Sunday, February 8, 2015

SEOUL V3 – DAY 7: EVERLAND PT II

Dari zone European Adventure Kak Kiah & Anim gerak ke zone Zootopia pulak sebab bersebelahan je. Kat sini kami nak tengok binatang2 di Safari World & Lost Valley. Walopun dulu dah pernah masuk Safari World, kali ni nak masuk jugak lagi sebab rasa macam rugi lak kalo Anim tak masuk tengok binatang2 yang kiut-miut tu.

Lets go to Safari World!
Tak ramai pulak orang kali ni
Naik bas rimau
Masuk je Safari World tengok takde queue pun. So kejap je terus naik bas. Masa naik tu kami terus dok depan so tak la perasan sapa yang naik lepas kami. Bila driver dah nak start jalan and dia tanya kami semua dari mana, semua jawab “Malaysia!”. Kak Kiah toleh belakang rupanya nah haiiii segerombolan orang2 Malaysia kat belakang tu. Kemain rombongan cik Kiah lagi depa.

Ok la takpe la kan semua orang Malaysia dalam tu. Tapi yang tak ok tu bila diorang bising riuh-rendah sepanjang masa tu. Cakap dah la kuat lepas tu peghak giler. Driver suruh duduk pun takmo. Dok la berdiri pastu halang view orang lain. Bila driver tu sound diorang ramai2 siap kutuk driver tu punya english. Rude sangat. Malu Kak Kiah nak mengaku senegara dengan diorang ni. Tengok gaya macam orang kayah2.. tapi mentaliti tahap pprt haiyohh..

Rimas gak tengok gelagat diorang. Tapi takkan nak hasut driver tu humban diorang keluar bas pulak kan. Tak masal jadik makanan ghimau pulak. So terpaksa la bersabar and cuba la amek jugak gambo mana yang boleh.


Jangan kacau.. Pak rimau nak tido!
Sedang beristirehat
Sunbathing beramai2
Harimau belang
Tapi pemalu.. tanak tengok atas pun
Beruang tengah rilek2
Beruang ni tengah buat aksi putar2 kayu. Nampak cam orang pakai costume je huhu..
Beruang ni leh tepuk tangan.. pok amai amaiii..
Dia ni paling kiut sebab boleh babai
Boleh la kan.. Layan jugak tengok binatang2 ni semua. Rasa macam geram nak pelok je depa.

Lepas tu kami ke Lost Valley pulak. Last time Kak Kiah termiss tempat ni sebab tak perasan. Tapi kali ni nak masuk sebab teringat kat aksi Kwang Soo bagi makan zirafah hehe..

Menuju ke Lost Valley
Dalam Lost Valley ni naik bas jugak, tapi bas ni leh convert jadik amphibian vehicle – that means leh jalan atas air. Cuma kali ni bas kami takde la orang2 Malaysia yang peghak so hati agak aman nak menengok2 binatang tu semua.

Kak Kiah & Anim (Anim bukak scarf telinga dia sebab malu hahaha)
Ok jom tengok apa binatang ada kat sini..

Unta

Kambing gurun
Gajah pun ada tapi saiz kecit
Meredah air
Giraffe & zebra
Leh suap sayur bagi dia makan... rasa lidah dia eiii geli macam kesat2 gitu

Akak gosip apa tu? I nak joinnn..
Sekeluarga badak bersenang2 hati
Kalau uols jenis animal lovers or family yang bawak anak2, boleh la spend masa lebih lagi kat zone Zootopia ni sebab ada banyak lagi binatang boleh ditengok kat sini. Boleh tengok sea lion, polar bear, penguins, raccoons and macam2 lagi.

Lepas puas hati cuci mata tengok binatang kami pun gerak ke surau. 

Sempat pose sat kat kedai gift. Tapi belinya idok.

Menuju ke surau di zone European Adventure
Surau dalam Everland ni terletak kat sebelah The Mystery Mansion. Tapi takde asing laki pompuan la so kena la pandai2 nak ejas. Tengok Lai & Kin dah ada kat sana. Kesian diorang mesti tunggu kami lama tadi hehe..

Surau di Mystery Mansion
Nampak beno ramai Msians mai sini ek.. surau terus dia panggil
Ruang kecik so sila bertimbangrasa ketika menggunakannya
Lepas solat ingat kami nak makan bekalan yang kami bawak. Tapi rupanya takleh makan sebarang2 kat sini. Kena makan kat tempat yang disediakan, iaitu kalo dalam map ditandakan sebagai ‘picnic area’. Paling dekat nak kena pegi zone Magic Land.

Masa on the way nak ke sana, nampak orang dok berkumpul2 depan Carnival Square. Rupanya ada Xmas Parade! Wahhh.. terus teruja Kak Kiah. Alang2 dah kat situ kan, takkan tanak tengok pulak.

Menunggu Xmas Parade di Carnival Square. Yang tengah tu staf2 tengah berjoget ria.
Bila dah start parade tu memang suka la Kak Kiah. Sebab meriah sangat kalerful gituh. Terus transform jadik kekanak ribena balik. Tepuk tangan beriye2 ni. Padahal perut dah berkeroncong untuk Ana.

So sorry yek kalo banyak gambo load kat bawah ni. Kiut sangat semuanya! Kak Kiah suka benda2 camni, tu yang terlebih ghairah sikit amek gambo hahaha..

Yeayy dah start!
Awek cun
Meriah!
Abang perut moncit
Santa Claus
Gadis2 snow flakes kot

Comey tak Kak Ton?
Snow Queen?

Buih2 diterbang angin

Kereta snow


Sesi joget lambak bersama kanak2. KK dah kertu takleh join!

Snow turun! Yeayy!

Snow Princess kpop

Kereta Santa

Bapak2 Santa menyorong baby2 Santa

Ok akak amek picca ni sebab mamat ni rembes haha..

Kereta present. Wah kalerful sangat rasa macam nak juling mata tengok..

Ni tatau sapa.. mak pemberi hadiah kot

The dwarfs

Ni apa ek.. tak ingat nama..

Kereta watak utama - the mascots

Lenny & Lara - mascot Xmas Everland
Dah habis parade tinggal Kak Kiah je yang tersengih2. Tengok muka yang lain stress kelaparan. Hihi sian theyols.. Banyak pulak singgah Kak Kiah ni. So cepat2 la kami gerak seblom theyols baham Kak Kiah pulak. 

To be continued…

18 comments:

  1. Haaa yg zootopia saya pegi. Yg amphibian tuh. Tapi punya ramai orang. Parade pun sempat tgk. Memang best but still takleh lawan disneyland la... Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. disneyland KK penah pegi yang paris punya je. tu pun zaman tok kadok.. tahun 90an dulu. disneyland zaman la ni tatau dah rupanya cemana..

      Delete
  2. Argghhh....tension. Lost valley.. Close. Xmas parade pun x tengok...anyway thanks KK, sy cuba bygkn saya berada dlm gmbor yg KK amIk tu...huhuhu.

    La..kiblat ke sana ker? Sy terbalik arah sbb ms pegi aritu tak jumpa sign arah kiblat. So sy guna kompas tp ttp salah gak. Semoga Allah ampunkn dosaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh cop.. bab kiblat tu KK follow guys yang solat before kami. KK mmg tak cek kiblat masa tu. haha jgn KK pun salah sudah.. KK yg masuk dulu lak tu and the others follow KK. semoga Allah ampunkan dosa KK jugak kalo tersilap.

      Delete
  3. Urrrgh! Best betul eh kak kiah! Ramai juga eh pergi. Anyway, boleh bawa balik sekor harimau tu tak? nak bela kat rumah. bhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi rimau tuu.. kalo boleh seludup, nak gak KK seludup. mesti best golek2 ngan rimau.

      Delete
  4. mmg seronok tgk gmbr2 kak kiah..ni kalau pegi, bukan budak2 je excited,silap hr bulan mak pak lagi teruja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. semua peringkat usia la yang macam overdose steroid hehe.. yang tak sporting je yang tak reti have fun kat tmpt2 camni kan..

      Delete
  5. Dpt tengok gambar pun dah dpt merasai keseronokannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sori ye kalo byk sgt gmbr.. KK tatau nak pilih mana satu nak load. sume KK suka hihi..

      Delete
  6. Bahahahaha mamat tu memang mensembulkan biji mata! Nampak macam retis Kpop yang Bibie minat ah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rembes kan? KK nampak muka dia cam GD. bibie rasa cam siapa? ni musti kumpulan winner ni.. huhu

      Delete
  7. Sronok la baca blog KK nih....bleh jadikan panduan utk travel....sy akan ke seoul bulan 5 nanti...insyaAllah...ada apa2 tips x?hehe....KK saya nk tnya,check in flight balik kena awal eh?saya baca post yg 1st trip dulu 3 jam awal...awalnyaaa....sebab nk set timing sampai ke airport nanti...huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ok nnt kirim salam seoul k. ckp KK rinduuuuu.. haha..

      kalo x penh pegi klia2 dtg awal la 3 jam before. sbb takut terparking jauh ke tak jumpa departure hall ke.. pastu kdg2 gate tu jauh tau.

      Delete
  8. konsep macam zoodi Bogor, binatang lepas bebas tapi parade tak pernah jumpa pula di bogor

    ReplyDelete
    Replies
    1. bogor tu theme park jugak ke nied?

      Delete
    2. KK tengok x episod Running Man gi safari zoo kat indon? Yg ada park ji sung tuh...sama konsep ngan zoo kat everland

      Delete
  9. Haha! Bila KK citer pasal Melayu "peghak" nie...teringat masa kita kat Busan hari tuh...tgh tunggu flite nak balik KL nak depart dari Gimhae Airport...adala beberapa org mamat Melayu nie tatau mana dtg tetiba buat lawak x kelakar n sebut "mosyi-mosyi" kat staff boarding gate masa tgh tunggu shuttle bus nak gi amik flite...dorang ingat kat Jepun ke? mmg sgt annoying sbb x pasti dorang dtg dr mana tetiba jer muncul...mmg malu gak rase masa tuh n klu boleh x nak ngaku senegara ngan grup nie...mmg masa tuh tgh bebel sorang2 sbb klu korang dlm tmpt kita masa tuh pun mesti rasa nyampah n nak bagi sedas jer kat budak2 peghak nie...tu la pengalaman x best gi korea

    ReplyDelete