Wednesday, February 11, 2015

SEOUL V3 – DAY 7: EVERLAND PT III

Lepas seronot layan parade di Carnival Square kami pun gerak nak cari port untuk makan. Tapi sebab picnic area cam jauh je, last2 kami makan di area Rose Garden sebab kat situ cam tak ramai orang.

View kat sini memang cun giler, much much better dari masa Kak Kiah datang dulu. Kalau dulu Magic Garden sendu jer, cuma ditutup dengan jerami2. Tapi kali ni wahhh.. dah dihias dengan salji pelesu. Betul2 rasa macam kat Europe!


Magic Garden
Putih salju
Gaya orang tengah seronok
Dihias cantik semua sudut
View dari salah satu restoran di zone European Adventure
Deretan kedai di Holland Village
Ada macam kat Europe tak?
Kalau malam musti cantik nih
Lagi hiasan di Magic Garden
Lepas makan kami ronda2 je. Ingat nak naik ride yang ganas2 lagi tapi Kin & Lai tak minat. Kesian pulak theyols ni punya muka macam tak enjoy je kat sini. 

Tempat letak wish di Rose Garden
Letak wish dalam botol pastu gantung sini
Pokok xmas
Sebab tanak rasa boring, Kak Kiah ajak diorang main ride yang level2 manja je. Ah belasah la.. janji ada lah jugak benda nak main. Takkan nak melangut2 amek gambar je kan? Rugilah duit.

So naik la carousel ni
Kami naik carriage je.. malas nak menunggang huhu

Naik Magic Swing. Senoneng terus kepala.
Kami yang bertelinga kiut
Naik apa tah ni.. senoneng gak kepala..
Sampai kombang idong akak nahan muntah
Kul 4pm kami patah balik ke zone European sebab nak layan show Madagascar. Best gak show tu sebab meriah giler. Walopun diorang kecek Korea, kat belah atas stage tu ada subtitle so senang la kita nak faham. 


Masa show dah start takleh amek gambo. So just dapat amek gambo stage ni je..

Kak Kiah plan nak stay sampai malam sebab nak tengok parade and fireworks. Tapi Lai cakap dia nak balik. Kak Kiah pun tak ingat sebab apa.. sakit perut ke apa tah. Kak Kiah ok je dia nak balik sebab dari dia buat muka boring depan Kak Kiah, baik la dia balik dulu. Kita ni kalau orang tak enjoy kat situ janganlah memaksa2. And maybe kalau dia balik dulu boleh la kot dia nak singgah Myeongdong sopping2 lagi. Haha yang ni Kak Kiah speku aje..

Then kami naik ke atas untuk ke Zone American Adventure. Dari situ Lai pun gerak balik. Kak Kiah tak la risau dia nak balik sorang2 sebab dia ni jenis independent so konpiden la dia tau jalan nak balik ke guesthouse.

Bila dah tinggal bertiga, Kak Kiah pujuk lagi Anim & Kin naik ride yang ganas lagi sikit satu kali. Anim on je tapi Kin surrender terus, takmo dia dah sebab pening naik Magic Swing tadi tak hilang lagi.

So Kak Kiah & Anim naik la Let’s Twist. Kin kena jadik mangsa tunggu kat bawah sambil snap2 picca kami hehee..

Oh tapi gambar ada dalam kamera Kin, Kak Kiah lupa nak mintak so takde gambar sini. Kalau uols nak tau, rupa paras ride ni adalah seperti gambar di bawah.

Let's Twist - macam mixer kuih (credit: Google)
Anyway syok gila lepas tension naik bende alah tu. Walaupun macam nak terkeluar isik perut tapi memang puas hati.

Tengok jam dah nak kul 6.30pm, so kami pun turun balik sebab nak layan parade lagi. Yang ni lain dari parade siang tadi sebab kali ni kereta berhiasnya ada lampu2. Tapi sama dengan parade yang Kak Kiah tengok masa first datang sini dulu so gambo tak la amek banyak. But still Kak Kiah enjoy jugak joget2 tepi jalan sekali haha..

Parade Show
Bling bling


Little Mermaid



Lenny & Lara
 

Lepas parade turun balik ke Magic Garden sebab nak amek gambo waktu malam pulak kat situ. Tadi masa kat situ kan cerah lagi, so ingat nak la amek gambo bila lampu2 dah pasang semua sure cantik nye. 

Magic Garden dari jauh
Kin, Anim & Me
Memang cantik sini waktu malam
Peaceeee..
Kin & Anim
Sarangheyoo!!
Akulah Cinderella yang nak balik umah!
Nak balik dah..
Kin dah bising2 nak balik sebab tak tahan sejok katanya. So terpaksa la cepat2 snap picca pastu blah semula naik ke atas. Plan nak tengok fireworks pun tak dapat. Kak Kiah agak skeptikal masa ni.. ye lah tu dia nak balik sebab sejok. Ntah2 sebab tak sabar nak berjumpa dengan seseorang haha..

Ok sebenarnya kami ada plan nak meet up dengan seseorang malam ni. Nak tau siapa? Sila bersabar menanti next entry yek hehee…

To be continued…

29 comments:

  1. Seronok baca kisah Kak Kiah .... Kak Kiah memang minat Korean !!! Hahahhaa

    ReplyDelete
  2. lawa betul deco everland time ni ... i is tak sabar nak pegi !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nak pergi lagi ke? dasat uols.. dah versi ke berapa la tu..

      Delete
  3. kak kiah, lawanya everland waktu malam...menyesal dulu sy tak tunggu sampai malam..

    ~watie79~

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh tak stay ke? ha mmg rugi. everland time malam la lawa sebab ada lampu bling2 sana sini. kalo time nak dekat2 xmas tu lagi happening.

      Delete
  4. itinerary Everland ni memang kena sehari suntuk kat sana kan..kalau tak rugilah sbb tiket boleh tahan jugak tu. hari tu kitaorg pun masukkan jugak dalam one of place nak pergi. tapi masa kat sana kami rasa time kami sangat limited..dgn siangnya makin pendek, byk tempat nak cover..so have to cancel trip ke Everland. kami beralih arah ke Hard Rock Cafe @ Jamsil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe la.. nxt time leh pegi lagi. kalo pegi kejap pun macam tak berbaloi kan? so apalagi.. silalah tempah tiket penerbangan anda hihihi..

      Delete
  5. Ya Allah... cantiknya everland masa winter - both siang n malam. 2 tahun lepas pegi masa spring, itu pun rasa nak pengsan tgk tulip. Ingatkan tu dah habis cantik, rupanya winter pun cantik jugak. yesss.. Korea semua season pun cantikkan ? Kena masuk dlm itinerary for next winter trip ni ! >> K. Liza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Everland masa spring pun memang lawa. KK tak merasa nak tengok tulip kat sini sebab datang both times masa autumn. anyway, dah plan untuk winter trip ke? daebak!!

      Delete
    2. Actually dah pegi time winter tahun 2008 dulu, tp on business purpose.. Ni nak pegi dgn anak pulak, kitaorg mmg plan nak cover semua season ..huhuhu.. Ini pun April nnt - spring anak buat solo trip ke Seoul-Busan. Confident je bagi, after baca uolls solo travellers punya experience.. Harap2 semua selamat .... >> K. Liza

      Delete
  6. Cantik betul view dia haih. Beruntung Kak Kiah ya! Dah masuk dalam list ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat tau, allocate one whole day untuk everland. pastu enjoy habis2an sampai lebam hehee..

      Delete
  7. datang sini kena enjoice to the max..terus jadi kekanak ribena katanya! hikhiks
    cantik everland waktu malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa mestiiiii...itu adalah petua untuk tidak merasa sakit nak bayar tiket mahal hahaha

      Delete
  8. Tak sabar nk tunggu next entry kk.. hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dh mcm addicted baca blog kk.. jadilah...peneman dlm train..hihihi..

      Delete
    2. Haha dh mcm addicted baca blog kk.. jadilah...peneman dlm train..hihihi..

      Delete
  9. Wah, cantiknya magical land. Masa saya dtg still tak siap lagi. Yg parade malam tuh memang cantik. Yg geram sikit orang PRC tak tak reti nak duduk. Sibuk nak berdiri sedangkan dah kena tegur dengan petugas. Kacau view orang lain. Mcm tau je nak jumpa sape.. Artis kan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRC mmg begitu di mana2. rimas kan tengok theyols tu. peghak giler..

      hehe nak jumpa retis suam2 je.. not yet hot katanyaaa...

      Delete
  10. sesuai dengan nama everland tu kan kak...memang dunia magical je dok situ.saya paling layan parade. siap dok depan sekali..ahaha rebut tempat ngan bebudak....saya rasa 1 hari pun xcukup.safari pun saya xsempat masuk...oh everland...akanku jejakmu lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh parade memang fav kk kalo pi theme park. pastu kdg2 memang melebih2 mengalahkan bebudak haha..

      tp mmg betul 1 hari mmg tak cukup nak cover everland. ada je yang kita akan miss sebab byk sgt attractions & rides.

      Delete
  11. Everland memang super lawa kalau malam. Bibie datang winter baru ni, dah xde fake snow sebab malam before tu snow lebat. White Everland adalah lawa. KK main sledding kat tempat baru tu ke? Jenuh kan nak menapak naik. Demi nak main, gagahkan diri gak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh snow real kat everland memang terbaeklah!! KK tak pi sledding sbb masa tu lom open lagi. dia bukak time winter je. rasa macam frust gak sbb tak dapat main sled.

      Delete
  12. Mcm x ramai org ja kak kiah... bertuah badan kalu x ramai org....saya suka gitu... mmg cantik ah everland... berangan nk p neh....he..he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kali ni pegi tak ramai sangat macam yang dulu. luck KK kot. kalo tak mmg buang masa beratur je la.

      kalo pi seoul kena pegi everland tau. semua season pun cantik. tp rasanya time xmas n spring the best kot.

      Delete
  13. Rasa mcm x nak balik je pegi everland ni..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... tapi kita dua je lah yang tanak balik. kak kin & kak lai dah surrender awal2 hehe..

      Delete