Thursday, February 5, 2015

SEOUL V3 – DAY 6: YONSEI UNIVERSITY

Kalau uols follow blog ni, sure dah tau sikit sebanyak tentang Kak Kiah punya travel style and tempat2 yang Kak Kiah biasa pegi bila travel. Salah satu tempat yang selalu jadi pilihan untuk dilawati ialah universiti. Selain dapat mengenang zaman2 muda bergelar student dolu2, Kak Kiah memang suka tengok building2 dalam kawasan universiti sebab biasanya kat sini la dapat tengok banyak building yang cantik2 & unik2. 

Kalau dulu Kak Kiah pernah ke Ewha University, untuk trip kali ni Kak Kiah pilih Yonsei University. Sebabnya ialah kat Yonsei U ni dikatakan sewaktu autumn memanglah cantik viewnya. Tambah pulak building2 kat situ jenis yang old style so rasa macam menarik la nak pi jengah.

Dari Hapjeong Stn kami ke Sinchon Stn naik subway Line 2, keluar Exit 2. Pastu kena jalan agak jauh jugak (dalam 15 min) sampai ke entrance universiti ni. 

Welcome to Yonsei University!
Dari main gate kena jalan lagi masuk ke dalam lebih kurang 20-30 min untuk pergi ke Underwood building yang terletak kat tengah2 campus. Building ni paling femes la dalam U ni sebab ia dilitupi oleh daun2 yang menjalar, so bila autumn memang cantik la katanya.

Menuju ke central area of the campus

Underwood building dari kejauhan
Daun2 banyak dah kuning kat sini
Yes sampai jua akhirnya..
Jalan punya jalan sampai becak ketiak akhirnya sampai la kat Underwood building. Walaupun dah hujung2 autumn and dedaunan pun lebih banyak dah kekuningan dan gugur, view dia still ohsem gak la. 

Ok meh layan piccas..

Underwood Building - daun2 yang cover building ni banyak dah gugur
Bangunan2 ni asalnya dulu adalah hospital
Old style building macam ni memang taste KK
Ada gak daun merah tapi dah tak banyak
Building ni ada Underwood Hall & Office of Student Affairs
Kalo masa peak autumn mesti lawa seyh sini kan
Memang cantik U ni

Another building
Student kertu

The founder of Yonsei U - Dr Underwood
Nice view

Menahan kesejukan
Tapi yang ghairah amek gambar Kak Kiah sorang je la. Tu pun kejap je. Lepas tu mati semangat tengok muka yang lain, macam kena paksa je mai sini. Semua dok tepi ngadap henpon. Maybe sebab sejuk ke, or penat ke kena jalan jauh, or lapar ke.. Tapi memang potong mood la. Nak ronda masuk ke dalam U tu pun terus tak jadik.

Sebab pikir diorang memang tak berminat nak explore U ni, akhirnya Kak Kiah ajak diorang balik je. Lagipun perut dah lapar.

Tapi dalam perjalanan nak ke subway station tu boleh pulak masing2 ni singgah masuk kedai2 kat tepi jalan tu. Macam biasa la usha2 krim skincare bagai. Takde pulak nampak macam penat sakit kaki. Muka berseri2 masa tawaf dalam kedai. Haa masa ni la baru Kak Kiah realize rupanya ni la taste sebenar diorang. Lebih pada nak bersoping rupanya.

Haha terkena lagi kau Kiah.. *tepuk dahi berkali2

Nak buat cemana dah travel skali kan. Tapi kalau Kak Kiah tau tadi baik dropkan je diorang kat kedai2 tu and Kak Kiah pegi masuk Yonsei U tu sorang2. Bukan tak bagi diorang soping, tapi Kak Kiah ni memang bodo sket kalau dah berjalan dengan orang kaki soping kosmetik. Dengar discussion diorang pasal argan oil la, serum la, bb cream, cc cream memang tak masuk kepala. Apapun layankan je laa…

Amek picca di sekitar Sinchon di kala mereka sedang bz usha skincare & cosmetic
View on the way menuju ke Sinchon Stn
Lepas dah puas masuk keluar kedai, akhirnya kami pun balik semula ke Sinchon Stn. Next agenda – makan! Murree here we come!! 

To be continued..

13 comments:

  1. Standardla k.kiah pegi sana sopping..hehe. Tapi sejak duit malaysia jatuh baru2 nie, terbantut nak sopping sakan. Tukar ari tu 1000won = RM3.30. Mahal kan?

    Anyway kalau gi area university mesti terkenang zaman belajar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. noks.. tak std nye kalo pi korea nk sopping sebab barang sana mahal, kecuali la nak soping souvenirs atau cosmetics sbb brg2 macam tu mmg murah. anyway, chuols banyak ke soping sana? kot la ada sales sempena raya cina ke so barang mulah2 huhu..

      Delete
    2. Ada la sket sopping kat Namdaemun, Myeongdong dan Dongdaemun. Masa kami pergi ada Korean Grand Sale 2015. Dapatlah diskaun.

      Delete
  2. Ya Allah. Cantik sungguh pemandangan di sekitar universiti. Kalau saya study sana, confirm tenang dan semangat je nak pergi kelas. Bertuah Kak Kiah dapat melawat universiti diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. universiti yang cantik adalah penting untuk student supaya bersemangat nak belajar rajin2. fuh imejin ada study group bawah pokok kuning2 tu.. giler best.. boleh golek2

      Delete
  3. kak kiah, lepas baca entry kak kiah p meben Uni tu, saya pun dah jadi suka nak p tgk uni tempat orang..maklumlah, nak masuk belajar takde kesempatan hehehe..
    memang boleh mati kutu kalau travelmate kita tak sama minat, macam saya, saya bagitau diorg dah saya nak p muzium, uni, park semua..soping2 last sekali dan very ala kadar

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually travel mate KK ni tau pasal KK memang lebih suka tempat2 yang ada view cantik berbanding soping. tp theyols pun tak dapat menahan ghairah nak soping tu kot sbb memang murah2 masa tu.. xmas sale sana sini kan.. memang rambang mata memasing.

      Delete
  4. Kak Kiah, lain kali jom p sama2. saya x suka shopping. lg best tengok pemandangan dan tempat org . hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha KK takde plan nak travel lagi la lepas ni. kalo ada pun solo maybe. dah lama tak travel solo. rindu pulak rasanya.

      Delete
  5. KK tak nak pegi Jepun ke? Pegi lah...nanti nak copy itinerary KK..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jepun tak lah buat masa ni. mahal sgt kos nya. takde kemampuan lagi. kita gaji ciput noks..

      Delete
  6. Yonsei Univ ni mmg lawa sangat ... masuk dlm ni terus rase mcm dok kat negara omputih... sebab buildings semua ala2 belah sane

    ReplyDelete
  7. biasalah org malaysia mmg kaki shopping...KK

    ReplyDelete