik2 kat sini.
Kak Kiah buat perangai gedik melaram spek2 kelakar
Dekat 10+ baru la Kak Kiah balik. So happy uols!!!

Esok punya plan, Everland!!!

SEOUL – DAY 4 – EWHA WOMANS UNIVERSITY

Sebenarnya kalo ikut plan asal, Ewha Womans University ni cuma option je. Kak Kiah asalnya lebih berminat nak pegi Yonsei University. Tapi ada la aritu orang kata Ewha lagi cantik dari Yonsei. Kat Ewha Street pun banyak kedai2 yang jual baju2 and henbeg ladies yang up-to-date, cantik2 n murah2. Plus kedudukannya kalo kita naik subway, kita akan jumpa dia dulu. So, that’s why Kak Kiah tuju sini dulu. Kalo ada masa lebih baru pegi Yonsei U.
Untuk datang sini, kena naik subway Line 2 Exit 2/3. Kuar je exit, terus jalan turun bukit. Sepanjang tu kita akan lalu macam2 jenis kedai yang menarik jual skincare, baju, n mcm2 untuk ladies. Ye lah, university ni kan untuk girls aje. So of coz la area ni memang penuh ngan awek2 belaka serta kedai2 nya lebih menjual barangan untuk awek2 belaka.
Kedai-kedai sepanjang Ewha Street
Ke Ewha University
About 10 min jalan, sampai la kat entrance university ni. Wahhh.. ternganga kejap Kak Kiah. Memang cantik uols!! Tak rugi Kak Kiah datang sini. Apalagi tanpa buang masa, Kak Kiah terus kuarkan tripod n snap piccas. Jom layan...
Anyway, tengah syiok mensnap, hujan lak turun. Nasib baik Kak Kiah bawak payung kau. Tapi memang frust la. Masa tu pun rasanya dah nak masuk Maghrib. It’s getting darker so nak amek gambo pun belah depan je. Kak Kiah tak berkesempatan nak pusing2 pun dalam university ni. Apapun Kak Kiah rasa suka sangat dapat datang sini. If Kak Kiah ada daughter esok, nak la anto dia belajar sini.. hehe.. berangan sampai tua la kau Kiah..

Lepas tu Kak Kiah pun merayap2 kat Ewha Street. Cadangnya nak cari dress untuk opismet Kak Kiah, tapi nampak macam sume jenis winter collection je. Kalo pakai kat Msia aje bepeluh2 kang. Last2 Kak Kiah sambar satu sweater. Murah je KRW10,000. Comel pulak tu ada hood kucing. Yang penting kaler pink haha.. (mohtip Kak Kiah jadi penggemar pink sejak datang Seoul ni uols??)

Jalan punya jalan.. ah sudah.. tak jumpa pulak jalan nak ke subway station. Kena lak time gelap, mata tak berapa nampak, hujan gerimis lak tu. So berpusing2 gak la Kak Kiah area ni. Kaki toksah cakap la. Bukan tahap meroyan meraung lagi dah, dah sampai mintak nyawa tu.. Kak Kiah basically dah macam heret je kaki tu ke sana sini, nak angkat tak larat dah huhu kesian betul.. Lepas sejam dalam kesesatan, akhirnya jumpa la subway station Sinchon. Fuh agak jauh jugak tersasar dari area Ewha. Plan nak ke Yonsei pun akhirnya terpaksa dilupakan.

Next destination – Hongdae, yippeeee!!

SEOUL – DAY 4 – ITAEWON

Itaewon ni kira salah satu favourite place tourists la samada dari Asia or Westerners. So kalo nak cari food halal, memang banyak kat area Itaewon. So tujuan Kak Kiah datang sini sebab nak makan Korean food yang halal dan dikatakan paling sedap di Muree Restaurant, n also pegi salah satu masjid yang ada kat Seoul ni, iaitu Seoul Central Mosque.

Untuk datang sini, kena naik subway Line 6 keluar Exit 3. Lepas exit tu jalan sikit sampai jumpa fire engine building and then belok kanan. Jalan lagi sampai jumpa Salam Bakery belah kanan. Jalan lagi uphill sampai end of building tu masuk kiri. Jalan lagi sampai nampak Muree Restaurant belah kanan depan islamic center shop. Untuk ke masjid, jalan je terus sampai hujung jalan nanti akan nampak pintu gerbang masjid belah kiri.
Itaewon
Sampai2 je kat Itaewon ni dah nampak ramai melayu. Suka Kak Kiah. Hampir 15 min jalan, akhirnya jumpa la Murree ni.

Murree Restaurant, Itaewon
Bila sampai kat restoran tu, tengok kat dalam ada lagi satu grup 6 orang malay ladies. Memula tu Kak Kiah dok table asing, then diorang ajak join sekali. Theyols ni ada yang dari Putrajaya and ada yang dari Sabah. Borak2 la kejap sementara tunggu food. Sambil2 tu update status kat FB. Harus la kan nak jeleskan orang kampung hahaha..

Ok jom layan picca restoran ni..
Kawan-kawan baru
Akhirnya food Kak Kiah pun sampai. Actually Kak Kiah memang target nak makan sedap kat sini, so Kak Kiah tak nak berkira. Ye lah, sebelom ni dok bajet2 duit makan kan. Ni dah jumpa tempat makan sedap, buat pe nak kedekut pulak. Mesti menikmati kurniaan Allah gitu.
So, Kak Kiah order set Bulgogi yang berharga KRW15,000 per set. Satu set tu ada nasi, side dish macam kimchi, tauge celur, fishcake ke tauhu not sure lah n main dish iaitu Bulggogi. Bulgogi ni actually daging, dimasak cemana tak tau tapi rasa macam daging masak kicap cuma lebih sedap dan mantap. Selain dari tu Kak Kiah order gak coffee. Macam orang kaya huhuhu..

Masuk2 je suapan pertama kan.. walaweiiiii.. sedap giler weh!! Seriously memang sedap tak tipu. Rasa dia memang ngam2 je, masin manis masam sume. Fuh licin terus Kak Kiah makan. Memang Kak Kiah rekomen la kedai makan ni pada sesapa yang pegi Korea. Rugi tau kalo tak cuba makan kat sini.
Licin youuu...
Siap je makan, tengok2 jam dah kul 3. Kak Kiah pun terus mintak izin gerak dulu sebab nak ke masjid. Sempat la semayang Zuhur and then jemaah Asar kat sini kan. Dengan perut yang buncit, menapak lagi naik bukit. Mengah jugak dibuatnya.
Pintu Gerbang Masjid
Sampai masjid, terus gi toilet belakang amek wuduk n then naik ke tempat jemaah pompuan kat tingkat 3. Lepas je Zuhur sementara nak tunggu Asar tu, nampak la budak Msia yang berlagak yang Kak Kiah pernah citer masa entry awal2 dulu. As usual, muka dia kerek semacam. Dia dah nampak Kak Kiah tapi buat2 tak nampak. Buat2 lipat telekung la.. obviously avoid looking at me. Kak Kiah pandang je dia. Gila rasa nak sound je masa tu. Nasib baik la dalam masjid.

Masuk je Asar, jemaah la sekali. Alhamdulillah, merasa jugak semayang berjemaah kat sini. Nothing different pun, lebih kurang je macam kat Msia. Lepas semayang, masa Kak Kiah tengah siap2 tu nampak la sorang awek Pakistan kot rasanya bawak dua orang Korean girls, diorang lebih kurang macam form 3-4 gitu. Dia dok explain pasal Islam. Kak Kiah curi2 la dengar. Wah kagum nya ngan adik ni. Bebudak Korea tu pun nampak macam excited and banyak tanya soalan. Alhamdulillah.. semoga terbuka hati untuk masuk Islam.
Actually kat Korea ni memang bagus sikit la bab2 Islam ni. Theyols takde la kutuk2 kita macam kat negara luar lain. Lebih hormat kita lagi ada. They understand pasal kita tak minum alkohol n makan pork or daging yang tak halal sume. Pastu kalo nak solat pun senang. Selain masjid ni, banyak jugak tempat yang provide prayer room. Kalo takde, leh aje solat tepi jalan or cari ruang2 kosong kat mana2. Diorang memang takde masalahnya.

Lepas solat, Kak Kiah pusing2 kat depan sambil snap2 picca. Ramai jugak actually melayu yang datang sini. Yang datang satu bas pun ada. Orang kata la kalo nak cari mamat Korea muslim hensem2 muka suchi, datang la masjid ni. Kak Kiah skodeng gak kot2 ada mamat Korea yang hensem2, aishh tak de pulak kat luar. Mungkin kat dalam lagi kot sedng berwirid panjang haha..
Seoul Central Mosque, Itaewon
Settle je sume, Kak Kiah pun gerak balik. Masa ni memang sejuk habis uols. Angin tiup memang kuat sangat. Tangan Kak Kiah dah sejuk beku. Mana tak nya, glove pink dah hilang sebelah. Last2 Kak Kiah singgah kedai beli glove lagi sepasang. Kalo tak beli boleh meroyan kesejokan ni karang. Next destination – Ewha University. Let’s go!!