Friday, February 6, 2015

SEOUL V3 – DAY 6: 63 BUILDING

63 Building adalah bangunan yang tertinggi di Seoul dan terletak di tepi Hangang River. Dengan ketinggian 63 tingkat, kat atas tu kita boleh tengok keindahan view Seoul dari jauh. So macam biasa, Kak Kiah punya taste travel kan, mesti ada sekali nak kena layan view dari tempat tinggi.

Dari Itaewon Kak Kiah & Kin naik subway and switch ke Line 5 di Gongdeok. Then stop kat Yeouido Stn kuar kat Exit 5. Sepatutnya kena amek free shuttle bus atau naik bas no 62 untuk ke 63 Building ni tapi kami tak jumpa pulak mana bus stopnya. Last2 malas nak pikir punya pasal, kami decide nak amek cab je sebab tau memang dah tak jauh sangat dari situ. Hehe senang citer..

Sampai je kat 63 Building tu, tercangak2 pulak nak cari entrance kat mana. Lepas melilau2 and tanya orang sana-sini baru la jumpa kaunter untuk beli tiket. FYI, dalam 63 Building ada macam2 la.. ada seaworld, skydeck, wax museum and IMAX theatre. Setiap satu ni ada lain2 tix la. Sebab tujuan kami cuma untuk tengok view je, maka kami just beli tix 63 Sky Art je dengan harga 13,000won sorang.

Kalau uols pernah tengok drama korea My Girl, ada satu scene tu hero suruh heroin tahan nafas masa dalam lift naik ke tingkat 60. Bila sampai atas je baru hembus nafas and make wish. Konon2 untuk hajat tercapai. Kak Kiah cuba jugak tapi huh.. baru tingkat 30 dah kantoi tarik nafas balik haha.. Lif dia takde la laju sangat macam yang kat Eureka Skydeck, Melbourne. Yang tu 88 floors tapi lif dia 10 secs je dah sampai atas.

Sampai atas tengok tak ramai orang pun. Ruang kat atas ni agak kecik sebab diorang ada buat art exhibition sekali kat atas tu.

Tapi sebab Sky Art ni tutup kul 10pm so kami takde nak rushing2 la. Just enjoy the view kat atas tu. Cuma nak amek gambo agak menguciwakan sebab susah giler dengan kamera cap hayam Kak Kiah and pantulan lampu dari exhibition area tu ke cermin.

So gambar tak brape nak cun ya. Harap maaf.

View of Seoul. Nampak tak Namsan Tower atas bukit tu? Lai & Anim mesti tengah ada kat atas tu huhu..
Bridge merentasi Hangang River
Potong betol ada bias cahaya plak
Seoul di bahagian east side
Lagi bridge crossing the river. Tak silap ada 7 bridge kot semua skali.
Bangunan2 di Yeouido
Kat bawah tu la tempat naik Hangang River Cruise yang KK pegi dulu
Nampak cinonet je dari atas

Pose tetap wajib.. nanti orang kata KK cilok gambo google haha

Wassap wassap.. KK at 63 Building yawlls!

Meriah dengan cahaya
Kereta kecit2

The southern side of Hangang River


Kami sempat pekena kopi jap lepak2 kat atas tu sambil melayan view Hangang River di waktu malam. Very relaxing. Nak masuk gallery layan art exhibition tu macam tak menarik sebab tunjuk pasal kaedah melukis secara menekap ke apa.. Kak Kiah tak ingat sangat sebab lalu2 macam tu je..

Sempat main bende alah ni. Susun sampai jadik bentuk love. Tapi love tu macam bengkok je haha..
Girl talk with Kin over coffee
Tengok jam dah kul 7+. Dah puas cuci mata kami pun gerak turun balik. Pada Kak Kiah la, view kat atas ni memang cantik tapi harga tix agak mahal, macam tak berpadanan je rasa sebab jalan kat atas tu 10 minit dah complete satu pusingan. Nak amek gambar pun susah nak cari spot yang takde silau. Selain tu, thrill deck dia pun tak berapa nak thrill sangat. Tapi kalau uols berminat nak tengok view and cuci2 mata je ok la mai sini. Otherwise, better pi Namsan Tower la kot.

Dari 63, kami patah balik semula ke Yeouido Stn naik cab jugak. Tu dia malas nak pikir naik bas mana punya pasal.

Sebelum balik guesthouse, Kin ajak singgah Myeongdong sebab dia nak beli cream. Aik.. Myeongdong lagi? Berapa kali nak pergi Myeongdong daaa… Padahal Kak Kiah memang ada allocate satu hari full khas untuk soping je nanti before balik Msia. Pelik ni. Pasal seblom ni dah 2x Kin follow Kak Kiah datang Korea tapi takde la dia dok gila2 beli kosmetik skincare ni semua. Kali ni je napsu soping dia macam tak boleh dibendung huhu..

Takpe lah layankan jugak. Tapi kami kat Myeongdong pun tak lama. Selesai Kin mencari barang yang dihajati, terus la kami balik ke Namdaemun GH. Jam pun masa tu dah kul 9+.

Sampai bilik tengok Lai & Anim pun dah balik. Alhamdulillah selamat diorang naik Namsan Tower. Tapi yang tak boleh blah tu sempat rupanya singgah soping jugak kat Myeongdong seround.

Hahaha parah kengkawan aku semua ni.. Dah terkena godaan Myeongdong..

Malam ni Kak Kiah tido awal. Esok nak ke Everland pulak so nak kena gerak pagi, takmo la lewat2 macam pegi Suwon hari tu. Tapi ada orang tu tak boleh tido sampai ke pagi sebab excited nak jumpa nak seseorang esok hehee.. Nak tau siapa? Tunggguuuu.. 

To be continued…

6 comments:

  1. tgk gambar first tuh teringat lak citer the inheritors scene kim tan menagis tepi tingkap sbb kena tinggal eun sang..sebijik pemandangan mcm tuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. KK tak pernah tgk citer tu. agaknya kim tan dok kat 63 building kot? hehee..

      Delete
  2. salam kenal kak kiah….amboi seronotnye kak kiah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal. thanks noks mai singgah baca blog merapu ni haha..

      Delete
  3. Aritu tak sempat nak gi 63 building. Lagi tinggi kan dr namsan tower? Tapi hrga tix agak mahal compare tu namsan dlm 9k won

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. dari 63 ni lebih nampak view belah2 selatan hangang river. kalo namsan tower bole tengok seluruh seoul. namsan tower naik atas KK tak sure brp rega tix.

      Delete